PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 4 May 2013

Tragedi "Flashmob' Berdarah | Tolak Budaya Samseng... SELAMATKAN MALAYSIA!!!





INI KALILAH....

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan.

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.

-harakahdaily

Friday, 3 May 2013

Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?

KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah  mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

- harakah daily

Thursday, 2 May 2013

Gaji Kakitangan Awam Pasca PRU 13 : Tambah 1 Bulan Gaji, Bayaran Gaji Ikut Kiraan Mingguan (Naik 52 Minggu)!

Tawaran macam-macam. kadang-kadang terfikir, Perdana Menteri kah Husam Musa ini? Adakah sudah diperbincangkan secara bersama dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat? Ok. Selama ini, di Malaysia gaji kakitangan awam dikira berdasarkan kiraan mingguan.

Walaubagaimanapun, jikalau anda semak bersama-sama di kalender, anda akan dapati sendiri jumlah minggu setahun kebanyakannya adalah 52 minggu. Contoh? Semakan tahun 2012, 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 adalah berjumlah 52 minggu. Kadang-kadang 53 minggu seperti tahun 2015,2020. Dan, kurang seminggu sebelum PRU 13 Husam Musa menawarkan satu lagi tawaran untuk kakitangan awam di Malaysia selepas 3 tawaran yang dibuat sebelum ini. Butirannya?

gaji kakitangan awam

“Sedangkan semua tahu dalam setahun ada 52 minggu, bukan 48 minggu. Ini bermakna kita kehilangan satu bulan lagi gaji yang sepatutnya dibayar.
 
“Jadi Pakatan Rakyat akan membuat satu pembaharuan di mana sistem gaji akan dibayar mengikut hitungan minggu dan bukan lagi secara bulanan yang menjadi amalan sekarang,” kata Husam Musa

Sumber : Harakah Daily


Tawaran Untuk Kakitangan Awam Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13)?



Sebelum ini tawaran gaji kakitangan awam dibayar berdasarkan kiraan mingguan, kakitangan awam telah dijanjikan dengan tawaran :

  • Bonus 4 bulan gaji kepada kakitangan awam (tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat)
  • Pertukaran penempatan kakitangan kerajaan khususnya di kalangan guru-guru, membolehkan tidak ada lagi suami isteri penjawat awam yang terpaksa berpisah jauh, yang merencatkan pembinaan keluarga mereka. Disatukan suami isteri di bawah konsep Mawaddah iaitu mendekatkan antara satu sama lain
  • Kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak perlu membayar cukai
  • Hapus kadar faedah 4 % pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam (tanpa riba)
  • Semakan elaun perumahan RM180

gaji penjawat awam

Jikalau anda dapat bekerja di New Zealand, anda akan dibayar dan menikmati gaji mingguan. Beginilah caranya. Kiraan gaji adalah secara mingguan bukannya bulanan seperti yang dilaksanakan selama ini kepada kalangan kakitangan awam di Malaysia. Singapura, jiran terdekat Malaysia pun sudah melaksanakan kiraan gaji secara mingguan. Australia? Australia pun sama, Australia tetapi bayar gaji secara mingguan. Macam-macam ala-ala pemain bola sepak EPL contohnya.

Sekadar pengalaman bersama. Jikalau pergi Sydney, pasar di sana hanya buka 3 hari seminggu sahaja (Daripada Khamis sehinggalah hari Sabtu) Pelik pada mulanya? Rupa-rupanya, di sana gaji setiap hari Khamis…Oooo….

Yang mana pasti, ada perbezannya :

Beza Kiraan Gaji Kakitangan Awam Bulanan VS Mingguan?


Gaji kakitangan awam kiraan secara bulanan :

  • Gaji kakitangan awam 12 bulan (48 minggu)
  • Gaji RM2000 sebulan contohnya. 1/4 daripada RM2,000, senang kira. RM2,000/bulan x 12 bulan = RM24,000/setahun

Gaji kakitangan awam kiraan secara mingguan :

  • Gaji kakitangan awam 52 minggu (13 bulan)
  • Gaji RM2000 sebulan contohnya. 1/4 daripada RM2,000, senang kira. RM500/minggu x 52 minggu = RM26,000/setahun

Kebanyakan syarikat-syarikat MNC (multinational corporation) luar, memberikan sekitar 13 & 14 bulan gaji. Kalau di Europe atau UK, pun dikira secara mingguan dan dibayar kepada setiap 14 hari. Dan di sana, sebenarnya kadar sewa pun dikira secara mingguan. Jadi secara kebetulan, terdetik di fikiran kami, adakah juga kadar rumah sewa pun selepas ini akan caj ikut minggu juga sama seperti negara-negara maju yang lain?

  • Kalau di New Zealand contohnya, apa yang mereka lakukan adalah seminggu sewa bilik ialah NZD 70 (contoh)
  • Kalau darab 4 minggu = NZD 280

Adakah ada kemungkinan BNM akan mengarahkan bank atau mana-mana institusi kewangan/insuran untuk merombak semula kiraan, bayaran balik pinjaman & T & C masing-masing?

Sekadar timbulkan beberapa persoalan? Apa pandangan kalangan kakitangan awam mengenai pelaksanaan gaji kakitangan awam dikira secara mingguan dan beberapa tawaran lain utnuk anda untuk pasca PRU13 kelak?
 
 

Hindraf Dijangka Sokong Pakatan Rakyat? - MSO

Kalau petunjuk sokongan masyarakat India terhadap UBN dan Pakatan Rakyat boleh dilihat kepada perkembangan atau situasi dalam Badan Hak-Hak Kepentingan India (Hindraf), sekarang ini boleh dikatakan masyarakat India masih konsisten menyokong Pakatan Rakyat. Boleh dianggarkan 60% masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejatuhan kerajaan UBN pada 5 Mei nanti.

Sekiranya angka itu tepat ini bermakna UBN akan mendapat hanya 40% sahaja sokongan dari masyartakat India, jumlah itu sudah cukup untuk menjadikan Umno khasnya bersendirian dengan sokongan Melayu. Hindraf adalah badan terbesar yang berperanan menentukan arah mana sokongan politik masyarakat India di negara ini. Ia bolehlah disama dengan Dong Zong pertubuhan kebudayaan dan pendidikan Cina yang berpengaruh itu.

Sebelum ini timbul juga keraguan terhadap masyarakat India yang dianggap golongan yang mudah menukar haluan dan prinsip diri apabila Hindraf yang satu masa pernah mengejutkan negara amnya dan memberi tekanan kepada UBN dilihat berpecah.

Ekoran tekanan kerajaan menangkap beberapa orang pemimpin mereka dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) serta ada yang melarikan diri ke luar negara ekoran tunjuk perasaan besar-besaran kumpulan itu tahun 2007, kepaduan badan berkenaan retak dan berpecah. Sebahagian menyatakan sokongan kepada kerajaan manakala sebahagian lain tetap dengan pendirian mereka menuntut hak mereka yang dikesampingkan dan ditindas oleh kerajaan UBN.

Penubuhan parti Makkal Sakti sempena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan (keumudian parit itu mampos) serta pengembalian salah seorang pemimpin Hindraf yang lari ke luar negeri Waythamoorty antara faktor kenapa Hindraf retak dan berpecah. Penubuhan Makkal Saktinya kata atas biaya UBN untuk memastikan masyarakat India di Negeri Sembilan menyokong UBN. Ternyata projek itu berjaya apabila lebih 70% masyarakat India di Bagan Pinang mengundi Isa Samad calon UBN.

Makkal Sakti terang-terang menyatakan sokongan kepada UBN begitu juga dengan Waythamoorty yang cuba menggunakan penyokong Hindraf untuk kepentingan dirinya dengan berbaik-baik dengan Najib Razak. Bagaimana pun tindakan Waythamoorty itu tidak diterima oleh masyarakat India manakala Makkal Sakti yang gah itu akhirnya berkubang dalam gong gendang.

Tindakan Waythamoorty juga disifatkan cuba merampas Hindraf dari abangnya kini dianggap sebagai pengkhianat oleh masyarakat India dan tindakan beliau menanda tangani MoU mengatakan sokongan kepada Najib dikecam hebat.

Apa yang berlaku di Kulim Kedah semalam di mana kratusan orang India berarak dan membakar patung Waythamoorty menunjukan usaha Waythamoorty untuk mendapat sokongan masyakat India kepada UBN dibantah. Pembakaran patong di masyarakat India adalah kemuncak mesej kemarahan kaum itu.

Tindakan Waythamoorty itu juga tidak akan dimaafi oleh masyarakat India. Perkembangan yang berlaku di Kulim itu memberi petunjuk jelas yang Hindraf berpecah dan majoriti dari mereka menyokong Pakatan Rakyat. Tindakan penyokong Hindraf Kulim itu juga akan berjangkit dan memberi kesedaran kepada masyarakat India di tempat lain.

Apa yang boleh disimpulkan ada tanda-tanda mungkin sokongan Hindraf kepada Pakatan Rakyat seperti ditunjukkan pada pilihan raya 2008 akan pulih sepenuhnya. Mood kemenangan Pakatan Rakyat yang kini tersebar di seluruh negara akan turut mempengaruhi masyarakat India. Dan mereka (bagi yang menolak Pakatan) masih ada waktu untuk kembali sokongan demi sama-sama merayakan kemenangan. [wm.kl.6:57 am 02/05/13]

-http://msomelayu.blogspot.com/2013/05/hindraf-dijangka-sokong-pakatan-rakyat.html

Wednesday, 1 May 2013

Isu 13 Mei: Veteran Gerakan pertahan Hadi

Seorang pemimpin veteran Gerakan hari ini tampil mempertahankan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh Umno sebagai dalang rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Hadi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar, Perak pada hari Isnin lalu berkata perstiwa berdarah 44 thaun lalu didalangi Umno yang ingin terus berada di tampuk kuasa.

NONE"13 Mei bukan fenomena etnik. Ia ada kejadian politik," kata Goh Cheng Teik kepada Malaysiakini.

"Hanya mereka yang bukan anggota Umno atau sekutunya sahaja yang terlibat. Anggota PAS tiada kena mengena dengan 13 Mei," katanya.

Goh, 70, pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan anggota exco Pulau Pinang selama 25 tahun, membuat kajian meluas mengenai rusuhan tersebut semasa menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan turut menerbitkan buku ‘The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia' pada 1971.

Beliau menyertai politik tidak tahun lalu kemudian dan dilantik sebagai setiausaha parlimen kepada perdana menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein.

NONEMenurut Goh, rusuhan di Kuala Lumpur itu bermula sejak sebelum perarakan balas yang dianjurkan Umno susulan perarakan oleh pembangkang selepas kemenangan PAS, DAP dan Gerakan dalam pilihan raya 1969.

"Anggota, penyokong dan pengirim ucap selamat kepada parti yang menjulang dirinya sebagai pendukung undang-undang merusuh sebelum permulaan perarakan kemenangan. di depan kediaman rasmi menteri besar (Selangor)," katanya.

Goh masih percaya bahawa perintah darurat tidak perlu dikuatkuasa ke seluruh negara memandangkan rusuhan itu hanya kejadian setempat, seperti pencerobohan militan di Lahad Datu Sabah.

Beliau juga berpandangan bahawa rusuhan itu bermotif politik.

"Sebab itulah gangguan tersebut bukan seluruh negara, menurut (bekas perdana menteri) Tunku Abdul Rahman, tetapi hanya terhad di Kuala Lumpur.

"Tiada kekacauan atau tindakan keganasan berlaku di tempat lain di semenanjung Malaysia pada atau selepas 13 mei," katanya.

Perisytiharan darurat itu membolehkan kerajaan menggantung Parlimen.

[Baca berita penuh]

13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku - Tamrin


JOHOR BAHRU- Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

-harakahdaily

Sistem PBS dinilai semula jika PR menang PRU13

Pahawa PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah, pencipta manusia dan seluruh alam. Kegagalan sesuatu sistem pendidikan menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina.


PAS bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat sungguh komited untuk melakukan penilaian semula terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini dilaksanakan di sekolah - sekolah di seluruh Malaysia.


Walaupun ada kebaikannya, tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru-guru yang terlibat.


Apa yang kini dilaksanakan adalah tidak menepati konsep dan aplikasi sebenar PBS. Ini memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara.


Contohnya tekanan kerja, kerja perkeranian yang tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada mengisi dan mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran, melanjutkan waktu bertugas guru sehingga hujung minggu, hilang fokus kepada tanggung jawab kepada keluarga dan seterusnya menyebabkan kekecewaan di kalangan guru.


Kelemahan-kelemahan yang ada menyebabkan guru dan ibubapa tertekan sehingga menjejaskan matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini, saya memberikan jaminan pelaksanaan PBS ini akan dinilai semula supaya tidak membebankan warga pendidik dan seterusnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Kes raba dalam majlis Najib akibat gejala video lucah BN

KUALA LUMPUR 30 April: Amalan politik lucah dan fitnah Umno BN menjadikan sebahagian anak muda berani melakukan perbuatan tidak bermoral secara terang-terangan.

“Ini semua didikan Umno BN yang anjur politik lucah sehingga ada anak-anak muda tidak segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Kita tak hairan kerana mereka mudah terikut-ikut berikutan amalan politik lucah BN dibiar begitu sahaja,” kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zamanhuri

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai pendedahan pelajar diraba penyokong BN pada majlis yang dihadiri Najib.

Semalam, dua gadis yang dinamai sebagai X dan Y dilapor mengalami gangguan seksual apabila diraba beberapa penyokong ketika berasak-asak untuk mengiringi Presiden Umno itu.

Najib ke Skudai untuk majlis pecah tanah kampus baru Kolej Universiti Selatan dan dua gadis itu berperanan sebagai pengiring bagi menyerahkan pen untuk Najib menandatangani plak.

Ketika berasak-asak ke pentas bersama penyokong BN, dua gadis bercheongsam itu diraba di punggung sebelum mendapati ia dilakukan lelaki berbaju t shirt BN yang tersenyum.

“Jika ini berlaku bermakna BN berjaya merosakkan minda anak muda. Tambahan pula sekarang video lucah galak diedar.

“Ia menunjukkan anak muda kita dididik dengan perbuatan lucah. Saya harap anak muda tolak politik lucah, sokong politik hujah,” katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51339

Tuesday, 30 April 2013

Dakwat “kekal” SPR luntur dalam masa beberapa jam saja

 

KLUANG, 30 APRIL: Dakwat “kekal” Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja!

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal kata,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.
Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau. – Roketkini.com

Berita berkaitan..

Tian Chua lapor polis isu penyelewengan dakwat kekal




(Oleh Mohd Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 30 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat satu laporan di Balai Polis Jinjang berhubung isu salahlaku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pembekalan dakwat kekal yang digunakan untuk pengundian awal PRU 13 hari ini.

Calon Parlimen Batu itu berkata, beliau mendapati salahlaku ini berlaku selepas melawat pusat pengundian awal di Kem Batu Kantomen, Jalan Ipoh dan Taman Koperasi Polis di ibu negara.

"Pada awalnya, selepas melawat pusat pengundian awal ini, saya berpuas hati dengan proses calit dakwat kekal berwarna ungu di jari telunjuk kerana ia berjalan seperti yang dijanjikan oleh SPR.

"Tetapi lebih kurang jam 10.30 pagi, saya dihubungi oleh seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa dakwat kekal itu boleh ditanggalkan," ujarnya sambil menambah pegawai ATM itu memohon identitinya dirahsiakan.

Beliau kemudian bertemu dengan pegawai ATM tersebut di sebuah lokasi untuk menunjukkan bagaimana dakwat itu boleh luntur dengan menggunakan 'instant hand sanitizer luxor' (bahan pencuci tangan segera).

"Apa yang saya dapati, ia memang mengejutkan kerana tujuan dakwat kekal digunakan adalah untuk mengelakkan pengundi membuang undi berulang kali.

"Penemuan ini menunjukkan proses berkenaan tidak telus dan berkemungkinan penyelewengan boleh berlaku," kata Tian sambil mendesak polis segera mengambil tindakan.

https://www.facebook.com/KeadilanDaily

Giliran Ahmad Idham pula bidas Norman KRU pasal tweet bodoh

Admad Idham (kiri) dan Norman Abdul Halim


PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.

"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.
Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.


“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.
Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.


Pemikiran sempit

Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.

"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.

"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.//mstar

Faizal Tahir Bidas Tweet Bodoh Norman Kru Pasal PAS

Faizal Tahir hari ini membalas kenyataan Norman KRU yang seolah tidak percaya kepada rezeki yang datang dari Allah SWT. Menurut Norman KRU, industri hiburan tanah air akan hancur jika PAS yang memerintah negara Malaysia.

Mari tengok apa jawapan balas penyanyi tersohor negara, Faizal Tahir di bawah. Nampaknya, Faizal dilihat lebih matang dan lebih terbuka berbanding Norman KRU.

 
Ini pula komen faizal Tahir terhadap tweet  Tun Faisal  yang menggerakkan Unit Media Baru UMNO
 
 
 
 
 
-sumber sini dan sini
 

Monday, 29 April 2013

Najib pening kepala dan panas punggong

 Oleh: anaabdullah

"Penulis tidak tahu kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak sehari dua ini kelihatan resah gelisah yang amat sangat. Pasti ada perkara yang buruk akan berlaku selepas PRU 13 5 Mei ini. Atas sebab itulah dia kelihatan buat itu dan buat ini serba serbi tidak kena.

Buat apa pun tidak kena.Seolah olah segala palnnya tak menjadi. Kemungkinan besar ada kaitan dengan kajian pilihanraya yang dibuat oleh Universiti Malaysia oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang mengatakan Anwar Ibrahim lebih popular berbanding Najib Razak .

Pusat kajian tersebut mengumunkan kajian mereka bahawa 43 peratus pengundi di negara ini memilih Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak yang banyak melakukan tranformasi.

Penulis tidak tahu apakah kajian yang dibuat oleh pusat kajian university Malaya suatu kajian yang saintifik dan sebaliknya. Jika kajian tersebut kajian saintifik maka sah pakatan rakyat boleh menang pada PRU 13 5 Mei 2013 ini dan inilah yang membuat Najib resah gelisah. Bukan itu sahaja malahan sering pening kepala dan panas punggong.

Bayangkan, dikatakan RM 58 bilion wang rakyat dihabiskan untuk tujuan menang PRU 13 disamping RM 5.6 bilion untuk beli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM). Yang menghairankan semacam mustahil rakyat jelata tidak memberi sokongan padu pada kerajaan yang diterajui Najib, sedangkan janji itu dan janji ini sudah ditepati berbanding pakatan rakyat yang hanya buat janji kosong konon.

Tidak lebih daripada itu. Bagaimana mungkin boleh terjadi demikian, sedangkan 4.3 juta rakyat diberi wang sebanyak RM 500 satu kepala kepada isi rumah.Mustahil tidak memberi iampak untuk meraih sokongan rakyat.

Pelik juga mengapa rakyat boleh percaya dengan janji kosong pakatan rakyat seperti pendidikan percuma harga kereta murah, minyak petro turun berbanding janji yang telah ditepati oleh kerajaan yang aman dan makmur itu. Lebih lebih lagi, Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Anwar Ibrahim calon popular untuk menjadi perdana menteri berbanding Najib Razak jelas tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi. "

-TKO

Sunday, 28 April 2013

Umno peralat guru ugut ibu bapa pelajar

TANAH MERAH: Seorang ibu, Zaiton Yazid, 40 dari Kampung Cermin, Dun Gual Ipoh mendakwa seramai empat guru datang ke rumahnya baru-baru ini bagi merayu supaya mengundi calon BN.


Katanya, guru-guru terbabit tanpa segan silu memintanya supaya memangkah BN.


“Mereka meminta saya pangkah BN, sekiranya tidak pangkah, buku teks anak saya akan ditarik balik. Selain itu bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga tidak akan diberi.


“Saya terkejut kerana guru-guru datang berkempen bagi pihak calon BN di Gual Ipoh yang juga bekas guru,” katanya ketika ditemui semalam.


Umno Kelantan sekarang ternyata semakin gelabah apabila terpaksa mengerahkan kakitangan kerajaan pusat bagi membantu kempen mereka.


Hampir setiap malam kita boleh melihat kenderaan milik Jabatan Penerangan keluar masuk kampung. Manakala pada sebelah siang beberapa lagi agensi pusat datang menemui penduduk.


Antara yang sering dilihat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kesedar, Kemas, Jasa dan pelbagai lagi.


Seorang lagi penduduk, Jamilah Kassim, 47 dari Kampung Hulu Kusial juga mendakwa didatangi seorang guru meminta supaya memangkah BN.


Katanya, dia juga mengugut akan mengeluarkan anaknya yang belajar di sebuah sekolah di Gual Ipoh sekiranya enggan menyokong calon BN.


Pada Febuari lalu sekumpulan penduduk Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa seorang guru yang juga pemimpin Umno tidak datang mengajar selama dua tahun.


Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 dari Kampung Bechah Laut, mendakwa Bakri Mustapha sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011.



Bakri merupakan Naib Ketua Bahagian Tanah Merah kini bertanding di Dun Gual Ipoh.

-harakah daily

Lebih 2,000 dari suku Murut sertai KEADILAN, BN Beaufort keluar parti

BEAUFORT 28 APRIL: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di Sabah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai KEADILAN ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, semalam.

Sebaliknya, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerah borang keahlian untuk menyertai KEADILAN.

Selain Umno, parti komponen mereka, MCA juga menerima nasib sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Ketua Umum KEADILAN dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di perkarangan rumahnya yang dihadirian ribuan rakyat./KD

Umno 2013 bakal alami nasib MCA 2008



Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan, UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang dipertandingkan pada 5 Mei 2013 sepertimana MCA kehilangan kerusinya pada 8 Mac 2008.

KPRU membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama. Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suatu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan peningkatan dalam kepercayan PR untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13).

Sepertimana MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.  

Faktor kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus sahaja. Walhal ianya dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 yang diambil oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M). Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda untuk membeli rumah.

Jenama 1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib merancangan untuk membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kerana kerajaan BN terpaksa membuka kedai runcit yang menjual barangan murah pada harga yang lebih murah dari pasar raya seperti Giant, Aeon dan 99 Speedmart.

Faktor ketiga adalah insan bergelar Anwar Ibrahim yang mempunyai reputasi yang lebih positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan sezaman.

Pada tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang negara telah melonjak kepada RM502 bilion. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun 1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4 peratus. Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 di bawah pentadbiran Najib.

Dari segi tenaga kerja pula, Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbanding dengan reputasi Najib, reputasi Anwar Ibrahim lebih positif di mata orang awam. Contoh keadaan ini adalah kaum India tidak mempunyai sebarang minat terhadap soal peribadi Anwar dan melihat skandal seks terhadap Anwar hanya sebagai taktik kotor politik UMNO. Berbalik kepada reputasi Najib pula, tindakan kerajaan di sebalik nama Pejabat Pendakwa Raya, perbicaraan liwat terhadap Anwar sebenarnya mencemari reputasi Najib dan pentadbiran beliau sebagai taktik kotor politik murahan.

Bukan sahaja kaum India mengambil keputusan tidak mempedulikan kehidupan peribadi Anwar Ibrahim, malah menurut tinjauan yang dibuat oleh UMCEDEL, 54 peratus responden kaum Melayu setuju Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya meraih sokongan sebanyak 28 peratus.

Faktor keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU13 ini adalah dasar Najib yang dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar ‘flip-flop’ yang pernah dilaporkan oleh KPRU yang berlaku di bawah pentadbiran Najib. Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar ‘flip-flop’ Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas penentangan oleh para penjawat awam.

Kegagalan Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Ianya juga memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau.

Faktor kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran beliau. Antara skandal-skandal yang kembali menghantui Najib adalah skandal Scorpene, Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta perhimpinan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC), kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, skandal kroni AES, skandal kroni emel 1Malaysia, skandal kotor melibatkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap skandal yang melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz, skandal melibatkan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor dan cincin bernilai RM24 juta, skandal perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysa, (Perkasa) yang mendapat perlindungan dan kelulusan pentabiran Najib dan yang terkini, kegagalan pentadbiran Najib menangani masalah keganasan politik yang kian berleluasa dan semakin bahaya.

Ekoran skandal-skandal ini, rakyat mendapat gambaran bahawa soal rasuah yang kononnya giat dibanteras oleh Najib sebenarnya, sebaliknya digalakkan oleh Najib. Ianya kelihatan seperti Najib lebih rela melindungi kroni-kroninya dari membantu rakyat keluar dari belenggu hutang dan kemiskinan.

Selanjutnya baca sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers