PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 5 January 2013

(HOT!) :REMAJA LELONG DARA RM170.000

MAHU LELONG DARA BANTU RAWAT IBU


BRASILIA : Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.

Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi.

Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu.

Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia. Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.

Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya. Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.

“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah. Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.

“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. /sabahkini

Friday 4 January 2013

Nasib Najib dan Mahathir apabila PR tubuh Kerajaan.

Pilihanraya ke 13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara, Kerajaan tahu keputusan PRU13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga. Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihanraya umum nanti pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara.

Terutamanya menawarkan wang kepada rakyat, terbaru pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan ll iaitu pengagihan wang BR1M 2.0 akan mula dibagi bulan Februari 2013, jelas nampak pemberian RM500.00 itu akan diminta tukar dengan undi. Wang menjadi senjata terakhir bagi BN mendapat undi daripada rakyat.

Ukuran kematangan rakyat Malaysia boleh dinilai selepas pilihanraya umum, apakah rakyat membentuk kerajaan kerana wang atau atas kesedaran mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan bebas daripada gejala rasuah. Apakah golongan muda sudah pintar secukupnya.

Tanda-tanda awal boleh dilihat, wang bukan segala-galanya, lihat apa yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi, mereka melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan kerana mereka minta untuk dapat memiliki permit sendiri tapi tayar 2 biji diberi, mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan maka mereka turut berkempen kepada penumpang supaya jatuhkan kerajaan BN pada PRU13 nanti.

Para guru pula melahirkan perasaan kurang senang kerana setiap kali kehadiran pemimpin UMNO mereka dipaksa keluar untuk memberi sambutan dan menghadirkan diri sebagai peserta sedangkan majlis yang dipaksa guru-guru hadir itu bukanlah program kementerian Pendidikan tapi program parti UMNO dan BN. Tentunya guru-guru bersunggut kepada ibu bapa dan sekali gus melahirkan kekesalan. Suara guru boleh mempengaruhi ibubapa supaya tidak mengundi BN.

Sokongan rakyat kepada BN semakin tipis apabila banyak isu secara terang telah diterjah kepada Perdana Menteri dan keluarganya. Isu yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR dan Deepak Jaikishan seorang penjual permaidani yang mendakwa rakan rapat Rosmah Mansor telah memuramkan UMNO, hanya menanti retak menunggu belah.

Melihat kepada kecelaruan ini, berbagai-bagai andain telah dibuat. Sejarah hitam akan dibukukan dalam negara apabila pilihanraya ke 13 nanti berakhirnya sebuah kerajaan yang didokong oleh parti yang memerdekakan negara ini iaitu UMNO tewas. Dan Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang pendek memerintah.

Kalau pun UMNO dan BN masih kekal tapi pertukaran Perdana Menteri besar kemungkinan berlaku, ini kerana isu-isu yang diserang terhadap Dato' Najib begitu terburai sehingga ramai rakyat mempercayainya, seperti mana rakyat percaya bahawa Khairy Jamaluddin lah Perdana Menteri semasa kerajaan diperintah dibawah Tun Abdullah Badawi.

Begitu juga kini, ramai orang percaya bahawa Dato' Najib di kontrol oleh Rosmah Mansor sehingga sekarang ini memaksa Tun Mahathir sendiri pun kena berjinak-jinak dengan Rosmah untuk membeli insuran kepada anaknya Mukhris supaya boleh menjadi Menteri Besar Kedah. Manakala 'geng-geng' Tan Sri Muhyidden Yassin tidak begitu ghairah mempertahankan Dato' Najib dari diserang oleh Deepak Jaikishan.

Kini Dato' Najib dihimpit, diluar oleh Deepak Jaikishan dan Rafizi Ramli manakala dari dalam oleh grombalan Tan Sri Muhyuddin yang tentunya mahu melihat Tan Sri Muhyuddin sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Dato' Najib, manakala Tun Mahathir akan ambil peluang diatas keresahan Dato' Najib dengan memajukan agenda keluarga beliau dalam politik tanahair.

Tidak mustahil bubar saja Parlimen akan ada penghijrahan tokoh-tokoh UMNO menyertai PAS kerana sekiranya mereka masih berada dalam UMNO kedudukan hariannya tidak selamat, hendak menyertai PKR malu mata kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alasannya hanya PAS saja boleh menyatukan perpaduan umah.

Lagi menyakinkan bahawa PR akan dapat menumbangkan BN kerana rakyat mahu tahu cerita sebenar dalam banyak isu yang didedahkan oleh PR, apakah betul berlaku sebagaimana pendedahan yang dibuat atau hanya persepsi sebagai modal kempen pilihanraya, sebagai contoh komisen pembelian kapal selam 
Kemana Dato' Najib akan pergi, kemana Tun Mahathir akan pindah apabila PUTRAJAYA jadi milik kerajaan PR. Dan bagaimana nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap dipejabat SPRM.


Wednesday 2 January 2013

PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiaah


Bersumpah akan mempertahankan dana pencen Angkatan Tentera dari disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan tertinggi, Ketua Pembangkang dari parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut pentadbiran Najib memberi maklumat sebenar tentang perjanjian yang melibatkan RM160 juta bagi pembelian semula tanah milik Kementerian Pertahanan.

Respon dari PKR ini berikutan berita semalam yang mengkhabarkan bahawa unit dana pencen angkatan tentera 'Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bersetuju untuk membayar RM30 juta kepada ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan RM130 juta pula kepada firma Raja Ropiaah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi di atas "penyalahgunaan kuasa yang melampau", dalam menerangkan tentang transaksi terbaru yang melibatkan 223 hektar tanah Kementerian Pertahanan di Bukit Raja, Selangor sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan " kes pelaburan paling buruk pernah berlaku".

"Ia jelas menunjukkan bahawa RM30 juta untuk memperoleh 80% Astacanggih (firma Deepak) dan yang RM130 juta yang dibayar (kepada firma Raja Ropiaah) untuk tanah yang hampir tidak wujud adalah penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan oleh Zahid Hamidi. Saya berani mengatakan bahawa Najib telah menugaskan Zahid untuk mengendalikan hal ini dengan apa jua cara sekalipun, "Rafizi, juruaudit terlatih di UK, memberitahu sidang akhbar pada hari Sabtu.

"Anda boleh meminta mana-mana penganalisis pelaburan atau penyelidik dan mereka akan memberitahu anda ini bukanlah satu pelaburan yang baik. Jadi mengapakah kerajaan persekutuan melibatkan diri dalam pelaburan yang buruk itu? Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa ini bertujuan untuk mendiamkan Deepak dan untuk menutup keseluruhan isu itu. "

Rasuah yang nyata?


Deepak, yang pernah menjadi teman akrab isteri Najib, Rosmah Mansor, pada tahun 2007 telah membeli tanah dari firma Raja Ropiaah Awan Megah dengan nilai kira-kira RM120 juta iaitu RM12 meter persegi. Tetapi perjanjian telah terbengkalai dan surat tanah masih belum diserahkan kepada unit Astacanggih, Cebur Megah.

Ini menyebabkan di Deepak menyaman Ropiaah dan Awan Megah bagi tindakan spesifik dan "niat jenayah", kementerian Pertahanan serta para pegawai di Pejabat Tanah dan Galian kerana tidak melepaskan surat tanah kepada Cebur Megah.

Deepak juga menuduh Ropiaah 'mencuri' dan menjual salah satu daripada tiga bidang tanah kepada GuppyUnip Sdn Bhd dengan nilai RM16 meter persegi. Kes itu telag didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat bulan lepas, dengan Deepak sendiri menjadi saksi. Ia telah ditangguhkan hingga Disember 14 tetapi tertunda sementara menunggu penyelesaian yang dikatakan Deepak ‘dipaksa’ keatas dirinya dan juga firmanya.

"Ia memang benar bahawa pemegang saham dan diri saya sendiri telah menjual saham kami di Asta Canggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami iaitu RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta dalam bentuk sumbangan politik, RM7 juta bagi kos kewangan dan RM2 juta untuk prosedur undang-undang dan kos lain. Ini adalah keputusan yang telah dipaksa ke atas kami, "kata Deepak dalam mesej teks pada hari Jumaat.

Menyelamatkan tabung pesara Angkatan Tentera


Pertelingkahan memuncak apabila Deepak mendakwa ada 'tangan gelap' yang dibelakang perjanjian itu. Dia menuduh keluarga Najib menerima berjuta-juta ringgit sebagai balasan kepada Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya dalam meluluskan perjanjian itu.

Najib, yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, masih tidak memberi apa-apa jawapan kepada siri dakwaan berat yang telah dileparkan walaupun rakyat semakin jijik dan mendapat tekanan dari parti politiknya sendiri.
Rafizi menyelar Najib kerana enggan memberi penjelasan kepada orang ramai dan menuduh dia bersubahat dengan Zahid kerana memasuki perjanjian yang meragukan yang telah meletakkan dana pencen Kementerian Pertahanan dalam kedudukan yang terancam.

"Hakikat bahawa Najib tetap berdiam diri membuktikan bahawa transaksi itu telah dibuat untuk mendiamkan Deepak. Ini juga
menunjukkan pasti terdapat kebenaran dalam tuduhan Deepak. Pendedahan Deepak pasti telah menakutkan Najib sehinggakan
dia mengarahkan Boustead untuk masuk ke dalam perjanjian ini," kata Rafizi.

"Sungguh licik bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan Menteri Pertahanan terlibat dalam perjanjian itu. Di negara-negara lain, siasatan awam akan dilakukan.

 PKR akan sedaya-upaya cuba untuk menggagalkan perjanjian itu kerana ia melibatkan LTAT, dana pencen kementerian Pertahanan. Ia tidak masuk akal. kita sudah rugi RM250 juta dari seorang menteri dan sekarang kita akan kehilangan RM160 juta wang pesara oleh seorang lagi menteri lain. "
Rafizi merujuk kepada kemelut pembiakan lembu NFC yang bernilai RM250 juta yang melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Najib perlu memenangi semula Selangor untuk mementerai perjanjian


Dalam kes Deepak-Ropiaah, Rafizi menegaskan bahawa tanah itu tidak pernah bertukar tangan dari awal lagi dan seterusnya mempersoalkan kenapa Kementerian Pertahanan membeli balik tanahnya sendiri.

"PKR akan menulis surat kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan perjanjian ini. Sebelum ini kita diam sahaja kerana kita tidak pasti sama ada dakwaan Deepak adalah benar. Tetapi kini, selepas pengumuman Boustand kepada Bursa, semuanya sudah terjawab. Pada perhimpunan Umno baru-baru ini, Zahid berkata dia akan meneliti perkara itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Selepas itu, terus senyap. Kami fikir ia adalah tindakan biasa Najib yang sering enggan memberi jawapan kepada rakyat. Kemudian Boustead membuat pengumuman mereka semalam, "kata Rafizi.

"Ini jelas menunjukkan perjanjian dilakukan untuk menutup mulut Deepak. Tetapi ia langsung tidak menyelesaikan masalah. Bagaimana Zahid boleh fikir yang perjanjian akan berjaya? Ia akan memerlukan lampu hijau daripada kerajaan negeri kerana tanah itu berada di Selangor . Deepak menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri kerana dia hanya mendapat RM30 juta walhal Ropiaah menerima RM130 juta. Kami telah memberitahu Deepak, jangan bimbang. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan perjanjian ini kerana ia melibatkan wang pesara. Malah, kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana berkeras untuk memeriksa semua butiran dan tidak membenarkan transaksi berlaku. "

Rafizi bersetuju hak milik tanah mungkin akan bertukar tangan sekarang jika bukan kerana pembangkang berjaya menguasai Selangor selepas pilihan raya umum 2008. Menurut Rafizi, jika Najib mahu perjanjian berjalan lancar, satu-satunya cara adalah jika "dia berjaya menawan Selangor kembali".

Negeri ini merupakan yang terkaya dan mempunyai ekonomi yang terbesar berbanding 13 negeri di Malaysia. Najib sebelum ini telah berikrar untuk mengambil kembali Selangor "dengan apa jua cara." Negeri ini kini diketuai oleh Ketua Menteri PKR Khalid Ibrahim.

Unit Mindef membayar RM160 juta bagi tanah yang masih dimilikinya


Dalam satu kenyataan kepada bursa saham, Boustead Holdings Bhd, sebuah unit LTAT, mengumumkan bahawa unit milik penuh Bakti Wira Sdn Bhd telah memperolehi kepentingan 80 peratus di Astacanggih Sdn Bhd dengan nilai RM30 juta.

Pembangunan Bakti Wira dan Astacanggih juga telah menandatangani perjanjian dengan Awan Megah terlebih dahulu pada hari Jumaat untuk memperoleh 80.94 hektar tanah pegangan bebas di Klang, Selangor dengan harga RM130 juta. Menyifatkan perjanjian itu sebagai satu peluang untuk menambah hak tanahnya, Boustead berkata pembelian saham dan pemerolehan tanah itu akan dibiayai menerusi pinjaman bank dan dana yang dijana dari dalam.

"Selain itu, tanah itu juga bersebelahan dengan 283.28 hektar tanah yang dibangunkan oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan itu serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera bersama-sama memegang 60 peratus dalam kepentingan ekuiti. Permintaan untuk tanah perindustrian di lokasi ini telah menunujukkan aliran menaik setelah siapnya pembinaan loji penyimpanan dan ujian terbaru UMW di Bukit Raja, Klang, "kata Boustead.

Rafizi berserta wakil Pakatan Selangor akan meneliti perjanjian secara halus pada hujung minggu ini dan merancang untuk mengadakan satu lagi sidang akhbar pada hari Isnin.

"Pada sebelah petang, kami bersama beberapa orang pesara akan ke pejabat Bakti Wira untuk memeriksa dokumen. Para pesara mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada wang mereka," kata Rafizi.

The Black Rose


Setakat ini, Ropiaah belum memberi sebarang komen tentang transaksi itu. Sebelum ini, ketika dihubungi oleh Malaysia Chronicle, dia berkata akan merujuk dakwaan Deepak kepada peguamnya.

Dalam respons kepada pengumuman Boustead pada Jumaat, Deepak berikrar dia akan terus membuat pendedahan. Deepak bukan sahaja telah mendedahkan penglibatan Najib dalam urusan tanah Bukit Raja tetapi juga telah mendedahkan bahawa kedua-dua PM dan isterinya, Rosmah meminta beliau dirinya dalam "memudahkan" urusan penarikan balik akuan berkanun yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang membabitkan Najib dalam kes rasuah dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu-Scorpene.

Rupa-rupanya, lebih banyak skandal "panas" akan didedahkan untuk menguji Najib yang bagaikan jatuh ditimpa tangga, setelah menghadapi tekanan yang besar dari dalam partinya sendiri Umno untuk mengundur diri dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Muhyiddin Yassin timbalannya sebelum mengadakan pilihan raya umum.

"Ironinya ialah Raja Ropiaah yang telah 'mencuri' tanah dari kami dibayar RM130 juta, jadi itulah kuasa sebenar, bukan?" Kata Deepak, yang dalam mesej teks kepada Malaysia Chronicle dan telah berjanji untuk meneruskan agenda mengeluarkan buku yang akan menceritakan segalanya mengenai Rosmah - 'The Black Rose'.

Malaysia Chronicle

Tuesday 1 January 2013

(Mesti Baca) : Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?


Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu?

Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut?

Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi?

Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial.

Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak.

Dalam hal ini, Najib atau Zahid mesti bersuara dan memberitahu ketelusan urusniaga tersebut. Sebagai Perdana Menteri, Najib juga mesti meyakinkan rakyat tentang makna ketelusan yang sekalu disebutnya, era kerajaan betul segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai slogan yang molek-molek yang selalu disebutnya untuk menarik perhatian rakyat sebelum ini.

Tiada guna sebenarnya Najib bercakap berbunga-bunga dan melontarkan slogan yang indah-indah setiap kali berucap di hadapan rakyat jika perbuatan beliau kerapkali bertentangan dengan apa yang diucapkannya.

Di sebalik pelbagai pendedahan Deepak mengenai Najib dan Rosmah mengenai urusniaga tanah yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropeah Raja Abdullah sebelum ini, tiba-tiba diketahui umum bahawa Boustead telah membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh Deepak sebanyak RM30 juta iaitu RM13 juta untuk Raja Ropeah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta sebagai kos perniagaan dan RM2 juta untuk belanja guaman.

Deepak kemudiannya memberitahu beliau diberi kata dua dan dipaksa menjual syarikatnya itu.

Melalui pembelian secara paksa itu dan kemudian Deepak juga kemuungkinan dipaksa menggugurkan tindakan mahkamahnya, apa yang jelas ialah bahawa segala apa yang didedahkan oleh Deepak sebelum ini mempunyai asas kebenarannya. Walaupun Najib dan Rosmah yang dikaitkan dalam pelbagai pendedahan Deepak hanya berdiam diri, tetapi wujudnya usaha penyelesaian dengan menggunakan LTAT, sebuah tabung kewangan untuk askar pencen dan anak syarikatnya Boustead, untuk menutup segala tembelang yang didedahkan Deepak, turut memperlihatkan usaha terdesak Najib ke arah itu.

Dengan isu yang ditumbulkan Deepak ini terus hangat menjadi bualan dan LTAT serta Boustead turut diserang untuk mendedahkan butiran dokumen urusniaga tersebut, tidak dapat tidak, yang paling wajar bersuara merungkaikan persoalan ini ialah Zahid Hamidi dan Najib sendiri.

Jika Zahid sebagai Menteri Pertahanan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap LTAT dan Boustead tidak berani bersuara dalam hal ini, ia menunjukkan ada yang tidak kena serta sesuatu cuba disembunyikan dalam urusniaga yang dilihat lebih untuk menyelamatkan masa depan politik Najib dalam pilihanraya umum akan datang.

Dan jika Najib selaku pihak yang dituduh secara langsung oleh Deepak dan sebagai Perdana Menteri yang boleh memberi arahan kepada Zahid atau kepada LTAT, juga berani bersuara, maka terbukti bahawa beliau yang merupakan "dalamg besar" di sebalik urusniaga yang mencurigakan itu.

Jika dalam ucapan tahun baru 2013 yang disiarkan secara meluas malam tadi, Najib sekali lagi menggunakan kesempatan itu itu untuk merayu rakyat supaya terus bersama-sama dengan kerajaan dan memberi sokongan kepadanya mengemudi negara, tetapi jika persoalan mengenai urusniaga meragukan yang melibatkan LTAT ini tidak dapat dijawab bermakna tahun 2013 ini akan terus disemarakkan dengan angin perubahan yang lebih kuat lagi.

Jika wang pencen askar pun sanggup dipergunakan untuk menyelamatkan diri, isteri dan kroni, terus memberi kuasa kepada Najib hanya memungkinkan lebih banyak skandal akan berlaku selepas ini. Inilah antara ketakutan rakyat.

Zahid Hamidi pula, jika terus membisu seribu bahawa, hanya mengesahkan cakap-cakap yang banyak kedengaran sebelum ini bahawa keputusan meletakkannya sebagai Menteri Pertahanan tidak lebih hanya untuk menutup "pekung-pekung" Najib yang mungkin terdedah sepanjang beliau mengemudi kementerian itu sebelum ini.

Untuk menafikan semua itu dan menjadikan permulaan tahun baru 2013 kelihatan manis, ceria dan penuh makna, Zahid Hamidi atau Najib dan lebih baik jika kedua-duanya sekali, dapat segera bersuara menjelaskan kepada rakyat mengenai urusniaga ini. ( SH 01/01/2013)

Monday 31 December 2012

Kereta semakin murah?


PERANG harga kereta di Malaysia kini semakin rancak dengan lebih banyak tawaran di bawah nilai RM80,000 sebuah bagi model sedan atau kompak bukan nasional yang pastinya mampu memberi tamparan hebat kepada pengeluar kereta tempatan.

Di Malaysia, kereta yang mampu memuatkan sehingga lima penumpang dalam satu-satu masa merupakan pilihan paling popular kerana budaya masyarakat yang suka beriadah dan pulang ke kampung bersama keluarga.

Oleh itu, perang harga, tawaran spesifikasi moden dan pakej perkhidmatan selepas jualan tertumpu kepada model-model kereta jenis berkenaan.

Sebelum ini, agak sukar untuk pengguna memperoleh tawaran kereta bukan nasional di bawah tanda harga RM80,000 tetapi bermula tahun ini, ia seperti menjadi trend baharu pengeluar kereta untuk mengecilkan nilai berkenaan demi memikat hati pelanggan.

-utusan.com

Haji Hadi Boleh Jatuh Kafir Jika Tarik Semula Amanat

Oleh: Tok Janggut

Bila menjelang pilihanraya saja akan menyalaklah anjing-anjing kurap dan liar upahan UMNO untuk mengungkit perkara-perkara yang sudah basi dan sudah tidak dipedulikan orang lagi.  Oleh kerana ketiadaan isu dan sudah kelemasan maka kini diungkit lagi kisah ucapan Haji Hadi yang dikatakan amanat oleh UMNO itu.  

Sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk PRU11 (tahun 2004) dan PRU12 (tahun 2008) dan kini menjelang PRU13, maka isu ini kembali dimainkan oleh puak UMNO.  Seorang bekas pemimpin PAS Negeri yang sudah dipecat kini tiba-tiba menyalak meminta Haji Hadi menarik semula “amanat” tersebut kononya demi untuk menyelamatkan aqidah dan perpaduan orang Melayu. 

 Mengapa setelah dipecat dari PAS baru menyalak?  Mengapa dalam PRU11 dan PRU12 dulu yang beliau sendiri bertanding atas tiket PAS dan isu yang sama telah dimainkan oleh UMNO dulu, tetapi mengapa beliau jadi syaitan bisu ketika itu?  Ini tak lebih untuk menonjolkan diri pada UMNO bahawa beliau hero lah kononya, mudah-mudahan akan dicalunkan dengan tiket BN nanti kot.


Apa yang dikatakan amanat Haji Hadi tidak lebih hanya mengingatkan umat Islam akan batas iman dan kufur.  Amat mudah umat Islam menjadi kufur jika mereka tidak berhati-hati bercakap dan bertindak dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum dan syariat Islam.  Apabila sesuatu perkata itu di nyatakan atau dipraktikan melalui tindakan yang menyalahi syariat yang boleh membawa kepada batal iman atau kufur maka ia tetap begitulah hukumnya, tidak boleh diubah atau berkompromi.


Umat Islam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur atas nasihat dan ingatan yang terkandung dalam amanat Hj Hadi itu supaya mereka boleh jadikan panduan agar tidak tersasar perbuatan atau percakapan mereka yang boleh merosakan aqidah dan membawa kepada kufur.  Malahan dengan memuliakan individu yang menghina syariat dan sunnah serta menyokong jemaah yang jelas lari dari ajaran Islam juga boleh membawa batal iman seseorang itu. UMNO menjadi serba tidak kena kerana sudah sememangnya perbuatan dan percakapan yang boleh membatalkan iman dan merosakan aqidah ini sering berlaku dalam UMNO.  Jadi oleh kerana mereka yang makan cili maka merekalah yang terasa pedasnya.

Bagi Haji Hadi, sudah semestinya beliau tidak akan menarik semula amanat itu kerana jika beliau melakukanya bermakna beliau telah menafikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dan secara tidak langsung beliau boleh menjadi kafir atau kufur pula.  UMNO cukup takut dengan isi kandungan amanat tersebut kerana jika ada penyokong atau ahlinya cuba memperhalusi dengan bertanya dengan tok guru atau alim ulama yang kukuh pegangan tauhidnya maka akan terbongkarlah akan hukum sebenar bagi umat Islam yang menyokong UMNO selama ini.

Ini sama jugalah dengan sesiapa yang menghina syariat Allah termasuk hukum hudud atau menghina atau mempersendakan sunnah Nabi juga boleh membawa kepada murtad.  Seseorang yang melakukan samada menerusi lisan atau perbuatan maka mereka boleh jatuh murtad setelah diperingatkan akan hukum menghina syariat Allah itu tetapi tidak diendahkan malahan terus menerus menghina dan mempersendakan syariat dan Sunnah Nabi. Tidak ada  sesiapa pun boleh menafikan bahawa seseorang itu jatuh murtad dan jika ada yang cuba menafikanya maka orang tersebut juga boleh jatuh murtad.

Oleh itu, tidak perlu Haji Hadi melayan ulama tua dan ulama muda yang hidup umpama anjing kurap kelaparan itu.  Biarkan mereka menyalak seadanya sebab tujuan mereka demi untuk menyelamatkan UMNO, bukanya untuk Islam.  Pemimpin UMNO juga tidak perlulah nak bercakap tentang aqidah jika aqidah mereka sendiri pun masih boleh dipertikaikan.

Berkaitan dengan permintaan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka, perkara ini harus ditentang sehabis-habisnya.  Ini tidak lain hanya bertujuan untuk merosakan aqidah atau ingin memurtadkan umat Islam yang jahil secara halus dan terancang.  Cuma yang peliknya di Sabah dan Sarawak perkara ini dibenarkan tetapi tidak di Semenanjung.  Seolah aqidah umat Islam itu boleh diperjudikan dengan mudahnya.

Ingatlah, sekiranya di gereja, di tokong atau dikuil terdapat nama Allah dan di dalam kitab mereka juga ada menyebut nama Allah, dibimbangi nanti umat Islam yang jahil atau yang mudah disogok dengan wang akan mengambil jalan mudah untuk mengikuti agama lain dengan alasan tuhan semua agama sama saja iaitu Allah.

 Kalau duduk dalam Islam kena solat lima waktu, puasa, kena bayar zakat, kena pergi haji, tak boleh berzina, tak boleh minum arak, berjudi dan menipu, maka eloklah mereka memilih agama lain kerana tuhanya sama saja iaitu Allah juga.  Dan inilah yang akan berlaku jika kalimah Allah dibenarkan digunakn oleh agama lain.  Allah adalah tuhan bagi orang Islam yang beriman.  Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah melalui wahyunya maka dengan itu hanya orang yang menganut agama Islam sahaja yang berhak dan layak menggunakan kalimah Allah ini.  Agama selain dari Islam tidak diiktiraf oleh Allah dan Nabi Muhammad, maka mereka tidak layak menggunakan kalimah Allah ini.

Oleh itu, untuk bercakap tentang aqidah dan Islam, umat Islam tidak perlu merujuk kepada UMNO atau ustaz mereka kerana mereka sama bersubahat dengan pemimpin UMNO menghina dan mempersendakan syariat Allah, melakukan penipuan, kezaliman, fitnah, penindasan dan kemungkaran.  Apabila mereka beria-ia mempertahankan UMNO maka mereka redha dengan semua apa yang dilakukan oleh UMNO itu dan semuanya akan terus berlaku sekiranya UMNO masih terus berkuasa.  Tujuan mereka mempertahankan UMNO hanya kerana untuk periuk nasi, kedudukan yang selesa dan kemewahan hidup sahaja, bukan kerana Islam.

Jadi apa yang wajib dilakukan oleh uamat Islam sekarang ini ialah jangan berhenti berdoa meminta Allah hancurkan UMNO dengan selumat-lumatnya. Bagi ustaz dan ualam penyokong mereka, biarkan mereka tertipu dengan ilmu mereka dan dilaknat oleh ilmu yang mereka pelajari selama ini.  Mereka bangga kerana UMNO bina masjid, bina pusat tahfiz tetapi mereka lupa yang UMNO juga bina kilang arak, tempat judi dan tempat persundalan.  Mereka bangga UMNO kononya bantu rakyat bagi wang tunai tetapi mereka buta bahawa UMNO juga yang merompak harta dan wang rakyat sehingga hutang negara makin bertambah dan negara hampir bangkrap.  Ada ustazah mereka kata tok guru PAS fasik tetapi dia lupa bahawa dialah ibu kefasikan dalam UMNO bila bersalam dengan bukan mahram tanpa rasa malu dan bersalah.  Nampak jelas dia dilaknat oleh ilmunya.

Oleh itu, jauhilah ustaz, ulama atau ustazah UMNO.  Jangan tuntut atau cari ilmu dari mereka, kerana bimbang kita akan tambah sesat dan jadi fasik sampai ke mati. Wallahualam.

-TKO

Rais Yatim Hentam TV3 & TV1




Isu Amanat Hadi, Tak Payah Layan Rais Yatim



Takyah Layanlah DS Rais Yatim Nie... Masa Dalam Semangat 46 Dulu, Bukan Main Lagi Tempelak RTM & TV3 Yang Tak Adil Dalam Menyiarkan Berita... Sekarang Nie, Dia Yang Pegang Jawatan Menteri Penerangan, 2 X 5 Jer... Yang Peliknya, Beliau Sahut Cabaran Tapi Kenyataan TG Hadi Awang Hendaklah Dirakamkan Dahulu. Awat Macam Tue pulak?... Supaya Senang Nak EDIT Ker, Wahai Rais Yatim?




- pakat-pakat kalih

Sunday 30 December 2012

Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.

"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.

Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers