Satu amaran yang dibuat 'Bomoh Kelapa',Mahaguru Ibrahim Mat Zin terhadap
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan kepada
media hari ini telah menjadi trending di laman-laman sosial sejak tengah
hari tadi.
Susulan amaran bomoh itu yang mahu menampar KJ macam menampar buaya,KJ
hari ini telah menyahut cabaran bomoh tersebut dan dengan selambanya
mengajak bomoh tersebut untuk berjumpa dan bersembang santai.
Kenyataan yang dikeluarkan KJ di laman Facebooknya itu telah mendapat
pujian dari ramai pihak selepas Malaysia dimalukan dengan teruk susulan
tindakan bomoh tersebut melakukan ritual tikar dan teropong di lobi KLIA
di hadapan puluhan wartawan antarabangsa.
Dalam video amaran bomoh tersebut,beliau secara jelas meluahkan rasa
ketidak puasan hati terhadap KJ susulan teguran beliau terhadap ritual
yang dilakukan bomoh tersebut.
Dalam video tersebut bomoh tersebut dengan berani mencabar KJ untuk
bersemuka dan mengugut akan menampar seperti buaya sehingga menjadi
bahan jenaka dikalangan pengguna media sosial.-UtaraNews.com