PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 8 August 2012

Utusan keluarkan fatwa, haram undi DAP tapi halal sokong MCA, MIC?

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, sekali lagi memfitnah DAP dengan memaparkan di muka depannya hari ini tajuk ‘Haram sokong DAP’ dengan memetik ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh seorang guru pondok di Kelantan yang sering berceramah untuk UMNO. 
 

Laporan Utusan sebagai alat propaganda UMNO itu telah mendakwa kononnya umat Islam berdosa jika mengundi DAP kerana DAP dituduh sebagai ‘kafir harbi’ kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan DAP didakwa menolak Perlembagaan Persekutuan.
 

Pakar undang-undang dan politik Islam, Dr Maszlee Malik, ketika dihubungi berkata tindakan Utusan itu merupakan tindakan  yang terdesak golongan tertentu yang cuba mengheret para pengundi ke kancah perkauman dan keagamaan.
 

Beliau yang merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata DAP difitnah begitu rupa semata-mata kerana perjuangannya melawan rasuah, salah guna kuasa, ketirisan wang negara, kegagalan pentadbiran kerajaan serta penyelewengan dana awam, telah mendedahkan kepincangan kepimpinan kerajaan.
 

Sudah terang-terang perkara-perkara korupsi tersebut adalah haram di sisi Islam termasuklah undang-undang negara, malah DAP sendiri berjuang membanteras semua perkara haram tersebut.
 

Adakah haram perjuangan DAP yang memerangi rasuah dan salah guna kuasa?

Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan nilai bersama seperti keadilan.

 Kebanyakan persepsi negatif yang timbul bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang Islam sendiri terhadap Islam,” kata pensyarah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIA itu. 
 

Menurut Dr. Maszlee, rakan-rakan UMNO seperti MCA dan MIC pula tidak menentang rasuah, malah MCA secara terang-terang menentang hukum hudud sepertimana kenyataan yang pernah dikeluarkan Presiden MCA sendiri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
 

Dr Chua telah dipetik oleh media sebagai berkata bahawa pelabur asing akan lari dari neagra itu manakala Malaysia akan hancur jika hukum hudud dilaksanakan.
 

Presiden MCA itu juga dilaporkan berkata hukum hudud adalah kejam dan tidak adil kepada kaum wanita jika dilaksanakan di Malaysia. – Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers