PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Sunday, 28 October 2012

Sultan Kelantan Kebanggaan Rakyat Kelantan

Dalam Banyak-banyak Gambar yang Diambil Sempena Hari Raya Korban tentunya Gambar Sultan Muhammad V menyembelih dua ekor lembu akan menjadi Moment yang manis & sangat teristimewa. Setiap tahun rakyat Kelantan & Malaysia Menunggu untuk melihat Ketua Negeri & Negara itu turun menyempurnakan Ibadah Korban dengan tangan Beliau sendiri.

Tidak kisah tangannya kotor terkena darah Hamba Allah ini sanggup

demi Ibadah Kepada Allah SWT. Demi Agama, pangkat dan darjat didunia ini bukan segala-galanya. Bertuah Sungguh Rakyat Kelantan mempunyai Sultan yang sangat Zuhud dalam menjalankan agama Allah ini. Moga Tuanku Sultan Kelantan dipanjangkan umur & terus menjadi Contoh Tauladan yang Baik kepada kita semua. Semoga Ibadah Korban kita semua diterimaNya.

"Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan"

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” -
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

"ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG, KELANTAN TERSOHOR"

ALLAHUAKHBAR..!!ALLAHUAKHBAR..!!!ALLAHUAKHBAR..!!!

Silakan "SHARE" Sultan Kelantan Kebanggaan Rakyat Kelantan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers