Dan tentunya berita langsung dari negara
China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit
China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan
dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat
daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada
AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi
& “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.
Yang menariknya…
Yang menariknya penemuan satelit China
itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang
ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang
dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga
terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini
Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini?
Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :
Penemuan satelit China menguatkan lagi
teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi
iaitu laluan paling sunyi di dunia.
Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :
- Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.
- Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh peasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal
- Pesawat tidak akan meletup disebabkan minyak sudah habis mengambil kita sempanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi
- Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk
Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :
- “Saya hairan dan ini cerita dongeng” – kata Kapten Nik Huzlan
- Ini kerana sepatutnya transkrip seperti ini DCA yang pegang. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?
- Apa yang Kepten Nik Huzlan perhatikan, transkrip yang cuba dibongkarkan oleh Daily Telegraph ini seperti terjemahan Inggeris daripada bahasa Mandarin yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. jelas? Mengapa mesti terjemah?
- Banyak terma-trma yang digunakan dalam transkrip tersebut banyak kesilapannya di mana tidak tepat yang tidak sama sekali disebut sebegitu dalam radio pesawat dengan menara kawalan
- Sepatutnya terma-terma yang digunakan lebih ringkas, padat tetapi teratur
- Tiada terma atau perkataan seperti “Please, please” dalam radio pesawat
- Ini kerana banyak kapal terbang yang mahu menggunakan radio, jadi secara mudah kata jikalau menggunakan perkataan yang meleret-leret akan mengakibatkan “sesak radio” tersebut sehingga menggangu orang lain untuk bercakap
- Bahasa yang digunakan dalam transkrip tersebut seperti “Runway from 32R A10, copy that“. Ini bukan bahasa pilot kata kapten Nik Huzlan. Lenggok bahasa yang digunakan ibarat, bahasa yang orang yang nak jadi pilot tetapi tidak tercapai untuk menjadi pilot. Inilah rupa bahasanya….
- Bahasa transkrip yang didedahkan Daily Telegraf lebih kepada bahasa imiginasi
Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana….
Kapten Nik Huzlan mengingat dan
memberikan pesanan kepada semua, cabaran pasukan SAR lebih mencabar kali
ini di sekitar Lautan Hindi terutamanya lingkungan kawasan yang
dipercayai terhempasnya MH370. Antaranya ialah :
- Awas ombak di sana cukup ganas dan tinggi yang pasti menyukarkan lagi operasi SAR sekitar 40 kaki
- Kedua, Angin cukup kuat
- Faktor keletihan disebabkan pasukan operasi SAR terpaksa berdiri meninjau melalui tingkap dengan keadaan pesawat yang bergoyang-goyang. Dan disebabkan jarak yang agak ja…uuhhhhh menyukarkan lagi keadaan.
- Contohnya dikirakan semula pesawat dengan kemampuan bahanapi yang ada, pesawat mengambil masa sekitar 4 jam pergi dan 4 lagi balik jadi akhirnya hanya 2 jam sahaja yang dapat digunakan untuk meninjau kawasan yang menjadi sasaran
- Disebabkan matahari di sana sentiasa condong, menyebabkan ombak di sana ada bayang-bayangnya yang memberikan lebih kesukaran kepada pasukan SAR untuk mencari dengan mata kasar
- Tetapi apabila jumpa sahaja mana-mana debris, untuk jumpa semula lebih mudah di mana pasukan SAR akan jatuhkan bowl untuk tandakan bagi memudahkan debris tersebut dikesan semula pada masa akan datang
Cuma Kapten Nik Huzlan merasakan semuanya ini akan memberikan “pening baru” kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang ini sudah melebihi 2 minggu lamanya.
Harapan orang ramai cukup tinggi. Jadi
petunjuk kali ini lebih cerah dan meyakinkan tetapi akan timbul satu
demi satu cabaran yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di
manakah kedudukan sebenar pesawat MH370 melihatkan perjalanan arus 2
minggu lebih sebelum ini? Dan juga cabaran mencari keseluruhan pesawat
MH370 di dasar laut.//(beritasemasa)