Nampaknya profesion guru terus menjadi
pilihan utama golongan graduan baru. Kalau disemak semula
kenyataan Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru baru ini-baru
ini, Jemale Paiman, terdapat sekitar 70,000 permohonan menjadi guru pada
tahun 2011 sedangkan hanya 5,000 sahaja diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan guru…Yang dapat 8A SPM sekarang ini belum tentu boleh dapat diterima masuk…
(Mohon pihak berwajib menyemaknya)
- Sekarang ini guru siswazah baru boleh menikmati gaji asas sekitar RM2,300 dan boleh menjana pendapatan sehingga RM2,500 dengan elaun.
- Sekarang ini sudah ada kenaikan pangkat guru secara time based di mana guru boleh menikmati peningkatan kerjaya dengan lebih cepat jika berjaya menunjukkan prestasi yang baik
- Guru sekarang ini yang dihantar ke kawasan pedalaman juga akan menerima Elaun Lokasi Mengikut Tahap Kesukaran (ELMTK). Ehem…Benarkah yang “berhak” menikmatinya? Mari semak video di bawah ini…….
Senarai Cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025
- Selepas ini hanya 30% antara siswazah paling cemerlang di negara ini daripada yang ramai-ramai memohon itu akan diterima masuk untuk bertugas sebagai guru. Ini semua dilakukan mahu menjamin kualiti yang ada untuk mengangkat guru sebagai profesion yang berprestij dan elit.
- Mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar. Contohnya, Sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindah kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di peringkat sekolah
- Melaksanakan kemajuan kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka. Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih cepat berbanding tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun
- Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum
Kami
sangat bersetuju jikalau hanya guru yang benar-benar berkualiti dan
benar-benar berkelayakan sahaja dipilih. Jangan tangkap muat sahaja.
Jatuh, bangun sesebuah negara terletak dan bergantung harap kepada
kerangka dasar pendidikan negara yang berkualiti dan paling penting
tidak hanya menjanjikan “bulan dan bintang” semata yang mana diharapkan
pelaksanaanya juga sehebat cadangannya.
Cuma
kami berharap cadangan untuk meringankan tugas guru menjadi kenyataan.
Sebab dah selalu dah dengar cadangan seperti ini. Pokok pangkalnya buat
dasar biarlah pelaksanaan benar-benar berkesan.
- Kerja semakin overlap dan overlap. Contohnya?
- Sekarang ada APDM, ada SMM tetapi kad 001 tidak dihapuskan pun
- Sekarang ada SAPS, tetapi isi markah dalam buku rancanngan mengajar, buat analisis, isi markah offline tidak dihapuskan pun
- Sekarang ada 1M1S, tetapi kokurikulum hari Rabu petang masih berjalan seperti dahulu juga
- Sekarang ada PBS, tetapi PLBS kena buat juga
- Guru-guru yang ada di sini ada yang nak tambah lagi?
Lagi
satu kami dapati, kerajaan perlulah melengkapkan IPG/maktab dengan
komputer terlebih dahulu. Sudah bertahun, kalau di universiti
-universiti semua D54 D53 ke atas menerima laptop, D52 ke bawah dapat
dekstop manakala pentadbir dapat ipad. Ini ada yang pensyarah gred DG52
pun tiada komputer? Macam mana nak lahirkan guru yang cemerlang jika
kelengkapan asas pengajaran dan pembelajaran pun gagal disediakan? Itu
tugas organisasi kerajaan menyediakannya.
Dan…..selain itu kerajaan haruslah memantau pantau sikap dan tahap keberhutangan para guru di Malaysia. Hutang yang banyak menyebabkan guru-guru buat kerja part time.
Tak sampai matlamat juga walaupun standard kemasukan diperketatkan.
Kalau tengok realiti dikebanyakan sekolah, hampir 2, 3 hari sekali ada
sahaja yang datang “mengoda guru” dengan tawaran pinjaman, skim MLM,
ataupun insurans sediaada. Bersepah flyers di blik guru sekolah.
Diharapkan
guru besar/pengetua kena guna kuasa dan mempunyai pendirian untuk tegas
dalam hal ini, pesan kepada jaga supaya tidak dibenarkan “kelompok” ini
masuk pada waktu persekolahan. Jikalau Guru Besar yang jenis tegas,
memang susah nak nampak ejen-ejen ini.
Dalam kita sibuk mahu memartabatkan profesion guru, kuasa guru semakin terhakis, nak rotan murid pun dah jadi susah sekarang ini. Apa kata guru-guru di sini? Tengoklah hasilnya, murid semakin kurang ajar
- Ada yang berani secara terang-terang mahu melawan guru kalau ditegur (KLIK SINI). Tiada lagi istilah hormat dalam diri mereka kepada guru.
- Dahulu jikalau mahu dibandingkan, kurang sangat kita mendengar kes-kes seperti ini. Sekarang ini disiplin murid dilihat semakin merosot. Inilah realiti yang berlaku sekarang ini. Rasanya ramai guru yang sudah menyedari tentang hal ini.
- Tetapi malangnya, zaman sekarang sukar untuk bertindak, guru perlu berlembut tetapi murid dan pelajar pula sudah “tidak makan saman”. Nak rotan dah tidak boleh. Ibubapa pula ada yang terlalu menjakan nak mereka, contohnya kes ini. Setakat dengan mulut sahaja? Boleh jalan? Ada murid boleh dengar tetapi ada murid yang cukup degil untuk mendengar nasihat. Hasilnya? Jadilah kelak “Anakku Sazali”.
Cuma
apa yang kami harapkan setakat ini bukan sekadar atas kertas sahaja.
Itu sahaja. Sebab “sejarah di Malaysia” pernah membuktikan, banyak dasar
dan program menjadi gajah putih dan bertambah teruk apabila bertukar
menteri. Guru dan murid -murid acapkali menjadi bahan eksperimen.