PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 16 March 2013

APA PERANAN SHAFIE APDAL DALAM OPS DAULAT?

RAHSIA.....Apa hubungan Shafie dengan Keluarga DiRaja 'Syaitan' Kiram ini termasuk Datu Akjan (Sultan Sulu) dan beberapa tokoh Sulu yang begitu berbangga mengabadikan kenangan bersama.


Saudara Pengarang,


USNO amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.

Operasi yang diberi nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.

 
Sekarang operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.


Namun saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.


Tetapi Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.


Kawasan Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.


Namun amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.


Anwar Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.


Pada masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama musuh politik mereka.


Apabila Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.

 


TANGKAP.......Salah seorang yang disyaki ada  hubungan dengan pengganas diheret ke Balai Polis di Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie Apdal?.


Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGGANAS SULU'.

 
Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.


Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.

 
Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.

 
Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa sendiri.


Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie Afdal.


Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?


Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.


Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?


Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.


Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.

 
Salam Hormat,


ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH

Timbalan Pengerusi Penaja USNO
 
 

Lahad Datu: Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata Jeneral

Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin .

Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.

“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.

Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.

Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.

Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya PolisSabah Datuk Hamza Taib.

Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Ops Daulat.

Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.

“Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu,” katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.

Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.

Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.

Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.

Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu.

Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala Sembilan anggota pasukan keselamatan cedera./~TMI

Friday, 15 March 2013

OPS DAULAT: Lagi Pasukan Keselamatan Kita Cedera?

Maklumat yang diterima Mynewshub memberitahu seorang lagi pasukan keselamatan Malaysia dipercayai cedera dalam pertempuran sebentar tadi.

Ini berikutan helikopter polis yang diletakan di Masjid Wilayah Sahabat, Felda Sahabat dilihat menerbangkan seorang anggota keselamatan yang dipercayai cedera ke destinasi yang belum dapat dipastikan.

Anggota berkenaan dibawa naik ke helikopter menggunakan pengusung.

Pasukan keselamatan yang cedera atau meninggal dunia akan dibawa sama ada ke hospital di Lahad Datu atau Sandakan.

Helikopter berkenaan dilihat terbang pukul 6 petang tadi menjadikan insiden berkenaan mungkin berlaku selepas sidang media harian sebelah petang tadi.

Setakat ini 10 kematian melibatkan pasukan askar dan polis dilaporkan manakala kematian di pihak pengganas dipercayai sudah mencecah 61 orang.

Op Daulat memasuki hari ke -11 hari ini. /~ Mynewshub

Lahad Datu 'pengundi hantu' BN?

Terlepas sama ada pencerobohan di Lahad Datu dirancang atau sebaliknya, semangat patriotisme dalam krisis sebegini sering akan menguntungkan parti kerajaan.

Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Pasukan keselamatan dan kuasa politik (baca: pemerintah) dianggap setaraf dengan "negara" dan "tanah air" yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas).

Berbeza dengan pergolakan politik dalaman yang meretakkan, sewaktu kesetiaan dan pengorbanan tidak menjadi isu, nilai utama atau kebaikan teratas; pencerobohan seperti di Lahad Datu mengimbau rasa kesatuan dengan apa saja langkah penentangan terhadap anasir asing.

Penentangan terhadap orang asing ini dianggap nilai utama atau kebaikan teratas kita bersama.

Kesatuan nasib dengan sesama warga, walau berbeza sisi pandang politik, dianggap "wajar" kerana kekhuatiran kita pada orang asing dan keasingan peristiwa itu sendiri.

Lahad Datu bukan Sauk atau Memali. Sauk dan Memali mewakili politik dalaman yang meretakkan. Memali tambah meretakkan PAS dan Umno yang berdiri atas dua garis politik berbeza.

Sauk pula, atas sifatnya yang melibatkan warga tempatan, tidak membangkitkan patriotisme; ia hanya meningkatkan rasa resah warga dalam gambaran militan kumpulan al-Maunah.

Patriotisme spontan
Tetapi Lahad Datu ada dimensi lain -- "orang asing" seperti kecurigaan kita pada kaum pendatang di tengah-tengah kita selama ini. "Orang asing" kerana keasingan nilai, bahasa, orientasi hidup, gaya, egoisme dan corak baju.

Atas sifatnya yang bersenjata (baca: ganas) dan enggan tunduk pada rundingan, maka "tentera diraja" Sulu meningkatkan lagi rasa cuak serta marah kita. Dalam imaginasi kita, mereka semua ini pengacau.

Pengacau ini tidak boleh ditangani dengan cara biasa -- cara politik dalaman seperti demonstrasi, saman, kenyataan akhbar atau laporan polis. Mereka hanya boleh dibereskan melalui pasukan keselamatan.

Politik dalaman boleh dicampuri pembangkang tetapi politik tentera hanya boleh digerakkan oleh kerajaan.

Justeru, kritik kita pada pasukan keselamatan tiba-tiba mengendur kerana muncul harapan menggunung agar ia dengan segera menghalau pengacau yang menimbulkan rasa cuak dan marah kita.

Di sinilah bermula patriotisme -- bersatu dengan pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.

Kebersamaan ini bertukar menjadi nilai utama atau kebaikan teratas.

Kebersamaan ini, atau sebut saja patriotisme, tiba-tiba muncul menjadi kuat apabila krisis luar jangka itu tidak semena-mena mencuri perhatian awam sewaktu orang ramai sedang kebingungan memahaminya.

Patriotisme jelmaan Lahad Datu itu hampir-hampir spontan sifatnya. Kebingungan disusuli pula rasa resah atau tidak selamat warga.

Mendaftar penyokong pembangkang


Maka, peleraian rasa itu hanya boleh dicapai di muncung senjata dalam susun atur orang yang berkuasa. Mereka sahajalah sang pelindung dan sang penyelamat. Kerajaan atau pihak berkuasa sebagai sumber kebaikan.

Di sisi ini kerajaan, atau BN, meraih keuntungan politik yang besar berbanding pembangkang.

Jika angin patriotisme ini bertiup kencang ke seluruh negara tanpa dapat dihadang-hadang lagi, pembangkang akan tersudut dalam fantasi Putrajayanya sendiri.

Apatah lagi patriotisme Lahad Datu ini disusuli pula dengan kempen anti-Anwar Ibrahim yang digambarkan sebagai dalang pencerobohan atau anti-Tian Chua sebagai simbol penghinaan pasukan keselamatan.

Terlepas sama ada kenyataan Tian itu dilaporkan dengan tepat di akhbar PKR atau sebaliknya, kempen anti-Tian (dan lain-lain) menjurus pada gambaran bahawa pembangkang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan, pasukan yang dijulang sebagai sang penyelamat dan sang pelindung.

Jika kebersamaan dengan pasukan ini dirasakan nilai utama atau kebaikan teratas, maka kesenjangannya pula bermakna kejahatan yang paling buruk!

Sekali lagi, di sisi ini, BN boleh mengatasi pembangkang dengan mudah menjelang minggu-minggu genting sebelum pilihan raya umum.

Sedar tidak sedar, patriotisme Lahad Datulah sebetulnya "pengundi hantu" yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); yang tidak terjejak di pangkalan data Pakatan Rakyat.

Ia lebih besar daripada projek IC kerana ia turut mendaftar penyokong-penyokong pembangkang yang "patriotik"!


FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini.

Peristiwa sebelum Berlakunya Pembunuhan Di Lahad Datu!

Sniper Sulu

Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya,” kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.

“Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka.

“Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan,” katanya.

Agimuddin Kiram yang mendakwa Raja Muda Sulu dipercayai mengetuai ratusan pengganas menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu, adalah adik kepada Jamalul Kiram III, individu yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu.

“Saya ingat saya akan mati kerana pengganas mengacukan pisau pada leher saya,” kata Azmain Mahmood, 32, penduduk Kampung Tanjung Batu yang berjaya meloloskan diri daripada kumpulan pengganas terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam Ahad lalu, dia menonton televisyen apabila pintu rumahnya diketuk. Sebaik membuka pintu, dia terkejut mendapati sekumpulan lelaki bersenjata yang terus menyerbu masuk ke dalam rumahnya. “Mereka mengacu pisau pada leher saya sambil bertanya sama ada saya yang memberitahu kedudukan mereka kepada anggota keselamatan Malaysia.

“Saya yang sangat takut ketika itu terus menjawab ‘bukan saya, kamu salah orang’. Pengganas terbabit terus mengarahkan kami keluar ke kawasan lapang di luar rumah.

“Kumpulan pengganas berkenaan kemudian meminta pelbagai barang, termasuk makanan dan keperluan harian daripada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan, semalam.

Menurutnya, seorang daripada pengganas terbabit bertanya siapa boleh keluar membeli beras untuk mereka dan dia terus menawarkan diri untuk membantu.

“Saya sengaja menawarkan diri dan apabila dibenarkan keluar dari kampung, saya terus melarikan diri. “Ketika itu sekurang-kurangnya 50 pengganas menawan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan sebahagiannya dibawa ke Kampung Tanduo dengan berjalan sejauh tiga kilometer sebelum dibebaskan secara berperingkat-peringkat beberapa hari kemudian,” katanya.

Beliau berkata, semua penduduk yang dibebaskan kumpulan pengganas itu tidak dicederakan sepanjang berada di Kampung Tanduo.



-sumber

Thursday, 14 March 2013

Komander Musa masih hidup dan ‘menikmati kopi’, kata keluarga Kiram | Saksikan klip Video beliau bersama tali barut

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan Malaysia telah membunuh “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut juga mempertikaikan angka daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai bilangan kematian militan Sulu, mengatakan hanya 23 anggota kumpulan itu telah dibunuh setakat ini.

Menurut angka daripada polis tempatan, 56 militan Sulu telah gugur sejak serangan bermula pada 1 Mac.

Agensi berita nasional melaporkan semalam pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.

Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.

Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari dengan sekumpulan 235 lelaki bersenjata untuk menuntut negeri Malaysia timur itu.

Selepas percubaan berunding secara aman oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Filipina gagal, pasukan keselamatan menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo.

Selepas dua hari Ops Daulat dilancarkan , keluarga Kiram menuntut gencatan senjata tetapi enggan menarik keluar tentera mereka dari Lahad Datu.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, memberitahu kumpulan bersenjata untuk menyerah tanpa syarat atau berhadapan dengan kematian.

Terdahulu hari ini, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengakui bahawa pasukan keselamatan masih belum memahami Agbimuddin, walaupun selepas sembilan hari Ops Daulat.

Polis juga percaya, Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.

“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama pagi tadi. /~TMI

Saksikan Klip Video ini..


Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, diprcayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan.

Wednesday, 13 March 2013

Penjawat Awam Dapat 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 2013 RM80-RM320.| Cara Pengiraan...

Berdasarkan pemerhatian kami, apa yang dinanti-nantikan kalangan penjawat awam disebalik pengumuman Datuk Seri Najib Razak baru-baru dengan penuh harapan, samada elaun COLA dan elaun perumahan naik atau kekal seperti yang sedia ada sekarang? Atau isu gaji maksimum dan nasib 50,000 pegawai kontrak diberikan perhatian atau tidak? 


Butiran Sistem Saraan Transformatif (SST) & Berita Gembira Untuk 1.4 Kakitangan Awam

 

1) Tambahan KGT tiga kenaikan gaji tahunan untuk semua struktur gaji maksimum : 

  • Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun

  • Sementara kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.

3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320

  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
  • Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
  • Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

4) Lain-lain

  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR melibatkan 166,541 orang
  • Urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  • Kaedah meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”;

Kenaikan Gaji 2013

Selepas kami meneliti dengan penuh teliti sebutir demi sebutir ayat yang keluar daripada mulut emas Datuk Seri Najib Razak  sehingga tempoh akhir ucapan Perdana Menteri (sekitar jam 12:05 tengahari, perkataan atau kalimah COLA dan elaun perumahan (SEPERTI DI SINI) masih lagi tidak kedengaran. Dan pada masa itulah, secara tiba-tiba server kami mengalami gangguan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kalangan anda menghadapi kesukaran utnuk akses berita Semasa. Tidak mengapa kita tinggalkan sebentar berkenaan ini.

Mungkin kalangan daripada anda, sebagai penjawat perlu menunggu satu lagi siri berita gembira berkaitan COLA dan elaun perumahan pada pembentangan Bajet 2014 kelak. Mungkin?

kenaikan gaji


Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) : Kiraanya?

 

Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :

Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal diberikan. Contohnya :

  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat kenaikan tersebut.
  • Bermakna bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
  • Yang mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
  • Ok. Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
  • Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.

Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :

  • Katakan gaji yang diberikan adalah RM3000.14  (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
  • Oleh itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
  • Manakala pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
  • Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)

Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di bawah ini :

  • Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
  • Julai 2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
  • Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14

Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?
 
 
-berita semasa

NAJIB ralat: Arahan berstruktur yang lemah, kurang koordinasi di Lahad Datu

Seorang jeneral kanan bersara menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kurang bijak dalam menangani pencerobohan di Lahad Datu yang setakat ini meragut 27 nyawa, lapan daripadanya merupakan anggota polis Malaysia, dengan menegaskan bahawa kejadian itu mampu diselesaikan dengan lebih pantas dan cekap jika ‘struktur arahan’ telah dinyatakan secara jelas.

"Saya memang bimbang soalan ini akan ditanya. Soalan ini memerlukan tindak balas yang terancang. Disini kita bercakap tentang polis dan angkatan tentera. Apabila anda memiliki semua itu, anda perlu struktur arahan yang sangat jelas ... sesorang untuk menyelaras ... dan saya fikir ia tidak ada. Ya, kita punyai rizab strategik dan saya fikir rizab kita agak cukup untuk melawan musuh dan mematahkan serangan mereka. Itu adalah tujuan rizab strategik, jika rizab strategik dikerahkan , musuh akan hampir dimusnahkan, "Jeneral Bersara, Md Hashim Hussein memberitahu sidang akhbar pada hari Rabu.

"Jika saya hendak kaitkan dengan Sauk beberapa tahun yang lalu kami sebenarnya berjaya untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh 4 hari tetapi sudah tentu orang akan mengatakan ia satu senario yang berbeza seperti epal dan oren. Tetapi dalam tempoh 4 hari cuba fikiran, yang pertama adalah kerana struktur arahan yang sangat jelas, kedua, penggemblengan tentera yang segera , perintah dan struktur arahan yang sangat jelas dan tambahan pula, kami mempunyai pasukan tentera yang cekap. "

KLIK DISINI UNTUK MENONTON Kurang struktur arahan di Lahad Datu –bekas jeneral

Hashim, bekas jeneral tertinggi tentera, bercakap pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan beliau menyertai parti PKR yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga ketua de-facto gabungan Pakatan Rakyat, hadir bersama naib presiden PKR Chua Jui Meng.

Hashim merujuk kepada Pengepungan Sauk atau Operasi Subuh yang berlaku pada 5 Julai 2000, apabila operasi bersama polis dan tentera menewaskan kumpulan bersenjata pelampau Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak.

Tidak cekap dan tindak balas yang lambat

Pentadbiran Najib telah dikritik hebat kerana tidak berterus terang kepada rakyat mengenai kejadian di Lahad Datu, di mana pasukan keselamatan Malaysia terpaksa dikerahkan untuk mengusir sekumpulan pengganas yang terdiri dari kira-kira 200 orang lelaki bersenjata.


Penceroboh, yang mendakwa menjadi anggota Tentera Diraja Sulu, telah berjaya melepasi pengawasan keselamatan Malaysia dan mendarat dengan bot di sebuah kampung dii tepi pantai di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari. Walaupun tarikh akhir diberi kepada mereka untuk meninggalkan Malaysia, iaitu 22 Februari, lelaki-lelaki bersenjata ini enggan meninggalkan Lahad Datu sehingga kini, selepas 2 serangan utama dan kematian meningkat, berkeras akan kekal sehingga misi mereka - iaitu untuk menuntut Sabah bagi Sultan mereka - selesai.

"Ia merupakan satu kejayaan kerana ia mampu menyelesaikan pencerobohan dengan segera. Banyak soalan kekal tidak berjawap ... ada beberapa rundingan sebelum itu ... ini adalah masalah yang timbul jika anda cuba untuk mengawal media, "Anwar memberitahu sidang akhbar pada hari Rabu.

Malah, disebabkan kekurangan maklumat, terdapat spekulasi meluas terhadap apa yang benar-benar berlaku di Lahad Datu, dengan kebanyakkan surat khabar di Filipina melaporkan "kekejaman" dan jumlah kematian yang tinggi.

Di Malaysia, menurut akhbar bahasa Melayu Utusan harian yang dimiliki oleh parti Umno Najib, serangan hari Selasa telah menyebabkan terbunuhnya 30 orang militant Sulu. Nasib pemimpin kumpulan itu, Azzimudie Kiram, belum lagi diketahui walaupun ada khabar angin yang menyatakan bahawa dia sudah mati, tambah laporan berita dari akhbar yang sama.

"Terdapat perbezaan yang ketara tentang apa yang dilaporkan di sini dengan apa yang dilaporkan di Filipina. Apa yang mahu UMNO lakukan adalah untuk menggambarkan pemimpin pembangkang bersubahat dalam pencerobohan itu," kata Anwar.

"Apa yang penting, ia amat menyedihkan jika mempunyai satu masalah nasional, masalah keselamatan negara dan pemimpin seperti yang terdapat dalam Umno kerana media Umno cuba untuk mengalih perhatian daripada ketidakcekapan sendiri mereka, tindak balas perlahan mereka, kegagalan perdana menteri dan menteri pertahanan untuk cuba memberi satu kenyataan yang mudah. "

KLIK DISINI UNTUK MENONTON Anwar bercakap tentang Lahad Datu

Menjadi bahan tertawa



Di tengah-tengah menghadapi tekanan yang besar dari orang ramai dan pembangkang, Najib akhirnya memberi perintah itu kepada polis untuk cuba mengusir pengganas-pengganas bersenjata. Tetapi operasi 1 Mac gagal dan mengorbankan 14 mangsa yang 2 daripadanya anggota polis. Keesokan harinya, satu lagi Pertelingkahan ganas berlaku di Semporna, kira-kira 150 km dari Lahad Datu, meninggalkan 12 mati dimana enam daripada mereka merupakan anggota polis.

Najib telah dikritik hebat kerana tersilap dalam percaturan. Dia yang sepatutnya menghantar tentera dan bukannya polis, telah memberi lampu hijau untuk serangan bersama pada hari Selasa. Pihak polis bersama-sama dengan Angkatan Tentera menyerang Kampong Tanduo, dimana majoriti pengganas bersenjata dipercayai telah bersembunyi. Segala jenis senjata telah digunakan, dengan F18 dan jet pejuang Hawk dikerah untuk mengebom kawasan seluas 4 km persegi.

Namun, walaupun udara dipenuhi kejadian tembak-menembak, lima batalion tentera dihantar, pihak berkuasa Malaysia pada mulanya masih menegaskan bahawa mereka masih belum mendapati ada mayat-mayat militan Filipina.

Menurut Ketua Polis Negara Ismail Omar, hanya seorang lelaki bersenjata ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian tembak-menembak kecil antara pasukan keselamatan tempatan dan 200 pengikut kuat kesultanan Sulu,

"Penceroboh akan bergerak ke kawasan-kawasan tertentu," kata Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini, tetapi enggan untuk memberi penjelasan lebih terperinci.

Kematian yang dijangkakan tinggi, keberkesanan dan kejujuran diperlukan



Semakin ramai rakyat yang mencemuh, Menteri Pertahanan mengeluarkan gambar penceroboh Sultan Sulu yang terbunuh dalam pengeboman bertubi-tubi semalam. Menurut Zahid, sekurang-kurangnya 13 orang pengganas telah mati.

"Memandangkan kawasan yang menjdi sasaran hanyalah seluas kira-kira 4km dan berlaku pengeboman yang bertubi-tubi, kami telah menjangka jumlah kematian yang tinggi. Apa yang mengejutkan ialah kelewatan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ia mungkin sukar untuk mencari mayat disebalik runtuhan atau boleh jadi, Najib dan (parti) Umno cuba melihat reaksi orang ramai terhadap kehilangan nyawa yang tinggi, "naib presiden PKR Chua Jui Meng, yang juga hadir pada sidang akhbar itu berkata kepada Malaysia Chronicle.

"Apa pun, ini tidak boleh diterima. Mereka menjadikan keadaan lebih teruk dengan ketidakcekapan mereka dan membuat seluruh negara kelihatan tidak cekap. Ini bukan caranya untuk memerintah atau memimpin."

Jui Meng juga menggesa Najib untuk meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan partinya.

"Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia bersatu dan melindungi antara satu sama lain dari musuh. Kita tahu pilihan raya umum akan berlangsung tetapi janganlah mempolitikkan isu ini," Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle di luar sidang akhbar.

"Buangkan ego anda dan mari kita duduk bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini. Jika tidak, kita akan menjadi bahan lawak jenaka di mata dunia dan imej bahawa kita tidak cekap sehingga membiarkan sekumpulan lelaki bersenjata untuk melepasi dan masuk ke sempadan kita sesuka hati akan kekal. Lebih buruk lagi, selepas kita terpaksa menggunakan F18 dan jet pejuang Hawk untuk mengebom mereka, mereka nampaknya telah berjaya melarikan diri. "

Malaysia Chronicle


RADIO INTERVIEW: CLICK INTO THE LINKS TO LISTEN

Philippine Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART I)


Philippines Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART II)


Philippines Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART III)


Philippines Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART IV)

Tuesday, 12 March 2013

Dua tentera terbunuh hari ini

Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.

NONEManakala lewat petang ini, diumumkan bahawa seorang lagi anggota tentera meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lahad Datu.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota
penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.
Dalam pertempuran itu, katanya pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.

Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.
Bagaimanapun, bercakap dalam satu sidang akhbar lewat malam ini, Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dua penceroboh telah ditembak mati kerana pasukan keselamatan hanya menemui dua mayat.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Zulkifeli sebelum ini, Hamza menjawab: "Tidak, saya tidak menafikan ia, mungkin beliau mendapat laporan awal, mungkin bilangan musuh yang ditembak tiga, tetapi hanya dua mayat ditemui."

Katanya, mungkin seorang lagi penceroboh mengalami kecederaan dan menyelamatkan dirinya (dan melarikan diri)," katanya.

Menurutnya lagi, pertempuran yang berlaku antara jam 9 pagi hingga 1.50 tengahari, di mana seorang anggota tentera cedera.

Hamza berkata, seorang lagi anggota tentera meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, apabila dia "hilang kawalan" ke atas trak tentera ketika dalam perjalanan pulang dari pekan Lahad Datu ke Cenderawasih.

Menurutnya, anggota tentera itu cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Manakala seoran glagi anggota tentera dalam trak tersebut cedera di pipinya. [Baca berita penuh]
Senarai anggota keselamatan terkorban

Sementara itu mengikut laporan Bernama, berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:    
  • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.   
  • 1 Mac 2013 -  Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.   
  • 2 Mac 2013 -  ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.   
  • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.   
  • 2 Mac 2013 -  Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.   
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
-malaysiakini

Anggota tentera pertama terkorban di Lahad Datu

Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.

NONEPanglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota
penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.

Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac. /~M'kini

Filipina siasat 'konspirasi Sabah'


  Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.


 

 Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.

 Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

 Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa. Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

 Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."

"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.


 Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.

Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Pegawai pentadbiran memberitahu terdapat aduan Kiram dan penyokongnya adalah bahawa mereka merasakan ketinggalan dalam rundingan damai dengan MILF. Di bawah rangka kerja perjanjian damai dengan MILF, penciptaan entiti Bangsamoro akan menjejaskan tanah yang dituntut oleh kesultanan Sulu.


Penyokong Kiram di Sabah disertai oleh ahli-ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti ada kaitan dengan bekas pengerusinya Nur Misuari, yang mendakwa puak beliau adalah pemilik sebenar Borneo Utara atau Sabah.


 MNLF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1996, tetapi gagal.

Sumber sebelum ini berkata antara konspirator yang sedang diperhatikan oleh Malacanang (Pejabat Presiden) adalah Norberto Gonzales, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan negara dan setiausaha pertahanan semasa pentadbiran Arroyo. Beliau bagaimanapun telah menafikan penglibatan dalam kejadian di Lahad Datu.-9/3/2013 -Philippine Star


Monday, 11 March 2013

Bilangan Penceroboh Yang Maut Bukti Mereka Tidak Kebal - Polis

LAHAD DATU, 11 Mac (Bernama) -- Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.

Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya.

-- BERNAMA

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM SELEPAS PRU 13

Dalam usaha yang tidak disangka, PAS telah bergerak untuk menggagalkan kempen saat-saat terakhir oleh Najib Altantuya bagi menarik penjawat awam dengan mengatakan Pakatan Rakyat akan sepadan dan memperbaiki apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun.

Najib Altantuya dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif termasuk meningkatkan gaji sehingga 10 peratus, memperbaiki elaun kos kehidupan dan perumahan kepada 1.5 juta penjawat awam hari ini.

“PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya,” kata Naib Presiden PAS, Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dengan yang pertama untuk memperbaiki habuan kepada penjawat awam, termasuk kenaikan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.

“Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga empat peratus bermula dari tarikh Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya,” kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.

Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Husam menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat berusaha untuk memenangi undi penjawat awam yang menjadi kunci kemenangan daripada 13.3 juta pengundi yang akan membuang undi dalam pilihan raya tahun ini.PAS dan sekutunya DAP dan KEADILAN menggemparkan BN dalam Pilihanraya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen.

Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Pilihanraya umum akan diadakan pada bila-bila masa kerana BN masih belum membubarkan parlimen Jumaat lalu, tepat lima tahun selepas pilihanraya lalu pada 8 Mac 2008 walaupun mandat mereka berakhir pada 28 April.

Husam juga mengatakan PAS Pusat membincangkan tentang keperluan kajian dibuat terhadap penalti 45 peratus yang di kenakan kepada pembayar cukai bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.“Penalti tersebut membebankan pembayar cukai.

Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45 peratus itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip,” katanya.

“Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.”

Husam juga berkata PAS akan mengkaji semula cukai ke atas eksport sawit mentah (CPO) sebanyak 23 peratus yang menyebabkan harga kelapa sawit Malaysia lebih mahal di pasaran antarabangsa sementara Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.

Beliau berkata langkah tersebut boleh membantu meningkatkan harga CPO dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara akan tetapi polisi Putrajaya memberikan Permit Diluluskan (AP) kepada syarikat terpilih untuk mengeksport tujuh juta tan CPO tanpa cukai telah merugikan negara.

Husam mengatakan PAS akan menyemak kembali sistem tersebut serta jawatankuasa akan ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45 peratus, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.

Malaysia adalah negara pengeluar CPO kedua terbesar dunia dengan kedua-dua negara bersaing untuk pasaran di rantau ini terutamanya China dan India.


-SUMBER

Sunday, 10 March 2013

Remaja ditembak mati dalam operasi dekat Tg Batu

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis./~m'kini

10 Mac 2013 : Semporna: Polis menahan 33 lagi suspek

Lapan anggota polis terkorban sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas. – Gambar Reuters

SEMPORNA, 10 Mac – Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.

“Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.

Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian.  – Bernama

OPS DAULAT : Tangkal kalimah celah kangkang

Lahad Datu: Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.

Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.

-SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers