Oleh: Musli Oli
Saya
membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya.
Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer
dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar
bertugas di hospital daerah Ranau. Apa
yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara
yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi
diseluruh negeri Sabah.
Pengenalan
saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan
pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun
dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam
kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan
dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning
nya setelah selang satu bulan.
Wanita
ini tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa
salama 1 bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya
dia dapat cukup RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia
terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk sampai ke bahu jalan
mendapatkan teksi.
Sebagai
seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut.
Bila wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic
dan mempunyai batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile
duct). Batu karang tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati
wanita ini mempunyai masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker.
Kami telah mengusahakan supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia
telah enggan menerima pacemaker tersebut.
Apabila
saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia
tidak mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah
dijual. Sebaik sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada
pacemaker boleh bertahan untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju
memasang pacemaker tersebut.
Bandar
Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir
dengan lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah
membangun kerana ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi
kita mesti sedar, apabila saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan
dua hala yang selalu mengalami tanah runtuh dan penuh dengan lobang
lobang besar. Perjalanan dari Ranau melalui jalan seperti ini mengambil
masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.
Keluar
sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah
besar kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2
lori balak. Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita
yang sama yakni mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem
pengangkutan dan hubungan jalan yang amat buruk.
Selama
2 tahun saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit
dengan celebral malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di
Semenanjung. Pesakit penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari
tempat2 seperti Kaingaran
and Karagasan, dimana saudara mara mereka terpaksa menolak taxi sapu
atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50 kalau ianya musim hujan. RM50
sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika itu harga petroliam
pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.
Keadaan
pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan
nyawa kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan
caesarian , appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau
ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical Officer yang hanya mempunyai pengalaman 4 bulan housemanship.
Rawatan perubatan kecemasan seperti serangan jantung atau myocardial infarctions, yang kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian Coronary Care Unit terpaksa
dilakukan oleh hospital daerah. Akan tetapi saya bersyukur dan
berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital tersebut adalah
pasukan yang terbaik yang
saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja yang
penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2
mereka.
sistem
pengangkutan jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan
kesihatan tapi juga menyusahkan rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke
pasaran. System pengangkutan menyebabkan rakyat sabah terperangkap
dalam kitaran kemiskinan.
Suka
atau tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang
tengah . hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka
pulangan RM 20-RM 50. Orang2 kampung juga dieksploitasi oleh penjual2
kain jalanan yang kebanyakan nya terdiri dari warga asing. Penjual kain
jalanan ini akan menawarkan skim bayaran ansuran dan apabila tidak boleh
bayar dan faedah kepada pembelian itu meningkat, ramailah orang kampong
membenarkan anak gadis mereka berkahwin dengan penjual2 kain yang
kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.
Satu
daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga
yang datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir
kebulur yang terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan
fatality. Keluaga ini tidak ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan
mereka tidak dapat membeli makanan. Oleh kerana terlalu lapar, sibapa
telah memberikan kepada anak anak nya telur katak puru. Bila mereka
sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal dunia dan 2 lagi
meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan telur katak
puru tadi.
Pendidikan
merupakan suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar
Kota KInabalu. Ramai anak2 Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai
dari pesakit saya tinggal di luar Ranau dan bernasib baiklah jika mereka
mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan mereka berkahwin
dalam umur belasan tahun.
Saya
bertemu dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan
mereka tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat
rendah menyebabkan mereka memberi bayi2 mereka meminum susu kondens
kerana menyangkakan susu tersebut lebih baik dari susu ibu.
Tapi matlamat
asas ialah semua ibu2 ini mahukan yang terbaik untuk bayi2 dan anak2
mereka. Tahap pendidikan yang rendah menyekat mereka dari melakukan nya.
Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan letrik dari Perbadanan
Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya mengunakan generator
disel, lilin atau pelita bila waktu malam.
Bagaimana anak2 Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?
Saya sendiri terpaksa
belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak
tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu
kehidupan yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut
dan Rungus dalam daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana
pemimpin politik kita berbohong telah membawa kemajuan dan pembangunan
untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian besar rakyat Sabah masih memakai
t- shirt yang murah dan topi yang di beri percuma oleh BN beberapa
tahun yang lampau?
Mana
mungkin saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya
yang indah dengan jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga
dengan menara kembar Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita
dan terbiar?
Kitaran
dan kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan
menghancurleburkan perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani
isiu2 besar seperi tahap pembelajaran dan pendidikan dan system
perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan penyampaian bantuan kepada
rakyat.
Istiharlah
16 September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam
konteks nyata, kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa
kita akan melayani mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah. berikan mereka kemajuan dan pembangunan yang telah lama kita
nafikan.
Berhentilah
berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan
asas dilupakan.Tepailah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai
hiasan billboards.
Tamat Keluhan sang doktor. *******
Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi? kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?