BEIJING - CHINA. Dua peminat bola sepak China meninggal dunia kerana dipercayai keletihan akibat berjaga terlalu lama untuk menonton Piala Dunia 2014.
Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun di bandar Suzhou ditemui mati di hadapan komputernya ketika menonton perlawanan antara Chile dan Australia.
Dalam kejadian berasingan di bandar timur laut Shenyang, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan China pula dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyaksikan pertembungan antara Sepanyol dan Belanda di kediamannya.
Difahamkan, waktu siaran Piala Dunia 2014 yang bermula antara jam 3 dan 6 pagi (waktu tempatan) menjadi punca ramai peminat bola sepak di negara itu tidak mendapat rehat dan tidur secukupnya.//(sh)
CARI PISAU, PARANG???? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com
.