PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 15 March 2014

Selepas seminggu dan beberapa petunjuk, apa yang kita tahu dan tidak mengenai MH370

Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu lenyap genap seminggu lalu selepas dalam perjalanan dari Beijing ke Kuala Lumpur, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi masih gagal mengesannya.

Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan. Tiada petanda badan pesawat yang besar dengan nombor pendaftaran 9M-MRO di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara 634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan media hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga ke Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.

Sehingga hari ini 14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udata terlibat dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada 8.11 pagi pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata penyiasat menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun seseorang yang berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.

Associated Press memetik pegawai yang enggan dinamakan dan terlibat dalam penyiasatan berkata, sabotaj bukan lagi teori, sebaliknya "konklusif". Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.

Ketika pendedahan terbaru Najib itu, berikut adalah perkaraapa yang kita tahu dan tidak mengenai Pesawat MH370, yang kini dikenali sebagai "misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku" sebelum ini.

Apa yang kita tidak tahu:

* Lokasi sebenar pesawat MH370. Ia hilang disekitar kawasan utara Selat Melaka selepas ping terakhirnya pada jam 8.11 pagi, 8 Mac 2014.

* Keadaan semua 227 penumpang dan 12 krew penerbangan.

* Pihak yang mengemudi MH370 selepas hilang daripada radar.

* Pihak yang mematikan talian komunikasi pesawar pada 1.07 pagi dan transponder pada 1.21 pagi, Sabtu lepas.

* Motif kehilangannya. Masih lagi menjadi teka-teki.

* Sama ada di utara atau selatan Selat Melaka.
Misi mencari dan menyelamat kini terarah ke kawasan utara koridor dari Thailand ke Kazakhtan/Turkmenistan dan selatan koridor dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Apa yang kita tahu:

* Pesawat tidak berada di Laut China Selatan. Misi pencarian dihentikan meskipun terdapat penemuan beberapa tompokan minyak, serpihan dan gelombang seismos.

* Sistemnya dimatikan dengan sengaja berasingan sebelum hilang.

* Pesawat tidak memasuki ruang udara Vietnam.

* MH370 mempunyai 7.5 jam baki bahan api pesawat bila hilang.

* Tidak terhempas ketika hilang.

* Mengubah haluan dan ketinggian

* Pesawat itu merentasi Semenanjung Malaysia di sempadan Thailand

* Kali terakhir komunikasi dengan sistem pesawat pada 8.11 pagi, Sabtu, hampir tujuh jam selepas hilang daripada radar.

* Terdapat dua warga Iran menggunakan pasport palsu dengan kerakyatan Itali dan Austria yang dicuri di Thailand sekitar dua tahun lalu.

* Seorang lelaki mempunyai pasport dengan nombor siri yang sama dengan seorang warga China di Fujian, China.

* Interpol berkata terdapat beberapa penumpang dengan pasport yang meragukan.

* Terdapat penulis kaligrafi China, pegawai kerajaan, pasangan bercuti, dua orang bayi dan 20 pekerja kilang elektronik Freescale dalam pesawat.

* Ia pesawat berkongsi kod China Southern Airlines. Dua lelaki menggunakan pasport palsu membeli tiket mereka bersama melalui ejen di Pattaya, Thailand sehari sebelum berlepas.

* Kehilangan pesawat membawa perhatian kepada lingkaran khusus mencuri dan menjual pasport curi di Thailand.

* Juruterbangnya berusia 53 tahun dengan 18,000 jam rekod penerbangan dan mempunyai simulator pesawat B777 di rumahnya. Kediamannya diserbu hari ini.

* Pembantu juruterbang berusia 27 tahun dengan rekod penerbangan 2,700 jam.

* Malaysia Airlines adalah salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia selepas Qantas dan Singapura Airlines. Hanya dua insiden kemalangan direkodkan setakat ini, dengan salah satunya sabotaj. – 15 Mac, 2014.//(TMI)

Polis geledah rumah juruterbang MH370

Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

Reuters

TERKINI: Pesawat tak dikenali adalah MH370 - PM

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu aporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar pada tengahari.

LAPORAN LANGSUNG

2.32pm: Sidanfg media berakhir. Wartawan diminta mengemukakan soalan untuk dijelaskan dalam sidang media teknikal jam 5.30pm.

2.30pm: PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370.

Katanya, ia berdasarkan kerja-kerja forensik oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia

Katanya, laporan bahawa pesawat itu dirampas masih satu spekulasi. Pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan.

Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Operasi di Laut China Selatan dihentikan, katanya.

2.23: Najib mengumumkan kronologi peristiwa kehilangan MH370 yang disahkan setakat ini.

2.20pm: Najib berkata dia mengarahkan pihak berkuasa Malaysia berkongsi semua maklumat MH370 dengan semua pihak berkuasa terlibat.

2.19pm: PM memulakan sidang medianya.

1.55pm: Seorang pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh mengumumkan PM hanya akan membuat satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru.

"Namun beliau tidak akan menjawab apa-apa soalan," katanya.

Beliau meminta para wartawan mengemukakan soalan kepada pusat media.

Soalan berkenaan akan dijawab dalam sidang media harian jam 5.30pm, katanya yang tidak memberikan sebarang alasan.

Ini adalah kali kedua Najib muncul dalam sidang media khas berhubung isu pesawat MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu.

1.41pm: Wartawan semakin gelisah menunggu PM memulakan sidang media dan mengisi masa dengan berbual-bual dan bertukar maklumat sesama sendiri.

Suasana dalam dewan tersebut kembali senyap beberapa kali apabila pintu utama auditorium dibuka. Namun masih belum ada kelibat Najib.

1.30pm: Duta China ke Malaysia Huang Hui Kang turut hadir dalam sidang media hari ini. Turut kelihatan wakil kedutaan Rusia.

1.10pm: Wartawan memasuki dewan sidang media dan membuat persedian untuk persidangan.

Kira-kira 200 orang para petugas berkenaan memenuhi hampir setiap inci ruang lantai auditorium Sama-Sama Hotel.

12.33pm: PM Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media pada jam 1.30pm di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Pasukan keselamatan membuat pemeriksaaan ketat di bilik sidang media dan para petugas media diminta beredar sehingga operasi tersebut selesai.//(malaysiakini)

Friday, 14 March 2014

TERKINI: Bomoh ajak 'gaduh', KJ cabar bawa buaya

Satu amaran yang dibuat 'Bomoh Kelapa',Mahaguru Ibrahim Mat Zin terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan kepada media hari ini telah menjadi trending di laman-laman sosial sejak tengah hari tadi.

Susulan amaran bomoh itu yang mahu menampar KJ macam menampar buaya,KJ hari ini telah menyahut cabaran bomoh tersebut dan dengan selambanya mengajak bomoh tersebut untuk berjumpa dan bersembang santai.

Kenyataan yang dikeluarkan KJ di laman Facebooknya itu telah mendapat pujian dari ramai pihak selepas Malaysia dimalukan dengan teruk susulan tindakan bomoh tersebut melakukan ritual tikar dan teropong di lobi KLIA di hadapan puluhan wartawan antarabangsa.

Dalam video amaran bomoh tersebut,beliau secara jelas meluahkan rasa ketidak puasan hati terhadap KJ susulan teguran beliau terhadap ritual yang dilakukan bomoh tersebut.

Dalam video tersebut bomoh tersebut dengan berani mencabar KJ untuk bersemuka dan mengugut akan menampar seperti buaya sehingga menjadi bahan jenaka dikalangan pengguna media sosial.-UtaraNews.com

 

Penduduk gempar objek berkilauan di langit

KUALA KRAI - Pemandu kereta sewa daerah ini dan orang ramai yang melalui jalan berhampiran Pasar Besar Kuala Krai gempar apabila mendakwa melihat objek seperti kertas bersaiz A4 yang berkilauan di langit kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Mereka mendakwa, objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh.

Dakwa mereka lagi, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing untuk melihatnya.

Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa  barangan daripada ketinggian seperti itu.
Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail, 53.
Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai mula-mula melihatnya.

Menurutnya, pemandu kereta sewa yang berada di stesen berkenaan sempat melihat kejadian dianggap pelik itu kemudian diikuti pengguna jalan yang memberhentikan kenderaan setelah dimaklumkan tentang perkara itu.

“Objek seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini dan gambar objek tersebut sukar dirakam kerana kedudukan terlalu jauh.

“Objek ini sesekali kelihatan terlindung di sebalik awan, jatuh sebelum hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui pagi semalam.

Zalahuddin berkata, walaupun hanya seketika dapat melihat objek tersebut, dia yakin ia berlaku atas kekuasaan ALLAH SWT.

Rakannya, Hasan Husin, 56, dari Bukit Sireh berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seumpamanya sebelum ini.

Dia yakin kejadian berlaku atas kehendak ALLAH  SWT yang mahu manusia sedar semua boleh berlaku dengan keizinan-Nya.
Menurutnya, jalan berhampiran stesen kereta sewa sesak seketika memandangkan orang ramai memberhentikan kenderaan masing-masing untuk turut melihat kejadian luar biasa itu.

Bagi Pengerusi Persatuan Kereta Zewa Kuala Krai, Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abang Pa berkata, seumur hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat objek seperti kertas berada di sekitar awan kemudian jatuh.

Menurutnya, objek berkenaan dapat dilihat dengan jelas dan adakalanya terlindung di sebalik awan dan jatuh sehingga jumlahnya berkurangan dan hilang dari pandangan kurang dari satu jam.//(SH)

‘Bomoh’ jadi trending seluruh dunia dengan 200,000 tweet, kata BBC

Perkataan ‘bomoh’ menjadi trending seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.

“Ia sangat memalukan ‘Malaysia’ dan ‘bomoh’ berada dalam satu ayat,” kata satu tweet.

“Bodoh, memalukan dan takbur,” kata tweet lain di BBC Trending.
Tweet berkenaan dihantar berikutan sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Tetapi, mereka kemudian mengakui tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.

Dengan menggunakan kelapa, teropong buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat. - 14 Mac, 2014.//(TMI)
 

MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.

Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. - 14 Mac, 2014.//(TMI)
 

Thursday, 13 March 2014

Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan

SHAH ALAM - Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370.

Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura 'berlepas' ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370.

"Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit," memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam.

Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi "Zam-Zam Alakazam" seperti filem Laksamana Do Re Mi itu.

Selain menyifatkan ia perbuatan syirik, memalukan negara, mereka juga meminta pihak berkuasa agama supaya segera bertindak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga semalam menggesa pihak Jakim mengambil tindakan ke atas Raja Bomoh ini yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati.

Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini gempar menerima kehadiran Bomoh VIP yang mendakwa dirinya mampu 'menyeru' pesawat terbabit.

Beliau yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.//(SH)


Kenyataan Penuh JAKIM Mengenai Bomoh Ibrahim Mat Zin

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.


Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal.

Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

Wednesday, 12 March 2014

'TUDM kesan pesawat tak dikenali' di Pantai Barat

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat itu terbang pada ketinggian 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari paras laut.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Ia turut menjelaskan tumpuan aktiviti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang kini digerakkan ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

Bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa masih tidak pasti lokasi sebenar untuk menjalankan operasi dan menyelamat dan tidak menjelaskan nasib sebenar yang menimpa pesawat berkenaan.

Arah dan tujuan sebenar pesawat berkenaan juga masih belum dapat dipastikan.

Sekiranya pesawat misteri itu sememangnya penerbangan MH370, maklumat baru ini menunjukkan ia meneruskan penerbangan selama 45 minit selepas menukar haluan dari lokasi terakhir di ruang udara Vietnam.

Kedudukan 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang mungkin meletakkan pesawat tersebut di kedudukan selatan Phuket.

Indonesia dan Thailand sebelum ini menyatakan bahawa pasukan tenteranya tidak mengesan sebarang pesawat aneh di ruang udara mereka.//(malaysiakini)

MH370 : Ketua polis Kemaman juga dengar letupan kuat

Ketua Polis Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam mendakwa mendengar letupan kuat  dari arah Laut China Selatan pada pagi ketika pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar.

Menurut Che Suza, beliau mendengar letupan seperti dentuman bom itu kira-kira jam 8 pagi ketika berada dalam perjalan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, lapor Berita Harian.

"Selepas dikejutkan dengan dentuman kuat itu, saya memeriksa arah bunyi kerana curiga perkara buruk berlaku.

"Bagaimanapun, selepas memeriksa berdekatan pantai, saya tidak temui sesuatu yang mencurigakan, "katanya.

Bagi mendapatkan kepastian Che Suza menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat namun gagal mengesan punca letupan tersebut..

Menurut laporan itu, Che Suza berkata beliau turut mendapatkan maklumat daripada syarikat perlombongan kuari berhubung letupan tersebut.

Namun, syarikat tersebut memaklumkan tidak melakukan aktiviti letupan pada pagi itu.

"Sehingga sekarang saya tertanya-tanya mengenai bunyi yang saya dengar," katanya.//(MK)

Suasana tegang di hotel, bapa penumpang MH370 ‘mengamuk’, ibu pasangan bulan madu menangis

Tidak seperti kebiasaannya, Selamat Omar, 60 melalui minggu yang amat sukar di lobi Hotel Everly, Sepang tempat keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditempatkan sementara misi mencari dan menyelamat masuk hari kelima.

Beliau kelihatan mundar mandir berjalan sesekali keluar untuk menghisap rokok dan adakalanya bertegur sapa dengan media yang membuat liputan.

Selamat antara ahli keluarga penumpang yang mesra media dan tidak pernah sesekali menolak apabila soalan ditanya wartawan.

Namun hari ini selepas lebih 100 jam misi pencarian pesawat penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak Sabtu lalu, bapa kepada Mohd Khairul Azmi, 29, itu dilihat meninggikan suara kepada petugas MAS pagi tadi.

Suasana tegang apabila beliau menyuarakan perasaan tidak puas hati yang kemudiannya menarik perhatian wartawan dan jurufoto untuk merakamkan insiden tersebut.

Bagaimanapun suasana tegang reda selepas beliau berjaya ditenangkan oleh petugas MAS.

Selamat kemudiannya berjalan ke luar lobi di mana beliau dikerumuni media bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang insiden tersebut.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Bera, Pahang mengakui mengamuk kerana petugas MAS lambat memaklumkan berita perkembangan pesawat tersebut kepadanya.
 
"Selalunya jam 10 saya sudah mendapat maklumat tapi hari ini lewat lebih setengah jam macam itu, jadi saya marah."

"Tapi sekarang ini sudah tidak ada apa. Petugas MAS pun sudah menerangkan kepada saya dan saya memahami kesukaran mereka juga dan apa pun mereka perlu menunggu pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam, (DCA)," katanya kepada media.

Antara lain beliau turut ditanya mengenai sumbangan yang bakal diberikan MAS kepada setiap ahli keluarga penumpang pesawat terbabit.

Bagaimanapun beliau berkata biarpun pihak MAS ada memaklumkan mengenai sumbangan itu namun Selamat tidak mengetahui jumlah yang akan diberikan.

"Pihak MAS tidak memberitahu beberapa jumlah yang bakal kami terima," katanya.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang semula apabila Selamat dilihat meninggi suara kepada kaunselor yang menghalang beliau untuk bercakap dengan media antarabangsa CNN.

Sejurus selepas Selamat ditemuramah oleh wartawan CNN, beliau ditarik oleh kaunselor yang kemudiannya berkata sesuatu kepadanya.

Ia menyebabkan Selamat meninggikan suara kepada kaunselor tersebut dengan berkata; " Awak tidak boleh buat saya macam ini," katanya.

Mengulas mengenai perkara itu Selamat memberitahu kepada The Malaysian Insider bahawa kounselar yang bukan daripada petugas MAS itu menghalangnya bercakap dengan media.

"Dia tidak boleh suruh saya macam itu. Saya marah kerana dia tidak membenarkan saya bercakap dengan media. Itu hak saya. Saya bebas cakap dengan siapa sahaja," katanya.

Bagaimanapun beliau menafikan bahawa adanya arahan yang dikeluarkan oleh MAS untuk petugasnya menghalang ahli keluarga mendekati media.

"Tidak ada arahan begitu. Saya kalau nak cakap dengan siapapun, saya akan cakap," katanya.

Biarpun tidak menyatakan kerisauan mengenai anaknya itu, riak muka jelas menceritakan segala-galanya.

"Saya tidak boleh tidur juga tidak boleh duduk satu tempat. Bila malam tidak boleh tidur, saya akan cakap dengan doktor," katanya.

Manakala kira-kira jam 2.15 petang, ibu kepada pasangan bulan madu Norli Akmar, 33, dan Mohd Razahan Zamani, 23, kelihatan menangis sewaktu melalui di kawasan lobi hotel.

Kamariah Shariff (gambar), 55, yang berbaju kurung merah dilihat menangis menuju ke ruang rehat ahli keluarga penumpang. Beliau bagaimanapun enggan ditemuramah.

Suaminya yang mengikut isterinya mengakui Kamariah menangis kerana terlalu sedih dan rindu serta mengenangkan nasib anak lelakinya itu.

"Dia tiba-tiba menangis, dia cakap terlalu rindu dekat anaknya," katanya.

Hamid Ramlan, 55, yang tinggal di Taman Meru, Perak itu berkata anak lelakinya itu sangat rapat dengan isterinya.

"Mereka selalu menghubungi dan bercakap. Anak saya akan bertanya khabar dan kerana itu isteri saya amat terjejas tidak mendengar suara anak saya setelah hampir lima hari," katannya.

Beliau juga turut berkata setakat ini perkembangan yang dimaklumkan mengenai operasi pencarian pesawat itu juga merupakan perkara sama. – 12 Mac, 2014.//(TMI)
 


'Ucapan terakhir' Kapten Zaharie

SUBANG - “Good Day,” itulah ucapan terakhir diberikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang, sebelum pesawat yang dipandunya MH370 hilang daripada radar.

Penolong Pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu berkata, beliau merupakan penyelia bertugas pada malam kejadian dan menegaskan di awal penerbangan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku.

“Selepas pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.40 awal pagi Sabtu, di awal 40 minit pertama semuanya berjalan lancar.

“Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pangkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian di NATCC, semalam.

Siti Sarah berkata, sepanjang 18 tahun beliau berkhidmat itulah kali pertama keadaan terputus hubungan itu berlaku.

“Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Zaharie), beliau memberi respons yang baik.

“Okey roger, Good Day (sekian terima kasih), itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari,” katanya.//(sinarharian)

Tuesday, 11 March 2014

Penduduk dengar dentuman kuat di Marang

Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. 
  
“Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

- Bernama


Pesawat baik, juruterbang baik, tapi di mana MH370?

Selepas 80 jam lesap di udara, Malaysia Airlines berkata penerbangan MH370 menggunakan pesawat B777-200ER baru selesai menjalani pemeriksaan 10 hari lalu, ia menambah lagi misteri kehilangannya. MAS sebelum ini juga berkata kedua-dua juruterbang pesawat memiliki pengalaman luas dalam menerbangkan pesawat Boeing yang dikatakan paling selamat di dunia masih belum ditemui.

Misi mencari pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut diluaskan ke Sumatera, sebelah pantai barat semenanjung Malaysia dan Hong Kong, serta seluas Laut Cina Selatan dengan lebih 40 kapal dan pesawat mencari tetapi tiada sebarang petunjuk ditemui.

Mengapa mengambil masa lama untuk mengesan pesawat yang dilihat terbang melepasi perairan Thailand menghalang ke Beijing pada Sabtu pagi lalu?

Dalam laporan khas oleh Christian Science Monitor, mereka membuat perbandingan misi pencarian MH370 dengan penerbangan 447 Air France.

Kedua-dua kes, tiada sebarang panggilan "kecemasan" atau tekanan daripada juruterbang. Pesawat itu tiba-tiba hilang di udara, menurut laporan tersebut.

Dalam kes AF447, faktor cuaca buruk dikenalpasti punca terhempas.

Juruterbang tidak menghubungi bantuan kerana tidak sedar, sehingga ia sudah terlambat kerana tahap keseriusan kerosakan. Seperti diperkatakan oleh beberapa juruterbang sebelum ini, mereka tidak mendapati kurang perhubungan tidak bermakna ia isyarat wujud serangan bom dpengganas ataupun kegagalan dasyat pesawat tersebut.

"Seperti diperkatakan, keutamaan adalah 'terbangkan, kemudi dan komunikasi'," tulis laporan itu.

Tapi setakat ini, laporan mendedahkan MH370 tidak berdepan sebarang cuaca buruk.

Juga seperti dialami AF447, petunjuk baik timbul dengan cepat, kemungkinan lokasi terakhir pesawat dan keberangkalian suatu yang buruk berlaku.

"Menara kawalan trafik udara Brazil baru sahaja berhubung pesawat Air France jet dan pesawat itu menghantar satu siri mesej elektronik dalam tempoh tiga minit daripada sistem pemantauan atas kapal melalui Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS).

"Empat hari selepas kemalangan AF447, syarikat penerbangan itu mengeluarkan transkrip data ACARS, menunjukkan dalam tempoh empat minit terdapat enam laporan kegagalan dan 19 amaran melibatkan pengendalian, auto-penerbangan, kawalan penerbangan, dan penghawa dingin kabin dalam penerbangan tersebut.

"Data ACARS memberi petunjuk awal kesilapan yang berlaku. Akhirnya, punca-punca kemalangan dikenalpasti juruterbang gagal mengambil tindakan tersalah bacaan daripada sensor kelajuan udara," kata Christian Science Monitor dalam laporan hari ini.

Tapi tidak dijelaskan sama ada pesawat Malaysia Airlines, Boeing 777 dilengkapi ACARS atau tidak.
Flightglobal melaporkan bertanya kepada Malaysia Airlines mengenai isyarat daripada ACARS B777, tetapi syarikat penerbangan tersebut enggan memberi komen, memberi alasan "siasatan masih berjalan" daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia.

Bagaimanapun, CEO Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya semalam memberitahu wartawan pesawat tersebut dilengkapi ACARS.

Jika pihak berkuasa memiliki ACARS yang boleh mengenalpasti situasi sebenar yang berlaku dengan pesawat Malaysia Airlines, ia mungkin boleh memberi gambaran jelas, kata laporan itu.

Laporan kedudukan terakhir MH370 dan perhubungan radar terakhir adalah antara perairan Malaysia dan Vietnam. Pesawat tersebut hilang selepas dua jam berlepas daripada Kuala Lumpur menghala ke Beijing.
Sehingga hari ini, tiada sebarang cerbisan ditemui dan pihak berkuasa berkata mereka sedang meluaskan kawasan pencarian.

"Tapi peta kawasan pencarian menimbulkan persoalan sejauh mana pihak berkuasa Malaysia mengetahui mengenai kedudukan terakhir pesawat tersebut.

"Peta kawasan carian sekarang bukan sahaja di sekitar kawasan kali terakhir ia dilaporkan berada tetapi tetapi juga meliputi kawasan baru di Selat Melaka, di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

"Ia menimbulkan persoalan sejauh mana maklumat yang dimiliki pihak berkuasa tetapi tidak diberitahu kepada umum," kata Christian Science Monitor dalam laporannya, mengambilkira pendedahan oleh pihak berkuasa mengenai kemungkinan pesawat berpatah balik daripada jadual asalnya.

Tapi Ahmad Jauhari menjelaskan mustahil berlaku kerana jika ia berlaku, juruterbang pasti sudah menghubungi menara kawalan trafik udara di Malaysia bagi memberitahu perubahan tersebut.

"Jika pesawat itu berpatah balik ke arah Malaysia dan terbang melepasinya, ia mungkin penjelasan mengapa kawasan carian diperluaskan hingga ke perairan Thailand dan Selat Melaka. Tapi ia tidak menjelaskan sama ada pesawat mendarat di tanah, kemungkinan di lapanga terbang, tanpa mendarat atau memberikan isyarat kedudukan atau transponder memberikan lokasinya.

"Kebiasaannya, transponder pesawat akan membantu menara kawalan trafik udara mengenalpasti kedudukannya. Dengan andaian, sudah tentu, transponder masih berfungsi dan belum dimatikan," kata laporan Christian Science Monitor.

Bagaimanapun, kekurangan bukti serpihan ditemui kawasan pencarian menyebabkan pakar penerbangan antarabangsa membuat spekulasi MH370 mungkin dirampas atau salah seorang juruterbang membunuh diri.

"Mencari dikawasan lain Semenanjung adalah pelik, ia bermakna mereka (pihak berkuasa Malaysia) melihat pesawat terbang melepas Semenanjung dalam radar, atau kemungkinan bahagian di Semenanjung yang kurang liputan radar," tulis Web500sjc yang menyenaraikan Airliners.net sebagai pengajar penerbangan komersial di Amerika Syarikat.

Seorang lagi pakar berkata, jika enjin Boeing 777 berhenti pada 35,000 kaki, cerun peluncuran pesawat akan menunjukkan ia berada kira 100 batu daripada lokasi terakhir. Jarak Selat Melaka adalah lebih 250 batu jauhnya.

Sudah tentu, pihak berkuasa Malaysia kebingungan seperti yang dihadapi oleh orang lain.

Pakar berkata bangkai pesawat mungkin berada dalam lautan sedalam 300 kaki atau 3,000 kaki atau lebih lagi, dimana lautan hitam kelam dan suhu serendah 40 darjah, lapor LA Times hari ini.

Isyarat GPS tidak berkesan dalam lautan air masin dan isyarat akustik yang dihantar dari lampu kecemasan pesawat boleh jadi kabur, kata pakar dalam akhbar tersebut.

"Cetek tidak bermakna mudah," kata David Gallo, yang mengendalikan ekspedisi mencari Penerbangan 447 Air France  terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

"Saya boleh memberitahu anda, semasa seorang yang pernah berada disana... dalam keadaan tertentu, laut menjadi tempat yang luas semasa mencari sesebuah pesawat," kata beliau yang dipetik dalam LA Times.

Kedudukan terakhir perhubungan MH370 adalah antara perairan Malaysia dan hujung selatan Vietnam.
Pasukan mencari dan menyelamat melibatkan 10 negara ketika ini melangkaui 10,500 batu nautika, termasuk perairan Thailand dan sedia ada.

Langkah pertama melibatkan penghantaran krew ke lokasi pesawat terhempas, dimana mereka menurunkan peralatan pendengaran ke dalam laut dan cuba mengambil isyarat daripada peranti yang dikenali sebagai "Pinger" yang berada dalam pesawat bersama dengan kotak hitam, hayat bateri peranti tersebut adalah 30 hari, lapor akhbar tersebut.

Gallo, pengarah operasi Khas di Woods Hole Oceanographic Institution, Massachusetts berkata peranti tersebut kemungkinan tidak berfungsi dengan baik dalam air cetek akibat terhakis daripada bunyi bising kapal.

Krew pencarian mungkin "membajak" dasar laut dengan sonar, kata beliau, tetapi sekiranya terlalu banyak pihak yang terlibat dalam pencarian ia akan menyebabkan kekeliruan.

"Pencarian seperti simfoni," katanya. "Anda perlukan semua ahli dalam kumpulan memainkan nota yang betul pada masa sama," kata beliau. - 11 Mac, 2014.//(TMI)

MH370 'hilang' kerana kuasa tuhan - Kapten Noruddin

SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.//(SH)


Sekeluarga ketakutan diganggu api misteri

SEREMBAN - Sebuah keluarga di Taman Permai Fasa 3, dekat sini hidup dalam ketakutan dan keresahan selepas diserang api misteri dan disusuli beberapa kejadian aneh sejak pertengahan Februari lalu.

Sinar Harian berkesempatan menyaksikan sendiri api misteri itu beberapa kali semasa melakukan tinjauan ke rumah dihuni mangsa, E Sivavartheni, 27, bersama empat ahli keluarga lain, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Tidak sampai setengah jam di rumah berkenaan, Sinar Harian sudah dikejutkan apabila api misteri itu muncul tiba-tiba lalu menyambar lipatan selimut dalam bilik hadapan, menyebabkan semua yang ada di situ tergamam sebelum bertindak memadamkannya.

Belum sempat menyambung perbualan dengan Sivavartheni, sekali lagi seisi rumah dikejutkan dengan api misteri terbabit, di mana kali ini menjadi sasaran adalah kalendar di bahagian dapur dan bilik tengah secara berturut-turut.

Tidak cukup dengan itu, beberapa barang lain turut menjadi mangsa api misteri tersebut, namun kami terpaksa tabahkan hati dan cuba untuk tidak mengendahkannya bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada penghuni rumah.

Menurut Sivavartheni, masalah itu mula menghantui keluarganya sejak 22 Februari lalu dan terus berlarutan hingga ke hari ini, tanpa sebarang penyelesaian.

“Saya sendiri tertanya-tanya, mengapa kami sekeluarga ditimpa dugaan sebegini. Sedangkan, sejak menyewa rumah ini lima tahun lalu, tidak pernah sekalipun berlaku sebarang kejadian aneh,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut masalah dihadapi, Sivavartheni berkata, pada hari pertama kejadian, dia dan suaminya, R Vinod, 33, sedang menghadiri majlis pengebumian saudara terdekat mereka di Linggi.

“Semasa dalam perjalanan pulang kira-kira jam 1.30 petang, saya dikejutkan dengan panggilan ibu memberitahu kain pada ampaian terbakar secara tiba-tiba. Namun, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka cuaca yang terlalu panas jadi punca kebakaran.

“Setibanya di rumah, rasa takut mula timbul selepas kami melihat sendiri bagaimana meja makan dan langsir pintu utama terbakar tanpa sebarang sebab, disusuli dengan katil serta tilam di bilik tidur, lebih kurang 15 minit kemudian,” katanya yang memberitahu, kira-kira 20 hingga 26 kebakaran berlaku pada hari itu.

Sangkaan mereka masalah itu telah berakhir ternyata meleset. Keesokan lebih kurang jam 10 pagi, kejadian sama berulang lagi dan hanya berhenti kira-kira jam 7 petang, ketika Sivavartheni dan keluarga melakukan upacara sembahyang.

“Pemerhatian saya mendapati, api misteri itu bermula antara jam 10 hingga 11 pagi dan berhenti pada jam 10 malam, setiap hari. Tetapi, agak mengejutkan apabila kebakaran langsung tidak berlaku pada 26 Februari hingga 8 Mac lalu.

“Bagaimanapun, api itu kembali mengganas kira-kira jam 7.27 petang, kelmarin menyaksikan kebakaran berlaku sebanyak 15 kali,” katanya yang menjelaskan lebih 50 kebakaran terjadi sejak 22 Februari lalu.  

Menurutnya lagi, pelbagai petua sudah digunakan, termasuk mendapatkan bantuan enam individu berkemahiran perkara mistik dalam kalangan pelbagai kaum dari Johor Baharu, Melaka dan Seremban, namun tidak membuahkan hasil.

“Saya risaukan keselamatan keluarga, lebih-lebih lagi ibu berusia 63 tahun yang sedang pulih daripada pembedahan. Dia trauma dan kerap sakit akibat tidak cukup tidur kerana bimbang api akan muncul pada bila-bila masa sahaja,” katanya yang mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan 4 tahun.

Katanya, akibat situasi berkenaan, mereka mengalami kerugian hampir RM10,000 dalam bentuk perkakasan rumah seperti ketuhar gelombang mikro, mesin basuh dan set sofa yang musnah terbakar.

“Namun, kami terharu kerana masih ada yang prihatin. Selain saudara mara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kini sedang menguruskan untuk wang ihsan turut menghulurkan bantuan awal kepada kami sebanyak RM300, set comforter dan beberapa barang keperluan harian,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, dugaan dihadapi keluarga malang terbabit tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya mereka turut berdepan masalah dengan kotak fius elektrik yang kerap terpadam sendiri tanpa sebarang sebab, sejak awal Januari lalu.

“Saya syak kejadian ini ada kaitan dengan kewujudan api misteri, memandangkan sudah beberapa kali bekalan elektrik terputus semasa kebakaran berlaku.

“Menguatkan lagi andaian saya apabila tiga juruteknik elektrik yang dipanggil untuk membuat pemeriksaan, tidak menjumpai apa-apa. Pihak berwajib juga sudah menukar kesemua pendawaian termasuk kotak fius tersebut, namun tiada perubahan,” katanya yang berharap orang ramai arif dalam hal ini dapat membantunya.//(sinar)
 

Monday, 10 March 2014

'Raja Bomoh' turut bantu cari pesawat MH370

Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.
  
Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
  
"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Sepang.
  
Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.
  
"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.
  
Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.
  
Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
  
-Bernama


Kapal Terbang Terhempas : Rakaman Teriakan Allahuakbar

Maut boleh menemui kita dalam pelbagai cara. Mari kita jadikan rakaman ini satu pengajaran untuk segera mendekatkan diri kepada Allah. Sementara itu teruskan berdoa agar MH 370 tidak menerima nasib yang sama InsyaAllah.



Sunday, 9 March 2014

Kehilangan MH370: 'Pasport curi' mungkin digunakan - The Guardian

KUALA LUMPUR: Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal , kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.

Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.

Pasport Maraldi dilaporkan  telah dicuri tahun lepas.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media pada hari Sabtu juga mengesahkan lelaki tersebut (nama tidak didedahkan) kini berada di Austria.

Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel .//(astroawani)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers