Seorang demi seorang tokoh Umno Sabah telah mengistyharkan diri
menyertai Pakatan Rakyat. Kali ini giliran bekas Bendahari Agung Umno
Sabah Ibrahim Menudin pula mengistyharkan diri menyertai PKR di hadapan
Anwar Ibrahim di satu majlis di Batu Arang Labuan lewat petang ini.
Dipercayai ada beberapa orang lagi tokoh Umno dan ahli politik Sabah
akan berbuat demikian. Dijangka malam ini juga ada pengumuman penting.
Beberapa mereka yang disebut-sebut akan bersama Pakatan Rakyat
termasuklah ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur. Namun sukar diyakini
Ghafur akan berbuat demikian malam ini.
Sudah pasti tiang aras Umno Sabah makin bergoyang kini dan mungkin akan
terus tumbang mungkin sebelum piliahn raya umum diistyharkan./(MSO)
Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya
UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah
55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme,
rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.
Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan
perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk
memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur. Namun,
kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat
Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula
beralih untuk menyokong pembangkang.
Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih
kukuh dan jujur. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada
1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila
orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.
Memilih untuk menipu dari memperbetulkan kelemahan
Malangnya, daripada bekerja untuk memperbaiki imej dan integriti
parti mereka, pemimpin UMNO menggunakan cara kotor untuk memenangi
pilihan raya; mereka menipu. Ia mendatangkan hasil dan tidak lama lagi
dosa ini menjadi satu tabiat yang berakar dalam minda UMNO. Lihatlah
bagaimana kepimpinan UMNO bertindak balas terhadap pergerakan Bersih
yang menuntut pilihanraya yang bersih. Ketakutan dan kemarahan UMNO
apabila diminta untuk membersihkan daftar undi amat ketara. UMNO kecewa
dan bertindak balas dengan ganas terhadap penyokong Bersih di kesemua
demonstrasi Bersih kerana ia merasakan ia mempunyai hak mutlak untuk
menipu!
Beberapa kaedah melampau mereka dalam menipu termasuk membina
pengkalan tentera dalam kawasan pilihanraya yang penting bagi UMNO untuk
mendapatkan undi mudah. Tetapi pada tahun 1980-an, UMNO mendapati ia
tidak boleh lagi bergantung kepada pangkalan tentera atau perkhidmatan
awam kerana untuk mengekalkan kedua-duanya menelan belanja yang besar
apatah lagi untuk mengembangkannya.
UMNO kemudian mula menarik pendatang asing untuk memohon
kewarganegaraan Malaysia terutamanya Indonesia. Tetapi tidak semua yang
baru mendapat kewarganegaraan Malaysia menyokong UMNO kerana terdapat
orang-orang yang berpengetahuan agama di kalangan mereka, dan seperti di
Indonesia, mereka lebih suka untuk menyokong pembangkang. Oleh itu,
kini di alaf baru, UMNO tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memberi
kerakyatan segera kepada pendatang dari Bangladesh, Pakistan dan
Filipina, lengkap dengan upacara angkat sumpah untuk berjanji mengundi
UMNO dan BN.
Usaha sedemikian jelas percubaan terdesak untuk kekal berkuasa,
dengan kadar keupayaan yang sangat berpadanan dengan kuasa serta
integriti UMNO. Lebih banyak UMNO menipu, lebih buruk imej, kekuatan dan
integrity mereka.
Skandal demi skandal
Menurut Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, apabila skandal RM7.3 bilion
kapal selam Scorpene meletus, rakyat biasa tidak mampu untuk memahami
isu ini. Tetapi kemudian, apabila skandal RM250 juta NFC dilaporkan
dalam berita, mereka mula memahami sepenuhnya bagaimana pemimpin UMNO
mendapatkan komisen atas wang rakyat. Ini menjadikan minda mereka
terbuka dan mula meragui UMNO-BN dengan serius. Sepertimana yang
dikatakan oleh Sabu, ia adalah lebih mudah untuk rakyat biasa menghargai
lembu berbanding kapal selam.
Apabila kejatuhan NFC terus berlaku, ia menjadi jelas kepada rakyat
bahawa UMNO sememangnya tidak masuk akal apabila 'lembu' boleh membeli
kondominium. Malah timbalan ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim tidak
boleh mendiamkan diri lagi. Beliau mengambil keputusan untuk menuntut
Shahrizat dikeluarkan dari parti jika dia tidak melakukannya dengan
kerelaan sendiri untuk meletak jawatan.
Jelas bahawa kejatuhan NFC adalah antara tamparan utama yang membuka
minda rakyat dan ia masih berada dalam fikiran mereka sehingga ke hari
ini.
Walaupun skandal Scorpene yang berkaitan secara langsung dengan
Najib, kejatuhan NFC juga membabitkan pemimpin UMNO yang lain seperti
Abdullah Badawi, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin
dan sudah tentu, Najib. Mungkin ia adalah kerana dia telah berada dalam
kerajaan lebih daripada 30 tahun tetapi Najib seolah-olah mendapat
habuan dalam kebanyakan perkara!
Selain daripada Najib, terdapat pemimpin UMNO lain yang sering
terbabit dalam skandal. Khir Toyo telah didapati bersalah kerana rasuah,
Jamil Khir Baharom menggunakan wang 'zakat' untuk membayar yuran
peguam, manakala Awang Adek mengakui menerima wang daripada sebuah
syarikat atas sebab-sebab yang boleh dipersoalkan dan Isa Samad terpaksa
disingkirkan dari KFHB kerana kesangsian terhadap kejujuran dan
integritinya.
Persediaan hanya untuk dimusnahkan
Kita tahu Najib mempunyai skandal peribadinya sendiri, manakala
Rosmah Mansor isterinya yang agresif berada di luar kawalan dan ini
bukanlah sesuatu yang baik untuk dirinya.
Najib telah dikecam kerana menggunakan dana awam untuk urusan
peribadinya. Dia dituduh menjadualkan perjalanan diluar negara
bersempena dengan pertunangan anak perempuannya di Kazakhstan,
konvokesyen anak lelakinya di Amerika Syarikat, percutian keluarga di
Milan dan Australia supaya perbelanjaan peribadinya boleh dibiayai
dengan dana awam.
Malah, Pejabat Perdana Menteri juga diheret sama apabila berita ini
dibocorkan kepada media alternatif apabila kos majlis pertunangan anak
perempuannya di Putrajaya juga telah dibilkan kepada kementeriannya
apabila ia adalah majlis peribadi.
Insiden seperti ini memberi kesan kepada kredibiliti Najib tetapi dia
hanya ada dirinya untuk dipersalahkan akibat penyalahgunaan dana awam
tanpa rasa segan dan silu. Bagaimana dia boleh mengharapkan rakyat untuk
terus menghormatinya apabila dia dan isterinya berkelakuan seperti
pengambil kesempatan?
Najib sudah mengalah, sekarang dalam misi bunuh diri
Untuk memburukkan lagi keadaan UMNO dan BN, Najib kemudian pula
campur tangan dalam penganugerahan projek Ampang LRT kepada George Kent.
Bukan sahaja firma ini dikawal oleh kroninya, ia adalah pembida
tertinggi malah hilang kelayakan secara teknikal. Namun ia telah
memenangi bidaan dan Najib sendiri telah meluluskan penganugerahan itu!
Mengejutkan? Atau adakah Najib tidak lagi peduli - dia hanya mahu
merebut seberapa banyak wang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu
diadakan selewat-lewatnya menjelang Jun 2013. Sudah tentu ini nampak
seperti misi bunuh diri – dari segi politik - manakala UMNO ditakdirkan
untuk musnah hasil penyelewangan Najib.
Seterusnya, Najib disajikan dengan pembelotan dari Sabah - salah
seorang daripadanya adalah Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi UMNO!
Sekali lagi Najib tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan tetapi
dirinya sendiri. Dia sebenarnya boleh menghalang Lajim daripada
meninggalkan UMNO dengan melakukan sesuatu untuk menenangkannya seawal
tahun lalu, tetapi Najib tidak berbuat apa-apa pun.
Sama ada PM sememangnya malas, atau dia sudah berputus asa untuk
berharap lama dahulu. Mungkin Najib telah menyedari bahawa kekalahan
tidak dapat dielakkan lagi dan ini mungkin kenapa dia memutuskan untuk
memperbaiki imej sendiri dan bukannya perkara-perkara di dalam UMNO, BN
dan negara. Ini mungkin menjelaskan mengapa dia tidak melakukan apa-apa
untuk menghentikan Lajim Ukin dan timbalan pengerusi Upko, Wilfred
Bumburing untuk meninggalkan BN.
Keangkuhan Najib juga merupakan satu lagi faktor yang menyumbang
kepada kejatuhannya. Mahathir yang telah lama menyedari perkara ini
telah memberi amaran secara terang-terangan kepadanya. Dalam temu bual
Bloomberg yang disiarkan beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri,
Mahathir Mohamad memberitahu Najib bahawa jika lebih ramai yang keluar
parti, BN akan kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ini
bukanlah peringatan yang menenangkan untuk diterima di khalayak ramai –
ia seumpama dirotan guru besar di khalayak ramai!
Najib bukan cuba mengawal kerosakkan, dia sudah hilang kawalan sama sekali
Penangkapan baru-baru ini terhadap Rafizi Ramli, Pengarah PKR
Strategi, tidak boleh digambarkan sebagai satu usaha UMNO untuk mengawal
kerosakan dengan apa jua cara. Ia adalah satu kesilapan BESAR dan ini
jelas dari senyuman yang lebar di wajah Rafizi apabila dia didakwa.
Betapa bodohnya mereka, fikir Rafizi pada ketika itu.
Dan Rafizi sememangnya tepat. Penangkapannya bukan sahaja tidak
sesuai kerana ini bukan sahaja adalah bulan yang penuh berkat, iaitu
Ramadan, tetapi terdapat tiga isu-isu lain yang masih belum diselesaikan
dan akan memusnahkan apa jua tuntutan bermoral oleh Najib & Co.
Satu adalah kontroversi Kumpulan George Kent yang telah secara rasmi
dianugerahkan projek LRT Ampang Tambahan, yang kedua ialah perletakan
jawatan BN Sabah dan ketiga, kurangnya kemajuan sebenar dalam kes-kes
mahkamah yang berkaitan dengan kejatuhan RM250 juta NFC.
Tambahan pula, penangkapan itu seolah-olah telah membangkitkan
seluruh rakyat Malaysia untuk bertanya mengapa pemberi maklumat
ditangkap dan bukan orang yang sebenarnya bersalah? Rafizi telah
menjolok sarang tebuan tetapi daripada cuba untuk mengelakkan tebuan
dari menyengat mereka yang terlibat, Rafizi ditahan. Tebuan dibenarkan
untuk terus menyengat orang-orang yang terlibat dan cuai dan salah
seorang daripada sasarannya adalah Najib.
Najib terkubur dan Dr M kembali
Najib akan lenyap, dan yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia dan
UMNO, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengambil alih kecuali
Mahathir Mohamad.
Najib boleh dibenarkan untuk terus mengepalai UMNO tetapi akan
dikawal oleh yang lain. Mahathir, si tukang karut utama, menarik tali
dan Najib bergerak dari atas ke bawah, ke kiri dan kanan. Itulah
sebabnya, berlaku dasar yang tidak selaras dan kekurangan polisi.
Sejak 3 tahun yang lalu selepas Najib mengambil alih sebagai Perdana
Menteri pada April 2009, Malaysia telah dikawal secara ‘auto-pilot’
dalam semua hal - pentadbiran, sosial dan ekonomi. Tetapi ia tidak boleh
terbang dengan lebih jauh tanpa juruterbang sebenar menerajuinya dan
boleh terhempas pada bila-bila masa sahaja sekarang.
Tujuan utama adalah untuk memberi beberapa lagi pukulan kepada Najib
dengan harapan agar Najib akan menyerahkan wasiat kepada tuan yang
sebenar, walau apa jua keputusan PRU ke-13 nanti. Siapa lagi dalam UMNO
yang boleh mengalahkan Najib jika bukan Mahathir?
Musuh yang paling berbahaya bagi Najib kini berada dalam UMNO,
partinya sendiri, di mana dia adalah yang paling lemah. Semua
bercita-cita untuk menggantikan dirinya. Ia jelas bahawa Najib hanya
akan menyerahkan senarai calon ‘boleh menang’ yang amat berharga dan
telah dijaga umpama nyawanya sendiri kepada Mahathir dan membiarkan
Mahathir membuat keputusan muktamad. Pertama, Najib agak ragu-ragu untuk
membuat sebarang kesimpulan dan kedua, dia boleh mengatakan 'TIDAK'
kepada Dr M.
Tetapi dalam usahanya untuk membuat Najib menyerah kalah, Mahathir
tidak dapat menahan diri dari memberi tamparan terakhir kepada UMNO
Baru, parti yang ditubuhkan olehnya pada akhir 1980-an selepas
mendaftarkan semula UMNO yang asal.
Mahathir juga tidak bijak seperti dulu. Dia sama ada sudah mengalah
untuk membaiki kerosakan dalam UMNO atau dia lupa bahawa pembangkang
sekarang sudah kuat - tidak lagi seperti di zaman pemerintahnnya dahulu.
Tetapi, kerana dia dikenali dengan mainan politik kejam dan kotor,
Mahathir dalam usaha untuk mewujudkan satu laluan yang jelas untuk
anaknya Mukhriz supaya menjadi perdana menteri di masa depan mungkin
tidak mempunyai pilihan lain selain mengorbankan UMNO. Dia sanggup
lakukan apa sahaja termasuk ini. Dia telah melakukannya dahulu dan dia
berpendapat bahawa UMNO masih boleh bertahan.
Walau bagaimanapun, harga yang harus dibayarnya adalah lebih tinggi
daripada tahun 1980-an, di mana dia mampu untuk menggembleng penuh kuasa
jentera kerajaan untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah yang naïf
dan menjadi presiden UMNO.
Ya, kerana 'inflasi' ini, Mahathir perlu melihat lebih jauh daripada
pergelutan UMNO Baru. Dia harus memikirkan secara serius untuk
mempertimbangkan dan merancang kemungkinan UMNO menjadi pembangkang dan
Najib Ketua Pembangkang dan dirinya, Ketua de facto Pembangkang, selepas
PRU ke-13.
Malaysia Chronicle