PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday 1 May 2014

Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Juta Kakitangan Awam!

Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Kakitangan Awam : Terbaru menjelangnya Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada 2 Mei 2014 Hari Khamis ini, Presiden Cuepacs dan Datuk Seri Najib ada bertemu mengadakan perbincangan empat mata melibatkan nasib dan kepentingan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia.
Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014

  1. Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini
  2. Kadar hotel juga perlu dikaji semula kerana kadar hotel sudah banyak kali naik. Realiti hari ini, melibatkan urusan rasmi kakitangan awam terpaksa menanggung sendiri tambahan bayaran hotel.
  3. Kajian terhadap tuntutan perjalanan sedangkan harga petrol banyak kali naik
  4. Bayaran Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan
  5. Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka kerana realitinya hari ini kerana semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah. Dijangka 5 akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma.
  6. Kajian semula terhadap tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang dilihat terlalu lama yang dipendekkan kepada hanya satu hingga enam bulan sahaja bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam meminjam Along kerana tidak layak memohon pinjaman bank, dan membeli rumah
  7. Kajian terhadap perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam.
  8. Kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.
  9. Memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah. “Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada 2075. Sebab itu Cuepacs cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti Haji. Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat
  10. Mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5% kepada 10.5%, jumlah pencen dinaikkan daripada 60% kepada 70 % atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan. Apabila pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, walaupun telah berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah
  11. Membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu RM880.
Apa responbalas 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia senarai senarai semakan Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 kali ini?//(berita semasa)
.

Wednesday 30 April 2014

Isu kubur bercahaya akhirnya dirungkai

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah kubur seorang wanita yang bercahaya semasa sedang dikebumikan.

Kali ini King Jason, kawan kepada si mati menceritakan hal sebenar. Mari kita baca apa kata beliau.



Sumber

CARI GOLOK? SILA KLIK LINK DI BAWAH :)
-

Monday 28 April 2014

Kapal terbang jatuh di Kota Bharu jam 12.15 tengahari tadi

Kelihatan kapal terbang hampir terbelah dua selepas terjatuh.
SHAH ALAM - Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia  Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.15 tengah hari tadi.

Ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit.
- sumber
-

Sunday 27 April 2014

"The Beast" kenderaan rasmi Obama Kalis peluru dan bekalan darah

Kalis peluru dan bekalan darah antara ciri The Beast
Kenderaan khas presiden Amerika Syarikat 'The Beast' 
 
KUALA LUMPUR: Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.


ayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.

The Beast
The Beast dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.

The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.

The Beast
The Beast dilihat menyusuri laluan menuju ke ibu kota dan parlimen pada Sabtu.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers