PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Sunday, 3 March 2013

Tragedi Lahad Datu Akan Berpanjangan: Mungkinkah Sabah Didaruratkan?

Oleh: MSO

Aksi atau sesetengah orang memanggilnya sebagai 'acara' pencerobohan rakyat Filipina (keturunan kesulatan Sulu - P) ke atas bumi Malaysia di Lahad Datu tampaknya berterusan dan jalan penyelesaiannya semakin kompleks. Walaupun acara itu telah memakan 14 korban - dua anggota komando VAT 69 Malaysia dan 12 di pihak pencerohoh ia tidak mengakhiri acara berkenaan.


Sultan Jamalul Kiraim III
Bumi Lahad Datu telah menghisap darah. Bahkan kematian di kedua-dua pihak itu menjadi acara itu semakin tegang. Sudah pasti baik di pihak Malaysia maupun di pihak penceroboh yang dikenali dengan berbagai latar belakang itu, semakin panas kepala dan berdendam kesumat. Kehilangan nyawa di dalam sesuatu 'peperangan' boleh menambah dan membangkitkan semangat. Hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa, tidak hari ini esok, tidak esok di masa-masa mendatang.

Nyawa dalam peperangan pula dibayar dengan gandaan tertentu. Satu tidak dibalas satu, ada dibalas dengan dua atau tiga. Hukum diyat diguna pakai di dalam filsafat peperangan.

Kerumitan dan kebuntuan menyelesaikan acara ini ternyata, apabila di pihak Malaysia, seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Najib Razak, beliau telah menyerahkan tindakan ke atas acara itu searus peratus kepada tentera dan polis. Ertinya Najib telah memberi isyarat perang. Penyerahan itu menunjukkan perundingan atau pun penyelesaian secara diplomasi sudah berakhir. Nampak Najib semacam kesal, kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. Tindakan itu juga menggambarakan kelemagan Najib sebagai perdana menteri.


Dalam acara ini Najib tidak semudah mendapat gelaran wira pendamai seperti mana dia berada di tengah antara kerajaan Filipina dengan bangsa Moro yang menandatangni 'dikri' perdamaian tidak lama dulu. Kali ini Najib gagal dan sekligus mengenalkan beliau kepada umum bahawa beliau tidak bijak. Buruknya orang akan menganggap berdirinya beliau di antara bangsa Moro dan kerajaan Filipina dulu adalah hasil penyambungan kerja orang lain, antara Abdullah Ahmad Badawi.

Kata Najib sudah tidak ada tempoh rundingan dan segala tawaran pun tidak akan dibuat. Orang kita telah mati. Begitulah kontasi kenyataan Najib sewaktu menerima dan menyambut kepulangan dua jenazah komando yang terkorban di lapangan terbang Subang semalam. Najib perlu membuat kenyataan demikian dalam nada tegas kerana anggota keselamatan kita sudah terkorban. Najib perlu mengambil hati bukan saja keluarga mangsa tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.

Demikian juga di pihak penceroboh yang dipetik oleh protal berita Inquirer, bahawa pihak penceroboh tidak akan mengaku kalah. Satu mesej dihantar oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang bertanggungjawab ke atas acara itu kepada abangnya Sultan Jalalul Kiram III, mereka tidak akan berundur dan nekad untuk mati. Kenyatan itu dibuat selepas puak penceroboh mengembumikan 12 jenayah orang-orangnya terkorban. Ikrar itu besar makna dan maksudnya.

Dengan dua kenyataan itu menunjukkan acara itu tidak akan berakhir dengan segera dan selamat. Pihak Malaysia sudah pun menaburkan risalah meminta penceroboh menyerah diri. Tetapi sehingga ke saat ini tawaran berkenaan disambut dingin. Ironisnya malam tadi dilaporkan berlaku tembak menembak di Semporna. Bagaimana pun pihak polis menafikan ia ada kena mengena dengan acara pencerobohan di Lahada Datu. Kita tunggu kenyataan selepas ini. Dalam situasi hari ini polis tidak boleh menyembunyikan apa-apa maklumat kerana dengan meledaknya media baru ia akan diketahui juga. Seperti mana pihak keselamatan mengetahui rahsia musuh, begitu juga musuh mengetahui rahsia dan langkah-langkah selanjut pihak keselamatan.

Memerhati akan peristiwa atau acara itu serta perkembanganya dari minit ke minit, ia tidak akan selesai secara gampang tanpa kedua-dua pihak mencapai maksud di sebalik acara berkenaan. Sekiranya pencerobohan itu sesuatu yang realiti, mereka tidak akan undur ke belakang lagi, dan kalau pun undur mereka akan mara lagi di lain kali.  Makanya titisan darah yang ditelap bumi Lahad Datu itu menjadi pemula kepada sengeketa lebih panjang.

Orang-orang Sulu terkenal dengan kekental jiwa juang sejati. Setiap kali mereka melangkah ke medan juang mereka tidak akan kembali kecuali mayat yang terkulai layu. Apa yang diingini di sebalik pencerobohan itu mereka mahukan bumi Lahad Datu khasnya Kampung Tandou itu yang sebahagian dari bumi asal mereka. Tuntutan mereka ialah berasaskan kepada susur galur sejarah. Sebagai bangsa yang sedang memperjuangkan kemerdekaan bumi dan bangsanya di dalam pemikiran mereka tiada makenisme lain untuk mendapatkannya kecuali menerusi perang.

Jika itulah kebenarannya, dan acara itu bukan satu sandiwara, saya pasti kemelut yang berlaku hari ini tidak akan mudah berakhir dan meletakkan Sabah khasnya dan Malaysia amnya dalam era perang bersaudara.

Persoalan kini dan apa yang ingin diketahui umum kebenaran di sebalik acara berkenaan. Apakah acara pencerobohan itu sesuatu yang benar atau sebaliknya? Kalau benar ia tidak menjadi masalah tetapi kalau sebaliknya ia akan membawa implikasi lain. Kini timbul berbagai verisi di sebalik kejadian itu. Paling 'lacat'nya ada mengatakan ia didalangi oleh orang-orang tempat dengan campur tangan orang politik. Acara berkenaan ada motif politik.

Versi yang paling popular ialah, acara itu adalah sandiwara yang dipentaskan oleh Umno untuk tujuan dan matlamat politik mereka. Jia ia benar inilah tindakan palik jijik. Mudah saja untuk memahami ini kalau ia memang benar-benar benar. Kedudukan UBN di Sabah hari tidak seperti dahulu lagi. Sabah sudah bukan cash deposit kepada UBN. Perkembangan dan perubahan di Sabah menunjukkan negeri itu akan 'syahid' kepada Pakatan Rakyat.

Jadi untuk menyelamatkan Sabah terlepas dan jatuh kepada PR, maka sesuatu perlu dilakukan. Acara pencerobohan itu adalah salah satu tektik dan strateginya. Kononnya dengan meletusnya acara itu ia membawa kepada tindakan lebih dramtik lagi dengan mendaruratkan Sabah. Tujuannya bila Sabah di daruratkan maka Sabah terkecuali dari diadakan pilihan raya dan dengan itu Sabah terus di bawah pemerintahan UBN.

Pendaruratan Sabah juga boleh mengheret kepada penangguhan pilihan umum ke-13. Umno mungkin berharap masa penagguhan itu akan memberi ruang untuknya berkempen dan terus melakukan penubaan dan pengeboman ke atas minda rakyat untuk terus berpihak kepaanya. Ini tidak ganjil kerana UBN pernah mempraktikan tindakan keji lagi busuk ini di Kelantan tahun 1978. Tetapi soalnya sampai bila?

Ada logiknya kalau acara pencerobohan itu bermotifkan politik. Untuk mengetahui gerak nadi Umno lihat kepada bagaimana helaan nafas ketakutan akhbar Utusan Malaysia. Belum apa-apa akhbar milik Umno itu sudah cuba mengheretkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan kejadian itu. Anwar sudah dikenakan getah walaupun nangkanya masih jauh di kebun.

Hanya dengan mengambil sumber dari perisikan Filipina menerusi sebuah protal (Inquirer) yang mengatakan pihak pembangkang ada bertemu dengan pencerobohan ia langsung menimbulkan nama Anwar Ibrahim. Apakah semudah itu sesuatu sumber itu diyakini oleh Utusan kemudian ia disebarkan? Tidakkah terfikir penyebaran sumber tidak sah itu boleh mendatangkan mudarat lebih besar.

Petikan dibuat Utusan itu sesuatu yang serius. Ia mencabar wibawa dan intelengensi para perisik kita. Hendak tidak hendak perisik kita perlu membuat kenyataan menjawab pendedahan Utusan itu samada ianya benar atau fitnah kering semata-mata. Keberanian dan ketelusan pasukan perisik kita sememangnya dinanti-nantikan.

Dengan sikap Utusan yang melampau dan sudah tidak siuman dalam aksi-aksi dan kebeciannya kepada Anwar itu maka tidak peliklah kalau pemimpin tertinggi PKR Tian Chua juga membuat perkara yang sama. Tian Chua membuat reverse psikologis dengan mengatakan kejadian atau acara pencerobohan itu adalah sandiwara.

Mungkin Tian Chua agak skaptikal di dalam hal ini tetapi ia juga ada asas dan pengalaman tersendiri. Banyak kejadian-kejadian bersifat terrorist sebegitu berlaku di negara ini dimana asas perlakuannya boleh dipertikaikan. Peristiwa Memali Kedah (19 November 1985) dan Al Maunah di Bukit Jenalik, (2 Julai 2000) Perak adalah contohnya. Walaupun tindakan dan aksi di dalam kedua peristiwa itu benar, namun dari segi keperluan tindakan, kerasionalan penyelesaiannya sehingga mengorbankan nyawa boleh dipertikaikan.

Mungkin mengambil pengalaman dari dua peristiwa itulah serta aidegn-adigen politik lain maka Tian Chua begitu 'gaduh' membuat kenyataan bahawa pencerobohan itu satu 'pantomin' oleh kerajaan UBN.

Di akhir posting ini saya ingin membah untuk dijadikan bahan renungan bersama dalam mencari hakikat di sebalik peristiwa yang berlaku di Kampung Tanduo itu. Apa yang saya sebutkan ini boleh menjadi asas penentu apakah makna dan erti di sebalik acara pencerobohan itu. Bagi saya ia mungkin benar, (realistik) dan kebenaran itu telah diambil kesempatan oleh UBN atas motif politik. Iya juga mungkin palsu (sandiwara), sengaja direka-reka untuk mencapai tujuan politik. Kedua-dua natijahnya adalah politik.

Maklumat yang baru saya terima bahawa pihak KDN ini sedang menyiapkan kertas kerja bagaimana untuk melakukan darurat ke atas Sabah? Kalau maklumat ini benar, maka jelaskan apa yang berlaku di Sabah itu sebagai satu acara yang tidak begitu abstrak sangat. Alasan kerana ia telah memakan korban untuk mengatakan ia satu perancangan tidak boleh diterima kerana tindakan orang politik akan melampaui pemikiran manusia yang normal.

Saya teringat kepada madah saya berbunyi; SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, TETAPI JANGAN MERASA MUSTAHIL DENGAN TINDAKAN ORANG POLITIK. Dalam politik untuk mendapatkan kuasa, taruhannya bukan saja masa, atau wang ringgit, tetapi nyawa juga.

Sejarah dan pengalaman lalu menunjukkan sudah banyak nyawa terkobran atau dikorbankan kerana kuasa dan kedudukan. Kematian bekas ahli Parlimen Pasir Mas Hulu (Rantau Panjang) Abdul Samad Gol Ahmad Miangi tahun 1969 juga ialah kerana untuk mendapatkan kuasa politik! [wm.kl.12:05 pm 03/03/13]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers