PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Sunday, 23 March 2014

Kapten Zaharie Dapat Panggilan Telefon Dari Wanita Misteri?

LAMAN web Daily Mail dari United Kingdom hari ini melaporkan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah didakwa menerima panggilan telefon sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri.

Menurut laporan itu nombor telefon wanita berkenaan dikatakan dibeli dengan menggunakan identiti palsu.

Daily Mail menyebut ia adalah antara panggilan terakhir atau diterima Kapten Zaharie beberapa ketika sebelum pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Laman web itu melaporkan pasukan penyiasat kehilangan pesawat itu kini giat menyiasat petunjuk baru yang disifatkannya signifikan kerana di Malaysia sesiapa yang ingin membeli sim-kad baru perlu mendaftarkan dirinya terlebih dahulu.

Polis telah menjejaki pemilik nombor berkenaan kepada sebuah kedai menjual kad sim di ibu negara Kuala Lumpur, dan polis mendapati ia telah dibeli baru-baru ini oleh seorang yang memberikan nama wanita tetapi ia palsu.

Petunjuk baru itu mencetuskan kebimbangan kaitan Kapten Zaharie dengan kumpulan pengganas yang kerap menggunakan nombor telefon yang gagal dikesan dalam modus operandi mereka.
Bagaimanapun, laporan Daily Mail ini masih belum mendapat reaksi dari Polis Diraja Malaysia.

Sebelum ini Daily Mail membuat laporan bahawa pesawat MH370 berkemungkinan merupakan satu protes oleh Kaptan Zaharie yang merupakan penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan pemimpin parti itu dengan kesalahan meliwat.

Kapten Zaharie dikatakan menghadiri prosiding rayuan Anwar sehari sebelum berlepas ke Beijing dan mengetahui berkenaan hukuman yang dikenakan itu.

Berikutan dakwaan itu, Ketua Pembantu Sekratariat Ketua Polis Negara Datin Asmawati Ahmad berkata akhbar tabloid tidak memiliki hak untuk mendedahkan maklumat berkaitan siasatan dan dakwaan itu hanya satu spekulasi.

“Pihak PDRM tidak bertanggungjawab atas sebarang pendedahan maklumat seperti itu kerana ia diambil daripada sumber yang tidak dipastikan kesahihannya,” kata Asmawati.

Hari ini, Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie menerima panggilan telefon selama dua minit daripada seoang wanita mitseri sebelum berlepas pada 8 Mac lepas. – MYNEWSHUB.MY
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers