PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 14 November 2012

Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta?

KOTA KINABALU- Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.

Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini.

Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi.

Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya.

Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah (gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.

Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.

“Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta,” dakwa Azmin Ali (PKR-Gombak) ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.

-harakahdaily

Tuesday, 13 November 2012

Siapa Lebih Melampau Nurul Izzah Atau Mahathir?

Itulah Mahathir Mohamad kalau sudah usang dan kehebatan sudah semakin menipis, dia terpaksa bercakap atas apa juga isu untuk menarik perhatian media PB. Mahathir samalah dengan seekor serigala tua yang sudah tidak dapat memburu, akan memakan apa saja yang terjatuh di depannya. Kalau lipas mati terjatuh didepannya dingap, kalau bangkai biawak di tohok di depannya, pun dingap. Baginya asal boleh bercakap dan boleh makan.

Sebagai seorang yang sudah tua, tidak banyak kudrat dan populariti sudah menipis, maka dia akan berbuat apa saja yang terlintas di dalam kepadanya termasuk memberi ulasan atas perkara yang tidak dalam bidangnya, ataupun dia faham benar apa dibicarakan.  Sebab itulah pandangan Mahathir terhadap agama ada kalanya songsang.

Memalukan apabila dia sendiri berbuat salah, tiba-tiba tumpang semangkuk dua untuk mengecam orang lain.

Itulah Mahathir. Sepatutnya dia tidak ikut memberi komen ke atas Nurul Izzah dengan mengatakan Naib Presiden PKR itu sudah melampau apabila memberi pandangan umum berhubung kebebasan beragama. 

Apakah Mahathir sengaja membodohkan dirinya dalam mentafsir apa yang Nurul Izzah katakan kerana politik semata-mata? Tidak pernahkah Mahathir membaca firman Tuhan itu? Kalau Mahathir seorang bapak politik yang baik di negara ini dia tidak akan mengulas dalam farsa demikian, tetapi menasihat puteri reformasi itu. Beliau tidak akan menambahkan kekeliruan tetapi menghentikan kekeliruan. Itulah sifat mualim.

Dia boleh kata Nurul Izzah harus berhati-hati jangan sampai terkeluar ulasan dan pandangan yang mengelirukan wartawan yang jahil mengenai agama Islam, kerana bila orang jahil mengulas dan didengari pula si jahil lagi maka jahil akan berganda-ganda. Sepatutnya selaku orang tua yang sudah dipersarakan Mahathir mendapat maklumat terperinci sebelum mengutuk Nurul Izzah sebagai melampau. Nurul Izzah tidak wajar dijadikan musuhnya sebaliknya perlu dilayan sebagai anak atau cucu.

Mahathir sepatutnya menjadi ikon semua orang. Dia tidak sepatutnya menjadi penjaga garisan dalam politik negara ini lagi. Mental dan fizikalnya sudah tidak membenarkan. Mahathir jangan cuba-cuba melawan takdir. Dia boleh menonton politik ini menerusi tv di rumahnya dan boleh mengulas di depan tv tanpa didengari oleh orang lain. Di situ katalah apa pun ia tidak merosakan pandangan orang lain sebab orang tidak mendengarnya. Politik Malaysia ini lepaslah kepada budak-budak, berikan kesempatan untuk mereka belajar, memperkuatkan minda politik kerana negara ini akhirnya akan jatuh ke tangan mereka juga.

Enak Mahathir mengatakan Nurul Izzah melampau dengan pandangan itu. Orang yang tidak mudah lupa akan mentertawakan Mahathir ha ha ha... Boleh kita tanya apakah Mahathir tidak merasakan demikian dengan kata-katanya sebelum ini yang berbunyi; kita lebih baik berkawan dengan syaitan dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali? Apakah kata-kata itu tidak melampau dan boleh menjejaskan akidah? Rasanya kata-kata itu menjadikan Mahathir seperti dulang mengatakan paku yang serpih.

Oh, kalau Mahathir mudah... ditafsirkan bahawa Mahathir bermaksud lain, bukan seperti mana difahamkan itu. Dan mudah saja mengatakan pembangkang berniat jahat. Apakah mengenai Nurul Izzah itu tidak bermnaksud demikian? Kenapa harus spin kata-kata Nurul Izzah itu?

Sebenarnya kata-kata Mahathir dari farsa yang difahamkan itu juga melampau dan membimbangkan. Ia boleh mengelirukan dan boleh menyebabkan orang akan menganggap berkawan dengan syaitan tidak menjadi masalah. Orang akan beranggapan berdasarkan kata-kata Mahathir itu bahawa syaitan sebenarnya ada juga yang baik. Oh Mahathir....harus bertaubat atas kesilapan itu.

Jadi secara peribadi saya tidak menerima kutukan Mahathir kepada Nurul Izzah itu selagi beliau tidak mengutuk dirinya sendiri dengan apa yang beliau katakan itu. Kemelampauan Nurul Izzah dalam konteks  agama bukan sebanyak dan sedahsyat Mahathir. Izzah hanya melakukan sekali kesilapan (kalau ia memang silap dan niatnya begitu), tetapi Mahathir sudah banyak kali. Dah banyak dah...

Kata-kata dan pandangan Mahathir terhadap agama Islam banyak yang meragukan dan ada yang sehingga boleh menjatuhkan sesat dan rosak pegangan (akidah). Misalnya tanggapan beliau Nabi Muhammad s.a.w. simpan janggut disebabkan tidak ada gillatte adalah satu tanggapan yang menghina sunah Rasulullah. Tahulah sendiri apakah hukum dan bahananya orang menghina Rusulullah.Saya ingin sangat Mahathir mengulangi ayat-ayat itu di Iran, Syaria, Pakistan, Afghanistan dan Madinah.

Mahathir juga pernah mempersendakan hukum hudud, cuba menolak hukum hudud dengan mengatakan ia adalah hukum hudud Pas. Ironisnya beliau sendiri tidak pernah membentangkan, usahkan anekmen hukum hudud, deraf hukum hudud pun tidak. Tidak mahu menerima hudud mungkin boleh dimaafkan atas maslahat agama, tetapi menolak dan mempersendakan hudud satu yang berat dari sisi agama, berdosa dan celaka.

Hasil ajaran dan didikan Mahathir mengenai hudud maka lahirnya seorang murid mutabar yang menolak hudud bernama Chua Soi Lek. Itulah hasil dan kesannya dari perbuatan lisan Mahathir. Soi Lek tidak akan berani mempertikaikan hudud kalau Mahathir bukan gurunya. Chua Soi Lek akan mempertahankan dirinya dengan bersandarkan kepada Mahathir. Sebab itu pemimpin Umno tidak menghentam Soi Lek bila Cina itu menghina hudud sebab, pemimpin Umno tidak mahu memalukan Mahathir. Hentam Soi Lek bermakna memansuhkan pandangan Mahathir mengenai hudud. Woww...

Mahathir cukuplah dengan apa yang sudah anda lakukan selama 22 tahun lalu. Negara ini banyak rosak kerana anda dan orang Melayu hidup bercemperaian ini pun adalah kerana anda juga. Apakah anda akan berhenti selepas Umno hancur dan tidak akan menjadi penguasa lagi? Nampaknya Mahathir akan berkubur bersama Umno Baru yang diilhamkan. Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, sihatkah, katanya saham Felda terus merudum. Betulkah?(MSO)

Batu Nisan Kubur Ini Diukir Bentuk Kemaluan Isteri

Macam-macam benda pelik berlaku dalam dunia ni.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Milena dan Miran Marinkovic dari Serbia.

Kerana takut suaminya akan berkahwin dengan wanita lain, Milena telah membuat satu wasiat yang cukup menggemparkan.

Milena meminta suaminya itu membuat ukiran kemaluannya sendiri di atas batu nisan pusaranya setelah dia meninggal dunia.

Harapannya cuma satu – suaminya itu akan berfikir ‘dua kali’ sekiranya ingin berkahwin lain bila terlihat ‘ukiran’ itu.

” Saya tak mahu awak cari wanita lain bila saya mati. Moga dengan cara ini, awak akan sentiasa ingat pada saya,” katanya dalam surat wasiat tersebut.

Bagi memastikan ukiran tersebut sama 100 peratus dengan ‘bentuk’ yang dimilikinya, Milena telah mengambil foto farajnya sendiri dan diserahkan kepada suaminya.

Setelah bertarung dengan penyakit yang dideritainya, Milena pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Dan, bagi memastikan wasiat tersebut dipenuhi, Miran pun mencari pengukir yang dirasakannya mampu untuk merealisasikan permintaan terakhir isterinya itu.

” Sebenarnya duit tak ada masalah, masalah saya hanyalah untuk mencari mereka yang sanggup mengukir gambar kemaluan isteri saya itu di batu nisan,” kata Miran.

Kini batu nesan itu siap sepenuhnya seperti mana yang dirancang.

Ketika ditanya apakah perasaan Miran ketika ini, dia dengan selamba menjawab;

” Saya lega kerana ukiran itu benar-benar ‘serupa’ dengan apa yang dimiliki oleh mendiang isteri saya. Dengan ‘melihatnya’, saya rasa Milena sentiasa berada di samping saya,”.

Macam-macam hal….(THE SUN uk)/mynewhub

Monday, 12 November 2012

Rosmah Mansor yang gila glamour


Rosmah Masih Jadi Beban Berat Kepada UMNO


Isu Rosmah Mansor yang dianggap gila glamour muncul kembali. Kali ini ketika beliau hadir di majlis persandingan pemain badminton, Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo menjadi percakapan ramai. Dalam majlis persandingan itu, Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, suatu perbuatan yang amat luar biasa dan lari dari kebiasaan.

Biasanya, ketika majlis persandingan tetamu VIP lelaki akan duduk di sebelah pengantin lelaki manakala tetamu VIP perempuan akan duduk di sebelah pengantin perempuan. Namanya pun raja sehari, maka pengantinlah menjadi raja ketika itu.

Namun dengan Rosmah duduk di tengah-tengah antara kedua mempelai, Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo tidak lagi menjadi raja sehari. Sebaliknya Rosmah yang menjadi raja di majlis itu.

Ketika majlis resepsi pertama Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo yang turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet serta tetamu VIP yang lain sehari sebelum itu, Rosmah telah mengambil keputusan untuk tidak hadir menemani Najib.

Najib hadir seorang diri walaupun Yang Dipertuan Agong hadir bersama Raja Permaisuri Agong. Jemputan untuk majlis itu juga sudah dimaklumkan lebih awal dan tidak diketahui sebab sebenarnya ketidakhadiran Rosmah di majlis resepsi pertama itu.

Ada dakwaan mengatakan Rosmah sengaja memilih tidak hadir di majlis resepsi pertama dan memilih untuk hadir di majlis resepsi kedua adalah kerana tidak mahu kehadirannya dibayangi oleh penampilan baru Raja Permaisuri Agong yang bertudung litup sebaik kembali dari menunaikan haji.

Sebelum itu, penampian baru Raja Permaisuri Agong sebaik kembali dari menunaikan haji tersebar luar di pelbagai media dan mendapat pujian daripada semua pihak. Baginda benar-benar dilihat sebagai "First Lady" yang menawan hati dan menjadi kebanggaan rakyat.

Dengan memilih hadir di majlis resepsi kedua dan hanya beliau tetamu VIP, duduk pula di tengah-tengah antara kedua mempelai, fokus dan tumpuan ramai tentunya hanya kepada beliau seorang sahaja.

Dalam hal ini, ternyata Rosmah memang gila glamour.

Sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, isu Rosmah yang suka tampil dengan gaya mewah serta menonjol seolah-olah sama berkuasa dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh suaminya, sering menjadi bahan tatapan di media dalam negara dan antarabangsa.

Beliau cuba tampil dengan watak yang begitu berbeza dengan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini yang begitu setia menjadi pendamping dan teman rapat kepada kejayaan suami mentadbir negara. Rosmah sebaliknya ingin dilihat sama-sama menyingsing lengan turun ke lapangan melakukan aktiviti yang disukainya.

Beliau tidak sahaja aktif melalui aktiviti Permata tetapi juga sibuk berkempen dalam beberapa pilihanraya kecil. Beliau juga mempromosi gelaran "First Lady" untuk dirinya dengan mengadakan persidangan antarabangsa mengenainya serta mengadakan lawatan ke luar negara atas secara sendirian ditemani beberapa isteri menteri dengan pembiayaan wang negara.

Di media-media pula, penampilan beliau hampir setiap hari sehingga kadangkala menenggelamkan aktiviti Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri yang lain.

Di dalam politik Malaysia dan adab Melayu, perwatakan Rosmah adalah sesuatu yang sukar diterima. Rakyat tidak dapat menerima isteri yang mahu menunjuk kuasa dan berlagak atas kuasa yang diberikan kepada suaminya.

Jika isteri seorang Ketua UMNO cawangan atau isteri ketua pejabat pun yang cuba berlagak dan menunjuk kuasa tidak disukai ramai dan menjadi cemuhan, apatah lagi jika isteri Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai kuasa berbuat demikian.

Isu Rosmah yang tak sudah-sudah gila glamour ini sebenarnya sudah lama menjadi percakapan umum, baik di dalam UMNO mahupun di kalangan rakyat biasa. Secara umumnya, tiada siapa yang dapat menerima perwatakan yang beliau tonjolkan itu.

Tidak menjadi rahsia lagi bahawa kerisauan utama UMNO sendiri dalam pilihanraya ini ialah Rosmah sendiri. Beliau dilihat masih menjadi beban kepada UMNO dan BN di samping beban lain seperti isu rasuah di kalangan pemimpin, isu hudud yang melibatkan Chua Soi Lek dan sebagainya.

Sementara Najib dan pimpinan UMNO lain berhempas pulas menarik sokongan rakyat dan memastikan kemenangan UMNO dalam pilihanraya, penampilan Rosmah sebaliknya seakan meruntuhkan apa yang cuba dibina oleh Najib dan lain-lain pemimpin UMNO sejak lebih tiga tahun lalu.

Segala macam transformasi, pemberian tunai serta janji-janji Najib dan UMNO selama ini dengan mudah ditenggelamkan oleh isu-isu yang muncul berkaitan Rosmah.

Dengan Rosmah terus menampakkan keghairahan terhadap kuasa dan glamour, kebimbangan rakyat ialah apa akan jadi selepas pilihanraya nanti jika Najib dan UMNO terus diberikan kuasa. Sudah tentu tahap keghairahan dan gila glamour Rosmah mencanak lebih tinggi lagi.

Dalam masa yang sama watak Rosmah yang sentiasa keletah terhadap kuasa dan glamour juga mengggambarkan kegagalan Najib mengawal dan menasihati isterinya itu. Rakyat tentunya menilai ianya sebagai kelemahan paling asas bagi Najib.

Dengan pilihanraya umum semakin hampir, dan keletah Rosmah sebelum ini dengan pelbagai laporan yang didedahkan sudah cukup menjejaskan sokongan rakyat terhadap Najib dan UMNO, apa yang ditonjolkan Rosmah dalam majlis perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo baru-baru ini tentunya menambahkan-parahkan beban yang ditanggung oleh Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Jika Najib sering melaungkan slogan berubah sebelum rebah, ternyata orang paling dekat dengannya iaitu isterinya juga tidak pernah ambil peduli dengan slogan itu.

Rosmah masih mengejar kuasa, perhatian dan glamour. Satu demi satu cerita mengenainya muncul menjadi tatapan rakyat. Meskipun pernah reda seketika, tetapi kemudian didapati galaknya tidak pernah berbeza. Cerita mengenainya seakan episod sinetron yang tiada titik penamatnya.

Dengan Najib dan UMNO tiada keberanian menegur dan menghentikan gelenyar Rosmah ini, kini nampakna hanya rakyat yang boleh meletakkan titik penamat kepada keletah dan gila glamour Rosmah ini

-shahbudin,com

PRU KE-13 SELEPAS GONG XI FA CAI

KUALA LUMPUR : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membayangkan pilihan raya umum (PRU) ke-13 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan memandangkan ketika itu ke semua perayaan yang disambut rakyat akan berakhir dalam ucapannya di Lembah Pantai.

“Kita sudah menyambut raya haji, selepas ini kita akan sambut Deepavali dan Krismas. Kemudian tahun depan masyarakat Cina akan sambut tahun baru.

“Tapi kita jangan lupa perayaan paling besar untuk rakyat, iaitu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam perayaan paling penting iaitu selepas tahun baru Cina,” kata Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

Nong Chik mendakwa waktu tersebut adalah paling terbaik buat kerajaan memandangkan ketika itu rakyat Malaysia yang berbilang kaum berada dalam harmoni dan perpaduan kuat ketika itu.

“Setiap berakhir perayaan, perpaduan berbilang kaum di dalam negara ketika itu sangat kuat memandangkan seluruh rakyat Malaysia menyambut perayaan tersebut.

“Apabila hubungan yang erat ketika itu saya harapkan ia akan dibawa hingga ke pilihan raya,” tambah Nong Chik.

Bagaimanapun, Nong Chik berkata itu hanya satu ramalan tetapi keputusan penuh dan muktamad masih lagi ditangan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Saya hanya meramal, tetapi waktu itu adalah sesuai. Namun, jentera harus bersiap-sedia dan mula mengerakkan kerja kempen di setiap tempat,” kata Nong Chik.

Dalam pada itu, Nong Chik merupakan antara calon yang disebut-sebut akan diletak untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13.

Malahan ketua Umno Lembah Pantai itu juga telah memaklumkan hasratnya kepada PM dan sedia untuk mengembalikan semula kerusi yang telah dirampas daripada Umno pada 2008 lalu.

“Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Kenyataan ramalan beliau juga dilihat seiring dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pada September lalu yang meramalkan PM akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina.

Ibrahim berkata langkah itu bertujuan untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).

BN hilang sejumlah besar undi masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina dalam gabungan tersebut seperti MCA dan Gerakan; kalah di hampir kesemua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN).

Perkasa yang majoriti ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

“Saya tetap dengan pandangan saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun 2013,” kata beliau.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan 11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.
-sabahkini.net

Sunday, 11 November 2012

Dakwa seks ketika disoal siasat polis



Dakwa seks ketika soal siasat, bukti polis perlu IPCMC- Surendran

KUALA LUMPUR 11 November: Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah.

“Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku,  sekaligus membasmi salah guna kuasa.

“Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan,”

“Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis,” ujarnya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut.

 ”Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita,” tegasnya.
 
Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.

Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak


-sumber

Bumi akan bergelap 3 hari mulai 23 Disember?


AGENSI Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.

Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya. (Bernama)

Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia

SEBERANG TAKIR 10 Nov: Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).

“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar

“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.

“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.

“Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi ‘khaulah sha’ab’ (kebangkitan rakyat).

“Ada ustaz-ustaz Umno cakap, kalau tunjuk perasaan, bantah kerajaan – ini tidak betul. Ini ustaz ‘wa ampu sana wa ampu sini’.
“Sedangkan, Yusof al-Qaradawi kata, tanggungjawab kita tuntut perubahan, perubahan demi negara kita, bukan pemberontakan. Bukan bunuh orang.
“Hentikan kezaliman, hentikan pemimpin yang kaut kekayaan, bebaskan rakyat daripada kemiskinan, hapuskan rasuah,” katanya, menambah sejarah membuktikan negara yang mengabai tuntutan agama, pasti tersungkur.

-KD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers