PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 18 May 2013

"KAMU INGAT NEGARA INI BAPA KAMU YANG PUNYA?"

Oleh : AHMAD FADLI KC



KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.


"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.


Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.


Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.


Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.



Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.



Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.



"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat. (Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.



Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.



Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular. (MKINI)

Rasa tidak puas hati dikalangan parti BN berkenaan jawatan Kabinet


Datuk Sri Najib (dua dari kanan) dan Tan Sri Muhyiddin (du dari kiri) bersalaman dengan pemimpin BN pada mesyuarat BN yang diadakan di PWTC baru-baru ini. - Gambar oleh Choo Choy May
 
 
 
 
KUALA LUMPUR, 18 Mei —

Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.


Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu.

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”.

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.

MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini.

“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman.

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata,” Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.

“Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang,” katanya.

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas.

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India.

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.(TMI)
 

Friday, 17 May 2013

Dr Agus persoal kenyataan Zahid

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.



“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.



Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.



“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.


Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.


“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.


Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.


Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.


“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.


“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.(harakahdaily)

Menteri Dalam Negeri Yang Baru Ni Terlebih Garang Pulak...

Oleh: Shahbudin Husin

ugas pertama Ahmad Zahid Hamidi sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru bagi menggantikan menteri sebelumnya, Hishammuddin yang hanya gemar memberi amaran ialah dengan menyarankan golongan yang enggan menerima sistem pilihanraya negara ini agar berpindah ke negara yang menjalankan sistem pilihanraya yang mereka gemari.

Katanya, sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan majoriti mudah dan bukannya berasaskan undi popular yang banyak digunapakai di beberapa negara republik, lantaran itu mereka harus menerima apa saja keputusan daripadanya dan bukannya membantah dengan mengadakan perarakan seperti Black 505 sambil memakai baju hitam seperti yang diadakan sekarang.

Jika mereka enggan menerima sistem yang ada, lebih baik mereka berpindah ke negara lain, demikian lebih kurang saranan Zahid yang sebenarnya berupa separuh amaran juga.

Amboi, garangnya!!

Nampaknya sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru, beliau juga seperti terjangkit penyakit Hishammuddin yang amat gemar memberi amaran dalam banyak isu. Bagaimanapun saranan Zahid ini seperti untuk menunjukkan kepada umum beliau merupakan seorang Menteri Dalam Negeri yang garang dan tidak boleh dibuat main-main.

Beliau mahu orang takut kepadanya, walaupun beliau sebenarnya lebih kerap senyum daripada marah.

Tidak salah untuk Zahid menjadi garang atau terlebih garang sekali pun, lebih-lebih lagi dalam menghadapi pelbagai cabaran di kementerian barunya itu tetapi biarlah garangnya itu bertempat. Berteriak garang dengan meminta mereka yang mempertikaikan keputusan pilihanraya supaya berpindah ke negara lain jelas merupakan hujah yang terkeluar daripada topik yang sepatutnya.

Pakatan Rakyat dan golongan muda yang tertarik mengadakan demonstasi bantahan terhadap keputusan pilihanraya hanya mempertikaikan pengendalian pilihanraya yang mereka percayai adanya unsur-unsur penipuan. Mereka tidak mempertikaikan sistem, mereka hanya mempertikai keputusan dan pengendalian oleh SPR.

Tindakan mereka mengangkat undi popular sebagai dalil kemenangan sebenarnya hanyalah hujah politik semata-mata. Ia tidak bermaksud mempertikaikan sistem. Dalam menghadapi hujah politk seperti itu, Zahid sepatutnya menggunakan hujah politik juga. Menggunakan hujah supaya mereka berpindah ke negara lain hanya menampakkan lagak sombong dan angkuh seorang pemimpin yang baru memperolehi kuasa.

Lagak seperti itu tidak akan memadamkan api, bahkan menyemarakkan lagi api kemarahan mereka. Sepatutnya hujah undi popular itu tidak perlu dilayan sangat kerana semua orang memahami sistem politik dan pilihanraya yang didiamalkan di negara ini. Ia sekadar penyedap kata-kata sahaja.

Bagaimanapun sebagai menteri yang baru di mana sejak empat tahun lalu rakyat begitu kecewa dengan menteri yang brtanggungjawab mengenai keamanan dan keselamatan, Zahid harus menggunakan kebijaksanaannya dalam menangani situasi yang ada. Rakyat mahukan nafas baru dalam diri seorang Menteri Dalam Nageri.

Kalau boleh kurangkan bercakap dan ghairah memberi amaran. Apa yang rakyat mahukan ialah undang-undang dilaksanakan tanpa kompromi dan pilih bulu. Biarlah kurang kurang bercakap asalkan kesan tindakan sebagai orang menteri dapat dirasakan oleh rakyat. Tidak guna bercakap banyak memberi amaran, memantau dan sebagainya tetapi hasilnya kosong.

Jika tidak, pertukaran jawatan beliau dengan Hishammuddin tidak ada beza sama-sekali. (SH 17/05/2013)

Pengerusi Sekolah Mubaligh Kristian Dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi .. TAHNIAH!!!



Sekolah Mubaligh di perkasa.. Sekolah Agama Rakyat dipinggir

Thursday, 16 May 2013

Saiful Bukhari bertemu jodoh personaliti TV3

Pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini.

Saiful akan berkahwin dengan seorang personaliti TV3 yang pernah bertugas di meja jenayah dan politik, Nik Suryani Megat Deraman.

"Mereka berkenalan selepas perbicaraan kes itu selesai. Hubungan mereka berputik apabila Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran," kata sumber TV3.

Majlis pada 25 Mei itu juga direncanakan berlangsung di kampung Nik Suryani di Terengganu.

Nik Suryani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan walimatus urus itu tetapi enggan mengulasnya buat masa ini.(Malaysiakini)
 

Kabinet: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar


UALA LUMPUR: “Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Anwar.”

Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.

Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini  bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.

“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.

“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.

Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.

“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.

Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu.

"Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua negeri tersebut sebagai fixed deposit BN,” jawab sumber Umno itu.

Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet.

“Ego tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang ada pada mereka?

"Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan Islam,” terang sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya, “Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?”

“Ya. Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet.

"Dalam PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda berinternet tolak BN secara total.

"Lukislah sempadan macam mana pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan persempadanan semula,” tegas beliau sebelum telefon terputus./~harakahdaily

Wednesday, 15 May 2013

WANITA LINDUNGI PENGGANAS DIDAKWA

TAWAU : Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas. Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau, kelmarin.


Norhaida, tertuduh wanita pertama dalam kes ini, didakwa melindungi sekumpulan pengganas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna dari 9 Feb hingga 22 Mac lalu.

 
Dalam prosiding itu juga, seorang lagi warga tempatan, Abdul Majil Jubin, 41, didakwa atas dua pertuduhan iaitu melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Lihak-Lihak, Semporna dari 9 Feb hingga 13 Mac.


Seramai lapan warga Filipina turut didakwa hari ini atas dua pertuduhan melibatkan keganasan.



Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan dibuat oleh kesemua tertuduh. Datu Amirbahar Hushin Kiram, anak saudara kepada ketua pengganas Jamalul Kiram, didakwa bersama tujuh warga Filipina lain setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Datu Amirbahar, Rijmal Salleh, Saidili Jaharul, Dani Ismail, Pabblo Alie, Mohamad Ali Ahmad, Basil Samiul dan Rizman Gulan didakwa melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.



Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Feb dan 10 April lalu di beberapa lokasi berasingan iaitu Kampung Tanduo, Lahad Datu; Kampung Muanad, Beluran dan di Jalan Lihak-Lihak, Semporna.



Bagi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup manakala pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas menurut Seksyen 130KA kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda.



Bagi kesalahan melindungi pengganas, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun atau denda.



Selepas selesai prosiding, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu pemberita kes terhadap 14 warga Filipina dan seorang warga tempatan, Abd Hadi Mawan, 49, turut didengar hari ini di hadapan Hakim P. Ravinthran.



Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Hakim Ravinthran menetapkan 7 Jun untuk sebutan semula.



Abdul Gani berkata pada tarikh sama juga, kes pengakuan kesemua tertuduh akan diambil (sekiranya diwakili peguam) dan hakim akan memutuskan sama ada kes tersebut perlu dibicara bersama atau sebaliknya.



Peguam pemerhati bagi warga Filipina, Datuk John Sikayun memberitahu pemberita bahawa ketika prosiding, pihak pendakwaan telah mengemukakan permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan pada 7 Jun ini juga peguam bagi pihak tertuduh akan hadir ke mahkamah, sama ada peguam yang dilantik oleh tertuduh sendiri atau oleh pihak kedutaan Filipina.

Mereka yang dituduh sebelum ini bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong ialah Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Masir Aidin, Ismail Yasin, Anwar Salib Akhmad, Binhar Salib Akhmad, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, Salib Akhmad Emali, Wazir Osman@Abdul, Abd Hadi Mawan, Tani Lahad Dahi dan Julham Rashid.



Kesemua mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas bersama Aiman Radie, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir. Selain itu, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas dan Salib Akhmad (juga didakwa memerangi Yang di-Pertuan Agong) turut didakwa merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas dan melindungi pengganas.



Sehingga kini, 29 tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut pelbagai kesalahan keganasan dan 26 daripadanya adalah warga Filipina, selebihnya termasuk seorang wanita adalah warga tempatan.

Kesemua mereka sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah di Lahad Datu, Semporna dan Beluran.



Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu Bernama bahawa prosiding yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Tinggi Tawau itu terpaksa ditukar ke Penjara Tawau atas faktor keselamatan. Sekitar kawasan penjara dikawal ketat oleh unit kawalan udara serta anggota keselamatan bersenjata. (Bernama)

Senarai Kabinet: Khairy menteri, P Waythamoothy timbalan menteri





(Najib umumkan kabinetnya dengan diperhatikan Muhyidin)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan Kabinetnya yang baru dengan memasukkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan dan P Waythamoothy pemimpin Hindraf sebagai timbalan menteri.

Tidak seorang pun pemimpin MCA dan Gerakan dimasukkan dalam kabinet yang diumumkan secara langsung melalui TV hari ini. Bagaimanapun, kata Najib, pintu masih terbuka untuk mereka jika mengubah keputusan sebelum ini.



Berikut senarai penuh kabinet Najib yang baru.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
: Datuk Seri Najib Abdul Razak

Timbalan PM dan Pelajaran: Tan Sri Muhyidin Yasin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Joseph Kurup
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul Low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


P Waythamoorthy
Datuk Razali Ibrahim

Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran II: Datuk Seri Idris Jusoh

Dalam Negeri
: Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi

Pertahanan:
Datuk Seri Hishamudin Husein

Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pemangku)

Pelancongan
: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

Luar Negara: Datuk Seri Anifah Aman

Kerjaraya: Fadilah Yusof

Kesihatan:
Dr S Subramaniam

Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin                                 


Sumber Manusia: Richard Riot

Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi:
Hassan Malik

Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Seri Mustapa Mohamad                    

Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin

Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk G Palanieval

Tenaga, Teknologi Hijau dan Air:
Datuk Maximus Ongkili  

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
: Datuk Shafie Apdal                      


Industri Pertanian dan Komoditi: Douglas Uggah Embas

Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar: Abdul Rahman Dahlan              

Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat: Rohani Abdul Karim                                     


Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

-Sumber

TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis

KUALA LUMPUR: Antara kejayaan besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah berjaya menonjolkan nilai Islam yang menolak perkauman dan tidak sesekali menzalimi kaum-kaum lain.

Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, pendekatan Tuan Guru Nik Aziz itu telah menyebabkan bukan sahaja Islam itu dipandang tinggi, malah orang bukan Islam juga menyambut baik perjuangan Islam itu sendiri.

"Saya yakin, misi dakwah yang merentasi bentang perkauman dan darah bangsa yang dibawa oleh Tuan Guru telah berhasil menumpulkan keris nasionalis yang diasah oleh golongan-golongan tertentu.

"Hasilnya, non muslim begitu menyambut baik perjuangan Islam dan tanpa segan silu mengangkat panji-panji perjuangan Islam kerana yakin bahawa Islam tidak pernah menzalimi penganut agama lain sebagaimana yang telah terbukti di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Serah Tugas Menteri Besar di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu juga kata Ahmad, 23 tahun memerintah Kelantan Tuan Guru juga telah membuktikan bahawa golongan ulamak juga mampu mengurus tadbir negeri.

Katanya, bekas Menteri Besar Kelantan itu telah berjaya memecahkan persepsi sebahagian besar rakyat Kelantan bahkan seluruh negara khususnya terhadap golongan ulama.

"Jika sebelum ini, persepsi rakyat terhadap golongan ulama ialah ulama tidak boleh mentadbir dan hanya layak berada di beranda madrasah atau masjid membelek kitab kuning untuk dibaca di dalam kuliah, tetapi hari ini dengan kejayaan YB Tuan Guru mentadbir negeri Kelantan lebih daripada dua dekad, persepsi ini telah berjaya diranapkan," katanya.

Tuan Guru ujarnya telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah itu sejak tahun 1990 lalu.

Ianya boleh diukur denga pelbagai saranan dan pembaharuan dibuat sehingga membuka mata ramai pihak bahawa sebenarnya Islam lebih layak untuk mentadbir berbanding syariat ciptaan manusia.

Menurut Ahmad lagi, kejayaan pentadbiran Tuan Guru yang memandu masyarakat dengan agama, lebih penting dari kejayaan membina bangunan yang tinggi dan jalan raya yang bersimpang siur.

Umum maklum katanya, bahawa Tuan Guru memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk perjuangan parti bahkan beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya.

Tuan Guru juga sering memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan malah beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

"Sungguh ketara sekali, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

"Hasilnya, sekalipun silih berganti pemimpin di peringkat kerajaan pusat, kerajaan Kelantan alhamdulillah gagal dijatuhkan dalam enam kali pilihanraya umum berturut-turut, satu tempoh yang cukup lama bagi sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan untuk bertahan sekalipun diasak dengan pelbagai serangan," kata Ahmad.//harakahdaily

Tuesday, 14 May 2013

Susunan Kabinet - Kedudukan Hishammuddin Paling Jadi Perhatian

Oleh: Shahbudin Husin

Perdana Menteri, Najib Razak dijangka mengumumkan susunan kabinetnya barunya minggu ini. Ada laporan mengatakan pengumuman akan dibuat esok dan majlis angkat sumpah akan diadakan pada Rabu di Istana Negara.

Antara isu utama yang menjadi perhatian ialah sama ada kabinet kali ini melibatkan wakil Cina atau tidak. Ini berikutan MCA dan Gerakan telah mengumumkan penolakan sebarang jawatan dalam kabinet susulan prestasi buruk masing-masing dalam pilihanraya 5 Mei lalu.

Apakah MCA dan Gerakan kekal dengan pendirian itu sehingga ke sudah atau berubah fikiran di saat-saat akhir?

Atau jika MCA dan Gerakan kekal tidak mahu menyertai kabinet, kelompok Cina mana pula yang menjadi pilihan Najib untuk menganggotai kabinet. Apakah mereka yang dipilih nanti mewakili mana-mana NGO, golongan profesional atau mana-mana tokoh masyarakat Cina yang dirasakan sesuai oleh Najib.

Atau mungkinkah buat kali pertama susunan kabinet kali ini tidak diwakili oleh menteri dari orang Cina?

Semuanya menjadi perhatian dan perbualan sekarang ini sehinggalah ia akan terjawab dengan sendirinya apabila pengumuman dibuat nanti.

Selain kemungkinan siapa yang bakal dilantik, siapa bakal bertukar kementerian dan siapa bakal digugurkan, kedudukan yang paling menjadi perhatian ialah mengenai Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri sekarang yang juga merupakan sepupu kepada Najib.

Berbanding lain-lain menteri yang sedia ada, Hishammuddinlah yang paling diperhatikan dan menjadi bualan, tidak saja oleh rakyat biasa tetapi juga oleh ahli UMNO sendiri.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dengan pelbagai isu keselamatan, jenayah yang meningkat, isu himpunan Bersih, Lahad Datu, politik dan sebagainya, kedudukan Menteri Dalam Negeri paling banyak diperkatakan, lebih-lebih lagi pendapat umum hampir sepakat bahawa Hishammuddin terlalu lembik untuk memegang jawatan tersebut.

Dalam banyak isu yang berlaku, beliau dilihat hanya banyak memberi amaran, tetapi apabila amarannya tidak diendahkan, beliau sebaliknya gagal bertindak sehingga wibawa beliau sering menjadi momokan ramai. Malah ada yang menggelarnya Menteri Amaran Dalam Negeri saja. Ramai juga yang membandingkannya dengan Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelum ini dan hasilnya ramai yang kecewa dengan prestasi beliau.

Bukan saja rakyat biasa dan orang tidak berparti mempertikaikannya, bahkan ahli dan pemimpin UMNO sendiri ramai yang kecewa dengan prestasinya di Kementerian Dalam Negeri.

Dalam susunan kabinet ini, ramai yang mengharapkan Hishammuddin ditukarkan ke kementerian lain dan tempatnya digantikan dengan pemimpin lain yang lebih tegas dan tinggi wibawanya. Sudah ada juga laman inernet yang mengadakan undian awam untuk meminta pendapat orangramai sama ada beliau wajar dikekalkan di Kementerian Dalam Negeri atau ditukarkan ke kementerian lain.

Dan seperti yang diduga undian yang mahukan beliau ditukarkan sangat tinggi berbanding yang mahukannya kekal pula sangat sedikit.

Selain itu terdapat blog-blog pro UMNO yang menulis secara terbuka meminta Najib agar menukarkan sepupunya itu ke kementerian lain. Kata mereka, tukarlah ke kementerian lain yang tidak memerlukan menterinya seorang yang tegas dan berani seperti Kementerian Pelancongan, Luar Bandar, Pertanian atau Kebudayaan. Yang penting asalkan bukan di Kementerian Dalam Negeri.

Tetapi sebagai Naib Presiden UMNO, Najib juga tidak boleh memberi kementerian yang tidak penting kepada sepupunya itu. Segala-galanya terserah kepada Najib sebagai Perdana Menteri untuk memutuskannya, namun jika Najib mengekalkan juga Hishammuddin di Kementerian Dalam Negeri, ia adalah kekecewaan rakyat dan ahli UMNO yang paling besar terhadap Najib dalam tempoh terdekat ini. ( SH 13/05/2013)

Monday, 13 May 2013

LAHAD DATU, BANDAR DIRAJA KIRAM?

ROSAK....Parit yang rosak teruk di hadapan Maybank terbiar begitu lama sehingga banyak kenderaan rosak tetapi MDLD hanya tutup mata. Peniaga terpaksa menyimen longkang tetapi dihalang.

Saudara Pengarang,


TAHNIAH kepada dua calon BN, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Datuk Haji Mohd Yusof Apdal kerana telah memenangi PRU-13 dengan majoriti besar sekalipun mutu perkhidmatan mereka setaraf dengan kelas kambing.


Sepanjang perkhidmatannya sebagai ADUN Lahad Datu dan Pembantu Menteri kepada Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasrun seperti tidak pernah 'Wujud' dalam pemikiran para pengundi Cina di Lahad Datu kerana tidak pernah mengambil tahu hal ehwal para peniaga yang tersepit di celah karenah birokrasi Majlis Daerah Lahad Datu.


Majlis Daerah Lahad Datu juga hanya tinggal nama apabila tidak mesra pelanggan dan peniaga yang bukan sahaja tersepit oleh masalah penjaja haram, PATI, pembinaan bangunan tanpa peraturan, kesesakan lalu lintas yang melampau, pencerobohan Taman Palma untuk membina gerai, jalan berlubang, mendirikan gerai swasta dan pelbagai masalah samping; sinonim Bungao atau Tawi-Tawi; bukan lagi Lahad Datu yang amat terkenal suatu ketika dahulu sebagai Majlis Daerah terbaik di Sabah.



Kini kegagalan Nasrun sebagai ADUN dan Pembantu Menteri bakal diwarisi oleh ADUN Baru, Yusof Apdal yang sejak menang pilihanraya pada 5 Mei 2013 belum lagi pernah menemui pengundi atau mengadakan lawatan ke Pekan Lahad Datu, 'Bandar Sampah @ Bandar PATI'; sekalipun semasa berkempen menabur pelbagai janji.


Sebagai peniaga kami amat kesal kerana semua sistem perparitan di dalam Bandar Lahad Datu terutama di kawasan Dataran Palma tersumbat dan berbau busuk serta semua pembetung mengalirkan najis di permukaan jalan.


Lebih menyedihkan, jalan utama ke Malayan Banking tidak dapat dilalui sejak tiga bulan lalu kerana besi penutup lubang hilang atau rosak teruk kerana mutu pembinaan yang rendah sehingga kereta kami rosak teruk.


Memandangkan tidak ada sebarang tindakan diambil, maka ada di antara kami terpaksa menuang simen untuk menutup lubang parit berkenaan tetapi di halang oleh MDLD setelah hampir siap. Anehnya mereka tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.


Jika ADUN lama yang kini menjadi Ahli Parlimen Silam terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur dan ADUN Baru yang belum mendirikan sebarang tiang rumah di Lahad Datu, maka nasib kami penduduk Lahad Datu terpaksa mengalihkan sokongan kepada DAP dan yakin PKR mampu membantu kami mengatasi masalah ini pada masa akan datang.


Sewajarnya Pengerusi dan Pegawai Eksekutif MDLD sudah lama dipecat ekoran status Lahad Datu yang telah dijenamakan sebagai 'Bandar DiRaja Kiram!'


Salam Hormat;



WONG P.K.
 

Sunday, 12 May 2013

Citer Pasal Ibrahim Ali Lepas PRU

Selepas PRU semua orang bertanya pasal Ibrahim Ali. Ke mana sebenar Ibrahim Ali ini?

Note:
Ada orang minta cari..  cuba cari Zul Nordin...

http://tranungkiteoffline.blogspot.com
  
          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers