BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.
Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.
Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah
kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan
hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim
Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak
awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada
guru sekolahnya.
Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman. (Sinar)