PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 24 August 2013

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak



Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.


“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
 
 
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
 
 
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
 
 
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
 
 
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
 
 
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. 
 
 
Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
 
 
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
 
 
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
 
 
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
 
 
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
 
 
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
 
 
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
 
 
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
 
 
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
 
 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
 
 
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
 
 
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
 
 
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~the malaysian insider

Friday, 23 August 2013

Kami bukan samseng: Pekida

RENEK -  Masyarakat diminta menghentikan tanggapan bahawa Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merupakan satu pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan samseng atau kaki pukul.

Pengerusi Pekida Besut dan Setiu, Mohd Nor Jusoh berkata, pihaknya akui antara isu paling besar adalah mengikis tanggapan serong masyarakat yang mengatakan Pekida ada kaitan dengan kongsi gelap.

Menurutnya, tanggapan negatif itu ternyata merosakkan imej Pekida sekali gus menutup kebaikan dan tujuan sebenar penubuhan pertubuhan itu.

“Sebenarnya kes pergaduhan, pukul dan jenayah dilakukan individu dan pihak tertentu yang menggunakan nama Pekida termasuk di Besut atau Setiu malah di negeri ini.

“Tetapi apabila kita semak, sebenarnya mereka ini langsung bukan ahli Pekida sebaliknya menggunakan nama pertubuhan ini, malah setiap ahli Pekida mempunyai kad ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program meraikan anak yatim dan ibu tunggal Besut dan Setiu di pekarangan rumah Ayahanda Pekida Besut, Aziz Muda di sini yang disempurnakan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Nor berkata lagi, kebanyakan individu terbabit hanya menyamar sebagai ahli Pekida untuk kepentingan tertentu sedang Pekida tidak kebal undang-undang kerana mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Namun katanya, ahli Pekida sejati terdiri Adik Beradik, Abang Long dan Kak Long tidak akan melakukan kesalahan kerana ketika menjadi ahli, mereka telah berikrar rela menerima hukuman oleh pertubuhan sekiranya melakukan kesalahan.

Sementara itu, Mohd Iskandar mengingatkan agar perpaduan dalam kalangan ahli Pekida perlu tetap diperkukuhkan selain menjaga nama baik Pekida selaras dengan tujuannya untuk mempertahan agama, bangsa dan tanah air. (sinar)

Thursday, 22 August 2013

Al Sisi meninggal akibat serangan jantung

Beliau dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir.



 

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.
 
 
Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.


Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.


Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.


Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan
protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.


Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan. (TMI)

Bekas Pembuat Tatu Peluk Islam, Kini Imam Di Jepun

by Hasnul Hadi Ahmad
    
Peluk Islam Bekas Pembuat Tatu Kini Imam Di Jepun
Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
 
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
 
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Bekas Pembuat Tatu Kini Imam Di Jepun 2Dari Yakuza jadi imam masjid
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto
 
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
 
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
Diterjemah dari Islampos – Sumber

Wallahu A’lam…

Tuesday, 20 August 2013

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta Remok Teruk (Gambar)


Ustaz Azhar Idrus Kemalangan 1
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta Remok Teruk (Gambar)
Penceramah popular iaitu Ustaz Azhar Idrus dilaporkan mengalami kemalangan di kawasan Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
 
Kereta yang dinaiki oleh Azhar Idrus telah bertembung dengan sebuah kereta lain sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut terbabas.
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan 2
Bagaimanapun, penceramah terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta jenis Wolkswagen GTI miliknya kelihatan agak remuk dibahagian hadapan.
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan 3
Saksi-saksi ditempat kejadian memberitahu bahawa kenderaan Ustaz Azhar Idrus dipandu dengan agak laju sebelum melanggar kereta jenis Proton Iswara ditempat kejadian.
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan 4
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan 5
Ada sesetengah pihak melemparkan fitnah mengatakan bahawa  al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus melanggar lampu merah. Tetapi cerita sebenarnya adalah berbeza sama sekali. Bagi mereka yang telah membuat fitnah eloklah memohon maaf kepada Ustaz Azhar Idrus. Astaghfirullah!!
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan 6
Pandu cermat jiwa selamat…

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

Monday, 19 August 2013

Ikhwanul Muslimin Diharamkan?

Mesir: Situasi lebih buruk jika haram Ikhwan

Muhammad Faizal, 18 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan rejim kudeta Mesir pimpinan tentera yang bercadang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan.

"Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut.

"Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir.

"Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Salahuddin yang menegaskan pihak yang terbabit di dalam konflik Mesir itu perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban serta meminta negara-negara lain campurtangan dalam usaha mencari jalan pendamaian.

Beliau memberitahu, jika pengharaman Ikhwan dilakukan ia akan mengembalikan Mesir kepada zaman lampau./ harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers