PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 22 February 2014

Nik Aziz selar Kassim Ahmad

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemikir, Dr Kassim Ahmad yang didakwa menolak hadis dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurutnya, kenyataan bekas Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang dilihat terpesong itu boleh mempengaruhi dan merosakkan akidah umat Islam lain.

“Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal ALLAH tak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana ALLAH tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah.

“Oleh yang demikian tak ada orang yang boleh kenal ALLAH macam mana, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Nik Aziz mengulas kenyataan Kassim dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian, di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu selepas didakwa mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’ serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Nik Aziz berkata, umat Islam perlu bergantung sepenuhnya dengan sabda Nabi Muhammad kerana Baginda merupakan orang yang paling dekat dengan ALLAH, malah disebut sebagai kekasihNya dan mempunyai kedudukan paling tinggi serta dihormati malaikat di langit dan bumi.

Tindakan Kassim itu dikecam beberapa pihak termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Pertubuhan Ahli Sunah Wal Jamaah (Aswaja) yang memanggil beliau untuk bermuzakarah, selain Pertubuhan Peribumi Perkasa yang menggesa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya, namun sehingga kini belum ada tindakan dikenakan ke atasnya.

Malah, Presiden Majlis Perundingan Islam (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid bersetuju jika pihak berkuasa agama membuat perbincangan secara tertutup dengan Kassim sekali gus memberi bimbingan kepada pemikir itu sebagaimana cadangan Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.//(sinarharian)


Friday 21 February 2014

PR Terengganu Gesa Siasat 6 Kes Rasuah Besar

Pemimpin pembangkang Terengganu akan menyerahkan dokumen berkaitan salah laku rasuah dan penyelewengan yang berlaku di negeri itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dikenalpasti.
-sumber

Thursday 20 February 2014

ULU BARAM : Berkahwin Dengan Darah Daging Sendiri - Anak Kahwini Ibu Sendiri

ULU BARAM : Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasukanak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahadmendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.
- sumber

Tuesday 18 February 2014

9 Ribu Orang Bertarung Demi Sebatang Kayu

Tokyo : Dengan hanya memakai cawat, lebih 9,000 lelaki akan berebut bagi  mendapatkan sebatang kayu yang dikatakan akan membawa tuah selama 12 bulan.

Dikenali sebagai perayaan bogel, mereka akan bertarung selepas sebatang kayu sepanjang 20 sentimer dengan ukur lilit 4 sentimeter itu dilemparkan oleh seorang sami di kuil Saidaiji.
Kayu yang dikenali sebagai shingi itu akan dibaling pada jarak setinggi empat meter menerusi tingkap.
Menurut amalan tradisi rakyat Jepun, sesiapa yang mendapat kayu itu dan menyimpannya dalam kotak kayu digelar masu, maka pemiliknya akan menikmati kebahagiaan dan tuah selama setahun.
Upacara itu, bermula sejak 500 tahun lalu ketika orang ramai berebut mendapatkan kertas azimat yang dilemparkan oleh sami.
Namun disebabkan kertas mudah koyak, maka ia digantikan dengan kayu dan setiap tahun bilangan mereka yang menyertai upacara ini semakin meningkat.
- sumber

Monday 17 February 2014

Tak setuju mari debat, cabar Kassim

Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad mempertahankan kenyataan beliau dan mencabar pihak yang menuduhnya sesat dan murtad supaya berdebat.

Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa".

"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Semalam, dalam ucapan ketika Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", ahli akademik itu mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.

Selain itu, umat Islam juga didakwa mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukan aurat wanita.

Ekoran kenyataan terbaru Kassim tersebut, beliau hari ini 'diserang' oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA).

Dalam sidang medianya, Mahfuz mempersoalkan mengapa ahali akademik itu tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama dan pemikir itu didakwa menghina Islam dan Majlis Raja-raja.

Manakala dalam kenyataannya, Presiden ASWAJA Zamihan Mat Zin berkata kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.//(MK)

Pengadil sebut ‘L****U Lu’

Petra Jaya: Ibarat menjerut leher sendiri begitulah nasib bakal diterima pengadil, Sukri Abdul Rahman apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membuat laporan kepada FAM berikutan tindakannya mengeluarkan kata lucah ke atas seorang pemain Sarawak, kelmarin.

Sukri menyebut perkataan Hokkien ‘L****U Lu’ kepada pemain tengah Joseph Kalang Tie sejurus tamat perlawanan yang menyasikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri.

Menurut Joseph, insiden itu berlaku ketika dia mahu bersalaman dengan pengadil perlawanan sebaik tamat permainan.

“Sebaik bersalam dengannya (Sukri), saya mahu mendapat penjelasan mengenai keputusan pengadilan yang mengecewakan sepanjang perlawanan namun dia tiba-tiba mengeluarkan perkataan lucah itu. Saya terkejut dan bertanya kenapa bercakap seperti itu namun dia hanya berdiam diri.

“Kalau saya yang mengeluarkan perkataan itu kepada dia atau pemain lain atau pegawai perlawanan, sudah tentu saya akan dikenakan tindakan.

“Malah dua pembantu pengadil juga mendengar perkataan lucah itu, tapi berdiam diri apabila saya cuba bertanya kepada mereka.

“Saya tahu dia tertekan, tapi sebagai pemain saya ada hak untuk meluahkan kekecewaan terhadap keputusan yang dibuat. Saya bukan mahu menyalahkan dia, tapi kita ada hak (untuk meluahkan rasa tidak puas hati),” katanya.

Kata Joseph lagi, walaupun tertekan sekali pun pengadil tidak sepatutnya mengeluar perkataan lucah itu bukan saja kepada dirinya malah pihak lain.

Perlawanan yang menyaksikan Bujang Senang melakarkan kemenangan kedua berturut-turut itu dibayangi 10 kad kuning termasuk satu kad merah ke atas Junior Eldstal selepas menerima kad kuning kedua.

Sarawak kini menduduki tangga ketiga liga selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan berkongsi mata dengan Kelantan - satu mata di belakang pendahulu, Terengganu.

Sementara itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts akan membawa perkara itu kepada pengurusan FAS untuk tindakan selanjutnya.

Beliau jelas terkilan mengenai tindakan membabitkan pengadil berkenaan.

“Perkara ini akan saya bawa kepada FAS dan mereka akan mengadakan mesyuarat untuk tindakan susulan. Tugas saya hanya melaporkan perkara ini kepada mereka (FAS) dan saya tidak mempunyai hak terhadap tindakan selanjutnya.

“Bagi saya, dalam perlawanan seperti ini, pengadil perlu bijak mengawal emosi dan bukannya bertindak seumpama itu. Ia amat memalukan apatah lagi perkara itu membabitkan pemain saya.

“Saya hanya mengetahui apabila dia (Kalang) datang kepada saya dan memaklumkan pengadil mengeluarkan perkataan lucah ke atasnya,” katanya.//(mymetro)

Sunday 16 February 2014

Pemain bola mati kena tetak

Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital itu.
IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, selepas  keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

“Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor," katanya.

Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang  ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.//(sinarharian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers