PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 13 March 2013

NAJIB ralat: Arahan berstruktur yang lemah, kurang koordinasi di Lahad Datu

Seorang jeneral kanan bersara menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kurang bijak dalam menangani pencerobohan di Lahad Datu yang setakat ini meragut 27 nyawa, lapan daripadanya merupakan anggota polis Malaysia, dengan menegaskan bahawa kejadian itu mampu diselesaikan dengan lebih pantas dan cekap jika ‘struktur arahan’ telah dinyatakan secara jelas.

"Saya memang bimbang soalan ini akan ditanya. Soalan ini memerlukan tindak balas yang terancang. Disini kita bercakap tentang polis dan angkatan tentera. Apabila anda memiliki semua itu, anda perlu struktur arahan yang sangat jelas ... sesorang untuk menyelaras ... dan saya fikir ia tidak ada. Ya, kita punyai rizab strategik dan saya fikir rizab kita agak cukup untuk melawan musuh dan mematahkan serangan mereka. Itu adalah tujuan rizab strategik, jika rizab strategik dikerahkan , musuh akan hampir dimusnahkan, "Jeneral Bersara, Md Hashim Hussein memberitahu sidang akhbar pada hari Rabu.

"Jika saya hendak kaitkan dengan Sauk beberapa tahun yang lalu kami sebenarnya berjaya untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh 4 hari tetapi sudah tentu orang akan mengatakan ia satu senario yang berbeza seperti epal dan oren. Tetapi dalam tempoh 4 hari cuba fikiran, yang pertama adalah kerana struktur arahan yang sangat jelas, kedua, penggemblengan tentera yang segera , perintah dan struktur arahan yang sangat jelas dan tambahan pula, kami mempunyai pasukan tentera yang cekap. "

KLIK DISINI UNTUK MENONTON Kurang struktur arahan di Lahad Datu –bekas jeneral

Hashim, bekas jeneral tertinggi tentera, bercakap pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan beliau menyertai parti PKR yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga ketua de-facto gabungan Pakatan Rakyat, hadir bersama naib presiden PKR Chua Jui Meng.

Hashim merujuk kepada Pengepungan Sauk atau Operasi Subuh yang berlaku pada 5 Julai 2000, apabila operasi bersama polis dan tentera menewaskan kumpulan bersenjata pelampau Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak.

Tidak cekap dan tindak balas yang lambat

Pentadbiran Najib telah dikritik hebat kerana tidak berterus terang kepada rakyat mengenai kejadian di Lahad Datu, di mana pasukan keselamatan Malaysia terpaksa dikerahkan untuk mengusir sekumpulan pengganas yang terdiri dari kira-kira 200 orang lelaki bersenjata.


Penceroboh, yang mendakwa menjadi anggota Tentera Diraja Sulu, telah berjaya melepasi pengawasan keselamatan Malaysia dan mendarat dengan bot di sebuah kampung dii tepi pantai di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari. Walaupun tarikh akhir diberi kepada mereka untuk meninggalkan Malaysia, iaitu 22 Februari, lelaki-lelaki bersenjata ini enggan meninggalkan Lahad Datu sehingga kini, selepas 2 serangan utama dan kematian meningkat, berkeras akan kekal sehingga misi mereka - iaitu untuk menuntut Sabah bagi Sultan mereka - selesai.

"Ia merupakan satu kejayaan kerana ia mampu menyelesaikan pencerobohan dengan segera. Banyak soalan kekal tidak berjawap ... ada beberapa rundingan sebelum itu ... ini adalah masalah yang timbul jika anda cuba untuk mengawal media, "Anwar memberitahu sidang akhbar pada hari Rabu.

Malah, disebabkan kekurangan maklumat, terdapat spekulasi meluas terhadap apa yang benar-benar berlaku di Lahad Datu, dengan kebanyakkan surat khabar di Filipina melaporkan "kekejaman" dan jumlah kematian yang tinggi.

Di Malaysia, menurut akhbar bahasa Melayu Utusan harian yang dimiliki oleh parti Umno Najib, serangan hari Selasa telah menyebabkan terbunuhnya 30 orang militant Sulu. Nasib pemimpin kumpulan itu, Azzimudie Kiram, belum lagi diketahui walaupun ada khabar angin yang menyatakan bahawa dia sudah mati, tambah laporan berita dari akhbar yang sama.

"Terdapat perbezaan yang ketara tentang apa yang dilaporkan di sini dengan apa yang dilaporkan di Filipina. Apa yang mahu UMNO lakukan adalah untuk menggambarkan pemimpin pembangkang bersubahat dalam pencerobohan itu," kata Anwar.

"Apa yang penting, ia amat menyedihkan jika mempunyai satu masalah nasional, masalah keselamatan negara dan pemimpin seperti yang terdapat dalam Umno kerana media Umno cuba untuk mengalih perhatian daripada ketidakcekapan sendiri mereka, tindak balas perlahan mereka, kegagalan perdana menteri dan menteri pertahanan untuk cuba memberi satu kenyataan yang mudah. "

KLIK DISINI UNTUK MENONTON Anwar bercakap tentang Lahad Datu

Menjadi bahan tertawa



Di tengah-tengah menghadapi tekanan yang besar dari orang ramai dan pembangkang, Najib akhirnya memberi perintah itu kepada polis untuk cuba mengusir pengganas-pengganas bersenjata. Tetapi operasi 1 Mac gagal dan mengorbankan 14 mangsa yang 2 daripadanya anggota polis. Keesokan harinya, satu lagi Pertelingkahan ganas berlaku di Semporna, kira-kira 150 km dari Lahad Datu, meninggalkan 12 mati dimana enam daripada mereka merupakan anggota polis.

Najib telah dikritik hebat kerana tersilap dalam percaturan. Dia yang sepatutnya menghantar tentera dan bukannya polis, telah memberi lampu hijau untuk serangan bersama pada hari Selasa. Pihak polis bersama-sama dengan Angkatan Tentera menyerang Kampong Tanduo, dimana majoriti pengganas bersenjata dipercayai telah bersembunyi. Segala jenis senjata telah digunakan, dengan F18 dan jet pejuang Hawk dikerah untuk mengebom kawasan seluas 4 km persegi.

Namun, walaupun udara dipenuhi kejadian tembak-menembak, lima batalion tentera dihantar, pihak berkuasa Malaysia pada mulanya masih menegaskan bahawa mereka masih belum mendapati ada mayat-mayat militan Filipina.

Menurut Ketua Polis Negara Ismail Omar, hanya seorang lelaki bersenjata ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian tembak-menembak kecil antara pasukan keselamatan tempatan dan 200 pengikut kuat kesultanan Sulu,

"Penceroboh akan bergerak ke kawasan-kawasan tertentu," kata Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini, tetapi enggan untuk memberi penjelasan lebih terperinci.

Kematian yang dijangkakan tinggi, keberkesanan dan kejujuran diperlukan



Semakin ramai rakyat yang mencemuh, Menteri Pertahanan mengeluarkan gambar penceroboh Sultan Sulu yang terbunuh dalam pengeboman bertubi-tubi semalam. Menurut Zahid, sekurang-kurangnya 13 orang pengganas telah mati.

"Memandangkan kawasan yang menjdi sasaran hanyalah seluas kira-kira 4km dan berlaku pengeboman yang bertubi-tubi, kami telah menjangka jumlah kematian yang tinggi. Apa yang mengejutkan ialah kelewatan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ia mungkin sukar untuk mencari mayat disebalik runtuhan atau boleh jadi, Najib dan (parti) Umno cuba melihat reaksi orang ramai terhadap kehilangan nyawa yang tinggi, "naib presiden PKR Chua Jui Meng, yang juga hadir pada sidang akhbar itu berkata kepada Malaysia Chronicle.

"Apa pun, ini tidak boleh diterima. Mereka menjadikan keadaan lebih teruk dengan ketidakcekapan mereka dan membuat seluruh negara kelihatan tidak cekap. Ini bukan caranya untuk memerintah atau memimpin."

Jui Meng juga menggesa Najib untuk meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan partinya.

"Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia bersatu dan melindungi antara satu sama lain dari musuh. Kita tahu pilihan raya umum akan berlangsung tetapi janganlah mempolitikkan isu ini," Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle di luar sidang akhbar.

"Buangkan ego anda dan mari kita duduk bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini. Jika tidak, kita akan menjadi bahan lawak jenaka di mata dunia dan imej bahawa kita tidak cekap sehingga membiarkan sekumpulan lelaki bersenjata untuk melepasi dan masuk ke sempadan kita sesuka hati akan kekal. Lebih buruk lagi, selepas kita terpaksa menggunakan F18 dan jet pejuang Hawk untuk mengebom mereka, mereka nampaknya telah berjaya melarikan diri. "

Malaysia Chronicle


RADIO INTERVIEW: CLICK INTO THE LINKS TO LISTEN

Philippine Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART I)


Philippines Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART II)


Philippines Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART III)


Philippines Inquirer's LIVE broadcast of ANWAR IBRAHIM March 7, 2013 (PART IV)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers