KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah
laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai
persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.
Video sumpah
yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada
benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma
Key' (latar belakang hijau).
Ini kerana, beberapa kecacatan
dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di
sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.
Bagi
masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat
mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi
menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan
umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan pertama
yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di
sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran
dengan Multazam.
Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa
ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di
sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau betul dia berdiri
di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan
bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.
"Perhatikan
betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super
imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.
Selain
itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang
didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan
orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.
Ada juga yang
mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah
bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.
"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
- harakah daily
Friday, 3 May 2013
Comments (9)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?
2013-05-03T21:38:00+08:00
hangit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
umno taik · 621 weeks ago
baba · 621 weeks ago
SentiasaPanas · 621 weeks ago
anuari · 621 weeks ago
FSCK - APA_GOMO · 621 weeks ago
kalau nak berdiskusi pasti kan ada ilmu... bodo punya anjing umno ni..
Wakebon · 621 weeks ago
Ko ni bawak2 la mengucap. ingat yang Esa..Ikhlas dengan diri ko tu. Duit bukan Tuhan..nanti sampai masa kita nak mengadap yang Maha Esa. Ko tak takut ke?...kat sana sape pun tak kebal..termasuklah ko..
anuari · 621 weeks ago
Wak Abu · 621 weeks ago
Patutnya ke mahkamah dulu. Dah mahkamah buat keputusan "salah" barulah boleh sumpah laknat. Itupun kalau dia rasa tak salah dan ingin membuktikannya melalui sumpah!! Yang didakwa dulu buat sumpah laknat kemdian barulah yang mendakwa pula bersumpah sama.
Belajarla.....jangan nak pesongkan umat macam puak gerombolan buat. Mencacai, mencacai jugak tapi janganlah sampai nak tabur fitnah dan sebut nama buruk2 pada org lain. Ini masalahnya kalau mak bapak cuma tau buat anak tapi tak tau nak bagi didikan agama kat anak spt sedara.
chacha · 621 weeks ago