PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 11 May 2013

Sekurang-kurangnya 3 petisyen di Pahang – Tuan Ibrahim

TEMERLOH: PAS Pahang mendakwa berlaku terlampau banyak kelemahan pada Pilihan Raya umum (PRU) ke-13 baru-baru ini berikutan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik khususnya melibatkan ketua tempat mengundi (KTM).





Sambil menyifatkan mungkin KTM tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan mencukupi, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan KTM antaranya tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.



Menurutnya, sebagai contoh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali PAS memohon daripada mereka.



“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana KTM memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau Tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya dalam sidang media hari ini selepas mesyuarat PAS negeri pertama selepas PRU13. (Gambar atas)



Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain berlaku dalam Dun Kuala Semantan dan PAS telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.



Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.



Tuan Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat Pahang akan membuat sekurang-kurangnya tiga petisyen (bantahan kemenangan BN) kepada SPR melibatkan Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.



“Tugas SPR ialah mengembalikan keyakinan kepada rakyat terhadap suruhanjaya berkenaan selepas ini kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin SPR banyak yang menunjukkan badan tersebut tidak berdiri sama tengah,” katanya.



Mengenai soalan lain, Tuan Ibrahim berkata, PAS menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa berlakunya tsunami Cina kerana ada tujuh kerusi parlimen dan banyak Dun yang diwakili PR yang calonnya Melayu menang ke atas kerusi BN yang diwakili calon dari MCA dan juga Gerakan (Cina).



“Bagi PAS Pahang, secara keseluruhannya kita akur dengan keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu berjaya mengekalkan kerusi Dun Kuala Semantan dan Beserah selain merampas kerusi Tanjung Lumpur dan turut menang di Parlimen Temerloh.



“Pada mesyuarat khas yang berlangsung hari ini juga, PAS Pahang merakamkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dipotong kedua belah kakinya dan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob atas pelantikan sebagai MB penggal keempat,” katanya.//harakahdaily

Selepas dituduh kafir harbi, diajak masuk BN!

KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.





Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?


"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.


Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.



Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.

"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!


"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.

-sumber

Bila cina sokong PAS, Umno tuduh Tsunami Cina


Friday, 10 May 2013

Kenapa Najib tidak 'ditendang'?


Husam persoal kenapa Najib tidak 'ditendang'





(Husam berceramah di kampung di Pasir Tumbuh malam tadi)

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak ‘ditendang’ dari Perdana Menteri  berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno ‘tendang’  Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

“Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah.  (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah ‘ditendang’, kenapa Najib tidak ditendang?” Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13,  di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.

Dalam perkembangan berkaitan,  Husam mencadangkan Najib meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Saya bukan sokong Muhyiddin, tetapi bagilah peluang kepada Muhyiddin.

“Ini kerana jelas bahawa tanggungjawab politiknya begitu apabila Najib gagal, dia kenalah serahkan kepada timbalannya," katanya.

Husam mengulas perkembangan semasa ke arah pembentukan Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU-13.

Umum mengetahui pencapaian Datuk Seri Najib adalah jauh lebih rendah daripada pencapaian diperolehi Pak Lah pada PRU-12.

Naib Presiden PAS itu mendakwa undi keseluruhan BN di bawah kepimpinan Najib pada PRU-13,  5 Mei baru-baru ini adalah di bawah 50 peratus.

Pakatan Rakyat (PR) mendapat mejoriti seluruh negara ialah 250,000 lebih daripada BN di mana kerusi  BN kuang tujuh kerusi lagi iaitu daripada 140 kepada  133 kerusi.

Difahamkan, Kabinet baru akan dibentuk Isnin ini.

Dalam perkembangan ini, Husam mendakwa beliau difahamkan, Muhyiddin menuntut supaya dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Justeru, dakwa Husam,  Najib rasa tergugat, bahkan Tun Mahathir sendiri menyebut bahawa dia tidak sangka yang pencapaian Datuk Seri Najib pada PRU-13 lebih lemah berbanding pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Husam mendakwa, dari segi Perlembagaan menurut Tun Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah sebagai Perdana Menteri, namun dari segi amalan Umno maka terpulanglah kepada Umno sendiri sama ada Umno masih mahukan Datuk Seri Najib atau pun tidak.

Selain itu, Husam turut mengulas laporan dakwaan ‘tsunami Cina’ telah berlaku pda PRU-13.

Husam mendakwa kaum Cina bukan tidak mahu pemimpin Melayu tetapi mereka mahukan pemimpin Melayu yang bersih, kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat, dan yang ada kedaulatan undang-undang.

Husam mendakwa itu yang ‘hilang’ dari negara kita sama ada di kalangan orang Cina, Melayu, India dan umumnya.

“Jadi jangan mengaitkan isu ini untuk menjadikan ketegangan kaum sama ada di Terengganu,  Kedah, Kelantan dan lain negeri di Malaysia,” ujarnya./-harakahdaily

Salahudin hantar SMS anti- Cina?


HP Salahuddin diklon, hantar SMS anti-Cina

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan menghantar SMS perkauman, sebaliknya menjelaskan telefon bimbitnya telah diklon oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan itu.

Katanya, ketika berada di pejabat PAS Kelantan malam tadi, beliau mendapat beberapa SMS daripada anggota parti Islam itu yang mengadu menerimanya.

SMS itu berbunyi: "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu, tetapi gagal. Chinese are not the king maker (orang Cina bukan penentu). Sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina. Sebarkan."

Beliau juga berkata, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga mengalami nasib yang sama apabila cuba dikaitkan dengan SMS anti-Cina itu.

Salahuddin membuat laporan polis di Kota Bharu tengah hari tadi dan meminta syarikat telekomunikasi menyekat taliannya daripada menghantar sebarang mesej.

[Baca berita penuh]

‘Tsunami Cina’ untuk tutup kegagalan besar Najib

KUALA LUMPUR: Sumber Umno muncul kembali memberitahu Harakahdaily bahawa rakyat dan ahli Umno terlupa mengenai kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terbesar pada Pilihan raya Umum ke-13.

“Najib adalah Pengerusi BN Selangor. Negeri yang mencapai pencapaian terburuk untuk Umno dan BN ialah Selangor. Ramai terlupa hakikat ini setelah Najib main isu ‘Tsunami Cina’. Ini perkara sebenar yang ingin ditutup daripada ahli-ahli Umno dan rakyat,” kata sumber Umno itu.

Di PRU13, Pakatan Rakyat berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi Dun di Selangor, meningkat 10 kerusi berbanding 2008.

Najib sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kali mewar-warkan bahawa beliau akan berjaya memimpin BN menawan Selangor.

“Dulu saya dah bagitahu syarat untuk Najib kekal sebagai Presiden Umno. Satu BN dapat kembali 2/3 majoriti di parlimen. Kedua, BN gagal dapat 2/3 kerusi tapi Najib selaku pengerusi BN Selangor berjaya merampas kembali Selangor. Sekarang kedua-dua syarat ini gagal dicapai. Najib gagal syarat yang ditentukan Tun Mahathir,” kata sumber Umno itu.

Beliau turut memberitahu ‘Tsunami Cina’ – ungkapan yang dikeluarkan dari mulut Najib adalah strategi pertama untuk mempertahankan kerusi Presiden Umno.

“Najib mudah ditumbangkan. Yang susah ialah Rosmah. Tun paling pening mengenai hal ini. Dah lama Tun cuba turunkan Rosmah, tapi tak berjaya. Nantikan pemilihan parti Umno, ia akan jauh lebih menarik daripada PRU13,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily juga sempat bertanya apakah keputusan PRU13 kali ini, Umno telah membuat sesuatu untuk mengekalkan kemenangan.

“Semua orang yang nak tewas mesti akan lakukan sesuatu drastik. Di Malaysia, permainannya ialah mendapat kerusi terbanyak. Nak menang dalam PRU, kamu semua kena jaga proses pilihanraya sehinggalah keputusan diumumkan. Fikirlah di mana proses pilihanraya yang kamu semua tak jaga dengan baik selepas keluarnya Borang 14. Nasihat saya, latihlah polling agent mulai sekarang. Jangan last minute baru nak latih. Polling agent cekap boleh menjamin keputusan awal sama dengan keputusan akhir,” kata beliau sebelum telefon terputus.

-harakahdaily

Thursday, 9 May 2013

Salahudin Ayub dikaitkan dengan SMS perkauman


Ini kenyataan fitnah, kata Salahudin

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menjadi mangsa fitnah apabila pihak-pihak tertentu menyebarkan mesej perkauman yang dibuat atas nama beliau.

"Hari ini saya difitnah dengan penyebaran SMS kononnya saya membuat kenyataan berbaur perkauman ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

SMS fitnah itu berbunyai, "Cina telah cuba tolak kuasa melayu tetapi gagal. "CHINESE ARE NOT THE KING MAKER" Sekarang masa mlayu bersatu utk ajar cina..
Sebarkan."

Salahudin menafikan sama sekali beliau menyebarkan SMS itu dan menyifatkannya sebagai bertujuan untuk melagakan beliau dengan masyarakat Cina itu.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, Salahudin tewas di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya di Parlimen Gelang Patah.

BN pula menyalahkan pengundi Cina atas kekalahan teruk mereka di kerusi-kerusi bandar dengan berkata, 'tsunami Cina'.


Utusan pula menyiarkan kenyataan muka depan bertajuk, "Apa lagi Cina mahu'. Kenyataan ini dipertahankan pula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun mempromosikan konsep 1 Malaysia.

 

"Saya tidak tahu-menahu mengenai sms tersebut, bukan saya yang menghantarnya tapi ada orang gunakan nombor telefon saya dan hantar sms itu.

 

"Saya dapat tahu apabila ramai yang menghubungi saya bertanya mengenai sms itu," kata Salahudin  ketika menghubungi Harakahdialy hari ini.

 

Sambil menyelar pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, beliau menyeru orang ramai khususnya penyokong Pakatan Rakyat agar mengabaikan sms tersebut.

 

"Saya menyeru orang ramai jangan percaya dengan sms tersebut sebaliknya kekal bersatu antara kaum.

 

"Pakatan Rakyat tidak pernah mengamalkan politik rasis dan saya kutuk sekeras-kerasnya pihak yang melakukan perbuatan ini," tegasnya.//harakahdaily

Kolonel Black Panther Sulu ditahan



KUALA LUMPUR – Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.

Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.

Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.

Turut dirampas 75 butir bom tangan.

Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Haji Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Dikatakan Black Panther Briged merupakan salah sebuah pasukan elit dalam pasukan tentera Sulu.

Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak pengganas Sulu, Jamilul Kiram III.

“Haji Asak bersama anak-anak buahnya masih disiasat bagi mengetahui rancangan kumpulan itu yang dikhuatiri mahu menceroboh Sabah,” kata sumber itu dengan memberitahu kumpulan itu masih ditahan di kepulauan Jolo dekat Sulu.

Pengundi Cina tolak BN bukan tolak Melayu

KUALA LUMPUR: Kesimpulan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa berlaku "Tsinami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai kenyataan 'pendek akal'.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata, kenyataan itu sebenarnya hanya modal Umno BN mencari alasan kemerosotan pengaruh mereka seperti yang dapat disaksikan dalam keputusan PRU13 lalu.

Kata Idris, Najib cuba menggambarkan bahawa Melayu yang diwakili calon Umno ditolak Cina, sedangkan hakikatnya Cina bukan menolak Melayu tetapi menolak Umno BN itu sendiri.

"Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon PAS, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu," katanya dalam satu kenyataan.

Isu Melayu terancam ujar Idris menjadi modal Umno kepada orang Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat sejak sekian lama.

Umno katanya berjaya memutar belit isu ini kononnya DAP mengancam Islam dan menghina Islam dengan dibantu media mereka.

Pada masa sama, Umno juga cuba memadamkan penghinaan pemimpin MCA terhadap Islam.

"Seperti kenyataan pemimpin MCA yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan  Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri," jelasnya.

Umno sebenarnya kata Idris, cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding jari kepada orang lain. 

Sebab itu katanya, Melayu yang mendapat maklumat akan menolak Umno, kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka.

"Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir? Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen? Siapa yang menindas Kelantan? Siapa yang menjadikan Melayu miskin? Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid? Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?.

"Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya," katanya.

-harakahdaily

Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong

(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)



MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

Serentak dengan himpunan di Rusila adalah himpunan di Stadium Kelana Jaya dimana lebih 150,000 penuh sesak luar dan dalam stadium itu.




(Lebih 150,000 orang memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya)




Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya NKVE penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke stadium itu sehingga ke tengah malam tadi.

Pemimpin utama dari Pakatan Rakyat memberikan ucapan di himpunan itu.

Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.

Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.

Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.

Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.

-harakahdaily

Wednesday, 8 May 2013

Live from Kelana Jaya Stadium: Suara Rakyat Suara Keramat rally


Ini Dia Blogger King Jason yang DiTahan Di IPD Dang Wangi

Blogger Pro Pakatan Rakyat, King Jason Ori kini masih lagi ditahan oleh pihak polis. Gambar diatas adalah wajah beliau ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Dia (King Jason) dipercayai ditahan kononnya  memberi komen berbaur hasutan dan membangkitkan kebencian orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan PDRM. Polis menahan beliau di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang tengahari semalam.

Sementara itu difahamkan Peguam Latheefa Koya, jurucakap Lawyers For Liberty (LFL) akan berusaha untuk menolog blogger terbabit.

Beliau dipercayai mewakili Pakatan Rakyat daam hal ini. King Jason Ori adaah salah seorang blogger yang telah banyak membuat pendedahan, pembongkaran dan beragai-bagai lagi penyelewengan yang melibatkan kerajaan UMNO BN sejak sekian lama.

Malah, namanya amat digeruni di laman sembang sosial facebook dengan posting panas.

Namun, akhirnya beliau ditangkap oleh pihak polis yang dipercayai mendapat maklumat tentang beliau menerusi spy-spy mereka yang menyamar sebagai blogger dan facabooker pro rakyat mutakhir ini.

Apapun, kami doakan semoga beliau beroleh kesejahteraan dan berada di dalam keadaan selamat hendaknya. Siapakah mangsa operasi polis seterusnya?

- http://addin77.blogspot.com/

Dr Mahathir sudah mula bercakap dan jarumnya sudah mula mencucuk

Oleh: Aspan Alias



Semalam Dr Mahathir bercakap kepada media dan menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Najib yang beliau anggap lebih buruk dari yang di capai oleh Abdullah Badawi. BN mendapat tujuh kerusi kurang dari apa yang dicapai oleh Abdullah Badawi yang merangkul hanya 140 kerusi dalam PRU yang lalu. Katanya Najib hanya mendapat 133 kerusi sahaja.
 
 
 
Komen seperti ini sudah dijangka akan datang dari Dr Mahathir, tetapi tidak pula disangka komen seperti ini datang terlalu awal, hanya dua hari selepas keputusan PRU kali ini diadakan. Beberapa bulan dahulu Dr Mahathir telah menyatakan yang jika Najib memperolehi kurang dari apa yang BN perolehi dalam PRU yang lepas Najib sepatutnya meletakkan jawatan. Mungkin kenyataan beliau semalam sekadar untuk mengingatkan Najib apa yang sepatutnya dia lakukan setelah mendapat keputusan yang lemah ini.

 
Saya menjangka apa yang akan berlaku di dalam UMNO sedikit masa lagi ialah berulangnya apa yang telah berlaku keatas Abdullah Badawi. Tentulah Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan dan bersara untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin. Ini sememangnya agenda Dr Mahathir dari awal. Mahathir mahu memainkan peranan menaik dan menurunkan pimpinan dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam politik ini.

 
Tetapi saya selalu memberikan pandangan, jika Najib itu lemah Muhyiddin akan lebih lemah lagi dari Najib. Mereka datang dari acuan yang sama. Saya ‘conclusive’ dengan pandangan saya, tidak akan ada seorang pun pemimpin dari barisan MKT UMNO hari ini layak untuk menggantikan kepimpinan jika Najib meletakkan jawatan. Mereka semua mempunyai mentaliti dan budaya yang sama. Segala-galanya sama dan ini terhasil dari pimpinan Dr Mahathir yang tidak pernah membaja benih kepimpinan dalam UMNO itu.

 
Pandangan Dr Mahathir yang mengatakan Najib itu telah gagal, lebih gagal dari Abdullah Badawi itu betul dan Mahathir mesti tahu yang sesiapa yang mengambil alih dari Najib itu akan lebih gagal lagi. Dengan acuan yang terbina oleh Dr Mahathir ini pimpinan UMNO akan bertambah lemah setelah pimpinan lemah diambil alih oleh kepimpinan yang lebih lemah lagi. Tidak mustahil jika Muhyiddin mengambil alih UMNO akan mendapat kekalahan yang lebih besar lagi.

 
Untuk memberikan sedikit kredit kepada Najib, seramai 88 orang calon UMNO telah menang dalam PRU kali ini berbanding dengan hanya 79 kerusi yang dimenangi oleh parti yang reput ini dalam PRU 12 yang lalu, lebih sebelas kerusi.
 
 
 
Adalah satu kesilapan yang akan dilakukan oleh Najib ialah memindahkan kuasa kepada Muhyiddin. Betul, Najib mungkin terpaksa berkorban untuk UMNO dengan bersara. Tetapi jika Najib mahu di kenang oleh rakyat sebagai pemimpin dan negarawan setelah bersara, beliau patut wariskan kepimpinan UMNO itu kepada pemimpin yang bukan dari acuan yang sama.

 
Beliau sendiri akan menjadi bahan cemuhan ramai jika beliau mewariskan kepimpinan UMNO kepada pimpinan yang sudah pasti membawa UMNO itu rebah buat selama-lamanya.
 
 
 
Mewariskan kepimpinan UMNO dan negara kepada pimpinan yang lebih bertanggungjawab dan berkemahiran akan membuatkan beliau dikenang sebagai seorang pemimpin yang dihormati buat selama-lamanya.

 
Akhirnya, meninggalkan kepimpinan negara kepada orang yang bertanggungjawab itu adalah satu tindakan transformasi sebenar bagi Najib.
 
 
 

Tuesday, 7 May 2013

Saya buat keputusan 3 hari sebelum mengundi - TGNA

(TG Nik Aziz bercakap kepada wartawan di atas tangga masjid di sebelah rumahnya selepas solat Zohor tengahari tadi)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau telah membuat keputusan untuk tidak menjadi Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Rakyat menguasai negeri itu tiga hari sebelum PRU 13 baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil berikutan beliau merasakan tidak begitu bertenaga lagi dari segi fizikalnya untuk menjawat jawatan yang tinggi di peringkat kerajaan.

Beliau juga turut mengakui di hari mengundi beliau turun berkempen sehingga ke Pasir Mas, meninggalkan kawasan sendiri dan tidak sempat dilawati hingga ke hari ini.

“Hari itu memang saya tersangat letih, saya rehat di sebuah musallah,”ujarnya.

Bagaimanapun, beliau bersedia memikul tanggungjawab Mursyidul Am dan Pesuruhjaya sekiranya parti masih memerlukan khidmat beliau untuk memegang dua jawatan itu di peringkat negeri dan Pusat.

Jika sebaliknya, beliau akur dengan keputusan jemaah kerana perlantikan itu dilantik oleh PAS Pusat.

Beliau berkata demikian kepada media di Masjid Pulau Melaka selepas menunaikan solat Zohor tengahari tadi.

Katanya, jika diukur dengan tempoh aktif dalam politik sejak tahun 1997 bermula dengan Ahli Parlimen, kadang-kadang terpaksa membawa kenderaan sendiri dari Kota Bharu-Kuala Lumpur, makan juga tidak teratur menyebabkan beliau kini semakin tidak berdaya.

“Maka saya bagitahu pada timbalan saya supaya menerima tanggungjawab itu dan saya syukur Tuanku Sultan Kelantan memahami dan menerima keputusan saya. Junjung kasih saya ucapkan pada Tuanku.

“Sekiranya di Kelantan ini tidak ada orang berkelayakan saya sanggup memegang lagi jawatan itu sampai matipun, tetapi apabila saya meneliti memang ramai lagi, jadi saya sanggup berundur,”ujarnya.

Beliau juga yakin orang yang menggantikannya mampu menjaga negeri di samping mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Pada masa yang sama, Tuan Guru mengucapkan tahniah kepada pengundi muda yang pulang untuk mengundi demi membuat perubahan.

“Insyaallah merekalah benih-benih untuk menyuburkan gerakan Islam pada masa depan,”ujarnya.

Berhubung dengan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, beliau akan meneruskannya sebagaimana biasa memandangkan ianya diumpamakan ‘nasi beras’ di akhirat nanti.

Ketika ditanya berhubung harapan pada saf anggota exco yang baru, beliau mengharapkan mereka lebih baik memacu pentadbiran kerajaan Kelantan.

“Tentu saya mengharapkan yang lebih baik, tetap saya yakin sebab mereka mempunyai ilmu dan pengalaman yang tidak sedikit, tenaga muda untuk melihat Islam lebih bertenaga,”ujarnya.

Ketika ditanya berhubung bekas anggota exco Datuk Husam Musa yang tidak dilantik sebagai exco kali ini, beliau enggan mengulas lanjut.
- harakahdaily

Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Seleasai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit.

Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan 'kekalahan'. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai.

Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.


Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa.

Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU-13 tetap sejak dari PRU-1 lagi.

Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan. Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inlah ibu segala kebusukan dalam pilihan raya ini. Anwar meyifatkan kemenangan di pihak pakatan rakyat telah dicuri oleh UBN.

Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus. Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN. Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa perubahan.

Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3% undi manakala UBN mendapat 46.8%. Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN.

Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka. SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi. Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara.

Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi. Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan?

Bedasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU-13 memang dimenangi oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak 3.5% adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi kelebihan kerusi bukan sokongan.

Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib Razak dan pemimpin BN tidak boleh merasa 'manggak' dengan kemenangan itu kerana ia bukan kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat atau dikongsi bersama.

Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di sebelah kita. Dari segi punggutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dari 83 pada tahun 2008 kepada 87 kerusi bertambah sebanyak empat kerusi. UBN mengalami kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi.

Manakala dari segi kedudukan kerusi Negeri pula UBN kehilangan 32 kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi manakala dalam pilihan raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot.

Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Begitu juga di Perak Pakatan Rakyat kekurangan juga dua kerusi saja. Kedudukan menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi kepercayaan oleh rakyat.

Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan Rakyat.

Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat postmortem mengenai kenapa Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu. Di samping itu dalam menilai kenapa kita 'menang kalah' perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku.

Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal. Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda sama di tahun akan datang.

Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5% adalah rakyat yang tidak bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini diketehaui oleh semua dunia. [wm.kl.10:42 am 07/05/13]


Kelantan Dapat MB Baru, Ke Mana Husam?

Oleh: MSO

Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu.

Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Selama kira-kira 23 tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan.

Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan.

Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan.


Hari ini juga Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai TMB Kelantan. Mungkin pemilihan Ahmad Yaacob sebagai MB tidak mengejutkan kerana senioritinya dalam parti, tetapi pemilihan dan perlantikan Mohd Amar sebagai TMB sedikit ganjil.

Perlantikan Mohd Amar itu tidak mengikut senioriti di dalam parti seperti amalan sebelum ini. Mohd Amar adalah Timbalan Pesuruhjaya III, di mana Ahmad Yaacob adalah timbalan pesuruhjaya I, manakala Husam Musa adalah timbalan pesuruhjaya III.

Dari segi kemunasabahan Husam sewajarnya dilantik menjadi TMB.

Berdasarkan hirearki ini mungkin perlantikan Mohd Amar itu sedikit mengejutkan. Gabungan Mohd Amar dan Ahmad Yaacob menampakkan PAS cuba meletakkan dua ulamak di tunggak pentadbiran. Ahmad Yaacob adalah timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Malaysia.

Manakala Mohd Amar seorang ustaz yang berkelulusan sekular. Beliau kelihatan ustaz atau mirip ulamak kerana bapanya dikenali sebagai seorang Ustaz dan bekas pemimpin PAS Kelantan yang juga kawan kepada Nik Aziz.

Saya akan ulas perlantikan kedua mereka ini dan menyentuh kenapa Husam Musa tercicir? Apakah kemisterian dan tidak kena dengan perlantikan ini. InysaAllah esok. Izinkan saya istirehat dulu. [wm/ kl/ 9:43 pm 06/05/13]

Sunday, 5 May 2013

Perak jatuh ke tangan PR?

SHAH ALAM - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 menyaksikan Perak kemungkinan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Setakat jam 10.00 malam, keputusan tidak rasmi di beberapa pusat penjumlahan menyaksikan Pakatan Rakyat mendahului di lebih 21 kerusi negeri.

Sementara itu, maklumat tidak rasmi juga mnelihatkan DAP dikatakan mencipta rekod cemerlang dengan memenangi kesemua 18 kerusi yang ditandingi di negeri itu.

Keputusan tidak rasmi juga menyaksikan beberapa nama besar pemimpin BN Negeri tewas di kerusi yang ditandingi.

Maklumat tidak rasmi juga menyebut PR Perak kini hanya memerlukan 12 lagi kerusi sebelum berjaya membentuk kerajaan./SH

Perak jatuh ke tangan PR?

SHAH ALAM - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 menyaksikan Perak kemungkinan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Setakat jam 10.00 malam, keputusan tidak rasmi di beberapa pusat penjumlahan menyaksikan Pakatan Rakyat mendahului di lebih 21 kerusi negeri.

Sementara itu, maklumat tidak rasmi juga mnelihatkan DAP dikatakan mencipta rekod cemerlang dengan memenangi kesemua 18 kerusi yang ditandingi di negeri itu.

Keputusan tidak rasmi juga menyaksikan beberapa nama besar pemimpin BN Negeri tewas di kerusi yang ditandingi.

Maklumat tidak rasmi juga menyebut PR Perak kini hanya memerlukan 12 lagi kerusi sebelum berjaya membentuk kerajaan./SH

Terkini: PAS berjaya pertahan Kelantan

Tak rasmi

9.58 pm - PAS menang di Pulai

9.45 pm - PAS mempertahankan DUN Kelantan apabila berjaya mendapat 23 daripada 45 kerusi

9.40 pm - Parlimen Kubang Kerian dan semua DUN bawahnya dimenangi PAS.

9.33 pm - DUN Kedah PR 15, BN 15

9.30 pm - PAS mendahului Parlimen Temerloh

9.29 pm - Parlimen Larut PAS ketinggalan

9.27 pm - PAS menang di DUN Sri Serdang, Selangor  PAS 16940 BN 10211

9.15 pm - Jempol PAS 13562, BN 13346

8.55 pm - Parlimen Marang PAS 7664, BN 5683

8.52 pm - PKR menang di Parlimen Wangsa Maju majoriti lebih 4,000 undi hingga kini.

8.48 pm - DUN Nusajaya PAS 6708, BN 6608

8.39 pm - PAS mendahulu Parlimen Kota Bharu, PAS 9959, BN 6110

8.37 pm - PAS sedang dahului di Parlimen Kangar

8.33 pm - PAS kalah di Parlimen  Batang Sadong, Sarawak.

8.23 pm - PAS mendahului BN di Shah Alam.

8.18 pm - PAS menang di DUN Selama, Perak dengan 23 undi

8.03 pm - PAS mendahului di Gua Musang

8.01 pm - DAP mendahului dengan banyak di Seputeh dan Bukit Bintang

7.58 pm - Tengku Adnan sedang mendahului Datuk Husam di Putrajaya

7.52 pm - Lembah Pantai PKR 7746, BN 7128

7.50 pm - DUN Lenggeng PAS 1924, BN 2567 untuk 10 saluran dari 30 saluran.

7.40 pm - Titiwangsa PAS 7868, BN 8226

7.41 pm - Sibuti PAS 5607, BN 9822

-harakahdaily

Anwar dakwa PR sudah menang PRU

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Proses pengiraan undi sedang berlangsung.

Sehubungan itu kata Anwar, beliau berharap Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak "melarikan" kemenangan mereka itu.

"PR telah menang. Kami menggesa Umno dan SPR supaya tidak membawa lari keputusan," katanya menerusi akaun twitter sebentar tadi./SH

PKR Menang di Saratok: 39 peti undi BN (2418) PKR (3769) Bebas (86) Rosak (61) - Keputusan tidak rasmi

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dipercayai sudah memenangi kerusi parlimen P205 Saratok menurut beberapa sumber memaklumkan perkara itu.

Calon KEADILAN, Ali Biju yang merupakan ADUN Krian memperolehi 3,769 undi berbanding lawannya dari Barisan Nasional (BN), William Mawan Ikorm yang memperolehi 2,418 undi setelah selesai 39 peti undi dikira.

Pusat pengundian juga telah ditutup jam 4.30 petang tadi.

@MrAloysiusCS: Unofficial Saratok: 39 peti undi BN (2418) PKR (3769) Bebas (86) Rosak (61)

Pengerusi Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim juga mengumumkannnya dalam laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Saratok merupakan salah satu daripada 12 kerusi yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk dimenangi kerana calon BN berdepan dengan masalah terutamanya pengundi di parlimen itu.

Mana-mana pakatan yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi terlebih dahulu akan berhak membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dijangka akan hadir dalam satu pertemuan di One World Hotel kira-kira 9 malam ini, dipercayai parti komponen Pakatan Rakyat akan memperolehi majoriti mudah kira-kira jam 11 malam nanti.
-jalan pulang

Dakwat kekal: Haron, Karpal lapor polis

KANGAR: Dua pemimpin Pakatan Rakyat membuat laporan masing-masing kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa dakwat kekal yang digunakan semasa pengundian pilihan raya umum ke-13 hari ini boleh tanggal bila dibasuh dengan sabun.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membuat laporan polis di Balai Polis Kangar di sini mengatakan dakwat yang disapu di jarinya tidak kekal apabila beliau membasuh calitan dakwat itu dengan air dan sabun biasa untuk melihat sejauh mana dakwat itu kekal.

Calon PAS bagi kerusi parlimen Arau itu mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Empat pada pukul 8.25 pagi.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata laporan polis yang dibuat  Haron itu ialah antara 28 kes berkaitan pilihan raya umum yang dilaporkan kepada polis sejak tempoh berkempen sehingga hari mengundi.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Pulau Pinang Pengerusi DAP Karpal Singh  membuat laporan kepada SPR mendakwa dakwat di jarinya hilang selepas dicuci dengan sabun dan air selama 10 minit.

Beliau berpatah balik ke pusat pengundian di Penang Free School bagi kawasan parlimen Jelutong selepas kira-kira dua jam mengundi.

Karpal Singh membuat aduan rasmi itu kepada ketua pusat mengundi SPR di situ Ismail Pawanteh.

Ketika dihubungi pemberita di sini hari ini, Pengarah SPR Pulau Pinang, Morat Pora berkata SPR tidak akan hadir untuk memberi penjelasan dan sebarang ketidakpuasan patut dilaporkan kepada polis.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula selepas mengundi di SMJK (C) Chung Hwa Confusion di Bukit Gelugor pagi tadi, juga cuba memadamkan dakwat di jari telunjuknya di hadapan wartawan tetapi dakwat itu tidak terpadam.

- Bernama

Ini Dia Pengundi-Pengundi HANTU Yang Berjaya DITANGKAP!











Kesemua gambar-gambar di atas berjaya membuktikan bahawa pengundi hantu sememangnya wujud dalam pilihan raya umum kali ini.


Beberapa keping gambar termasuk yang kedua dan ketiga berjaya dikesan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana, Petaling Jaya.


Ada di antara mereka nampak selamba seolah-olah negara ini mak bapak dia punya.


Persoalannya, siapakah yang telah memberikan MyKad ini kepada pendatang asing ini?


Bagaimana dengan keputusan pengundian yang akan dibuat malam ini?






Admin mendapat maklumat bahawa sebuah van penuh dengan Bangla juga berjaya ditangkap di Sekolah Menengah Sri Pantai, di parlimen Lembah Pantai yang menyaksikan pertarungan sengit antara Nurul Izzah Anwar dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.


Kartunis Zunar memberitahu Bangla yang berjaya ditahan cuba membuang undi tetapi nasib baik skuad AMK Lembah Pantai berjaya mengkantoikan kerja jahat mereka.


Bukan setakat Bangla, warga Myanmar, Nepal dan semestinya Indonesia juga dikesan di beberapa pusat mengundi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) tergamak menggadai kedaulatan negara hanya kerana mahu terus berkuasa lima tahun lagi?

Bangla yang ditangkap di Kota Kemuning, Shah Alam sebentar tadi

Apakah penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam isu ini?

Mengapa sehingga kini warga asing tanpa izin yang kononnya diberi peluang pemutihan tergamak mencampuri urusan masa depan negara?



Tidak lain tidak bukan, segala persoalan dan petualang negara ini hanya akan boleh diambil tindakan apabila rakyat mengundi Pakatan Rakyat dalam tempoh beberapa jam lagi.


- Jalan Pulang

LAPORAN LANGSUNG: Rakyat buat pilihan, barisan panjang pengundi | Dakwat kekal yang tidak kekal

Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah -  manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus -  sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.

LAPORAN LANGSUNG

12.15tengahari: Seremban - pemantauan di pusat-pusat pengundian menunjukkan bahawa ramai pengundi sudah keluar mengundi, tetapi jalan raya sesak di sekitar bandar.
12.01am: Kota Kinabalu, Sabah - Berbanding dengan pagi tadi, tiada lagi barisan pengundi yang panjang di bawah sinar matahari, kecuali di saluran pengundian 3 dan 4 untuk pengundi muda.

NONESeorang ejen tempat mengundi dari SAPP di pusat mengundi Maktab
Sabah di Luyang berkata, pihaknya berharap lebih ramai pengundi akan datang apabila keadaan tidak panas lagi.

SAPPP menganggarkan bahawa kira-kira satu perempat daripada jumlah pengundi, telah hadir mengundi.

"Ia begitu panas saya terpaksa buka tudung saya!" keluh seorang ejen mengundi di SMK Sanzac, dalam kerusi DUN Tanjong Aru.
11.50am: Kulai, Johor - Chua Siew Pin, 42, pengundi di kerusi Parlimen Kulai dan DUN Bukit Batu, mendapati seseorang telah mengundi atas namanya.

Beliau menyedarinya apabila tiba di tempat mengundi di SJK (C) Batu pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memberjuangkan hak saya," kata beliau.

Dia mendakwa petugas SPR telah mengisi Borang 10 untuk membatalkan kelayakannya, tetapi dia berkeras Borang 11 digunakan - borang pengisytiharan untuk membolehkan mengundi sekiranya berlaku pertikaian.
11.50am: Pulau Pinang, Pantai Jerejak - PKR Calon PKR di Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, beliau telah menerima beberapa aduan daripada pengundi di Pantai Jerejak bahawa dakwat kekal pada kertas undi mereka.

"Apabila saya periksa dengan Pegawai Pengurus, saya diberitahu bahawa jika kesan dakwat itu pada belakang kertas, ia masih okay. Tetapi jika di bahagian depan di mana undian dilakukan, maka ia akan dianggap sebagai undi rosak," katanya .

Sim, penyandang kerusi Pantai Jerejak penyandang, berkata isu-isu lain telah timbul - sebagai contoh, kertas undi yang diletakkan di dalam kotak yang salah

"Masalah ini telah diselesaikan selepas bercakap kepada pegawai berkenaan," tambahnya.
11.37am: Segamat, Johor - Ejen pilihan raya calon PKR, Datuk Chua Jui Meng berkata, dua pengundi membantah perbezaan dalam nama Chua pada kertas undi.

"Stesen mengundi utama menunjukkan kepada kita kertas undi, yang menyatakan 'Datuk Chua Jui Meng," kata Victor Chu.

"Tetapi kita juga mendapat laporan bahawa kertas undi yang lain telah dicetak namanya sebagai Dr Chua Jui Meng."

Satu laporan polis telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.
11.23am: Alor Setar, Kedah - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dikerumuni orang ramai ketika tiba untuk mengundi di Sekolah Kebagsaan Titi Gajah, menurut New Straits Times.

Mereka adalah antara 29,056 pengundi di kerusi DUN Anak Bukit di bawah Parlimen Kuala Kedah.

11.00am: Seri Delima raya, Pulau Pinang - Dua pondok panas - satu didirikan oleh BN dan satu lagi oleh DAP - terletak beberapa meter di luar pusat mengundi di SMK Hamid Khan.

NONESeorang penyelia SPR yang enggan namanya disiarkan, berkata selagi pondok tidak berada dalam kawasan sekolah, ia "sepatutnya ok".

Ketika ditemui selepas mengundi, pesara Kua Chan Peng, 57, mengadu bahawa prosedur pengundian itu menyulitkan

"Saya mencetak butiran saya dari lamanweb SPR dan sepatutnya tidak perlu lagi mendapatkan slip mengundi. Saya terus ke saluran saya tetapi mereka memberitahu saya mesti mempunyai slip itu. Selepas saya menegaskan, mereka membenarkan saya mengundi"

Jururawat bersara Jenny Chong, 78, berkata, dia berkeras meminta kertas undi baru kerana kertas undi yang diberikan kepadanya "tercemar".

"Terdapat satu garisan pada kertas undi parlimen," katanya sambil menambah, bahawa selepas bertekak dengan petugas SPR, kertas undinya diganti.

"Mereka memberitahu saya jangan kotorkan kertas, tetapi saya jawab ia sudah kotor dan saya tahu bagaimana hendak mengundi, kerana saya telah melakukannya sejak tahun 1960-an."
10.50 pagi: Kedah - Proses pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak pagi ini.

NONECalon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Di dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.

Satu lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.
10.30am: Pekan Nenas, Johor - calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat, Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak apa jika kertas itu tidak dicop.

Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.

Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.

Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas.
10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek
merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.

Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.

Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu

Katanya, walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan kecil pengundi.

"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.
10.20am: Selayang, Selangor - Walaupun dakwat kekal di jarinya telah 'pudar', namun calon BN di Selayang, Datuk Donald Lim tidak fikir ianya satu masalah.

NONE"Terdapat dua proses mengundi - satu ialah proses pengenalan MyKad dan yang satu lagi ialah memeriksa untuk dakwat," katanya
kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di SK Selayang Baru 2.

"Ia bukan mudah untuk membawa MyKad palsu ... (Lagi pun) kedua-dua pihak mempunyai pemerhati untuk menyemak nama (dalam daftar pemilih)."

Lim sebelum ini mengundi di Petaling Jaya Selatan.

Dia tetap yakin bahawa MCA Selangor akan memenangi separuh daripada tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN yang ditandatanganinya.

"Dalam kehidupan kita perlu bercita-cita tinggi ... sekurang-kurangnya di peringkat ini, ya (kita akan menang 50 peratus)."

10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.

Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).

9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.

Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar.
9.45am: Pandan, Selangor - Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.

"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.

NONERafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."

Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.

Katanya, isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pengundi.

Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.

Bagaimanapun, Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik ke Pandan.
9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.

Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.

Bagaimanapun, seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam kawasan rumah.

Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.
9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.

NONESeorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang
dakwat itu atas rasa ingin tahu.

Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.

Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya  beliau telah hilang.

"Saya tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya. 
9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.
9.33am: Pekan, Pahang: Star Online melaporkan bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengundi di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah.

Di Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundi di SM Sri Muar pada kira-kira jam 8.20 pagi, menurut Berita Harian.

Di Lembah Pantai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundi pada jam 9.14, berdasarkan tweetnya.

9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."

9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariKatanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin (kiri) menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.

9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi


9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.

Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.

8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.

8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan. Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.

- malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers