RAHSIA.....Apa
hubungan Shafie dengan Keluarga DiRaja 'Syaitan' Kiram ini termasuk
Datu Akjan (Sultan Sulu) dan beberapa tokoh Sulu yang begitu berbangga
mengabadikan kenangan bersama.
Saudara Pengarang,
USNO
amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada
dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olahsudah
kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang
sedang dicabar pada hari ini.
Operasi yang diberi nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di
Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah
mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari
Negara ini.
Sekarang
operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari
kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan
keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.
Namun
saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak
keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang
telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.
Tetapi
Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam
Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam
persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi
dilemma tanpa pembelaan yang wajar.
Kawasan
Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti
Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat
UMNO di Negeri Sabah.
Namun
amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar
pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan
menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas
seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap
pemimpin berkenaan.
Anwar
Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta
supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau
lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.
Pada
masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang
menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka
terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak
keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal
siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama
musuh politik mereka.
Apabila
Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’,
tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit
membetulkan persepsi itu.
Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGGANAS SULU'.
Sekali
lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat
Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah
atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang
pengganas.
Sekali
lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal
kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati
secara kekal dalam UMNO Sabah.
Asakan
demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari
ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka
sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom
F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.
Penaja
USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini
yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi
terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana
akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa
sendiri.
Seluruh
dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram.
Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram
dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap
beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu
walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap
tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie
Afdal.
Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?
Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan
kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi
Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.
Tidakkah
mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua
Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai
penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris
bin Salleh?
Jesteru
itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau
keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan
BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin
Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.
Bukankah
mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat
kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi;
baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.
Salam Hormat,
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO