PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Sunday 28 October 2012

SHAH RUKH KHAN PROMOSI PLURALISME?

KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem 'My Name is Khan' lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.

ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.
 
“Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan,” kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini.

ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.

“Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.

“Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam,” kata ABIM lagi.

NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep ‘Islam Liberal’.

“Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.”

Selanjutnya baca sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers