PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 6 July 2013

Saud Disebalik Kejatuhan Morsi?


Oleh: ismanusa

"Adli Mansour Presiden Baru Mesir dari Kristian Qibti (gambar kiri)

Buat pertama kali dalam sejarah moden negara Arab mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar. Presiden Mesir yang baru di gulingkan Dr Muhammad Morsi walaupun tidak sampai setahun memerintah mempunyai akhlak dan ilmu Islam yang tinggi. Beliau diberitakan sentiasa bermunajat kehadrat Allah bagi memohon bimbingan memerintah Mesir dan juga seorang yang hafiz al-Quran.

Kerajaan Islam Mesir tumbang akibat dari pengkhianatan dari golongan Islam sendiri yang terdiri dari Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan Salafi yang mendapat bantuan dari Arab Saudi.

Sebaik saja Parti Nur mengalihkan sokongan kepada tentera, Saudi dengan serta-merta menjanjikan habuan sebanyak $150 juta dolar setahun kepada parti tersebut. Setelah berjaya menggulingkan Morsi barulah Saud menawarkan bantuan ekonomi kepada Mesir. Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi $3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari. Saud yang mengaku sebagai pemimpin negara Islam Sunni ini telah menjalankan usaha menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Sunni dengan bantuan golongan Salafi. Tetapi sungguh amat menghairankan atas dasar apakah yang membolehkan mereka menjatuhkan seorang pemimpin Islam yang warak tetapi melantik Adli Mansur seorang Kristian Qibti dengan sokongan penuh gereja Coptic!

Saud yang dulunya mencipta sejarah apabila pertama kali membebaskan bumi Mekah dan Madinah dari pemerintahan khalifah Othmaniyyah, kali ini pula dengan bantuan Saud buat pertama kalinya selepas Amru Ibn Al A’s R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah Omar Ibn Al Khattab RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja! Sehingga malam kelmarin 2013 termaktub dalam sejarah umat Islam diperintah oleh Kristian Qibti (Coptic).

Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya

Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.

Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Denagn jatuhnya Dr. Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 yang lalu. Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:


  1. Arab Saudi dan UAE menjamin bantuan ketenteraan tahunan sebanyak $1.3 billion dolar jika pentadbiran Obama menyekat bantuan akibat rampasan kuasa.

  2. Saudi, UAE dan negara-negara teluk lain, seperti Bahrain dan Kuwait, akan serta-merta memberi bantuan kewangan segera yang mencukupi bagi menggerakkan ekonomi Mesir. Rakyat Mesir dijamin mempunyai taraf hidup lebih baik dan makanan yang mencukupi berbanding semasa diperintah oleh Ikhwan.

  3. Mengikut beberapa sumber, Saudi dan UAE menjanjikan jumalah yang sama seperti diberikan oleh Qatar kepada Ikhwan tahun lepas iaitu sebanyak $13 billion dolar.
Maka tersingkaplah sandiwara yang mereka laungkan kononnya mereka memperjuangkan pembebasan al-Aqsa, padahal merekalah merupakan batu penghalang. Disaat hasrat umat Islam hampir tercapai untuk melihat pembebasan al-Aqsa, maka ketika itulah mereka menggerakkan rancangan untuk menggagalkan kekuatan umat Islam ini. Kenapa tidak dengan segala keupayaan perisikan, ketenteraan dan kewangan mereka sepatutnya menggerakkan untuk pembebasan al-Aqsa tetapi sebaliknya menumbangkan kerajaaan Islam yang bertekad untuk menjayakannya!

Apakah Matlamat Krisis Asia Barat

Dengan jatuhnya Ikhwan di Mesir ia memberikan impak yang amat besar kepada Israel. Kesan sertamerta dalam tempoh yang terdekat ialah ia memberikan kelegaan terhadap keselamatan Israel terutamanya bahaya yang dihadapi Israel dari Sinai. Tetapi yang menghadapi kesan yang paling teruk ialah pejuang Palestin Hamas, yang selama ini mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan dari kerajaan Morsi. Sudahlah kekurangan bantuan persenjataan berat akibat putus hubungan dengan Iran hasil dari krisis Sunni-Syiah yang berlarutan, maka pasti rancangan Israel untuk meluaskan wilayahnya menjadi lebih mudah.

Suasana peperangan di Asia Barat hari ini hanyalah mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjamin keutuhan Israel. Ia terbukti sebaik sahaja Kerajaan Islam pimpinan Dr Morsi digulingkan, tentera Mesir yang lengkap bersenjata dan menggunakan jentolak menutup laluan ke Gaza yang dibuka oleh Dr. Morsi bagi membantu umat Islam Palestin. Laluan terowong antara Mesir dan Gaza adalah satu-satunya laluan bagi mendapat bekalan untuk kehidupan seramai 1.8 juta penduduk Gaza sejak kepungan oleh Israel pada 2006.


Rejim Tentera Mesir Menutup Laluan Rafah Dengan Kawalan Ketat Tentera

Pertelingkahan yanng berlaku dikalangan umat Islam hari ini adalah kerana mereka gagal mengenali siapakah musuh sebenar mereka. Mereka enggan kembali kepada al-Quran padahal dalam al-Quran jelas menyatakan musuh sebenar bagi umat Islam ialah Yahudi dan Nasrani. Tetapi sebaliknya mereka sanggup menghabiskan segala sumber hasil dan kewangan yang Allah anugerahkan kepada mereka untuk menghunus senjata sesama Islam. Mereka perlu faham bahawa dengan mereka bersatu menentang Zionis barulah mereka dapat bersatu dan duduk semeja mencari titik persefahaman. Kerana unsur-unsur Zionis lah yang menjadi penghalang kepada kemenangan umat Islam kini. Mereka sentiasa mengadakan masalah supaya pertikaian sesama umat Islam berlarutan.

petunjukzaman

Friday 5 July 2013

Siapa Dr Mohamed Mursi?

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

-sumber


SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Muhammadun Abd Rahmanul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

Thursday 4 July 2013

Video Presiden Morsi Ditahan


. . .

Ibrahim Ali nak pandu teksi? Jangan melawak!

Oleh: Aspan Alias

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memecahkan kesunyian beliau dengan memberi khabar yang beliau mahu menjadi pemandu teksi bagi menyara kehidupan beliau.

Saya terbaca berita ini melalui Free Malaysia Today (FMT) hari ini. Beliau berkata beliau akan memohon permit teksi dan memandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Beliau ingin hidup secara sederhana sahaja kata beliau.

Berita ini sangat menarik perhatian saya kerana Ibrahim ini sudah saya kenali dengan rapat sejak 42 tahun yang lalu, dan saya rasa tidak percaya kenyataan ini keluar dari mulut beliau.

Tetapi mungkin juga beliau serius kerana manusia ini berubah mengikut umur dan kematangan masing-masing.

Kalau beliau serius untuk menjadi pemandu teksi saya juga serius untuk memberikan nasihat yang jujur terhadap sahabat saya selama 42 tahun ini.

Setahu saya Ibrahim tidak begitu cekap memandu, takut-takut ramai pula penumpang teksi yang beliau pandu itu masuk hospital. Bagi saya jika di nilai dari cara pemanduan beliau, Ibrahim sepatutnya tidak dibenarkan menjadi pemandu teksi bagi menjamin keselamatan penumpang-penumpang teksi beliau.

Bagi saya Ibrahim hanya layak untuk menjadi taukeh syarikat teksi dan tidak boleh jadi pemandu teksi pula.

Kalau ada masa sehari dua ini saya akan berjumpa untuk menasihatkan beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi, demi menjaga keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya.

Lagi pun takut-takut penumpang-penumpang terpaksa mendengar Ibrahim berceramah pula sambil memandu.

Takut beliau tidak memberikan tumpuan untuk memandu dengan selamat.

Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) elok perhatikan jika ada Ibrahim memohon untuk lesen PSP yang diperlukan untuk membolehkan beliau memandu teksi.

Kalau terjumpa permohonan beliau untuk lesen PSP itu, tolaklah permohonan beliau itu. Jangan bahayakan jalan raya dengan membenarkan Ibrahim Ali menjadi pemandu teksi.

Saya tahu Ibrahim tidak serius, itulah sebabnya saya menulis dengan santai sahaja. Kepada Ibrahim, janganlah buat lawak pula kerana beliau mampu melakukan kerja lain yang lebih sesuai untuk beliau.

Saya menulis ini hanya untuk mengusik Ibrahim sahaja. Jangan ambil hati. Saya bersahabat sejak 4 dekad dahulu dan saya tahu Ibrahim Ali tidak serius untuk memandu teksi, dan beliau sendiri tahu yang beliau bukanlah seorang pemandu yang cekap.

Beliau sendiri tahu yang beliau akan membuatkan ramai penumpangnya dalam ketakutan jika beliau yang memandu teksi itu. - 4 Julai, 2013. (TMI)

Kos Ops Daulat Lahad Datu RM84.9 juta

Kerajaan membelanjakan RM84.9 juta sepanjang menjalankan operasi ketenteraan bagi menangani isu pencerobohan di Lahad Datu pada Mac lalu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini di Dewan Rakyat.

Hishammuddin juga memberitahu Dewan Rakyat seramai 5,610 anggota tentera terbabit dalam operasi Ops Daulat di Sabah.

"Untuk makluman Yang Berhormat, Ops Daulat membabitkan 5,610 anggota ATM dan atur gerak aset ATM yang menanggung kos sebanyak RM84.9 juta keseluruhan," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh berhubung langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengelak daripada insiden sama berulang. - 4 Julai, 2013.

Wednesday 3 July 2013

Ku Li jadi Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia?

Oleh: Shahbudin Husin

Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.

Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.

Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.

Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.

Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.

Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.

Dr Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Johor dan timbalan menteri, hanya diberikan jawatan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, sebuah syarikat milik kerajaan yang tumpuan khususnya lebih kepada projek perumahan kos rendah dan memulihkan projek terbengkalai.

Berbanding dengan Tabung Haji, SPNB jauh lebih kecil walaupun Dr Latif seorang yang lebih berpengalaman serta berpengetahuan dalam politik dan pengurusan.

Annuar Musa yang difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi MARA adalah tokoh hebat dari Kelantan dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kepandaiannya dalam mengurus menjadikan Persatuan Bolasepak Kelantan atau KAFA yang dikendalikannya kini menjadi kuasa baru dalam bolasepak negara dengan memenangi beberapa kejuaraan utama.

Tetapi beliau hanya diberikan jawatan Pengerusi MARA yang kini semakin mengecil peranannya dalam membantu orang-orang Melayu di bidang perniagaan serta pendidikan berikutan peruntukan kerajaan yang semakin dikurangkan tahun demi tahun.

Lebih-lebih lagi setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan oleh Najib pada 2009 lalu, MARA seolah-olah sudah tenggelam peranannya dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera.

Berbanding dengan Tabung Haji juga, MARA ternyata lebih keci meskipun Annuar Musa yang bakal dijadikan Pengerusi agensi itu adalah individu yang cukup pengalaman dalam politik, pengurusan serta banyak membantu rakyat di pelbagai peringkat sebelum ini.

Syed Hamid Albar yang pernah menjadi peguam dan berpengalaman sebagai menteri di pelbagai kementerian, apabila digugurkan daripada kabinet pada 2009, hanya diberikan jawatan Pengerusi SPAD yang secara kasarnya hanya menjaga bas, lori dan teksi saja.

Bahkan pelantikannya sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum ini telah ditarik balik walaupun sudah menerima surat perlantikan itu.

Syed Hamid Albar juga dikenali seorang yang berintergeriti tinggi dan wibawanya diketahui ramai di dalam dan di luar negara.

Dibandingkan dengan Tabung Haji juga, SPAD jauh lebih kecil dan seolah-olah tidak padan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti beliau hanya ditugaskan menjaga bas, teksi dan lori saja.

Begitu juga dengan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan kini Ahli Parlimen Kubang Pasu, Johari Baharom yang dikhabarkan telah dilantik sebagai penasihat di JPM.

Perlantikan beliau itu lebih kepada untuk memberi jawatan semata-mata sedangkan tiada peranan khusus walaupun pengalaman dan pengetahuannnya dalam politik dan kerajaan selama puluhan tahun sebelum ini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk peranan yang lebih besar lagi.

Jika dibandingkan dengan Pengerusi Tabung Haji, jawatan sebagai penasihat di JPM ini hampir tidak memberi makna kerana belum tentu ada nasihat Johari yang mahu diterima-pakai oleh Najib yang diketahui sudah pun mempunyai ramai penasihat sebelum ini.

Semua perlantikan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa semakin tinggi pengetahuan, pengalaman dan wibawa seseorang itu, semakin tidak penting dan kecil agensi kerajaan, GLC atau jawatan yang akan diberikan kepadanya manakala mereka yang tiada pengalaman, malah kewibawaannya dipertikaikan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan syarikat yang bernilai berbilion-bilion ringgit pula.

Dalam hal ini jika Tengku Razalegh Hamzah, seorang yang mempunyai wibawa, pengalaman dan pengetahuan yang lebih tinggi, pernah menjadi Menteri Kewangan, Pengerusi IMF, Pengerusi Bank Dunia dan pelbagai jawatan lagi serta berperanan menubuhkan Bank Bumiputra dan Petronas, mahu diberikan jawatan oleh Najib, barangkali jawatan yang akan diberikan hanyalah Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia saja.

Oh Malaysia tanahairku!! - shahbudindotcom.blogspot.com

Tiga gelas air RM45

BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.

“Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.

“Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini,” katanya.

Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.

Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.

Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.

“Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan  menindas pelanggan lain pula,” katanya.

Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit./(sinar harian)


Monday 1 July 2013

13 Gambar : Misteri Manusia Terapung Di Jerman Akhirnya Terungkai

Johan Lorbeer adalah seorang seniman jalanan, lelaki asal Jerman ini suka melakukan hal-hal aneh dan tak jarang aksinya membuat orang terpukau dengan keanehan yang di buatnya. Aksi yang dibuatnya kali ini adalah melayang setinggi 3 meter di atas tanah hanya dengan meletakkan tangan kirinya di tembok. Aksinya ini di lakukan di tengah bandar, tiba-tiba membuat orang yang melihatnyapun di buat tercengang seolah-olah tidak percaya.

Yang dilakukannya terkesan sempurna tidak ada helah dan kejuruteraan, dia kelihatan benar-benar melayang bahkan beberapa actionpun dia lakukan. Dalam Gambar-Gambar ini ini, anda akan melihat aksinya yang sangat luar biasa.

Anda ingin tahu, bagaimana cara melakukannya? Lihatlah gambar-gambar ini dengan teliti. Anda akan menemui jawapannya.















sumber

Sunday 30 June 2013

Ustaz Azhar Idrus calon PAS Kuala Besut?

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.

Malah dalam Sinar Harian hari ini, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.




Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu.

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan.

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu.

Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Tetapi siapa tahu dengan kelebihan yang ada padanya maka dia akan diangkat sebagai calon? Itu kemungkinan yang tak boleh ditolak!

Apatah lagi UAI anak jati Terengganu, cantik sangat. Lagipun ini peluang dan medan terbaik untuk UAI ‘walk the talk’ kata orang putih. Yelah, setakat berceramah memang mudah tetapi yang lebih penting melaksanakan apa yang diucap.

Rasanya kalau terpilih jadi ADUN sekalipun, ini tidak bermakna dia tidak boleh memberi ceramah-ceramah lagi seperti sebelumnya.

Namun terpulanglah kepada yang empunya diri. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit. Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Ke macam mana Ustaz?

--Blog terengganutoday.com

Budak 10 Tahun Jadi Mangsa Serakah Pakcik dan 3 Abang

BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.
Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.
Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.
Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman. (Sinar)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers