PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 29 March 2014

GEMPAR !!! Ustaz Darul Manzil mimpi lagi nampak penumpang MH370 di sebuah pulau

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..

Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Sumber

 

Friday, 28 March 2014

Bogel selepas kantoi

SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.
“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.//(sinarharian)


MH370 – Kakak penumpang Indonesia terima ‘missed call’ 11 dan 13 Mac

Berita yang dipetik dari portal berita Indonesia…

Pihak keluarga Firman Candra Siregar, penumpang pesawat MH370, hingga saat ini masih belum bisa menerima pernyataan dari Pemerintah Malaysia bahwa pesawat jatuh di Samudera Hindia. Pasalnya, keluarga masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman.

“Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad yang dipegang Firman,” kata kakak kandung Firman, January Siregar, seperti dikutip Vivanews, Kamis (27/3).

Hal inilah yang masih meyakinkan pihak keluarga bahwa Firman dan penumpang lainnya selamat. Apalagi, hingga saat ini tidak ditemukan bukti-bukti berupa puing dari pesawat.

January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan, informasi ini sudah diberitahukan ke pihak Pemerintah Malaysia dan maskapai Malaysia Airlines.

Untuk itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang asal Indonesia telah mengirimkan petisi agar Malaysia dan maskapai memberikan informasi yang akurat dan transparan.

“Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan,” kata January.

Proses pencarian hari ini masih dilanjutkan. Namun, upaya pencarian terkendala cuaca. Mereka harus berpacu dengan waktu, karena menurut prediksi Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini diprediksi akan memburuk.

Sebelumnya, Komite Dewan Fatwa Nasional Malaysia dalam rapat Selasa (25/3) malam memutuskan, belum saatnya melakukan Shalat Ghaib untuk para awak dan penumpang Pesawat MH370 yang beragama Islam. Pasalnya, mereka menunggu ditemukannya mayat atau bagian dari mayat penumpang MH370 sebagai bukti. Meskipun, pemerintah telah mengumumkan bahwa pesawat itu berakhir di Samudera Hindia dan memperkirakan seluruh penumpangnya tewas.

Sumber
 

KEHILANGAN PESAWAT MH 370 SUDAH TERJAWAB…!!!???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apakah perasaan anda setelah mendengar atau menonton pengumuman P.M. kita semalam?

1. Adakah anda berasa lega kerana misi pencarian sudah berakhir? Bagi ahli keuarga para penumpang dari China, mereka tak boleh terima apa yang diumumkan oleh P.M. kita tu! Kenape.., ya? Mereka kata mereka tak boleh terima akan pengumuman tu. Kalau pesawat tu tenggelam, mana buktinya? Mereka begitu marah terhadap kerajaan Malaysia dan medakwa kerajaan kita tak bertanggungjawab.

2. Apa perasaan anda jika mendengar tuduhan mereka tu? P.M. hanya mengatakan misi  pencarian MH 370 telah berakhir di Selatan Lautan Hindi. Kenape P.M. mengumumkan tentang perkara ini sedangkan menurut wartawan TV3 sendiri terkejut dengan pengumuman itu. Pihak AMSA belum lagi mengesahkan tentang penemuan objek yang didakwa kelihatan di kawasan tu ialah milik MH 370, jadi tentulah pengumuman ini telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai?

3. Kenape P.M. umumkan tentang pengakhiran insiden tu dengan maklumat yang didapati dari pihak U.K. bukan dari Ausralia?  P.M. kata mereka menggunakan teknik analisa satelit baru. Tapi pihak IMARSAT kata alat pengesan yang digunakan tu bukannya baru tapi alatan yang digunakan pada kurun ke 19! Mana satu yang betul ni?

4. Saya tertarik dengan bacaan Bismillahirahmanirrahim oleh Pemangku Menteri Pengangkutan dan P.M. sendiri yang memberi salam penuh bagi permulaan sidang media di peringkat antarabangsa. Baguslah pemimpin kita ingat lagi nak kembali kepada agama dalam insiden begini dan tak perlu merujuk kepada paderi atau ahli agama lain dalam situasi ini.

5. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak berikan kepada kita. Masalahnya sekarang, kerajaan dan rakyat China yang terlibat dalam tragedi MH 370 ni tak puas hati dengan penjelasan kerajaan Malaysia dan meminta bukti jika kerajaan Malaysia dah kata pencarian pesawat tu berakhir.

6. Natijahnya, rakyat Malaysia tentu akan menghadapi masalah kalau nak pergi ke Negara China selepas ni. Sebabnya, mereka dah banyak dengar tentang imej negara kita ni dari segi ekonomi, sosial dan politik yang dilihat buruk pada pandangan mereka terutamanya sejak PRU yang lalu. Kalau tengok dari segi reaksi mereka selepas sidang media oleh P.M. semalam, saya rasa kemungkinan mereka boleh kerjakan rakyat Malaysia jika mereka ada di situ. Kebencian mereka tu begitu ketara sekali.

7. Kalau orang Cina Malaysia ada di situ, mungkin dia akan mengaku bahawa dia ialah orang Cina Singapura. Kalau orang India, mereka boleh mengaku mereka tu orang dari negara India. Tapi kalau Melayu, nak mengaku awak tu dari mana? Semua orang mudah kenal kita sebab warna kulit kita yang sawo matang. Nasib tak baik, kita tak balik ke Malaysia selepas berada di sana seperti MH 370 tu.

8. Janganlah nak berhajat atau berangan nak pergi ke Negeri China selepas ni untuk bershopping atau buat bisnes di sana kalau muka awak tu muka Melayu. Takut-takut nanti jadi macam pegawai bank yang dijumpai mayatnya di kebun pisang sebab nak siasat pasal kes BMF dulu! Rakyat China sekarang dah benci negara dan rakyat Malaysia  dan mereka tak akan terima kita sebagai tetamu mereka lagi atau pesawat MAS.

9. Itu tak pe lagi, tapi kalau ada agenda lain seperti nak menggugat keselamatan negara ni, apa kita nak buat? Mungkin ada pihak nak jadikan insiden ni untuk menakluk Malaysia setelah mereka nampak kelemahan demi kelemahan yang yang ditonjolkan oleh kerajaan kita. Apa pula peranan penyokong kerajaan BN yang selama bukan main lantang bersuara kalau ada apa-apa isu yang berkaitan dengan kerajaan sebelum ni terutamanya berkenaan dengan pembangkang?

10. Kenape diam je? Kenape tak buat solat hajat ke atau minta derma ke atau apa-apa bantuan yang boleh dihulurkan kepada kerajaan BN sekarang? Ada pihak mengatakan satelit kita hanya digunakan untuk meninjau atau merisik apa yang dibuat oleh pembangkang kerajaan! Begitu juga agaknya peralatan canggih yang lain seperti 'submarine'.

 Mungkin sekarang orang kita yang tak sedar diri lagi dan masih menganiayai atau melakukan kegiatan khianat kepada bangsa dan agama sendiri supaya bertaubat nasuha kerana kuasa asing mungkin sekarang sudah bersiap-siaga untuk menyerang negara kita.

'Look and see atau ready to defend our country' dari musuh yang dah tahu kelemahan kerajaan kita!  

Sekian saja dahulu, wassalam.

Sang Pencheritera.

Thursday, 27 March 2014

MH370- Spekulasi Peringkat Tertinggi

Russia “Hairan” Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines “Ditangkap” Oleh Tentera Laut Amerika | Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) “hairan” tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) “menangkap dan kemudian mengalihkan” sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba “ghaib” dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam “keadaan yang mencurigakan”

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo “sangat mencurigakan” berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima “jaminan” bahawa “semua langkah” akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 “ketara menyimpang” dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire – FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta “kehilangan” Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush “menghilangkan” penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.- sumber

MH370: 'I love you' ungkapan terakhir buat isteri

SHAH ALAM - "I love you" adalah kata-kata terakhir diungkapkan pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan kepada isterinya Intan Maizura Othaman beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas.

Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Menceritakan mengenai detik beberapa jam sebelum pesawat dinaiki suaminya hilang, wanita itu berkata Mohd Hazrin terlepas kenderaan disediakan oleh pihak MAS untuk kakitangan bertugas pada malam 7 Mac.

Beliau berkata suaminya yang komited dengan tugas kemudian meminta beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Intan Maizura berkata dalam perjalanan ke lapangan terbang, mereka bersembang seperti biasa dan Mohd Hazrin ada memegang tangan serta mencium tangannya.

"Kata-kata terakhirnya pada saya malam itu ialah "I Love you". Kata-kata itu akan sentiasa menjadi memori yang manis dengan dia.

"Mohd Hazrin bukan sahaja seorang suami malah adalah sahabat karib saya.

Saya terlalu merinduinya, namun saya redha dengan apa yang berlaku dan menganggap dia pergi ke destinasi berikut seperti biasa tetapi jika dia kini berada di Lautan Hindi, bersemadilah dengan tenang," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Intan Maizura berkata anak sulung mereka, Iman, 4, kerap bertanya mengenai bapanya sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai perkembangan terbaru penerbangan MH370 pada Isnin lepas.

"Sehari selepas pengumuman itu saya beritahu anak saya bahawa bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga.

"Bila dia (Iman) meminta berjumpa dengan bapanya, saya beritahu supaya banyak berdoa dan akan berjumpa. Alhamdulillah, dia faham dan tidak pernah bertanya lagi," katanya.

Walaupun sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri bahawa penerbangan pesawat dinaiki suaminya berakhir di Lautan Hindi, Intan Maizura redha dan menerimanya dengan hati terbuka.

Wanita itu juga yakin beliau mampu meneruskan kehidupan terutama dalam membesarkan anak-anaknya kelak dengan sokongan daripada anggota keluarga serta rakan-rakan.

"Sebagai orang Islam, kematian itu sudah pasti dan merupakan janji Allah jadi, kita harus redha serta sentiasa mendoakan orang tersayang," katanya. - Bernama
 

Wednesday, 26 March 2014

Selepas CEO MAS, Siapa Lagi Perlu Letak Jawatan?

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menunjukkan ketinggian moralnya sebagai pemimpin korporat dengan membayangkan akan meletakkan jawatannya apabila segala urusan berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dikesan hilang di selatan Lautan Hindi, berakhir.

Adakah saya akan akan meletakkan? Ini adalah keputusan peribadi yang akan dilakukan selepas ini apabila segala-galanya selesai, demikian beliau dilaporkan berkata dalam sidang media semalam.

Ahmad Jauhari bukan saja menyifatkan tragedi MH370 ini membuatkan seluruh jiwanya luluh kerana mengakibatkan kehilangan 239 nyawa, menyebabkan tangisan ribuan anggota keluarga serta kesedihan berjuta yang lain di seluruh dunia, malah ketika Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan pesawat itu dikesan hilang di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat berdasarkan analisa satelit Immasat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom, beliau memilih untuk tidak berada di atas pentas.

Yang ada menenami Perdana Menteri diatas pentas hanyalah Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Tragedi ini membuatkan Ahmad Jauhari hilang segala kekuatan dan akhirnya ketika dipeluk oleh beberapa VIP lain, airmata jelas menggenangi kelopak matanya.

Sejak peristiwa kehilangan MH370 ini melanda pula, wajah sedihnya jelas dapat dilihat setiap hari ketika muncul dalam sidang akhbar.

Tindakan meletak jawatan atas sesuatu musibah adalah reaksi terpuji dan bermoral tinggi, bukan saja menandakan sikap pertanggungjawaban tetapi juga pernyataan ingin berkongsi kesedihan dengan waris-waris mangsa. Dengan kesediaan kehilangan jawatan setelah urusan mencari bangkai pesawat, mayat penumpang (jika ada), urusan kebajikan serta ganti rugi dibereskan, sekurang-kurangnya kesedihan dan derita jiwa waris penumpang MH370 dapat diminimakan.

Waris mangsa pula tentunya merasakan kesedihan mereka bukan saja dikongsi dengan airmata tetapi kehilangan orang-orang tersayang bagai ingin turut dirasai oleh mereka yang sanggup mengorbankan jawatan itu. Sebab itu, kenyataan CEO MAS mahu meletakkan jawatan di ketika yang sesuai nanti dan setelah segala-galanya selesai, adalah tindakan terpuji yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berintergeriti tinggi.

Ia seperti dalam bolasepak, apabila sesebuah pasukan itu merudum prestasinya dan ditimpa musibah kegagalan memenangi trofi, kesedihan dan kemarahan penyokong yang setia memenuhi stadium hanya akan terubat dengan pengurus pasukan sanggup meletakkan jawatannya.

Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 ini, ia bukan saja merupakan bencana kepada MAS tetapi juga malapetaka kepada negara. Insiden ini bukan saja menyebabkan negara kita dikecam dalam menguruskan krisis dan menyalurkan maklumat sehingga dikritik oleh beberapa negara, media antarabangsa dan waris mangsa, malah turut berlakunya tunjuk perasaan di luar negara dan memungkinkan hubungan diplomatik antara negara terjejas.

Memandangkan dua pertiga daripada penumpang MH370 adalah warga China, kemarahan mereka terlihat nyata sekali. Waris dan anggota keluarga penumpang dari China ini menyelar kerajaan kita kerana tidak telus dan lambat menyalurkan maklumat serta terdapat juga yang menganggap sikap kerajaan yang tidak cekap adalah "pembunuh sebenar" dalam tragedi ini.

Keadaan ini bukan saja menyebabkan hubungan antara negara terjejas, tetapi juga menyebabkan persepsi buruk rakyat negara China terhadap kita. Sudah tentu juga, untuk tempoh tertentu, kedatangan pelancong daripada China yang merupakan sasaran utama Tahun Melawat Malaysia tahun ini, akan merudum dengan teruknya. Tunjuk perasaan warga China di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing tidak seharusnya dipandang ringan dari segi kemungkinan mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada negara.

Kejadian yang sama juga mungkin memberi kesan persepsi kepada banyak negara lain yang akhirnya turut menjejaskan kemasukan pelaburan dan kedatangan pelancong.

Sebab itu, jika CEO MAS, Ahmad Jauhari sudah menunjukkan sikap terpuji dan ketinggian moralnya demi memastikan masa depan MAS terus terjamin, pimpinan negara juga seharusnya berbuat tindakan yang sama. Sudahlah sehingga ini tiada pernyataan maaf daripada pimpinan negara kepada waris-waris mangsa atas tragedi ini, keinginan untuk memikul tanggungjawab moral dan berkongsi kesedihan dengan mereka yang kehilangan orang-orang tersayang juga tidak ternampak kelibatnya.

Sekadar menyatakan rasa sedih dan dukacita barangkali tidak cukup memadai, pimpinan negara seharusnya juga menunjukkan jiwa yang lebih besar daripada itu dengan mengambil kira banyak aspek kelemahan serta kesan tragedi ini kepada masa depan negara.

Dalam konteks pimpinan negara, orang yang paling sesuai memikul tanggungjawab moral ini ialah Perdana Menteri sendiri selaku CEO kepada negara. Dengan kesediaan mengorbankan jawatannya, Najib dapat menunjukkan kepada dunia bahawa beliau juga memikul tanggungjawab moral atas tragedi ini serta keinginannya untuk berkongsi kesedihan dengan ramai orang yang tidak henti-henti menangis sejak bermulanya peristiwa kehilangan pesawat ini diketahui.

Lebih dari itu, tindakan meletakkan jawatan juga dapat mengangkat semula air muka Malaysia dan memulihkannya daripada persepsi buruk antarabangsa. (SH 26/03/2014)

Shahbudin Husin

Tuesday, 25 March 2014

MH370: Tenggelam di Hindia : "Bila tenggelam tak ramai yang mati, bila timbul ramai yang mati" Oleh Brado Kapak ( Blogger Kontroversi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita sedih buat seluruh Rakyat Malaysia.

Pada malam ini, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu berita sedih terbaru kepada dunia, MH370 telahpun disahkan lokasi terakhirnya berada di Lautan Hindia. Apapun, kita harus menunggu jawapan lebih jelas pada esok petang sekitar jam 5.30 petang. Nantikan sidang media di kaca TV anda esok petang. Masih ada sebab tertentu mengapa Dato Seri Najib tidak menyatakan dengan jelas, apakah MH370 telah tenggelam atau tidak, terhempas atau tidak dalam sidang medianya malam ini. Maka, nantikan sidang media esok petang (25 Mac 2014, jam 5.30 petang).

Berikut, point penting daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat satu sidang media tergempar baru sahaja sebentar tadi pada 9.50 malam, di PWTC.


Dato Seri Najib Tun Razak, LIVE dari PWTC.  
Point Penting.
1. Lokasi terakhir MH370 berada disahkan adalah di Lautan Hindi, tenggelam.
2. Press conference lebih details pada esok hari, jam 5.30 petang.
3. MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.
4. Kepada pihak media haruslah memberi ruang kepada keluarga mangsa pada masa ini agar tidak mengganggu mereka.
--------------------
Sidang media tamat.
DSN tidak mampu memberi jawapan pada malam ini. Kita harus menanti esok petang....

-------------
Sedutan sidang media Dato Seri Najib malam tadi. 
Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. 
"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. 
"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib. 
Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut. 
"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya. 
Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal. 
"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya. 
Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.
------------------------------

InsyaALLAH, nantikan lebih banyak berita yang akan menggemparkan anda semua pada esok hari. Kami di Dramaraja akan sentiasa memberikan berita dan penjelasan kepada anda semua.

Bersiap sedialah ke atas sebarang kemungkinan.

Episod MH370 sudah hampir berakhir. Namun, siri seterusnya akan terus dimainkan.

Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang tenang.

Bacalah kembali kesemua ratusan point yang telah saya hidangkan kepada anda sebelum ini. Rujuk artikel "MH370: Suatu Misteri" dan artikel "MH370: Siapa Rugi?".

Bukan sekarang masa untuk kita mempertikaikan siapa salah siapa benar, tetapi sekaranglah masanya untuk kita muhasabah mengenai masa depan kita pada hari mendatang.

Ketahuilah, sesungguhnya perang dunia sudah semakin hampir di selekohnya.

Pihak kerajaan Isreal telahpun menarik kesemua kedutaan mereka di seluruh dunia untuk pulang. Mereka sudah punya satu rancangan baru yang lebih licik dan unik.

Nantikan sahaja, dan JANGAN sesekali putus berdoa agar kita dijauhkan daripada fitnah akhir zaman.

InsyaALLAH, amiin...

Sekian.

-bradokapak-

Monday, 24 March 2014

TERKINI : Kedudukan terakhir MH370 di Lautan Hindi - PM

Perdana menteri mengumumkan bahawa bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth. 

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.
Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi
 

EKSKLUSIF : Kapten Nik Huzlan Pertikai Bukti Daily Telegraph & Analisa Terperinci Mengenai Satelit China Jumpa “Objek MH370″

Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.

Yang menariknya…

Yang menariknya penemuan satelit China itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini
Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini?

Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :

 

Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia.
Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :
Gambar Satelit China
  1. Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.
  2. Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh peasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal
  3. Pesawat tidak akan meletup disebabkan minyak sudah habis mengambil kita sempanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi
  4. Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk
Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :
Foto Objek Lautan India
  • Saya hairan dan ini cerita dongeng” – kata Kapten Nik Huzlan
  • Ini kerana sepatutnya transkrip seperti ini DCA yang pegang. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?
  • Apa yang Kepten Nik Huzlan perhatikan, transkrip yang cuba dibongkarkan oleh Daily Telegraph ini seperti terjemahan Inggeris daripada bahasa Mandarin yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. jelas? Mengapa mesti terjemah?
  • Banyak terma-trma yang digunakan dalam transkrip tersebut banyak kesilapannya di mana tidak tepat yang tidak sama sekali disebut sebegitu dalam radio pesawat dengan menara kawalan
  • Sepatutnya terma-terma yang digunakan lebih ringkas, padat tetapi teratur
  • Tiada terma atau perkataan seperti “Please, please” dalam radio pesawat
  • Ini kerana banyak kapal terbang yang mahu menggunakan radio, jadi secara mudah kata jikalau menggunakan perkataan yang meleret-leret akan mengakibatkan “sesak radio” tersebut sehingga menggangu orang lain untuk bercakap
  • Bahasa yang digunakan dalam transkrip tersebut seperti “Runway from 32R A10, copy that“. Ini bukan bahasa pilot kata kapten Nik Huzlan. Lenggok bahasa yang digunakan ibarat, bahasa yang orang yang nak jadi pilot tetapi tidak tercapai untuk menjadi pilot. Inilah rupa bahasanya….
  • Bahasa transkrip yang didedahkan Daily Telegraf lebih kepada bahasa imiginasi

Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana….

 

Kapten Nik Huzlan mengingat dan memberikan pesanan kepada semua, cabaran pasukan SAR lebih mencabar kali ini di sekitar Lautan Hindi terutamanya lingkungan kawasan yang dipercayai terhempasnya MH370. Antaranya ialah :
Satelit China
  1. Awas ombak di sana cukup ganas dan tinggi yang pasti menyukarkan lagi operasi SAR sekitar 40 kaki
  2. Kedua, Angin cukup kuat
  3. Faktor keletihan disebabkan pasukan operasi SAR terpaksa berdiri meninjau melalui tingkap dengan keadaan pesawat yang bergoyang-goyang. Dan disebabkan jarak yang agak ja…uuhhhhh menyukarkan lagi keadaan.
  4. Contohnya dikirakan semula pesawat dengan kemampuan bahanapi yang ada, pesawat mengambil masa sekitar 4 jam pergi dan 4 lagi balik jadi akhirnya hanya 2 jam sahaja yang dapat digunakan untuk meninjau kawasan yang menjadi sasaran
  5. Disebabkan matahari di sana sentiasa condong, menyebabkan ombak di sana ada bayang-bayangnya yang memberikan lebih kesukaran kepada pasukan SAR untuk mencari dengan mata kasar
  6. Tetapi apabila jumpa sahaja mana-mana debris, untuk jumpa semula lebih mudah di mana pasukan SAR akan jatuhkan bowl untuk tandakan bagi memudahkan debris tersebut dikesan semula pada masa akan datang
Cuma Kapten Nik Huzlan merasakan semuanya ini akan memberikan “pening baru” kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang ini sudah melebihi 2 minggu lamanya.

Harapan orang ramai cukup tinggi. Jadi petunjuk kali ini lebih cerah dan meyakinkan tetapi akan timbul satu demi satu cabaran yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di manakah kedudukan sebenar pesawat MH370 melihatkan perjalanan arus 2 minggu lebih sebelum ini? Dan juga cabaran mencari keseluruhan pesawat MH370 di dasar laut.//(beritasemasa)

Sunday, 23 March 2014

Kapten Zaharie Dapat Panggilan Telefon Dari Wanita Misteri?

LAMAN web Daily Mail dari United Kingdom hari ini melaporkan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah didakwa menerima panggilan telefon sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri.

Menurut laporan itu nombor telefon wanita berkenaan dikatakan dibeli dengan menggunakan identiti palsu.

Daily Mail menyebut ia adalah antara panggilan terakhir atau diterima Kapten Zaharie beberapa ketika sebelum pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Laman web itu melaporkan pasukan penyiasat kehilangan pesawat itu kini giat menyiasat petunjuk baru yang disifatkannya signifikan kerana di Malaysia sesiapa yang ingin membeli sim-kad baru perlu mendaftarkan dirinya terlebih dahulu.

Polis telah menjejaki pemilik nombor berkenaan kepada sebuah kedai menjual kad sim di ibu negara Kuala Lumpur, dan polis mendapati ia telah dibeli baru-baru ini oleh seorang yang memberikan nama wanita tetapi ia palsu.

Petunjuk baru itu mencetuskan kebimbangan kaitan Kapten Zaharie dengan kumpulan pengganas yang kerap menggunakan nombor telefon yang gagal dikesan dalam modus operandi mereka.
Bagaimanapun, laporan Daily Mail ini masih belum mendapat reaksi dari Polis Diraja Malaysia.

Sebelum ini Daily Mail membuat laporan bahawa pesawat MH370 berkemungkinan merupakan satu protes oleh Kaptan Zaharie yang merupakan penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan pemimpin parti itu dengan kesalahan meliwat.

Kapten Zaharie dikatakan menghadiri prosiding rayuan Anwar sehari sebelum berlepas ke Beijing dan mengetahui berkenaan hukuman yang dikenakan itu.

Berikutan dakwaan itu, Ketua Pembantu Sekratariat Ketua Polis Negara Datin Asmawati Ahmad berkata akhbar tabloid tidak memiliki hak untuk mendedahkan maklumat berkaitan siasatan dan dakwaan itu hanya satu spekulasi.

“Pihak PDRM tidak bertanggungjawab atas sebarang pendedahan maklumat seperti itu kerana ia diambil daripada sumber yang tidak dipastikan kesahihannya,” kata Asmawati.

Hari ini, Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie menerima panggilan telefon selama dua minit daripada seoang wanita mitseri sebelum berlepas pada 8 Mac lepas. – MYNEWSHUB.MY
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers