ROSAK....Parit
yang rosak teruk di hadapan Maybank terbiar begitu lama sehingga banyak
kenderaan rosak tetapi MDLD hanya tutup mata. Peniaga terpaksa menyimen
longkang tetapi dihalang.
Saudara Pengarang,
TAHNIAH
kepada dua calon BN, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Datuk Haji Mohd
Yusof Apdal kerana telah memenangi PRU-13 dengan majoriti besar
sekalipun mutu perkhidmatan mereka setaraf dengan kelas kambing.
Sepanjang
perkhidmatannya sebagai ADUN Lahad Datu dan Pembantu Menteri kepada
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasrun seperti tidak pernah
'Wujud' dalam pemikiran para pengundi Cina di Lahad Datu kerana tidak
pernah mengambil tahu hal ehwal para peniaga yang tersepit di celah
karenah birokrasi Majlis Daerah Lahad Datu.
Majlis
Daerah Lahad Datu juga hanya tinggal nama apabila tidak mesra pelanggan
dan peniaga yang bukan sahaja tersepit oleh masalah penjaja haram,
PATI, pembinaan bangunan tanpa peraturan, kesesakan lalu lintas yang
melampau, pencerobohan Taman Palma untuk membina gerai, jalan berlubang,
mendirikan gerai swasta dan pelbagai masalah samping; sinonim Bungao
atau Tawi-Tawi; bukan lagi Lahad Datu yang amat terkenal suatu ketika
dahulu sebagai Majlis Daerah terbaik di Sabah.
Kini
kegagalan Nasrun sebagai ADUN dan Pembantu Menteri bakal diwarisi oleh
ADUN Baru, Yusof Apdal yang sejak menang pilihanraya pada 5 Mei 2013
belum lagi pernah menemui pengundi atau mengadakan lawatan ke Pekan
Lahad Datu, 'Bandar Sampah @ Bandar PATI'; sekalipun semasa berkempen
menabur pelbagai janji.
Sebagai
peniaga kami amat kesal kerana semua sistem perparitan di dalam Bandar
Lahad Datu terutama di kawasan Dataran Palma tersumbat dan berbau busuk
serta semua pembetung mengalirkan najis di permukaan jalan.
Lebih
menyedihkan, jalan utama ke Malayan Banking tidak dapat dilalui sejak
tiga bulan lalu kerana besi penutup lubang hilang atau rosak teruk
kerana mutu pembinaan yang rendah sehingga kereta kami rosak teruk.
Memandangkan
tidak ada sebarang tindakan diambil, maka ada di antara kami terpaksa
menuang simen untuk menutup lubang parit berkenaan tetapi di halang oleh
MDLD setelah hampir siap. Anehnya mereka tidak melakukan sesuatu untuk
mengatasi masalah ini.
Jika
ADUN lama yang kini menjadi Ahli Parlimen Silam terpaksa berhijrah ke
Kuala Lumpur dan ADUN Baru yang belum mendirikan sebarang tiang rumah di
Lahad Datu, maka nasib kami penduduk Lahad Datu terpaksa mengalihkan
sokongan kepada DAP dan yakin PKR mampu membantu kami mengatasi masalah
ini pada masa akan datang.
Sewajarnya
Pengerusi dan Pegawai Eksekutif MDLD sudah lama dipecat ekoran status
Lahad Datu yang telah dijenamakan sebagai 'Bandar DiRaja Kiram!'
Salam Hormat;
WONG P.K.