Oleh: MSO
Aksi atau sesetengah orang memanggilnya sebagai 'acara'
pencerobohan rakyat Filipina (keturunan kesulatan Sulu - P) ke atas bumi
Malaysia di Lahad Datu tampaknya berterusan dan jalan penyelesaiannya
semakin kompleks. Walaupun acara itu telah memakan 14 korban - dua
anggota komando VAT 69 Malaysia dan 12 di pihak pencerohoh ia tidak
mengakhiri acara berkenaan.
|
Sultan Jamalul Kiraim III |
Bumi Lahad Datu telah menghisap darah. Bahkan kematian di kedua-dua
pihak itu menjadi acara itu semakin tegang. Sudah pasti baik di pihak
Malaysia maupun di pihak penceroboh yang dikenali dengan berbagai latar
belakang itu, semakin panas kepala dan berdendam kesumat. Kehilangan
nyawa di dalam sesuatu 'peperangan' boleh menambah dan membangkitkan
semangat. Hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa, tidak hari ini esok,
tidak esok di masa-masa mendatang.
Nyawa dalam peperangan pula dibayar dengan gandaan tertentu. Satu tidak dibalas satu, ada dibalas dengan dua atau tiga. Hukum
diyat diguna pakai di dalam filsafat peperangan.
Kerumitan dan kebuntuan menyelesaikan acara ini
ternyata, apabila di pihak Malaysia, seperti mana diumumkan Perdana
Menteri, Najib Razak, beliau telah menyerahkan tindakan ke atas acara
itu searus peratus kepada tentera dan polis. Ertinya Najib telah memberi
isyarat perang. Penyerahan itu menunjukkan perundingan atau pun
penyelesaian secara diplomasi sudah berakhir. Nampak Najib semacam
kesal, kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. Tindakan itu juga
menggambarakan kelemagan Najib sebagai perdana menteri.
Dalam acara ini Najib tidak semudah mendapat gelaran wira pendamai
seperti mana dia berada di tengah antara kerajaan Filipina dengan bangsa
Moro yang menandatangni 'dikri' perdamaian tidak lama dulu. Kali ini
Najib gagal dan sekligus mengenalkan beliau kepada umum bahawa beliau
tidak bijak. Buruknya orang akan menganggap berdirinya beliau di antara
bangsa Moro dan kerajaan Filipina dulu adalah hasil penyambungan kerja
orang lain, antara Abdullah Ahmad Badawi.
Kata Najib sudah tidak ada tempoh rundingan dan segala tawaran pun tidak
akan dibuat. Orang kita telah mati. Begitulah kontasi kenyataan Najib
sewaktu menerima dan menyambut kepulangan dua jenazah komando yang
terkorban di lapangan terbang Subang semalam. Najib perlu membuat
kenyataan demikian dalam nada tegas kerana anggota keselamatan kita
sudah terkorban. Najib perlu mengambil hati bukan saja keluarga mangsa
tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.
Demikian juga di pihak penceroboh yang dipetik oleh protal berita
Inquirer,
bahawa pihak penceroboh tidak akan mengaku kalah. Satu mesej dihantar
oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang bertanggungjawab ke atas acara itu
kepada abangnya Sultan Jalalul Kiram III, mereka tidak akan berundur dan
nekad untuk mati. Kenyatan itu dibuat selepas puak penceroboh
mengembumikan 12 jenayah orang-orangnya terkorban. Ikrar itu besar makna
dan maksudnya.
Dengan dua kenyataan itu menunjukkan acara itu tidak akan berakhir
dengan segera dan selamat. Pihak Malaysia sudah pun menaburkan risalah
meminta penceroboh menyerah diri. Tetapi sehingga ke saat ini tawaran
berkenaan disambut dingin. Ironisnya malam tadi dilaporkan berlaku
tembak menembak di Semporna. Bagaimana pun pihak polis menafikan ia ada
kena mengena dengan acara pencerobohan di Lahada Datu. Kita tunggu
kenyataan selepas ini. Dalam situasi hari ini polis tidak boleh
menyembunyikan apa-apa maklumat kerana dengan meledaknya media baru ia
akan diketahui juga. Seperti mana pihak keselamatan mengetahui rahsia
musuh, begitu juga musuh mengetahui rahsia dan langkah-langkah selanjut
pihak keselamatan.
Memerhati akan peristiwa atau acara itu serta perkembanganya dari minit
ke minit, ia tidak akan selesai secara gampang tanpa kedua-dua pihak
mencapai maksud di sebalik acara berkenaan. Sekiranya pencerobohan itu
sesuatu yang realiti, mereka tidak akan undur ke belakang lagi, dan
kalau pun undur mereka akan mara lagi di lain kali. Makanya titisan
darah yang ditelap bumi Lahad Datu itu menjadi pemula kepada sengeketa
lebih panjang.
Orang-orang Sulu terkenal dengan kekental jiwa juang sejati. Setiap kali
mereka melangkah ke medan juang mereka tidak akan kembali kecuali mayat
yang terkulai layu. Apa yang diingini di sebalik pencerobohan itu
mereka mahukan bumi Lahad Datu khasnya Kampung Tandou itu yang
sebahagian dari bumi asal mereka. Tuntutan mereka ialah berasaskan
kepada susur galur sejarah. Sebagai bangsa yang sedang memperjuangkan
kemerdekaan bumi dan bangsanya di dalam pemikiran mereka tiada makenisme
lain untuk mendapatkannya kecuali menerusi perang.
Jika itulah kebenarannya, dan acara itu bukan satu sandiwara, saya pasti
kemelut yang berlaku hari ini tidak akan mudah berakhir dan meletakkan
Sabah khasnya dan Malaysia amnya dalam era perang bersaudara.
Persoalan kini dan apa yang ingin diketahui umum kebenaran di sebalik
acara berkenaan. Apakah acara pencerobohan itu sesuatu yang benar atau
sebaliknya? Kalau benar ia tidak menjadi masalah tetapi kalau sebaliknya
ia akan membawa implikasi lain. Kini timbul berbagai verisi di sebalik
kejadian itu. Paling 'lacat'nya ada mengatakan ia didalangi oleh
orang-orang tempat dengan campur tangan orang politik. Acara berkenaan
ada motif politik.
Versi yang paling popular ialah, acara itu adalah sandiwara yang
dipentaskan oleh Umno untuk tujuan dan matlamat politik mereka. Jia ia
benar inilah tindakan palik jijik. Mudah saja untuk memahami ini kalau
ia memang benar-benar benar. Kedudukan UBN di Sabah hari tidak seperti
dahulu lagi. Sabah sudah bukan
cash deposit kepada UBN. Perkembangan dan perubahan di Sabah menunjukkan negeri itu akan 'syahid' kepada Pakatan Rakyat.
Jadi untuk menyelamatkan Sabah terlepas dan jatuh kepada PR, maka
sesuatu perlu dilakukan. Acara pencerobohan itu adalah salah satu tektik
dan strateginya. Kononnya dengan meletusnya acara itu ia membawa kepada
tindakan lebih dramtik lagi dengan mendaruratkan Sabah. Tujuannya bila
Sabah di daruratkan maka Sabah terkecuali dari diadakan pilihan raya dan
dengan itu Sabah terus di bawah pemerintahan UBN.
Pendaruratan Sabah juga boleh mengheret kepada penangguhan pilihan umum
ke-13. Umno mungkin berharap masa penagguhan itu akan memberi ruang
untuknya berkempen dan terus melakukan penubaan dan pengeboman ke atas
minda rakyat untuk terus berpihak kepaanya. Ini tidak ganjil kerana UBN
pernah mempraktikan tindakan keji lagi busuk ini di Kelantan tahun
1978. Tetapi soalnya sampai bila?
Ada logiknya kalau acara pencerobohan itu bermotifkan politik. Untuk
mengetahui gerak nadi Umno lihat kepada bagaimana helaan nafas ketakutan
akhbar
Utusan Malaysia. Belum apa-apa akhbar milik Umno itu
sudah cuba mengheretkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan kejadian
itu. Anwar sudah dikenakan getah walaupun nangkanya masih jauh di
kebun.
Hanya dengan mengambil sumber dari perisikan Filipina menerusi sebuah protal (
Inquirer)
yang mengatakan pihak pembangkang ada bertemu dengan pencerobohan ia
langsung menimbulkan nama Anwar Ibrahim. Apakah semudah itu sesuatu
sumber itu diyakini oleh
Utusan kemudian ia disebarkan? Tidakkah terfikir penyebaran sumber tidak sah itu boleh mendatangkan mudarat lebih besar.
Petikan dibuat
Utusan itu sesuatu yang serius. Ia mencabar wibawa
dan intelengensi para perisik kita. Hendak tidak hendak perisik kita
perlu membuat kenyataan menjawab pendedahan
Utusan itu samada
ianya benar atau fitnah kering semata-mata. Keberanian dan ketelusan
pasukan perisik kita sememangnya dinanti-nantikan.
Dengan sikap
Utusan yang melampau dan sudah tidak siuman dalam
aksi-aksi dan kebeciannya kepada Anwar itu maka tidak peliklah kalau
pemimpin tertinggi PKR Tian Chua juga membuat perkara yang sama. Tian
Chua membuat
reverse psikologis dengan mengatakan kejadian atau acara pencerobohan itu adalah sandiwara.
Mungkin Tian Chua agak skaptikal di dalam hal ini tetapi ia juga ada
asas dan pengalaman tersendiri. Banyak kejadian-kejadian bersifat
terrorist sebegitu
berlaku di negara ini dimana asas perlakuannya boleh dipertikaikan.
Peristiwa Memali Kedah (19 November 1985) dan Al Maunah di Bukit
Jenalik, (2 Julai 2000) Perak adalah contohnya. Walaupun tindakan dan
aksi di dalam kedua peristiwa itu benar, namun dari segi keperluan
tindakan, kerasionalan penyelesaiannya sehingga mengorbankan nyawa boleh
dipertikaikan.
Mungkin mengambil pengalaman dari dua peristiwa itulah serta
aidegn-adigen politik lain maka Tian Chua begitu 'gaduh' membuat
kenyataan bahawa pencerobohan itu satu 'pantomin' oleh kerajaan UBN.
Di akhir posting ini saya ingin membah untuk dijadikan bahan renungan
bersama dalam mencari hakikat di sebalik peristiwa yang berlaku di
Kampung Tanduo itu. Apa yang saya sebutkan ini boleh menjadi asas
penentu apakah makna dan erti di sebalik acara pencerobohan itu. Bagi
saya ia mungkin benar, (realistik) dan kebenaran itu telah diambil
kesempatan oleh UBN atas motif politik. Iya juga mungkin palsu
(sandiwara), sengaja direka-reka untuk mencapai tujuan politik.
Kedua-dua natijahnya adalah politik.
Maklumat yang baru saya terima bahawa pihak
KDN ini sedang menyiapkan kertas kerja bagaimana untuk melakukan darurat
ke atas Sabah? Kalau maklumat ini benar, maka jelaskan apa yang berlaku
di Sabah itu sebagai satu acara yang tidak begitu abstrak sangat.
Alasan kerana ia telah memakan korban untuk mengatakan ia satu
perancangan tidak boleh diterima kerana tindakan orang politik akan
melampaui pemikiran manusia yang normal.
Saya teringat kepada madah saya berbunyi; SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK
TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, TETAPI JANGAN MERASA MUSTAHIL DENGAN TINDAKAN
ORANG POLITIK. Dalam politik untuk mendapatkan kuasa, taruhannya bukan
saja masa, atau wang ringgit, tetapi nyawa juga.
Sejarah dan pengalaman lalu menunjukkan sudah banyak nyawa terkobran
atau dikorbankan kerana kuasa dan kedudukan. Kematian bekas ahli
Parlimen Pasir Mas Hulu (Rantau Panjang) Abdul Samad Gol Ahmad Miangi
tahun 1969 juga ialah kerana untuk mendapatkan kuasa politik!
[wm.kl.12:05 pm 03/03/13]