PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 15 March 2013

OPS DAULAT: Lagi Pasukan Keselamatan Kita Cedera?

Maklumat yang diterima Mynewshub memberitahu seorang lagi pasukan keselamatan Malaysia dipercayai cedera dalam pertempuran sebentar tadi.

Ini berikutan helikopter polis yang diletakan di Masjid Wilayah Sahabat, Felda Sahabat dilihat menerbangkan seorang anggota keselamatan yang dipercayai cedera ke destinasi yang belum dapat dipastikan.

Anggota berkenaan dibawa naik ke helikopter menggunakan pengusung.

Pasukan keselamatan yang cedera atau meninggal dunia akan dibawa sama ada ke hospital di Lahad Datu atau Sandakan.

Helikopter berkenaan dilihat terbang pukul 6 petang tadi menjadikan insiden berkenaan mungkin berlaku selepas sidang media harian sebelah petang tadi.

Setakat ini 10 kematian melibatkan pasukan askar dan polis dilaporkan manakala kematian di pihak pengganas dipercayai sudah mencecah 61 orang.

Op Daulat memasuki hari ke -11 hari ini. /~ Mynewshub

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kan dah katakan memang anggota keselamatan kita bodoh gue hidup zaman komunis lahir dalam camp pff c coy setapak masa tu communist kurang kurang boleh kenal la di lahad datu semua nya melayu kalau macam ni lah operasi tiap hari polis mati kawasan pun bukan besar dulu dari padang besar sampai gerik semua kawasan merah lu kira berapa ratus kilometer tu pasal saya kata anggota keselamatan kita bodoh belum lagi singapore langgar tak usahkan siam gua selalu masuk siam ke petani askar siam lebih peka dari anggota kita
1 reply · active 628 weeks ago
Saya setuju dgn anda saya juga .pph bat. 3 Ipoh,pernah
operasi kat Kulim dan op. TOPO lagi bahya.Saya nampak samting wrong dlm operasi ni!
dan rasa kecewa dgn kemampuan kita sepatutnya dlm 2 minggu je bolih tamat kan pencerobohan ni .
panglima 7 pulau's avatar

panglima 7 pulau · 627 weeks ago

sahabat diataih saya setuju dgn pendapat tuan2 .mereka semua telah dimanja dengan pelbagai kemudahan dah banyak lemak sejak tahun 80han lagi selepas kominis letak senjata banyak anggota keselamatan relax.Kalau ada pun jadi pemerhati di negara2 bergolak itu pun bukan semua Yang lain harapkan latihan yang banyak tumpukan kepada peperangan terbuka manakala perang gerila saya tak pasti ada atau tidak dibuat latihan...Bos2 kat ataih tu tak boleh buat keputusan ke.Sebagai bekas anggota perisikkan saya rasa mustahil maklumat awal tak diiserahkan kepada general2 kat ataih sana. tu.Musuh dah masuk dgn pelbagai senjata yang sama taraf dgn senjata pasukkan keselamatan kita siap boleh ambik position baru nak bertindak sehingga gugur anggota kita.dulu.Kalau bertindak awal saya tak pakai jet pun boleh tumpas,saya akui vat69 bukan calang2 bagitu jugak dengan komando tentera darat jika diberi tugas ini insyaAllah mereka boleh laksanakan dengan jayanya walaupun ajal maut itu Allah yang tentukan.Tapi apa nak dikatakan Bos2 ini macam terpaksa akur dgn arahan lain pulak

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers