PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 18 August 2012

Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.

“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.

Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.

“Lebih baik begitu. Umno kena berani bertindak untuk menyertai Pas. Kita tidak menerima Umno sebelum ini kerana mereka tidak ubah dasar daripada kebangsaan kepada Islam,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, Dewan Himpunan Penyokong Pas juga merupakan kalangan bukan Islam yang menyokong dasar perjuangan yang dibawa parti itu.

“Dewan Himpunan Penyokong Pas pun bukan orang Islam tetapi menyokong perjuangan Pas untuk mendaulatkan negara Islam,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak tidak akan mengalami kerugian dengan menyokong Pas demi kebaikan bersama.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Pusat turut turun padang memeriahkan Ramadan dengan meraikan seramai 133 pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut memberi sumbangan wang tunai, kurma dan air Darussyifa’.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu yang juga Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan dua isteri Presiden Pas iaitu Toh Puan Sri Zainab Awang Ngah dan Dr Rozita Mohd Saad./-Sinar Harian

Kesakitan Pada Malam Pertama

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


***********************************

Admin : Jangan fikir bukan-bukan ye.Hilangkan stress anda.

Friday 17 August 2012

Raja- Raja Melayu harus teladani Sultan Kelantan

Versi lengkap artikel yang ditulis untuk editorial Harakah

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang muttaqin.

Kita turut menumpang bangga dan terharu apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menganjurkan majlis qiamullail dalam satu program yang dinamakan 'Qiam With Me' di Istana Negeri Kubang Kerian.

Ribuan rakyat Kelantan membanjiri Dewan Jubli Perak, Istana Kubang Kerian untuk menunaikan qiamullail bersama Sultan Muhammad ke V pada  9 Ogos 2012.

Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat tarawih bersama Sultan Muhammad V, dihadiri Menteri Besar, Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus. Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.

Kita berbangga dan terharu kerana tidak pernah dalam sejarah Kesultanan Melayu moden, Sultan dan rakyat sama-sama bersujud memohon keampunan dari Allah dalam majlis seumpama itu.

Kerana sebelum ini, walaupun Raja-Raja Melayu berstatuskan Ketua Agama Islam negeri, dibacakan doa untuk mereka setiap kali selepas khutbah jumaat, namun ruh sebenar daripada kedudukan mereka tidak direalisasikan dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Sebelum ini, dijaja dalam media pro kerajaan tentang kedudukan istimewa Raja, beza taraf mereka, kedudukan dan kemuliaan mereka berbanding rakyat kebanyakan. Malah di sesetengah negeri, golongan Di Raja dipamerkan tidak mewarisi ruh Islam sebenar, kerana terbabit dalam perkara-perkara yang mencemarkan.

Di dalam media massa kita, bagaimana tatkala Umno bersanggahan dengan istana, mereka memaparkan rencana dan berita-berita buruk mengenai institusi Raja, yang dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral dan sebagainya.

Walau apa pun persepsi dan tujuan ia disiarkan, sedikit sebanyak, paparan ini memberikan kesan di hati rakyat, sehinggakan ada sesetengah pihak meragui peranan Ketua Agama Negeri, dengan nilai moral yang sedemikian.

Namun, situasi ini ternyata berbeza di Kelantan, beberapa tahun kebelakangan ini, sejak mengambil alih takhta pemerintahan, Sultan Muhammad V, mempamerkan keperibadian yang berbeza berbanding dengan kebiasaaan yang diamalkan Raja-Raja Melayu yang lain.

Kita tidak menafikan, kebanyakan Raja-Raja kita 'berjiwa rakyat'. Tetapi kita melihat, keperibadian yang ditonjolkan oleh Sultan Muhammad V, dilakukan di luar kebiasaan resmi Raja, begitu dekat dan menyentuh hati nurani rakyat.

Baginda bukan sahaja menjadi Sultan yang memerintah negeri, malah mempamerkan keperibadian yang 'humble', menepati ciri-ciri seorang Sultan yang merealisasikan amalan Islam sebenar. Dan selaku Ketua Agama Islam Negeri, baginda benar-benar berusaha merealisasikannya di dalam penghidupan yang sebenar.

Bersedekah di bulan Ramadan, amalan biasa. Berbuka puasa bersama rakyat juga amalan biasa. Menghadiri majlis tilawah dan sebagainya, juga biasa dilaksanakan Raja-Raja Melayu. Yang luarbiasanya ialah apabila seorang Sultan mengajak rakyatnya bersolat malam bersama baginda.

Justeru, alangkah bahagianya rakyat Malaysia, jika program sebegini dapat kita nikmati bersama-sama di negeri masing-masing. Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri, menjadi peneraju utama dalam menyuburkan amalan Islam di negeri-negeri yang dinaungi mereka.

Tuanku al-Sultan Kelantan sudah mendahului, memberikan contoh terbaik, sebagai Raja yang sama-sama sujud ke hadrat Ilahi. Baginda memohon keampunan dan rahmat dari-Nya. Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh Sultan Muhammad V ini, bukan sahaja merapatkan diri baginda dengan Allah SWT, malah semakin menyuburkan kasih sayang rakyat Kelantan terhadap beliau.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kita boleh sama-sama qiamuillail dengan Raja yang kita sayangi di Istana Selangor, Johor, Perak, Pahang dan sebagainya. Mudah-mudahan satu hari nanti, ianya akan menjadi realiti, insya Allah.

Rakyat Malaysia akan bermandi Darah Lagi

Oleh:

Aku terpaksa tulis artikel ini sebab aku rasa hangpa tak mengambil kisah tentang malapetaka yang bakal menimpa rakyat Malaysia. Bagi aku, tak boleh tidor lena bila teringat kat malapetaka ini. Apa malapetaka yang aku maksudkan?

13 Mei 1969

Bagi aku, peristiwa 13 Mei 1969 ada satu malapetaka. Dimana, peristiwa itu merupakan peristiwa yang paling berkesan dalam Projek UMNO “Memperbodohkan Melayu”. Kalau hangpa tanya aku, kalau kita bicara tentang Perhubungan Antara Kaum,maka kita boleh bahagikan tempohnya, “Sebelum 13 Mei 1969 dan Selepas 13 Mei 1969″. Kenapa aku kata begitu?

Setiap bulan,aku gunting rambut kat Kedai Bro India kat tempat aku. Dalam duk sembang pasal politik negara, terkeluar cerita pasal hubungan antara Melayu,Cina dan India. Kawan tukang rambut itu pernah cerita kat aku, “adik, dulu saya punya muda-muda punya time banyak seronok. Orang-orang India kat estate ada ramai kawan-kawan dari sini punya kampung Melayu. Bila pasang itu P.Ramlee punya gambar kita pegi tengok,bila MGR punya gambar diaorang pun mari tengok.Orang India dulu selalu cakap itu Melayu dulu punya hati tadak kotor. Tapi,lepas itu 13 Mei punya gaduh kita India dan Cina tak boleh kawan sama Melayu macam dulu. Sampai sekarang kita tengok Melayu punya orang pun kadang-kadang takut”.

Hangpa faham apa kesan peristiwa 13 Mei 1969 kepada Melayu sehingga sekarang? Melayu dipandang sebagai satu ancaman oleh orang-orang bukan Melayu. Adakah bangsa Melayu nie suka menjadi ancaman kepada bangsa lain? sudah tentu, jawapanya ialah “tidak”. Siapa yang cetuskan peristiwa 13 Mei 1969 kalau bukan bapak Najib? Aku berani kata,kesan negatif 13 Mei 1969 semakin lama semakin kurang.Kalau tidak,semasa Perhimpunan Bersih dan Hindraf pasti gaduh.Nasib baiklah tak berlaku begitu.

Kenapa peristiwa 13 Mei 1969 dicetuskan oleh bapak Najib? kalau nak tau sebabnya aku terpaksa petik sebaris daripada artikel MSK,” propaganda pilihanraya Umno kali ini ialah 3R. Royalty, Religion and Race”. Masa tu UMNO/BN ditolak orang rakyat Malaysia khasnya kaum Cina,khususnya di Pulau Pinang.

Memang betul apa yang dikatakan oleh MSK. Kalau UMNO rasa macam nak mampui dan ditandang rakyat daripada terus berkuasa,maka mereka akan gunakan ‘Isu Kaum’ sebagai api yang musnahkan keharmonian antara kaum.

Seperti aku kata tadi, kesan negatif akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969 semakin terhakis kerana perubahan pemikiran rakyat Malaysia.

Tapi,




Rakyat Malaysia lagi sekali mula mununjukkan kebangkitan besar-besaran mereka untuk ‘Talkinkan’ UMNO/BN. Menarik sunguh apabila kali ini Najib sendiri perlu berhadapan dengan kebangkitan rakyat ini. Maka,Najib dan gengnya mungkin merancang satu lagi 13 Mei 1969 untuk mencetuskan pergaduhan antara kaum. Tapi,rakyat Malaysia semakin lama semakin bersatu padu (Inilah satu-satunya perkara yang membuatkan saya bangga sebangai anak Malaysia,yang lain macam dunia setan). Mungkin Najib tak boleh cetuskan kontrovesi perkauman melalui demontrasi. Usaha-usah Najib dan gengnya untuk cetuskan perbalahan kaum seperti Usul kepala Lembu,Interlok,Senaman Pungung,Angpow Putih,Serangan keatas Gereja, kesemuanya GAGAL.

Sekarang, Najib nak guna pendekatan baru pulak untuk cetus perbalahan antara kaum. Tapi,kali ini seniman diperalatkan,bukan lagi Pemuda UMNO Malaysia.





Seperti diketahui umum, Najib telah memberi peruntukkan untuk terbit film ‘Tanda Putera’.Kita disahkan bahawa ada agenda peristiwa 13 Mei 1969 dalam film tersebut. Bila ditanya kepada Pengarah film tersebut, dia kata “agenda itu hanya dalam 10 minit”. Jika,Najib tak nak ‘highlight’kan 13 Mei, kenapa dalam poster ada gambar yang mengingatkan kita peristiwa hitam negera?

Cuba hangpa fikir,kalau teringat kekasih lama,hangpa nak tak jumpa dia lagi? pastilah,hangpa nak sebab terkenang.Macam tu jugak 13 Mei 1969 dingitkan semula dengan harapan peristiwa itu berulang lagi.Film nie pulak bakal dipawangamkan pada 13 September 2012. Harapan,UMNO ialah perbalahan tercetus antara kaum dan rakyat akan bermandi darah serta ini membolehkan UMNO terus ditaktha pemerintahan. UMNO guna duit rakyat untuk bina film sebagai kempen Piliha Raya mereka serta Melayu dan bangsa-bangsa lain terus diperbodohkan,sekaligus dipecah belahkan.

Melayu dipandang hina kerana permainan politik UMNO/BN.

Kalau UMNO/BN terus diberi mandaat dan dipercayai serta ditaati,
maka,

Rakyat Malaysia akan bermandi Darah………..

Sumber 

Thursday 16 August 2012

Gambar Buah Dada Siti Nurhaliza Diraba Tersebar Lagi..

Jiwa Kesedihan Melanda Siti Nurhaliza


Gempar! Buah Dada Dato Siti Nurhaliza DiRABA. Pengalaman Pahit ini sebenarnya sudah lama dirahsiakan oleh siti selepas berumah tangga kerana di kuathiri menjejaskan nama baik siti nurhaliza dan keluarga.

Bak kata pepatah " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah " hari ini barulah gambar buah dada siti nurhaliza di raba tersebar di internet!

Gambar sekarang Siti Nurhaliza sedang meluahkan perasannya kepada suaminya Datuk K.



Sila lihat suspek dibawah, teng! teng! teng!

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
/
.

Inilah suspek yang dicari seolah olah mangsa merelakannya




ps:// ini sekadar hiburan melawak, tidak ada niat yang buruk untuk pengunjung yang melihat :), sila lihat label topik ini didalam kategori melawak.. :)



-kredit

Tuesday 14 August 2012

Nasharuddin akan masuk UMNO lepas raya?

Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas.

Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Sama-sama kita tunggu....


-sumber

Mercun Dibalut dengan ayat Al-QURAN

Beberapa penduduk di sini terkejut besar apabila menemui cebisan pembalut mercun diperbuat daripada kertas yang tertulis ayat-ayat suci al-Quran. Penemuan yang turut dilaporkan berlaku di Matang Kuli dan Nibong itu, sekali gus mendatangkan kemarahan penduduk yang menyifatkan perbuatan menggunakan kertas yang mengandungi ayat kitab suci tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam.

Kes itu dilaporkan berlaku di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya.

"Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran. "Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut," katanya.




Ketua MPU, Tgk Ramli Syam berkata, cebisan yang ditemui oleh Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran. "Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera," katanya. - AGENSI

Dahsyat! : Saksikan aksi wanita tidur ini..

Maaf kalau ada wanita yang pernah tidur macam ni, bukan nak memalukan cuma perkara ni rasanya boleh diubah jika boleh lah..

Lihat wanita dalam gambar ni, memang dahsyat gila! mulut ternganga keatas dengan keadaan tidur separuh mati..apapun boleh masuk didalam mulut tu, huh! tolong jangan tidur macam ni..jatuh maruah dan keayuan tu tau haha..



18SX : Video Lucah untuk tontonan umum,... Saksikan..

sekadar gambar hiasan

 Saksikan video di bawah...
Video lucah yang sopan???


Monday 13 August 2012

RM 10 Juta Untuk Belot?

Oleh: MSO

Phobia akan berlaku pembelian calon atau wakil rakyat di Sabah kini sudah mula dirasakan. Ini berikutan sudah ada perundingan-perudingan kecil menerusi 'calo-calo' politik dengan orang tertentu. Sudah ada tawaran dengan nilai berbagai-bagai dibuat ke atas mereka yang berpotensi menang di dalam pilihan raya akan datang.

 Politik beli calon dan beli wakil rakyat semacam sudah menjadi budaya di Sabah. Perilaku ini adalah sejarah yang diketahui umum. Semacam tidak sah kalau aktiviti pembelian ini tidak berlaku. Di Sabah pembelian bukan setelah seseorang menang, tetapi sebelum menang lagi ia sudah berlaku. 

Mereka yang berjaya mendaftarkan diri sebagai calon sudah ada nilai harga tersendiri mengikut kelas dan standardnya. Diibaratkan ketika masih dalam telor lagi sudah ada harga.

Tektik menajakan calon bebas atau menawarkan imbuhan kepada calon belot sudah menjadi permainan biasa yang tidak menghairankan. Kalau urusan ini tidak berlaku seakan pilihan raya Sabah tidak sah. Cakap-cakap ataupun tawar menawar bukan lagi di dalam gelap tetapi secara terus terang dilakukan oleh calo atau wakil masing-masing.

Bekas Ketua Penerangan Umno Sabah yang kini menjadi penggerak utama PKR Sabah, Abdul Karim Ghani secara tidak langsung telah menyebutkan perkara ini kepada saya ketika di lapangan terbang Kuching sewaktu menanti ketibaan Anwar Ibrahim. Apabila saya mengajukan apakah kemungkinan politik beli calon dan wakil rakyat boleh mengagalkan agenda menawan Sabah, beliau dengan cepat mengatakan, "iya ini sudah tentu berlaku...," bahkan tekannya ia sudah berlaku.

Politik munafik ini menurutnya ada dua versi, pertama mereka akan menaja calon-calon tertentu untuk  ikut bertanding dan kedua akan membeli wakil rakyat yang menang. Katanya mereka sanggup memberi berapa banyak yang mahu. Tentulah harga yang menang lebih tinggi dari yang (calon) yang kalah.

"Sudah kedengaran kini ada seseorang berpotensi, tidak perlu saya menyebut namnaya sudah didatangi broker Umno menawarkan wang sekiranya sedia berpaling tadah," kata Karim. Menuruntnya beliau difaham broker itu adalah atas suruhan Ketua Menteri, Musa Aman.

Jelas Karim lagi setakat ini jumlah paling tinggi ditawarkan sebanyak RM10 juta. Kalau anda sedia menjadi alat Umno, mengkhianti hasrat rakyat yang mahukan perubahan, upahnya RM10 juta. Begitulah tutur broker berkenaan kepada bakal calon berpotensi itu, cerita Karim.

Fenomena itu membimbangkan beliau dan ia boleh mengganggu agenda merampas Sabah yang nampak sangat cerah kini. Bagaimana pun atas usaha dan semangat ingin melihat politik Sabah berubah dan tidak menjadi monopoli satu kuasa beliau berharap semoga aportunis-opirtunis yang mencari wang dengan cara ini tidak akan berlaku lagi.

Dan Umno sebagai berpotensi melakukan perdagangan manusia yang keji sebegini diharap akan menghentikan dan cubalan membawa politik gentleman dan bersendikan undang-undang. Dalam pada itu fenomena jahat yang mengkhianati prisip demokrasi ini diatasi dengan adanya kerjasama SPRM. SPRM perlu bertindak mengikut mekanismenya sendiri bagaimana untuk memberkas orang-orang yang mengamalkan politik rasuah dan jahat ini.

Mungkin tindakannya bermula sejak dari broker lagi kerana mereka juga mendapat untung mudah dengan menguruskan 'perdagangan manusia' sebegini

Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar

Oleh: Aspan Alias


Khairy Jamaludin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan ‘jilted’ dan bercakap benar-benar seperti ‘attribute’ yang ada pada UMNO. Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang UMNO dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku dalam BN khususnya UMNO.
 
Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena ‘jilted’? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin UMNO apabila mereka di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang ‘sour grape’. 
 
Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam UMNO kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Tun Ghaffar keluar dari UMNO.
 
Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam UMNO bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam UMNO itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah.
 
Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?
 
Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang UMNO tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli UMNO yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.
 
Khairy harus sedar yang UMNO itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam UMNO. Apa faedahnya laku dalam UMNO jika UMNO itu sudah tidak laku lagi?  Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam UMNO kerana budaya UMNO itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.
 
Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.
 
Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada dalam UMNO itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar UMNO. Di dalam UMNO Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang ‘legitimate’ dalam parti itu. Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja. 
 
Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang UMNO menjadi lemah kerana pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan UMNO tidak bergerak dan tidak di hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya UMNO kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak.
 
Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah payah untuk menegakkan UMNO dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.
 
Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya UMNO yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.
 
Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang UMNO hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana.
 
Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal…masak diluar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak di sabotaj oleh ahli-ahli UMNO di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam UMNO itu.
 
Yang Khairy anggap tidak laku dalam UMNO dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan UMNO dari memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini.
 
Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat dalam UMNO itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin UMNO itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang.
 
Apa faedahnya laku dalam UMNO, tetapi tidak laku kepada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya dalam UMNO itu.

Hadiah Hari Raya Najib, BN Sabah Hampir Lumpuh

Najib yang baru pulang dari lawatan ke sabah menerima berita hebat apabila Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.

Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.

Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Nampaknya sumpahan "Janji Dicapati"  BN sedang makan diri, itulah akibat suka mengungkit, akhirnya orang jadi bosan...



-tukang lawan

Sunday 12 August 2012

Tak yakin dengan Najib punca Datuk Maijol Mahap sertai Pakatan

KOTA MARUDU: Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja  (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai.

 Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana  tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu.

Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel.

Dalam majlis itu, Maijol menyatakan beliau meninggalkan BN adalah kerana hilang keyakinan bahawa BN benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah.

“Saya tidak ingin dimaki oleh generasi akan datang kerana tidak berjuang,” katanya yang turut mengumumkan untuk meninggalkan semua jawatannya dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan .
Turut hadir, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Tian Chua; dan pengasas APS, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Dalam pada itu, Bumburing dalam ucapannya berkata, Najib hanya mengumumkan pembentukan RCI apabila protes untuk meninggalkan BN mencapai tahap tertinggi.

“BN kata Sabah adalah fixed deposit (simpanan tetap). Saya nak tanya, fixed deposit daripada siapa? Orang Sabah atau pendatang tanpa izin?” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34453

Amalan Bidaah Dato Seri Haji Najib di Bulan Ramadhan..




Apakah semenjak akhir-akhir ini pendapat zakat Fitrah semakin berkurangan, sehingga Najib membayar fitrah menjadi tumpuan media sebagai satu motivasi kepada rakyat umat Islam membayar fitrah.

Atau pun program apa yang Najib lakukan semuanya perlu ditunjukkan kepada rakyat,, aku sendiri tak faham...

Gambar NI adalah gambar tahun lepas,, nak bayar tu bayarlah,, tetapi kenapa menjadi bahan tontonan seolah-seolah macam majlis MOU pulak...




Yang ini dua hari lepas, lebih kurang sama juga,, apa yang kepoh sampai macam ni,,, kalau kata yang ramai-ramai tu nak bayar sama,, tunggu giliran, pergilah cari tempat lepak relax dulu,, kenapa sanggup berdiri terpacak macam pengawal, seolah-olah Najib perlu dikawal seperti mana Najib mengerjakan haji tahun yang lalu

,

Persepsi masyarakat bukan Islam tentu merasakan jikalau macam inilah Islam yang diamalkan,, lecehlah bro... Islam tak ajar macam ni semua,, mengarut dah ni... Sultan atau Agung nak bayar zakat pun tak macam ni,,, Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu sebelum Najib pun tak macam ini,,

Apakah ini sebagai petunjuk Najib sebagai PM yang terakhir mewarisi UMNO.. Insyaallah... Cukuplah,, UMNO memang wajib di ganti..


-sumber

Sudah tengok Videoclip animasi Antu Tuya Zunar? .. Rugi kalau tak tengok...

Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar hari ini melancarkan klip pendek animasi politik bertajuk “1 Funny Malaysia”.

Animasi berdurasi 5 minit ini merupakan klip animasi politik yang pertama di Malaysia.

“1 Funny Malaysia adalah kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model yang bernama ANTU TUYA bangkit dari kubur bersama anaknya dan mencari DATO NAZAK di pejabat pentadbiran beliau di PUTARJAYA.

Setelah tiba di sana, ANTU TUYA meminta DATO NAZAK supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau,” katanya dalam kenyataan.

Kesudahan klip animasi 1 Funny Malaysia boleh disaksikan melalui link zunarcartoonist.com.

“Dengan siapnya klip animasi ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis, artis, animator dan editor yang menjayakan produksi dengan bajet rendah ini,” kata beliau.

Zunar juga bercadang mahu meneruskan kesinambungan klip animasi ini jika mendapat sumbangan dan bantuan orang ramai.

“Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandangkan produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui web saya iaitu zunarcartoonist.com,” katanya - Keadilandaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers