PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 21 June 2014

Dikurung sampai kering

Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.


Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

bu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).//(myMetro)


CARI PISAU, PARANG??? Klik http://parangonline.blogspot.com


..

Friday, 20 June 2014

Rumah Dibakar Selepas Bergaduh Di Klang

KLANG – Gara-gara bergaduh dengan isteri, seorang lelaki bertindak membakar kediamannya di Jalan Jati, Pandamaran awal pagi semalam, menyebabkan sembilan lagi turut jadi mangsa.

Lelaki berusia 30an itu pada mulanya dikatakan cuba mengugut isterinya untuk membakar rumah namun ugutannya itu menjadi realiti sehingga sembilan keluarga yang juga jirannya terpaksa menanggung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komosioner Kamarul Zaman Mamat berkata, selepas menjalankan siasatan, polis menahan lelaki itu di kawasan kediamannya beberapa jam kemudian.
“Dia yang mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi rawatan lanjut.

“Lelaki itu direman bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan atas tindakannya itu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Perbuatan khianat lelaki itu menyebabkan tujuh daripada kediaman termasuk kediamannya sendiri musnah seratus peratus manakala tiga lagi terbakar sebahagiannya.

Kejadian sekitar jam 1.35 pagi itu dikatakan terlalu pantas menyebabkan penghuni kediaman gagal menyelamatkan harta benda berharga.

Mangsa, Lim Tian Kee, 53, berkata, kejadian disedarinya ketika dia sedang menonton televisyen bersama keluarga.

“Masa itu saya dengan empat anak rada di rumah. Isteri keluar bekerja di kilang.

“Tiba-tiba saya dengar orang ramai jerit kuat minta selamatkan diri…ada api. Saya tergamam tapi cepat-cepat kejutkan anak-anak sedang tidur,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebaik keluar rumah, dia terkejut mendapati rumah jiran di belakang rumahnya sedang terbakar.

“Semua berlaku terlalu cepat, tak sempat selamat apa-apa. Kami dan jiran hanya mampu tengok rumah hangus,” katanya yang kini menumpang di rumah saudara.

Mangsa lain yang hanya dikenali sebagai Lian, 60, berkata, kebakaran itu disyaki berpunca daripada sebuah rumah jiran di bahagian belakang.

Beliau mendakwa, sebelum kebakaran itu, jiran terdengar bunyi pergaduhan.

“Sebelum ini jiran-jiran selalu dengar suami isteri itu bergaduh. Suami dia ugut mahu bakar rumah. Sekarang dia betul-betul buat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Abdullah Mohd Salleh berkata, kebakaran disyaki mula merebak daripada kediaman di bahagian belakang sebelum marak ke kediaman berdekatan.

Menurutnya, semua kediaman itu diperbuat daripada papan separa simen dan kedudukannya sangat hampir antara satu sama lain.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam setengah bagi mengawal api daripada merebak.
“Kami mengalami sedikit tekanan air hingga terpaksa mendapatkan air dari pili bomba yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi,” katanya.

Beliau berkata, proses pemadaman keseluruhannya mengambil masa hingga empat jam.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sehingga kini kita masih menyiasat punca kejadian serta anggaran kerugian keseluruhannya,” katanya. – Sinar Harian Online

Mencari pisau, golok, parang??? sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Wednesday, 18 June 2014

Suami temui isteri berbogel bersama pekerjanya

Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. 

Maut kerana Piala Dunia

BEIJING - CHINA. Dua peminat bola sepak China meninggal dunia kerana dipercayai keletihan akibat berjaga terlalu lama untuk menonton Piala Dunia 2014.

Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun di bandar Suzhou ditemui mati di hadapan komputernya ketika menonton perlawanan antara Chile dan Australia. 

Dalam kejadian berasingan di bandar timur laut Shenyang, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan China pula dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyaksikan pertembungan  antara Sepanyol dan Belanda di kediamannya.

Difahamkan, waktu siaran Piala Dunia 2014 yang bermula antara jam 3 dan 6 pagi (waktu tempatan) menjadi punca ramai peminat bola sepak di negara itu tidak mendapat rehat dan tidur secukupnya.//(sh)

CARI PISAU, PARANG???? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com


.

Tuesday, 17 June 2014

Wan Azizah Dimalukan?

Adakah Ini Untuk Memalukan Wan Azizah?


Oleh : shabudin husin

Belum pun habis PKR dibelenggu dengan pemilihan parti yang menimbulkan pelbagai masalah dan keributan, parti itu terus ditimpa musibah bila semua 10 soalan daripada Presiden PKR yang juga ADUN Kajang, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam DUN Selangor ditolak oleh Speaker, Hannah Yeoh.

Alasan penolakan itu pula terlihat sangat remeh dan tidak munasabah iaitu kerana semua soalan yang dikemukakan itu melebihi 40 patah perkataan sebagaimana yang ditetapkan.

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan?

Persoalannya, apakah sebagai ADUN baru, Wan Azizah tidak dimaklumkan mengenai syarat 40 patah perkataan itu?

Di sisi yang lain pula, dengan rekod Wan Azizah sebagai Presiden PKR, pernah menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sebelum ini, apakah beliau tidak mengetahui semua syarat-syarat itu?

Dan jika pun Wan Azizah tidak mengetahuinya, apakah pegawai-pegawai beliau tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum menghantar soalan tersebut?

Kalau ianya suatu kesilapan, apakah pejabat Speaker langsung tiada toleransi dengan meminta soalan itu ditulis semula dengan ayat yang lebih pendek dan bukannya menolak terus daripada dikemukakan dalam sidang DUN Selangor?

Sebenarnya banyak sekali persoalan bagaimana dan kenapa keadaan ini berlaku, tetapi yang pastinya ianya amat memalukan bagi Wan Azizah yang baru saja memenangi DUN Kajang dengan cemerlang sebelum ini.

Dengan penolakan soalan itu, sebahagian daripada tugas beliau sebagai ADUN sudah pun terhalang sebenarnya. Walaupun soalan yang sama mungkin boleh dikemukakan dalam sidang DUN yang akan datang pula, tetapi tentunya ia sudah terlambat dan mungkin sebahagian soalan itu sudah menjadi tidak relevan lagi.

Dalam zaman serba pantas dan perhubungan hanya dihujung jari sekarang ini, kegagalan sama ada di pejabat Speaker mahupun di pihak Wan Azizah, memaklumkan serta memahami syarat dan prosedur yang betul dalam mengemukan soalan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Walaupun ini bukan kesilapan Wan Azizah sepenuhnya, mungkin kegagalan pejabat Speaker memaluklumkan syarat tersebut atau kelalaian pegawai ADUN Kajang itu sendiri yang tidak teliti dalam membuat semakan, tetapi yang pastinya bebannya terpaksalah ditanggung oleh isteri Anwar Ibrahim itu.

Ini setidak-tidaknya menambahkan lagi serangan dan kecaman terhadap Presiden PKR itu dalam menguruskan sesuatu yang berkaitan dengan tugasnya, sementara beliau juga banyak dipersalahkan dalam kemelut pemilihan yang agak berkecamuk dengan adanya kejadian pergaduhan, baling kerusi, pemecatan, digantung keahlian dan sebagainya.

Dalam pemilihan PKR yang belum berakhir lagi sekarang, bagi jawatan Timbalan Presiden ia menyaksikan persaingan antara penyandang jawatan, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution. Dalam pemilihan itu, walaupun Wan Azizah sebagai presiden parti yang menang tanpa bertanding tetapi suaminya, Anwar Ibrahim paling paling banyak dipertikaikan atas pelbagai dakwaan campurtangan dalam pemilihan dengan menyokong secara senyap calon tertentu.

JPP atau jawatankuasa pemilihan parti yang banyak kelemahan dalam menguruskan pemilihan kali ini turut diserang dengan pelbagai dakwaan, termasuk beberapa kali demonstrasi tidak puas hati di depan pejabat PKR sendiri.

Yang nyatanya, penolakan soalan daripada Wan Azizah itu menambahkan lagi tompok-tompok hitam dalam parti itu.

Mungkinkah ianya sesuatu yang sengaja dirancang untuk memalukan Wan Azizah, Anwar dan PKR secara serentak? (SH 16/06/2014)

Cari parang, pisau ???? Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Sunday, 15 June 2014

Rasa seluar digunting, ditarik ketika tidur'

Askar wanita terselamat daripada jadi mangsa rogol lelaki ceroboh bilik 

Kuching: Seorang anggota tentera wanita yang tiba-tiba tersedar daripada tidurnya selepas berasa seluar panjang dipakainya ditarik sesuatu, berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke biliknya, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi di sebuah kuarters di kem tentera di Kota Sentosa, di sini, ketika mangsa yang berusia 23 tahun sedang tidur di biliknya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terjaga terlebih dulu selepas berasa ada seseorang menggunting sebelum menarik seluar panjang dipakainya. //(bharian)

Cari pisau, parang??? Klik http://parangonline.blogspot.com


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers