LONDON 22 Mac - Pakar percaya pesawat Malaysia Airlines MH370
mungkin dirampas ketika 'lubang hitam' radar semasa pertukaran laluan
trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.
Laman web akhbar Mirror melaporkan, pakar percaya suspek mungkin
menyerang dan mengubah laluan pesawat Boeing 777 itu ketika waktu
berkenaan.
Transkrip yang baharu didedahkan menunjukkan masa sebenar ketika
pesawat itu berada di 'ruang udara' tersebut antara dua zon kawalan
laluan udara trafik di mana ia tidak dipantau dari darat. - Agensi