PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 3 November 2012

TERKINI : Hujan Tak Malapkan Semangat Himpunan Rakyat (Live: Video Inside)




SEREMBAN  3 NOV : Meskipun hujan lebat berterusan dan kawasan tapak digenangi air, ia tidak menghalang orang ramai dari terus membanjiri tapak di Taman Seremban Jaya untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Sehingga jam 8.30 malam dianggarkan kehadiran orang ramai telah melebihi 5,000 orang dan dijangka terus bertambah.

Barisan kempimpinan tertinggi PR seperti Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka akan tiba di tapak HKR pada bila-bila masa untuk memberi ceramah.

Selain itu turut kelihatan di tapak HKR, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Sebelum ini, hadirin di himpunan tersebut dihiburi konsert oleh artis-artis seperti Aishah, Dayangku Intan dan Nizam Laksamana.
Himpunan tersebut dimulakan dengan konvoi motosikal yang bermula dari Stadium Paroi petang tadi.

Sebanyak 200 motosikal dan 50 buah kereta telah berlepas dari Stadium Paroi di sini dan menghala ke Taman Seremban Jaya bagi menyertai “himpunan kebangkitan rakyat” yang bertujuan meningkatkan semangat aktivis Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya ke-13.

Konvoi tersebut berlepas setelah Polis Daerah Port Dickson memberi kebenaran kepada selepas perbincangan dengan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.
Konvoi tersebut berlepas jam 3.30 petang setelah hujan lebat berhenti.

Orang ramai yg berada di sepanjang jalan turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing dan memberi tanda tangan isyarat bagus.

Dilaporkan sebelum ini bahawa polis Negeri Sembilan tidak membenarkan himpunan dan konvoi tersebut diadakan kerana penganjur “tidak mempunyai permit”.

Ini Senarai MP Dan Adun Di Sabah Bakal Keluar BN?

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.

'Ini kali lah' BN pasti tumbang di Sabah pada PRU-13

Wawancara ekslusif wakil Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB, MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA, MUHAMMAD ADZHAR dan WAN ZAHARI SALLEH bersama bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufort di Parlimen pada 1 November lalu.

HARAKAH: Dato'. Langkah Dato' menyeberang kepada Pakatan Rakyat dalam masa yang sama sebelum ini Dato' ada kedudukan dalam parti, dalam kerajaan dan menjadi wakil rakyat BN, apa sebenarnya faktor yang mendorong untuk dato' melakukan perubahan itu?

DATO' SERI LAJIM UKIN : Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Harakah kerana sudi menjemput untuk saya bercakap soal politik Sabah dan nasional. Saya buat keputusan ini setelah saya buat tinjauan dan perhitungan perkembangan politik di Sabah dan sebelum saya huraikan satu persatu saya mohon maaf kepada pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat nasional, kerana ini isu rakyat Sabah yang telah diabaikan oleh Umno-BN di Sabah dan pimpinan Umno-BN di Kuala Lumpur. Oleh itu saya buat pertimbangan yang boleh memberi satu langkah awal menyedarkan pimpinan di peringkat pusat khasnya BN dan juga PR agar bila kita ambil alih pentadbiran Putrajaya dan Negeri Sabah khasnya, seharusnya  kita tidak mengulangi sejarah pentadbiran Umno-BN. Saya buat keputusan setelah tujuh bulan membuat tinjauan hasrat rakyat Sabah dan melihat perubahan politik nasional dan saya berfikir, ini tidak akan menjadi kenyataan bagi rakyat Sabah, jika tidak kita bersama-sama pimpinan membuat perubahan kepada Sabah dan nasional khasnya.

Dato' telah lama duduk dalam Umno-BN dan menjawat jawatan penting, apakah kepincangan di Sabah yang menyebabkan Dato' keluar daripada Umno?

Tiada sesuatu yang dapat dibangggakan oleh rakyat Sabah. Memanglah tidak boleh dinafikan BN sejak dahulu hingga kini ada melaksanakan program pembangunan seperti membina universiti, infrastruktur dan sebagainya, tetapi tidak menjadi realiti dan menyeluruh kepada rakyat Sabah khasnya masyarakat luar bandar yang dinafikan hak mereka khasnya dalam aspek pembangunan infrastruktur air, elektrik selain sekolah yang masih daif. Hal ini seharusnya tidak boleh berlaku kerana negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun, dan Sabah sendiri telah bersama Malaysia hampir 50 tahun dan seharusnya BN, telah memerintah begitu lama tidak bertukar kerajaan di peringkat nasional, hanya ada pertukaran di peringkat negeri dan walaupun beberapa kali bertukar Perdana Menteri, mahupun ketua menteri, namun BN masih kekalkan kerajaan dan malangnya Sabah sebuah negeri terkaya di Malaysia, namun Sabah paling tinggi kemiskinannya. Kemudahan infrastruktur yang tidak sama seperti Semenanjung. Kita tiada lebuhraya, hanya ada jalan raya diturap sahaja, tiada prasarana yang secukupnya. Ini mendorong saya dan dorongan rakyat, yang mahukan arus perubahan. Saya mahu mengikut kehendak rakyat Sabah sendiri.

Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman mengatakan, keluarnya Dato' daripada Umno tidak beri kesan kepada politik Sabah, apa komen Dato'?

Itu pada persepsi Musa Aman, memang mereka akan kata tidak ada perubahan, tetapi pada zahirnya, bahawa perkara ini sudah menjadi kenyataan pertamanya BN bimbang untuk adakan Pilihan Raya Umum ke-13. Sebelum ini Sabah dan Sarawak simpanan tetap bagi BN pada pilihan raya umum ke-12, namun kali ini telah berlaku perubahan yang membimbangkan BN. PM sendiri masih lagi tidak berani membubarkan Parlimen. Ini jelas Sabah tidak menjamin BN menang dalam PRU akan datang. Tetapi sebagai Pengerusi BN Sabah, Musa akan pertahankan kononnya rakyat masih lagi sokong BN, sedangkan rakyat sudah lama tolak BN sejak 2008. Hanya pada tahun 2008 rakyat kurang informasi daripada Semenanjung.

Kini, isu hangat diperkatakan isu kemasukan dana RM40 juta membabitkan Musa Aman kononnya dari Hong Kong, boleh Dato' ulas hal ini, bagaimana berlaku?

Pertamanya saya sebahagian  daripada Ahli Perhubungan Umno Sabah (dahulu), jika betul wang itu disalurkan kepada parti, mengapa ramai ahli jawatankuasa perhubungan tidak tahu hal ini? Ini Bersesuaian dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno, kalau tidak silap saya selepas Najib mengambil alih kepimpinan Umno beliau menegaskan supaya apa sahaja sumbangan diberi oleh sesiapa pun, mesti melalui perhubungan Umno. Keduanya, MT juga memutuskan apa-apa sumbangan individu harus ada resit supaya tiada tuduhan bahawa wang itu didermakan bukan untuk peribadi tetapi kepentingan sendiri.

Tetapi kita sangat hairan pertamanya selaku  ahli perhubungan, ramai yang tidak tahu duit sebegitu banyak itu melalui siapa dan kepada siapa? Tapi rakyat tahu, pemimpin Umno di Sabah pun tahu, ia adalah sumbangan daripada individu kroni Ketua Menteri Sabah. Dan ini satu kesilapan besar apabila kerajaan dan pimpinan sekarang ini masih melindungi orang yang lakukan kesalahan, kesalahan nyata.

Wang itu katanya datang dari Hong Kong, pada saya apakah ada orang Hong Kong yang berikan sumbangan, kenapa tidak masuk akaun Umno Sabah, kenapa dibawa secara tunai oleh seorang yang ada kaitan dengan Ketua Menteri? Individu itu ditahan dan akhirnya disiasat, tapi kerajaan kata kononnya ini sumbangan kepada Umno Sabah. Tetapi dalam hal undang-undang tindakan ini sudah salah, kita bawa lebih wang daripada sesebuah negara melebihi had, sedangkan ada peraturan berapa banyak yang boleh dibawa masuk dan keluar, ini integritinya sudaha jelas bahawa orang ini telah salah gunakan akta penggubalan dan juga akta negara mana sahaja yang melebihi had boleh dibawa masuka atau keluar.

Adakah isu ini boleh memecahbelahkan Umno dan BN di Sabah?

Saya melihat di peringkat pimpinan  Umno Sabah pun mereka tidak bersatu sebenarnya, mereka tahu Naib Presiden Umno, Dato' Shafie Apdal terpaksa ikut dan akur sahaja dengan keputusan pihak atasan walaupun Shafie kata kelihatan kononnya mereka bersatu,  dan mereka ini pun saya lihat meraba-raba dalam soal RM40 juta. Sebagai Naib Presiden, Shafie sendiri meraba-raba berkenaan isu ini. Oleh kerana pengumuman telah dibuat oleh kerajaan maka mereka terpaksa mengiyakan dan mengatakan itu duit Umno. Pada lahirnya hati mereka, mereka juga masih tertanya, saya tahu sebab saya dekat dengan mereka dan saya yakin Bendahari Umno Sabah sendiri tahu dari mana datangnya wang ini.

Saya cukup yakin bahawa, pertama bukan sahaja pimpinan peringkat negeri malahan rakyat juga akan memikirkan mengapa wang sebanyak ini keluar dari sabah kemudian dikembalikan kepada Sabah dan tidak mengikut saluran yang betul. Dan kenapa masih ada rakyat yang miskin sedangkan mereka patut terima wang RM40 juta itu. Kalau kita kata kita buat rumah, berapa rumah yang telah dibina dan disiapkan? berapa banyak katakan di kawasan kampung-kampung yang belum dapat air bersih. Berapa banyak tangki-tangki air yang telah kita buat dan bina. Ini dikatakan wang Umno padahal sebaliknya wang individu.

Isu Musa Aman simpan duit di luar negara, banyak isu peribadi membabitkan pengumpulan kekayaan, bagaimana Dato' melihat ini?

Saya tidak nafikan Musa Aman seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi yang saya persoalkan bagaimana setelah Musa memegang jawatan KM Sabah, bagaimana beliau boleh tambahkan kekayaannya, sedangkan beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam syarikat dan tidak boleh memiliki syarikat sendiri.

Itu yang menjadi persoalan rakyat sekarang sedangkan mengikut laporan wangnya berjumlah bukan jutaan malahan bilion. Jadi pihak berkuasa sepatutnya siasat dan di sini tidak boleh timbul isu pilih kasih. sebab jika Najib mempertahankan integritinya sebagai PM, sepatutnya Musa Aman disiasat dan siasatan harus telus bukannya setengah pihak disiasat dan setengah lagi tidak.

Jika Musa Aman didapati tidak bersalah dan duit itu beliau dapat dengan cara yang betul, beliau dapat naikkan imej Umno bukan sahaja di Sabah malah Malaysia. Apa jua tohmahan pertuduhan yang dilemparkan oleh para pemimpin bukan sahaja daripada pembangkang malahan individu-individu lain yang buat tuduhan bahawa Musa Aman yang begitu kaya dengan balak, kontrak dan sebagainya. Tapi kalau disiasat Musa tidak bersalah dan beliau ikut peraturan dan tidak menyalahi sebarang kesalahan di bawah akta anti rasuah, lagi bagus. Persepsi masyarakat,orang ini kaya sebab beliau buat projek mungkin anak keluarga dia, mungkin beliau tidak terbabit, mungkin ada terbabit dengan pembabitan beliau, isu 40 juta itu dapat dilihat yang tak dapat dilihat bagaimana?

Sabah punyai kekayaan dengan hasil hutan seperti balak, dan galian gas petroleum, namun Sabah masih ketinggalan, kenapa?

Ini ada dua peringkat, pertamanya kerajaan pusat gagal laksnakan tanggungjawab orang Sabah kepada Pusat, ini sah gagal, keduanya kerajaan negeri pun gagal untuk melaksanakan di peringkat negeri ini dua perkara. Rangkaian jalan raya ini tanggungjawab Pusat, hospital pendidikan dan kemudahan asas ini di bawah kerajaan Pusat dan ada kerjasama dengan kerajaan negeri.

Pada saya ialah pertama kerajaan BN gagal tunaikan amanah rakyat Sabah dan keduanya pimpinan BN di Sabah sejak dahulu gagal. Pertamanya yang dibuat pada tahun 1954 sistem penggiliran KM memusnahkan segala-galanya dan memusnahkan sistem pentadbiran kerajaan negeri, menyusahkan kakitangan awam kerajaan, setiap dua tahun akan bertukar KM yang baharu.

Sistem ini, merosakkan segalanya di Sabah hak ekonomi, GLC dan pentadbiran awam dan secara lansung rakyat juga mendapat susah.Penggiliran bertukar KM baharu, pastinya walaupun mereka kata akan teruskan dasar KM terdahulu, namun pelaksanaannya pastinya akan berbeza, pastilah mereka ini akan membawa satu kaedah yang baharu dan mempunyai rangkaian yang baharu dalam merancang apa sahaja program mereka. Pastinya KM baharu kena tunaikan hajat-hajat rakan-rakan dan kroni dalam partinya sendiri, sebab itu saya sebutkan sistem penggiliran KM ini memberi kerosakan kepada ekonomi, pentadbiran di Sabah.

Barangkali dalam tempoh lama rakyat Sabah tiada parti yang kuat untuk gabungkan rakyat Sabah untuk tumbangkan BN Sabah, bagaimana kali ini?

Memang jelas saya lihat bahawa pada rakyat Sabah,  bila Umno-BN telah tersingkir di Semenanjung Malaysia dan tidak dapat membentuk kerajaan dan hanya diselamatkan oleh kerusi di Sabah dan Sarawak, ini satu harapan baharu. Tetapi sejak tahun 2008 rakyat Sabah mahu perubahan yang besar kepada Sabah termasuk ekonomi, infrastruktur dan penjawat awam dalam hak Borneonisasi (seperti dalam perjanjian membentuk Malaysia).

Tidak dinafikan ada perubahan tetapi tidak seimbangan dengan apa yang harus berlaku. Maka seharusnya penjawat awam yang ada kebolehan dan anak Sabah yang boleh kendalikan agensi atau kementerian di Sabah harus diberikan jawatan itu, kerana kini telah ramai di kalangan profesional di Sabah ini boleh menjawat jawatan tinggi.

Apa ertinya kita menyertai Malaysia sedangkan perjanjian ini tidak dilaksanakan. Cara kepimpinan ini hanya boleh berlaku apabila berlaku sesuatu, lantik orang tertentu secara diam-diam, di mana ketelusan pusat kepada Sabah? Saya mohon maaf, saya mahu Pakatan Rakyat jangan  ulangi benda yang Umno buat ini. Cara rakyat Sabah, masih lagi ada sikap Sabah untuk Sabah, dengan tindakan jelas yang konkrit kita akan dengan sendirinya, akan terhapuslah sikap kenegerian dan kesukuan.

Sabah mempunyai banyak parti politik berasaskan kaum di Sabah, apakah boleh bersatu tubuh kerajaan selepas menolak BN?

Kita cukup yakin bahawa tidak akan berlakunya pertembungan di antara Pakatan Rakyat (parti dalam), saya yakin pengalaman PR pada tahun 2008 dan saya usaha bersungguh-sungguh walaupun saya tiada jawatan parti, saya bincang dengan PAS, KeADILan dan DAP Negeri Sabah, kita ada satu kefahaman yang jelas hadapi PRU-13 untuk satu lawan satu dengan BN. Kita juga bincang denga  parti-parti di Sabah yang pelbagai, dan parti yang akan wujud sebelum pilihan raya, dan parti yang ditaja BN yang untuk memecah undi di Sabah. Rakyat Sabah tidak melihat persepsi kecil, tetapi perubahan untuk menjatuhkan BN.

Faktor Kadazan Dusun dan Murut (KDM)  di Sabah , menajdi antara penentu utama poltik Sabah, bagaimana perubahan di kalangan mereka ini?

Ia diakui sejak kekalahan Usno, bilamana KDM ini lari masuk Berjaya dan Cina lari sokong Berjaya akhirnya Usno tumbang. Apabila Berjaya jatuh, KDM dan Cina lari, hanya ada Berjaya pada tahun 1985, kerajaan berjaya begitu kuat disokong oleh BN, tetapi bila mengundi hanya enam kerusi sahaja diperolehi. Faktor KDM-Cina juga ada peranan, nampak perubahan.Sekarang ini kerusi untuk orang Islam sudah ada 30, Cina 10 dan KDM 20, ini kesinambungan, dan saya melihat trend sekarang ini masyarakat KDM mereka ini mahukan perubahan, mereka mahukan keadilan dan kesejahteraan kepada Sabah, selain kemudahan asas yang sangat diperlukan kerana mereka ini dipinggirkan oleh BN.

Saya bangga sebagai orang Islam di Sabah ini, tetapi kita tidak boleh menafikan hak bukan Islam khasnya KDM dan Cina ini,. prinsip ini harsu dinyatakan jelas oleh PR kepada rakyat Sabah bahawa komitmen yang kita pamerkan harus ditunaikan. Sementara komitmen yang boleh mendorong KDM dan orang Islam di Sabah sokong PR harus diteruskan. Saya yakin kerusi Umno akan berkurangan daripada 60 kerusi. Ini kita ada kajian dan laporan pihak tertentu dan ada laporan menyatakan BN Sabah akan kalah, tetapi harsulah dengan satu-lawan satu (BN lawan PR).

Sejauhmana rakyat Sabah tertawan dan positif dengan tawaran PR khasnya soal royalti sejumlah 20 peratus?

Ini satu pengaruh besar.Saya mahu jelaskan BN tidak pernah menyentuh soal royalti minyak, apa yang mereka sebut BN bagi duit dan mahu popularkan kerajaan BN Pusat, sedangkan itu wang Sabah hasil wang royalti miyak. PR telah buat tawaran jika masuk ke Putrajaya dengan 20 peratus royalti dan ianya akan menjadi popular selama-lamanya, BN hanya popular sementara waktu sahaja kerana tawaran bersifat sementara.

PR sekurang-kurangnya setiap tahun, royalti ini 20 peratus amat besar ini akan dilihat oleh rakyat Sabah. Ramai orang tua yang tidak boleh akses internet, tetapi anak mereka yang terpelajar sudah  boleh memberi input kepada mereka khasnya mereka yang berlajar di universiti. Keputusan PR mahu memansuhkan PTPTN memberi satu lonjakan sokongan di kalangan anak muda dan akhirnya melebar kepada ibu bapa mereka yang sebelum ini tiada akses internet, mereka sudah pastinya akan memberi satu gambaran baik kepada ibu bapa mereka tentang pemansuhan ini. Ini dasar terbaik walaupun kononya PM mengatakan, mengajar orang tidak bayar berhutang itu haram. Ini bukan pinjaman kereta mahupun rumah, ini pinjaman pelajaran, mereka ini adalah untuk pendidikan, tiada salah pada saya jika kerajaan ada wang dan hasil wang rakyat dan negeri itu dihapuskan hutang pelajaran, bukan untuk berfoya-foya, bila pelajar ini ada pendidikajn tiggi, mereka akan menjadi modal insan kepada negara.

Dato' Seri, kita mendengar adanya slogan 'Ini kali lah', apakah slogan ini kalilah menjadi kata-kata keramat mendorong rakyat Sabah membuat perubahan?

Saya melihat slogan ini kreatif dan lagunyapun sudah ada, saya pun boleh nyanyi lagunya. Ini satu sebutan mudah kepada rakyat Sabah. Kita juga kena terjemahkan apa maksudnya, apakah ini kalilah hanya untuk tukar Perdana Menteri atau Ketua Menteri? 'Inikali lah' adalah signal kepada kerajaan mana-mana pun yang menerajuinya nanti untuk memberi keselesaan dan menunaikan amanah rakyat Sabah yang telah dikhianati BN sebelum ini. Apa yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat harus dilaksanakan dan perlu diperjelaskan kemudian dengan tindakan yang jauh berbeza dengan BN.

Ini kali kita laksanakan mungkin tidak kesemua janji dalam sekelip mata, tetapi comntohnya daripada 10 sekurang-kurangnya enam boleh diterjemahkan kepada pelaksanaan janji.

Akhirnya apakah pesanan dato kepada rakyat Sabah untuk menghadapi PRU-13?


Pertamanya supaya rakyat Sabah memikirkan perubahan yang akan dibawa, dan rakyat Sabah harus imbas kembali apa yang telah berlaju sekian lama di bawah Umno-BN dan rakan-rakan di Semenanjung telah buat perubahan, dan lima negeri telah membuat perubahan. Kali ini saya yakin pemimpin di Sabah dan Semenanjung akan bersetia kepada perjuangan.

Saya rayu orang Sabah mencuba (undi Pakatan Rakyat). Jika tidak cuba kita tidak tahu, jika nanti PR tidak tunaikan janji, mereka boleh tumbangkan semula dan sokong parti lain semula, jika ada parti yang jauh lebih hebat selepas ini. Jangan sekali-kali rakyat Sabah dengar tohmahan TV1, TV2 dan TV3, dan media kerajaan yang mempropaganda bahawa jika PR berkuasa, kaum Cina akan 'naik tocang'.

Ini jangan terpengaruh dengan dakyah Umno-BN ini. Lihat sahaja negara-negara yang telah lakukan perubahan, seperti Indonesia, telah pun memberi satu nafas baharu kepada rakyat dan khasnya ekonomi Indonesia setelah pertukaran pemerintah. Dalam tempoh lima tahun Indonesia rangsang ekonomi sehingga boleh memberi subsidi secukupnya kepada 300,000 juta rakyatnya.

Jika kita boleh melahirkan seorang pemimpin yang boleh terajui negara, apa salahnya. Jika teruskan di bawah BN tiada perubahan yang boleh dilihat, hanya perubahan kepada kroni dan rakan-rakan pemimpin sahaja, rakyat semakin terus terdesak dengan kehidupan. Rakyat Sabah jangan terpesong dengan dakyah palsu oleh Umno-BN termasuk kononnya kita mahu menggubal perlembagaan kononnya agama rasmi Kristian, ini tak logik, dalam perlembagaan tidak akan berlaku kerana kita ada Majlis Raja-raja dan saya yakin pimpinan PAS tidak akan berdiam diri jika ini hendak dilakukan.Saya yakin dengan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pimpinan DAP untuk perubahan kepada negara ini bagi keselesaan rakyat.

BN/UMNO SINONIM DENGAN KOMUNIS?

Oleh : DATUK YAHYA LAMPONG

KUALA LUMPUR : Ramai orang bertanya saya, apakah bentuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)? Ini kerana, sistem BN hanya satu di dunia dan sangat berbeza dengan sistem politik atau kepimpinan negara demokrasi.

Raja berkuasa mutlak, kerajaan diktator, kerajaan komunis atau kerajaan totalitarian (berkuasa secara total atau berkuasa mutlak) adalah setaraf dengan kepimpinan BN sekarang. Sistem ini telah menyebabkan BN kekal berkuasa sejak dahulu dan akan berterusan jika tidak diubah.

Nasib baik rakyat sekarang ada pilihan selain BN iaitu gabungan antara PKR-PAS-DAP untuk mengganti Barisan Nasional bagi memerintah negara.

Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara cirinya adalah:-

Ciri pertama: Autokrasi

Sistem politik Barisan Nasional atau BN berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.

Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi BN ialah Perdana Menteri.

Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum. Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding dalam pilihan raya umum.

Calon-calon dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Justeru itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi kuda tunggangan UMNO.

Ciri kedua : Majoriti Dua Pertiga

BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Apabila bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Bangsa Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya umum atau berada dalam pembangkang.

Apabila bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3).

Kerajaan majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya. Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change) ialah kerajaan satu-sistem.

Bagi saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan Berjaya atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.

Kerajaan satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman (Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.

Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih (selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).

Kerajaan BN menguasai media massa, media elektronik atau badan-badan NGO’s terletak di bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.

ISA juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang rasuah.

Justeru itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

Kerajaan ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and accountability).

Kerajaan BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara (The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.

Justeru itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, “Power corrupts. Absolute power, corrupts absolutely”. Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap ‘kleptomania’.

Ciri Ketiga : Sinonim Dengan Komunis

Adalah terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem politik komunis berpaksikan ahli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change).

Sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Ciri keempat: Pecah dan Perintah

BN memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli, Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139 (SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.

Apabila ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change forever).

Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada perubahan selamanya.

Rakyat Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen ialah 3,840,516.

Daripada kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi pilihan raya umum.

Presiden UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516 sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.

Tambahan pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.

Gabungan atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.

Gabungan atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan undi rakyat. Justeru itu, PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.

Sistem politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada perubahan (subject to regime change). Tidak ada kerajaan yang maksum (perfect) di dunia.

Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi, berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN selamanya atau memilih pihak lain.

Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516 juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.

Bagi saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen) dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.

Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah.

Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada itupun, BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja. Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.

Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui (melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008 lalu.

Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti kerajaan komunis.

Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem politik BN sama seperti sistem politik komunis.

Rumusan

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyatakan, “Prosperity is no substitute for demokrasi”. Kemakmuran negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.

Ekonomi negara China ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi negara China tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan komunis.

Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti Hosni Mubarak memenangi antara 80 peratus atau 90 peratus undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang sudah berisi dan menang.

Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak, tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa. Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk mengguling kerajaan Hosni Mubarak.

Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis, diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah, menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.

Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah mutlak.

Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam pembangkang.

Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu, Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis, berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak.

(NOTA : Datuk Yahya Lampong adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri, penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.)

Thursday 1 November 2012

KANTOI Hummer WNX 9776!!!: Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta


Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.


Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.


Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

(Sila rujuk Lampiran A)


Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Gambar A1

Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:


i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.


Gambar B1
 Gambar B2
Gambar B3

 Gambar B4
Gambar B5
Gambar B6

ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.

Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C1
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.

Gambar C2
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

Gambar C3
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Gambar C4
 Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776

Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).

Gambar D1

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar D2
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.


Gambar D3
Gambar D4
Gambar D5
Gambar D6
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


1 NOVEMBER 2012 

Gaji Sektor Awam Naik Lagi Tahun Depan

MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. ~bernama

Wednesday 31 October 2012

Nik Aziz Makin Kukuh Bila Diasak | MSO

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Rahmat dan hikmat Tuhan itu kadang-kadang kita tidak dapat menyelaminya langsung. Adakalanya kita berfikir begini tetapi yang jadi sebaliknya. Selalu berlaku perkadasan di antara hamba dengan Rabbnya. Misalnya musuh Pas dan mereka membenci Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan beliau berundur dari politik mengira apabila dilakukan asakan dan tekanan ke atas MB itu beliau akan menjadi lemah jiwa dan tertekan akhirnya segera meninggalkan jawatan, tetapi yang jadi sebaliknya.
Tokguru itu semakin diasak bukan jadi makin tertekan dan mudah mengaku kalah untuk melepaskan jawatan, sebaliknya ia menjadi semakin bersemangat dan terus degil untuk mempertahankan jawatannya. Seolah-olah desakan dan tekanan itu menjadi penawar atau beteri tambahan pula kepadanya. Beliau jadi macam tepong yang dibubur serbut penaik, makin menggelembung.

Tenguk apa yang beliau jawab dan ulas apabila ada pihak tertentu meminta beliau berundur sambil memperkecil-kecil keupayaan serta mempertikaikan kesiahatannya. Apa jawabnya, katanya dia masih sihat dan masih ada kederat untuk berkhdimat. Cakap-cakap pun berasap-asap.

"Kalau sekat nak lawan Umno bila-bila sajalah. Dan orang berkhidmat bukan menggunakan fizikal tetapi akal," begitulah katanya. Jawaban itu menunjukkan desakan dan perlecehan itu tidak memberi bekas sikitpun dan mengugahkan semangatnya untuk terus berada di tempatnya kini.

Lagipun menurutnya desakan dari luar sama sekali tidak akan dipedulikan, lainkan kalau dari dalam Pas sendiri, beliau akan mempertimbangkannya. Beliau tidak perlu rungsing kerana dari dalam Pas bukan akan mendesak beliau berhenti tetapi di'agah' supaya terus kekal sampai ke akhir hayat.

Inilah dikatakan apa yang difikirkan itu tidak tepat seperti dikehendaki dan strategi mereka yang mahu melihat beliau berudur dan tidak lagi aktif di dalam Pas sudah silap. Mereka mahu menekan dan melemahkan Tokguru, yang terjadi sebaliknya.

Justeru Pas harus bersyukur dan tidak perlu kesal dengan orang-orang yang anti dengan Mursyidul Am Pas itu. Biarkan sesiapa saja mendesak dia berundur jangan peduli kerana desakan itu akan menjadikan Tokguru sihat, gagah dan bersemangat.

Sebenarnya pihak musuh telah silap dalam membaca 'DNA' Menteri Besar Kelantan ini. Beliau bukan seperti mana dianggapkan dan inilah juga kelebihan yang ada kepadanya. Memang kalau beliau seorang yang tidak kuat dan utuh jiwanya sudah lama beliau cabut dan berundur. Rasanya selepas Mahathir Mohamad, Nik Azizlah orang yang kedua terbanyak diasak dan diserang agar meninggalkan jawatan.

Dan ternyata jika dibanding beliau dengan Mahathir dalam hal ini beliau mengatasi Mahathir kerana tidak mudah untuk menangis kemudian berundur.

Makanya kepada musuh Pas dan mereka yang mahu melihat Nik Aziz cepat berundur perlu menggunakan tektik dan strategi lain. Tektik tekan dan desak sudah tidak menjadi, strategi ini sudah kalih (imu) dengan tokguru seorang ini.

PANAS!!!: KEKAYAAN MUSA AMAN KINI RM1.5 BILION?

Politik tetap politik.

Ia tidak membezakan antara agama, keturunan, kaum dan keadaan geografi, malah ia merentasi segenap kehidupan kita tanpa kita sedari.

Politik di Sabah tidak seperti di Semenanjung Malaysia.

Politik di sini adalah politik balak, dan sesiapa yang paling berkuasa akan mengaut seberapa banyak kekayaan bumi paling berharga itu tidak kira melalui jalan yang sah atau haram.

Inilah yang berlaku sejak berpuluh tahun lalu di mana parti yang berkuasa akan menggunakan kedudukan mereka melahap ratusan malah ribuan konsesi balak yang menganjur dari pantai barat hinggalah ke pantai timur negeri di bawah bayu ini.

Semasa Umno mula-mula masuk ke negeri ini pada 1990, kekayaan balak yang dimiliki cuma berlegar di tangan Joseph Pairin Kitingan dan kroninya sahaja.

Akan tetapi dengan menggunakan muslihat ciptaan Mahathir, kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Pairin tumbang dan inilah angkara projek IC yang terbongkar semasa perbicaraan di Likas pada 1995.

Sejak itu, lanskap politik Sabah berubah, dengan Umno menguasai hampir segenap inci kekayaan yang dimiliki dan hanya meninggalkan sedikit habuan kepada parti-parti bertaraf nyamuk seperti AKAR, PBRS, UPKO dan sebagainya.

Ketua Menteri, Musa Aman yang dilantik sejak 2003 sebenarnya sudah mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan RM600 juta sebelum mengangkat sumpah jawatan menggantikan Chong Kah Kiat yang mewakili etnik Cina dalam sistem penggiliran jawatan setiap tiga tahun.

Perjanjian yang dimetrai sejak 1994 itu mensyaratkan sistem jawatan digilirkan antara bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina.

Bagaimanapun ia dimansuhkan Umno sejak Musa menjadi ketua menteri.

Ternyata dalam tidak sampai 10 tahun Umno bertapak di Sabah, bukan setakat hasil mahsul negeri dipunggah keluar ke Kuala lumpur malah dibebankan dengan harga barang yang tidak masuk akal di saat rakyat termiskin masih melata dari Papar hingga ke Tawau.

Musa terus mengumpul kekayaan peribadinya dari RM600 juta pada 2003 kepada lebih RM1.5 bilion menurut dokumen yang bocor dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2011.

Menjelang 2013, kekayaan Musa dianggar terus naik kepada RM2.1 bilion berikutan prestasi pasaran balak dan pelaburan emasnya di luar negara terus menunjukkan petanda positif.

Ini meletakkannya sebagai pemimpin kedua paling kaya selepas rakan sejawatannya di Sarawak, Taib Mahmud yang mempunyai aset sehingga RM25.5 bilion setakat awal tahun ini.

Balak Sabah dikeluarkan berdasarkan syarikat kroni mana yang boleh memberi habuan rasuah paling tinggi kepada pemimpin Umno dan cuma mengembalikan sedikit pulangan premium balak kepada rakyat melalui kerajaan negeri.

Amalan tersebut sudah menjadi lumrah biasa bagi pemain rasuah bertaraf jutawan seperti Michael Chia yang membawa matawang RM40 juta dalam bentuk dolar Singapura semasa ditahan di lapangan terbang Hong Kong (HKIA) beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke-12 diadakan pada Mac 2008.

Pendedahan semalam yang mengaitkan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Azizi yang didakwa menerima suapan RM3 juta bagi menutup siasatan SPRM terhadap wang RM40 juta sememangnya sudah dijangka.

Nazri tidak mengiyakan malah tidak menafikan dakwaan yang sama bahawa anaknya Mohamad Nedim turut menerima hadiah mahal iaitu kereta sport berharga lebih RM1.4 juta.


Michael yang cuma pembawa beg wang tunai pemimpin Umno mengaku ia milik Musa dan wang tersebut dirampas agensi penguatkuasa rasuah Independent Comission Against Corruption (ICAC) negara itu.

Wang yang didepositkan dari Jepun itu tidak dibenarkan keluar sehingga siasatan menyeluruh dijalankan, bagaimanapun pemimpin Umno mendiamkan diri kerana mereka tahu satu perkara penting.

Wang yang disyaki diperolehi dari sumber rasuah hanya boleh ditahan selama tiga tahun dan sama ada pertuduhan dikenakan ke atas pembawa wang atau tidak, wang tersebut mesti diserahkan semula kepada pemiliknya.

Nazri pula mempertahankan kenyataan bahawa SPRM sudah menjelaskan isu wang tersebut kepada ICAC menyebabkan tiada sebarang pertuduhan diletakkan ke atas Michael sehingga kini.

Mengapa boleh terjadi begitu?

Peguam Negara, Gani Patail mempunyai hubungan kekeluargaan dengan abang Musa Aman iaitu Menteri Luar, Anifah Aman, tambahan pula kedua-duanya berasal negeri ini.

Isteri Anifah adalah kakak kepada Johan Samad, iaitu timbalan pengerusi Yayasan Sabah.

Johan pula berkahwin dengan Fazar Arif, adik kepada isteri Gani Patail.

Maka perlindungan yang diperolehi Musa adalah kerana hubungan kekeluargaan dan inilah yang menyebabkan Malaysia semakin hancur di tangan mafia dan penyangak harta rakyat selain peguam negara yang sepatutnya melindungi kepentingan negara telah menyalahgunakan kuasa bagi melindungi penjenayah seperti Musa.

Lebih lama lagi Umno memerintah negara, lebih banyak kerosakan yang dilakukan terhadap hutan di negeri itu yang semakin lama semakin diancam kemusnahan akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.


-sumber

Tuesday 30 October 2012

Bekas Timb. Menteri jangka BN tewas dalam PRU 13

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya - Harakah Daily 

Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65%-105% Tidak Akan Diturunkan Kerana…(Jawapan Menteri)

Duti Eksais : Kalau diikutkan, liberalisasi di dalam beberapa segmen sektor automotif ini, kita sepatutnya melakukannya sejak daripada tahun 2005 lagi. Tetapi disebabkan kita masih lagi tidak bersedia untuk melaksanakan beberapa persetujuan dan ketetapan di dalam akta dan WTO.

Berkenaan dengan isu tersebut, beberapa jawapan daripada Menteri telah diperolehi termasuklah dasar kerajaan mengenai cadangan “rombakan” duti eksais yang ada ketika ini..
Duti Eksais Kenderaan Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Duti eksais yang dikenakan  ketika ini adalah cukai menyeluruh ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.

Jawapan Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) Mengenai Duti Eksais?

Duti Eksais Proton Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat:
  1. kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif)
  2. cukai yang dikenakan kerajaan.
Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.
Duti Eksais Kereta Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Hansard dari Dewan Parlimen
Antara langkah yang dilakukan kerajaan sekarang ini bagi mengurangkan beban pengguna kereta di Malaysia ialah :
Nampaknya kerajaan masih lagi tidak sanggup untuk mengurangkan sedikit kadar keuntungan yang diperolehi hasil daripada duti eksais kereta import dan juga duti kereta tempatan yang  memberikan pulangan kepada kerajaan ketika ini. Antara sebabnya ialah :
Duti Eksais Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
  1. Dikhuatiri jalan raya akan bertambah sesak
  2. Perniagaan kereta terpakai akan terjejas teruk
  3. Pulangan pendapatan kepada negara sejumlah RM7 bilion akan terjejas
Semakan kami melibatkan data pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang diperolehi dari Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009) menunjukkan beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak ialah :
  1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan
  2. Sehingga ke hari ini, 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta disebabkan pengangkutan awam masih tidak memuaskan
  3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012
  4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan yang memerlukan kereta tetapi malangnya harga kereta di Malaysia masih ditahap membebankan.

Bagi kami tidaklah mengharapkan duit eksais yang dikenakan sekarang ini dihapuskan tetapi sebagai permulaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat ketika ini, duti eksais sepatutnya dirombak semula & diturunkan pada kadar yang tidak membebankan rakyat, sekurang-kurangnya dilihat ada sedikit usaha untuk mengurangkan harga kereta di Malaysia :
  • Berdasarkan jawapan menteri seperti di atas semasa di Dewan Rakyat, beliau pun sedar harga kereta yang dijual di Malaysia tinggi
  • Jika duti eksais diturunkan sedikit, automatik harga kereta juga dapat diturunkan sedikit
  • Harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun
  • Sekaligus, orang ramai mempunyai lebihan tunai untuk dibelanjakan untuk tujuan yang lain berbanding bayaran bulanan yang mereka bayar selama ini
  • Dan….meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat (disposable income) setiap bulan akan bertambah
P/S : Jikalau warga asing yang tinggal di Malaysia pun boleh menikmati harga kereta murah atas nama program Malaysia MySecond Home (MM2H), mengapa tidak untuk rakyat sendiri?



Rosmah Tinggalkan Permata Negara Kerana Peruntukkan Kurang?

Berapa harga Gelang 2 ditangan dan 2 cincin di jari? Semuanya batu permata

Maklumat lanjut baca sini


Monday 29 October 2012

Pilihanraya Umum Ke 13 Pada Mac 2013? Perubahan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2013!!

Sekarang ini Barisan Nasional mempunyai kuasa bagi menentukan tarikh Pilihanraya Umum ke 13. Di mana dikatakan terdapat dua kumpulan dalam Barisan Nasional yang mahu menentukan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Satu kumpulan…
  • Satu kumpulan mahu Pilihanraya Umum ke 13 diadakan sebelum 30 November 2012 kerana diadakan sesuai dengan tempoh cuti sekolah yang panjang dan cuti perayaan yang tidak mampu “memberikan gangguan “dalam siri kempen di Sabah & Sarawak kelak
  • Manakala kumpulan yang satu lagi, mahu  BR1M 2.0 dilunaskan terlebih dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum ke 13.
Walaubagaimanapun, perbandingan semakan kami pada tarikh cuti sekolah tahun 2012 dan juga cuti sekolah tahun 2013 memperolehi satu petanda di aman ada kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada tempoh tersebut….

Berdasarkan kalender cuti sekolah 2012 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan di sini cuti pertengahan penggal 1 jatuh pada awal minggu kedua dan ketiga bulan Mac 2012
Cuti Pilihanraya Umum Ke 13 Pilihanraya Umum Ke 13 Pada Mac 2013? Perubahan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2013!!
Walaubagaimanapun, cuti pertengahan penggal satu pada kalender cuti sekolah 2013 berlakunya perubahan & dianjak pada minggu ketiga dan keempat…
Cuti Pilihanraya Umum 2013 Pilihanraya Umum Ke 13 Pada Mac 2013? Perubahan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2013!!
Cuti penggal selalunya sama, sukar untuk kementerian mengubahnya. Walaupun tahun berbeza, tetapi hari bulan selalunya lebih kurang sama, mungkin kalau adapun berbeza sekitar 2-3 hari sahaja. kalau disemak semula jadual cuti sekolah 2013, jarak perubahan cuti yang berlaku agak jauh. Ada kemungkinan juga.

P/S : Dikatakan tarikh mengundi Pilihanraya Umum ke 13 akan jatuh pada 16 Mac 2013. Mungkin? Anda ada maklumat yang mungkin boleh dikongsikan bersama kami di sini? Apa kata anda pula?


-berita semasa

Sila Menyokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!! - Madey

Mahathir. Satu nama yang cukup dikenali sebagai pemimpin NO. 1 yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun.

Walaupun sudah lama bersara, tetapi beliau masih lagi lantang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan samada melalui tulisan di blognya ataupun di mana sahaja, lebih-lebih lagi Malaysia….bakal melalui pertarungan politik paling sengit dalam sejarah Malaysia tidak lama sahaja lagi……

Sebelum ini, Tun Mahathir cukup terkenal dengan kenyataan seperti :
 ”lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal
Yang mana syaitan merujuk kepada Barisan Nasional manakala Malaikat merujuk kepada Pakatan Rakyat. Katanya :
  • “malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana “Kadangkala”, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah
  • walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan
Terbaru satu lagi bentuk peringatan yang ditujukan semasa berlangsungnya Kongres Ekonomi Melayu baru ini-baru ini, di mana kali ini dikhususkan kepada orang Melayu. Katanya :
  • “Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan”
  • “Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit,”
Kalau anda semak semula kenyatan di dalam video ucapannya semasa berlangsung Kongres Kesatuan Melayu, Mahathir ada mengingatkan kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
  • “Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita”
Dalam erti kata lain, dalam bentuk yang lebih mudah difahami, apa yang cuba disampaikan di sini bermaksud “rezeki anda, anda semua pada masa akan datang di tangan UMNO…Kalau tidak, anda akan mengemis macam pengemis di bumi sendiri”

Video Ucapan Tun Mahathir Semasa Kongres Kesatuan Melayu



Apa yang boleh kami katakan di sini Tun Mahathir ini banyak percanggahannya.
  • Adakah Melayu akan kaya kerana memangkah UMNO atau Melayu UMNO sahaja yang akan kaya?
  • Jika Mahathir lebih mengkhususkan kepada bangsa Melayu, ramai lagi rakyat Kelantan yang miskin. Adakah disebabkan mereka menyokong PAS?  Oleh itu, mana-mana Melayu yang menyokong PAS akan jatuh miskin papa kedana.
  • Ataupun menyokong dan memangkah PAS akan jatuh bankrap?
  • Siapakah sebenarnya yang akan miskin, sesetengah Melayu UMNO atau orang Melayu secara keseluruhannya jika UMNO dan juga Barisan Nasional tidak mendapat kuasa politik di Malaysia selepas ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
  • Jadi….yang mana satu?
Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Menjadi penyokong sesebuah parti tidak mencerminkan keinginan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Ahli UMNO ada sekitar 3 juta-4 juta orang ahli. Apa jadi kepada 24 juta – 25 juta rakyat Malaysia yang lain? Adakah mereka juga sebenarnya menyokong Barisan Nasional?
Tetapi itulah konsep di Malaya ini yang selama ini selalu digunakan dalam politik negara antaranya ialah :
‘if u are not with me, you’re against me’
Bangsa Melayu sudah dilihat semacam bergantung nyawa dengan politik untuk mencari sesuap nasi dan kekayaan. Mana lagi bagus & lebih berdaya saing? Orang Melayu yang masih lagi ‘degil’ tidak mahu bergantung harap dengan hubungan & sokongan politik semata untuk berjaya atau orang Melayu yang masih lagi mengharapkan bantuan & silap mata daripada orang politik untuk berjaya?
Suka untuk kami mengimbau kembali hasil tulisan popular Pendeta Za’ba yang pernah dinukilkan sekitar pada tahun 1927 :
Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya. Iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.
Berdasarkan kajian yang dilakukan dasar ekonomi yang ada dilakukan selama ini meletakkan  :
  1. 40% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut adalah orang Melayu?
  2. 8 juta lebih Melayu masih lagi mempunyai pendapatan kurang dari RM1500. Anda anda salah seoarang daripada yang termausk dalam golongan ini?
Bukankah dasar ekonomi yang dilancarkan Datuk Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi yang dicetuskan semasa di zaman Dr Mahathir?

P/S : Kami ulang sekali lagi seperti dalam laporan berita DI SINI, mana yang lebih bagus? Menjadikan “sahabat anda” seorang bilionaire di Malaysia ataupun mewujudkan lebih ramai sekitar  1,000 jutawan di Malaysia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers