Peluk Islam Bekas Pembuat Tatu Kini Imam Di Jepun
Wallahu A’lam…
Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya
sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri
rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan
seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato
untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai
‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan
fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini
menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua
kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang
bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja
di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut
putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang
itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera
bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web
islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan
pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun
tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah
dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam
Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto
Pertemuan dengan orang berserba putih
itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia
bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah
menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur
dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa
untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan
ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama
Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam
Masjid besar di Jepun.
Diterjemah dari Islampos – SumberWallahu A’lam…