Saturday, 23 March 2013
Senario Lahad Datu semakin menarik dan "panas". : Hampir kepada CHECKMATE !
Terkini !! OPS Daulat !! 'Military Komander" Kiram III Di Tangkap Bersama Isterinya !!
Operasi awal pagi semalam berjaya menahan Komander Kiram III bersama dengan isterinya..tiada nyawa terkorban..
Yang mengejutkan "Local Coordinator"..talibarut juga turut d tangkap..
Berita lanjut bakal menyusul...Timbalan Ketua Polis Negara, menggesa agar penduduk Felda Kencana Sakti agar pulang ke rumah masing-masing..isyaAllah tiada apa yang perlu d bimbangkan kerana Felda Kencana Sakti da "clear" katanya...
-sumber
Lapuran lanjut bakal menyusul insyAllah..

Pengganas ikat suri rumah di luar Zon Merah?
Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di Felda Sahabat 43, di
sini, diarah berpindah selepas empat saki-baki pengganas dikesan
menceroboh sebuah rumah di Kembara Sakti, kelmarin sebelum mengikat
seorang suri rumah dan rumahnya kemudian terbakar.
Empat pengganas terbabit memecah masuk rumah Maimunah Itin, 26, jam 3 petang kelmarin dipercayai untuk mencari makanan ketika wanita itu tinggal seorang diri kerana suaminya, Suhaimi Omar Basah, 30-an, keluar bekerja.
Bagaimanapun, dia yang diikat kaki dan tangan dengan tali berjaya melucutkan ikatan sebelum lari menyelamatkan diri ketika pengganas terbabit leka menggeledah rumahnya.
Jiran Maimunah, Mohammad Ahmad, 44, berkata, selain rumah wanita itu, sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan turut musnah dijilat api.
“Sebaik mengetahui rumah Maimunah dimasuki pengganas, penduduk kampung menghubungi pasukan keselamatan, namun apabila mereka datang beberapa minit kemudian, pengganas sudah melarikan diri.
“Pasukan keselamatan mengepung kampung kami dan saya melihat sekurang-kurangnya 12 tembakan gas pemedih mata dilepaskan untuk mengusir kumpulan pengganas,” katanya ketika ditemui, semalam.

Friday, 22 March 2013
TERKINI: Inikah Wajah Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Diberkas Itu? Dikatakan Tidak Mati Ditembak?
DALAM sidang akhbar semalam, kita semua dimaklumkan yang pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.
Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.
“Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita,” katanya.
Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.
Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.
Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.
Apapun tak kira sama ada pengganas itu secantik Siti Nurhaliza atau seseksi Angelina Jolie, atau berpenampilan seperti Mak Lampir sekalipun, yang penting dia telah diberkas!
Dia mesti diadili seadil-adilnya dan dihukum seberat-berat hukuman jika terbukti bersalah.
Tahniah pasukan keselamatan negara!
- sumber
Thursday, 21 March 2013
PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT
Lahad Datu, 21 Mac - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.
Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.
"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.
Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.
"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.
"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. - BERNAMA
SKANDAL ANAK PERDANA MENTERI MALAYSIA?
Saudara Pengarang,
PERDANA
Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin
Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua
Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana
Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu'
berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.
Tuntutan kerajaan
Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama
sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu
dengan begitu mudah.
Setelah
sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan
dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum
merdeka lagi.
Pada
tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah
memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan
berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.
Pada
hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri
Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati
Pucuk'.
Pada
tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis
Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan
Negara kepada APMM.
Dengan
itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan
tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun
2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.
Sebanyak
71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis
Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada
APMM.
Dengan
itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk
menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.
APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.
Lebih
kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik
yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.
Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.
Sebuah
syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja
pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.
Setiap
kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan
sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.
Pejabat
pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa
dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan
Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.
Bot-bot
APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara.
Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan
operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.
Pada
keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula
kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak
percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut.
Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah
tanpa sebarang rintangan.
Semasa
Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada
di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka
meninggalkan kawasan operasi.
Pada
masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak
kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika
ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.
Bot
APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok
tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh
PM dan TPM.
Ketua
Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat
melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.
Alasan
itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu
diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM
130 juta untuk pembaikan.
Sehubungan
itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih
dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu
melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti
kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini
walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.
Salam Hormat,
WARGA PERSISIR PANTAI
Wednesday, 20 March 2013
UMNO sedang alami ‘Brain Death’ Oleh Aspan Alias
SETENGAH pendapat sekarang ini Parlimen sepatutnya telah terbubar
jika dikira daripada tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada 8 Mac 2008
lalu.
Setengah pendapat lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan sendirinya jika dikira daripada tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama selepas PRU 2008 itu.
Kalau dikira daripada sudut mana pun Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik kerana beliau selama ini bukan seorang Perdana Menteri yang “legitimate” kerana mandat yang beliau arak ke hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Semalam Najib meminta rakyat memberi beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat itu.
Menurut Najib, jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika BN kalah pada PRU-13 nanti segala perancangan untuk mentransformasi kerajaan dan negara akan terganggu dan punah.
Jika itulah yang dipinta Najib, kita boleh membuat persepsi “conclusive” yang beliau akan kempunan untuk mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.
Rayuan Najib itu memberi bayangan jelas yang beliau selama ini tidak memanggil pilihan raya lebih awal ialah kerana takutkan kekalahan.
Najib tersalah langkah sejak awal lagi. Oleh kerana beliau menangguhkan pilihan raya itu sampai ke penghujung penggal maka isu terhadap kerajaan dan terhadap beliau sendiri bertambah dan bercambah sehingga beliau sudah tidak ada apa lagi alasan untuk meyakinkan rakyat yang beliau dan UMNO masih relevan.
Penangguhan pilihan raya menyebabkan beliau tertekan daripada rakyat yang mahukan perubahan dan yang lebih menyakitkan beliau ialah tekanan terhadap beliau oleh pimpinan dan ahli UMNO sendiri.
Adalah wajar bagi Najib untuk memandang ke dalam daripada memandang jauh keluar dan mengganyang parti pembangkang pada setiap ucapan beliau.
Najib sebenarnya mempunyai banyak masalah dalam partinya sendiri.
Najib ibarat panglima perang yang besar dalam mana kumpulan dan kabilah beliau adalah kabilah yang terlalu berpecah dan mempunyai masalah dalamannya sendiri.
Beliau adalah panglima perang yang tidak mendapat dukungan daripada kumpulannya sendiri. Bukan kurang jumlah bala tenteranya yang mahukan beliau terkorban dan banyak bukti yang ramai di antara tentera yang beliau pimpin akan mengacukan senjata ke arah beliau daripada belakang apabila sampai waktunya.
Masalah besar UMNO akan bermula pada hari pengumuman calon dan selepas setiap calon mendapat surat watikah untuk bertanding mewakili UMNO itu. Sabotaj mensabotaj calon parti sendiri akan menjadi lebih hebat sekali dan saya melihatnya sebagai satu fenomena besar dalam UMNO ketika PRU-13 nanti.
Seruan Najib meminta beliau diberikan mandat besar itu merupakan satu mimpi di siang hari kerana penangguhan pilihan raya kali ini adalah penyebab kenapa rakyat sudah hilang keyakinan yang lebih teruk lagi.
Penangguhan itu memberi makna UMNO takut menghadapi PRU dan ketakutan itu membuatkan rakyat tidak yakin lagi kepada parti itu.
Rakyat tidak akan memberi mandat kepada kepimpinan dan parti yang takut menghadapi pilihan raya. Apabila sesebuah parti tidak mempunyai “self confidence” ia bermakna parti itu tidak berani membuat keputusan dengan baik dalam isu penting yang lain.
Perasaan takut yang menghantui UMNO ini yang menyebabkan kepimpinan parti itu terpaksa bermuka-muka apabila menghadapi rakyat berbilang kaum.
Pimpinan UMNO tidak berani bercakap dengan tegas terhadap banyak isu. Itulah sebabnya kita melihat dan mendengar pimpinan UMNO terpaksa menggunakan isu perkauman yang menebal kebelakangan ini.
Nampaknya kali ini UMNO hanya menumpukan harapan mereka kepada orang Melayu yang juga sedang lari kepada PAS. DAP sudah sememangnya mendapat sokongan majoriti kaum Cina dan kebelakangan ini saya mendapat banyak respons daripada orang Melayu untuk memberi dukungan kepada DAP dan itu adalah juga satu fenomena yang jelas.
Pendeknya apa yang dihadapi UMNO sekarang ini amat serius dan yang tinggal hanya sokongan penggiat tegar UMNO yang tidak tahu apa-apa zatau yang mendapat manfaat daripadanya.
Mereka sekarang sedang membina budaya samseng dan mengganggu banyak program parti Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara.
Terbinanya budaya samseng yang bertindak kasar dan tidak bertamadun itu tidak dapat menafikan hakikat UMNO semakin hari semakin hilang identitinya sebagai sebuah parti pemerintah.
Inilah budaya mana-mana parti pemerintah yang akan kalah dan budaya buruk ini sememangnya satu “attribute” bagi pemerintahan yang berada di penghujung kuasa.
Apa yang di rayu Najib adalah manifestasi kepimpinan UMNO yang sebenarnya. Mereka dalam ketakutan yang keterlaluan. Apabila sudah lemah dan menghadapi krisis keyakinan di kalangan ahli parti sendiri, maka ia adalah tanda jelas yang usia UMNO sebagai parti pemerintah itu sudah hampir berakhir.
Seperti seorang yang nazak di hospital, UMNO sedang menghadapi “brain death” dan pembubaran Parlimen itu ibarat mencabut mesin tali hayat daripada pesakit yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Najib sedang berdepan pembangkang yang kuat. Di belakang pula beliau menghadapi dengan ahli UMNO yang menunggu masa untuk mengenepikan beliau.
Najib dalam keadaan serba-salah yang amat susah untuk beliau selesaikan. Hanya rakyat dengan izin Tuhan mampu menyelesaikannya. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tuesday, 19 March 2013
‘Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu
KUALA LUMPUR 19 MAC: Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut
dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad
pengenalan (IC) kepada warga asing.
Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu ‘pasar malam Bangladesh’ di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut.
“Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC.
“Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati,” kata Shamsul ketika dihubungi.
Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu.
Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran.
Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun.
Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu).
Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati.
“Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara.
“KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47802

Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab | Oleh: Mohd Sayuti Omar
Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga.
Justeru sesiapa saja yang menganggap negara ini negara mereka, wajib mempertahankan kedaulatan negara sampai ke titisan darah terakhir.
Mempertahankan negara sebahagian daripada cabang iman. Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w. mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga.
Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
Begitu juga dengan cadangan Mahathir agar melarang pembinaan rumah atas air di Sabah yang menjadi penempatan kebanyakan pendatang tanpa izin dari Filipina, bagi keselamatan negara perlu difkir secara mendalam. Apakah tindakan itu tidak termasuk dalam tindakan kezaliman? Mahathir mencadangkan bagi mengatasi penceroboh di Sabah yang kini digelar pengganas rumah atas air itu perlu dihancurkan bagi mengelak ia dijadikan sarang pengganas.
Alasan beliau kerana selagi rumah itu ada, penceroboh dan pengganas akan berlindung di situ. Beliau membela dirinya sendiri apabila ditanya kenapa tindakan itu tidak diambil semasa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu? Seperti biasa dia menjawab masa itu tidak sesuai dan kalau dilakukan mereka akan memberontak. Jadi apakah pula alasan mengatakan masa ini sesuai?
Apakah sesudah matlamat Mahathir sudah tercapai? Dan apakah kalau dilakukan hari ini mereka (pendatang Filipina) itu akan melihat begitu saja. Atau pun apakah sesudah beliau tidak menjadi perdana menteri, di mana kalau tindakan meroboh rumah atas air itu risikonya ditanggung oleh Najib Razak maka ia sesuai?
Begitu perkiraan Mahathir? Kalau itulah cara Mahathir berfikir dan bertindak jelas dia seorang tidak bertanggungjawab dan jahat. Seloknya sebelum Mahathir membuat cadangan itu dia melihat kepada sumber dan mengenali faktor masalah yang berlaku sekarang ini. Beliau kena akui kesilapannya. Bukankah percambahan rumah atas air itu berlaku sejak dizamanya? Apakah alasan Mahathir sebelum itu yang memberi galakan atau tidak ada larangan meruntuhkan rumah-rumah itu?
Apakah mata Mahathir baru cerah hari ini dulunya kabur? Sebenarnya banyak kesilapan Matahir lakukan yang baru disedari hari ini setelah ibarat air sudah sampai ke paras hidung. Salah satu ialah mengenai kuasa politik Melayu mengikut kawasan pilihan raya. Gara-gara politik jahat Mahathir yang tidak menambahkan kawasan pilihan raya menyebabkan kawasan Melayu berkurangan.
Tetapi anihnya Mahathir masih dijulang sebagai pemimpin agung bangsa dan negara. Kepala hotak dia? Sudah pasti waktu itu ada motif kenapa dia membenarkan rumah-rumah atas air itu dibina. Mustahil penguasa tempatan (PBT) tidak menyedari akan kewujudan rumah itu ia sudah menjadi satu tradisi berdekad-dekad. Mustahil juga pihak kerajaan tidak terfikir akan implikasinya. Jangan pula sesudah madu dihisap dari 'penceroboh' itu maka sempahnya dibuat begitu sahaja.
Kalau hendak buang pun biarlah bertempat dan dikendali dengan betul. Kita setuju kalau ia tidak dibenarkan hatta rumah yang ada dirobohkan, tetapi kerajaan harus melakukan dengan cermat dan penuh perikemanusiaan. Bukan semua rumah atas air itu menjadi sarang dan kloni perlindungan pengganas.
Mereka harus dibela dan dipertahankan. Sebelum roboh satu kaedah atau program 'mendaratkan' mereka perlu diadakan. Kerajaan Sabah kena kenal pasti kawasan khas untuk menempatkan mereka. Dalam masa sama kerajaan Sabah dan Persekutuan juga kena pastikan kemasukan pendatang tanpa izin yang ada diperalatkan pengganas itu dipantau dan dikawal serapi mungkin.
Jangan sahaja mengambil tindakan meroboh kedimaan mereka tetapi kemasukannya dibiarkan. Apa yang kita tidak mahu dengar dunia akan menuduh Malaysia akan melakukan kezaliman manusia dengan tindakan emosi Mahathir itu. Cerita pengusiran mereka sesuatu yang menakutkan.
Biarlah bangsa bersatu tidak memuji kita tetapi jangan sampai PBB mengungkitkan kebejatan kita. Apapun Mahathir kena menjawab tindakan itu dulu sebelum dia membuat cadangan itu ke atas penyelesaian kemelut perang di Lahad Datu kini. Selain itu Mahathir juga kena jawab kenapa beliau mengizinkan projek IC di Sabah.
Berlakunya projek ini ia tidak boleh dinafikan. Semua orang sudah tahu bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina mendapat kad pengenalan Malaysia. Atau pun kad pengenalan yang diberikan itu palsu? Kalau palsu Mahathir sekali lagi harus disabitkan kesalahan menipu. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana orang Sulu dari Selatan Filipina memiliki kad pengenalan berkenaan.
Ia juga mendakwa pernah mengundi di dua pilihan raya. Mahathir kena jawab untuk apa pemberian kad pengenalan itu. Pemegang kad pengenalan Malaysia oleh rakyat Filipina itu diberi kuasa untuk mengundi, memilih wakil rakyat negeri dan parlimen. Status mereka sama dengan status warganegara Malaysia yang lain. Kalau yang diusir dan dihalau dari kampung kedimanan mereka atas air, tidakan itu sebagai menghalau rakyat sendiri? Jawab juga apakah pemberian itu bertujuan politik?
Kita tunggu jawaban Mahathir dan hendaknya beliau tidak berkluk klik didalam hal ini. Jawablah seberani diri anda yang digelarkan dengan pelbagai nama indah dan hebat kepada anda. Jangan pula berdolak dalih dan cuba 'mengetutkan' kepada orang lain. Dalam projek kad pengenalan ini beberapa orang pegawai kerajaan, imigresen, polis, pendaftr negara telah dikenakan tindakan. Ada yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Penahanan pegawai kerajaan tidak berdosa itu yang mengikut arahan orang tertentu satu kezaliman yang nyata. Ia dilakukan bagi menunjukkan projek pemberian kad pengenalan itu satu kesalahan dan bukan merupakan satu projek. Yang jelasnya mereka seakan teraniaya kerana disamping melaksana projek yang disuruh, mereka dikenakan tindakan.
Wahai Mahathir, kebusukkan dan kejahatan tidak boleh diselindungkan. Ia akan terbongkar juga. Ia boleh dikawal dan ditusuk kepada umum untuk beberapa ketika saja, mungkin 10 atau 15 tahun, tetapi tidak untuk selamanya. Yakin dan percayalah kepada Yaumil Mahsyar? Kalau kita semua beriman kepada Allah s.w.t. setiap apa yang kita lakukan ini bukan saja berakhir di atas dunia ini tetapi ia juga akan dibangkit dan dikira di akhirat kelak.
Saya menunggu pengakuan dan jawaban ikhlas dan benar daripada Mahathir terhadap beberapa persoalan itu. Dan kalau Mahathir enggak berani harap ada orang lain menjawab bagi pihaknya. [wm.kl.8:36 pm 18/03/13]

Monday, 18 March 2013
Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? Lepas Ini Ada Video Seks Pula? Menteri Ajak Rakyat Tonton Video Seks Dulu!
Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? : Ketika
rakyat sedang giat memerhati & menilai keadaan kos hidup yang
dihadapinya ketika ini, harga barang yang ada di pasaran ok atau tidak,
adakah duit rakyat yang diamanahkan oleh rakyat baik di peringkat negeri
atau persekutuan dijaga dengan baik atau tidak, tiba-tiba sekali lagi
rakyat disogokkan lagi dengan koleksi terbaru gambar “intim” antara dua
lelaki dalam sebuah bilik yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Kalau sebelum ini, dakwaan melibatkan Timbalan Parti Keadilan (Azmin Ali) DI SINI, kali ini bosnya pula menerima satu lagi dakwaan baru menjelang Pilihanraya Umum ke 13..
Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay? (Dakwaan) : Adakah Ini Video Yang Dimaksudkan Mereka?
Apabila meneliti gambar-gambar yang
terbaru ini, teringat Berita Semasa dengan laporan berita yang pernah
kami keluarkan dahulu sekitar Januari 2012 (DI SINI) yang pernah telah memberikan “hint” bakal akan dikeluarkan satu lagi video seks yang lebih dahsyat daripada versi sebelumnya iiatu dengan pelacur China. Adakah ini video seks yang bakal dimaksudkan mereka sebelum ini?
Adakah deretan gambar Anwar Ibrahim seks gay ini (atau mungkin ada video seks) merupakan “buah tangan”
terbaru daripada mereka untuk ditatapi dan dinilai oleh rakyat
Malaysia setelah lebih setahun video pertama didakwa juga melibatkan
Anwar ibrahim dikeluarkan mereka dahulu?
Ini antara jawapan yang keluar daripada mulut Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim mengenai pendedahan terbaru ini :
“Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya,” katanya.
Eh….apa pula salah UMNO. Selalunya salah
UMNO. Mungkin ini antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada
mulut pemimpin UMNO Barisan Nasional.
Termasuklah Timbalan Menteri yang
seorang ini merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan namanya
menasihatkan rakyat Malaysia menilai terlebih dahulu sebelum membuat
sebarang keputusan sebelum menentukan siapa pemimpin politik yang
didakwa ramai itu dengan cara menonton video seks itu terlebih dahulu.
Video?
Gambar Anwar Ibrahim Seks Gay : Maslan Mahu Rakyat Malaysia Nilaikan Sendiri. Tengok Dulu!
Sumber : Bernama Malaysia
Jadi pertanyaan kami kepada Ahmad
Maslan, jikalau sekarang gambar Anwar Ibrahim seks gay dikeluarkan
(dakwaan), adakah ini bermakna akan keluar versi video pula? Bila?
P/S : Apa kata dengan dengan pendedahan terbaru gambar gambar yang
didakwa segelintir pihak mirip Anwar Ibrahim Seks Dengan Gay Ini?
Sunday, 17 March 2013
TERKINI LAHAD DATU : KAD PERAKUAN TENTERA MILIK JENERAL MUSA DITEMUI
Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.
Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.
Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac laluSumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.
-sumber
Ketua Penceroboh Sulu bolos bukti perairan negara mudah ditembusi
BAGAN SERAI 17 MAC: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B)
Tan Sri Md Hashim Hussein mempersoal tahap pertahanan negara berikutan
perairan negara khususnya di Sabah, terlalu mudah ditembusi.
“Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.
“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu,” katanya yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.
Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.
Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.
“Kita buat berlapis. Kumpulan paling rendah sekali – infantri, keupayaannnya terbatas. Mereka jaga di tepi pantai, dilengkapi peralatan untuk awasi kawasan hadapan. “Itu lapisan pertama.
Dan kita ada bot-bot tempur yang boleh meronda kawasan laut. Lapisan kedua, kawasan laut luas ditugas kepada TLDM dan TUDM untuk buat pengawasan.
“Lapisan ketiga sebelum sempadan antarabangsa, kapal terbang dan bot besar ditempatkan di lautan luas. Jadi berlapis-lapis dan diperkuat pula dengan radar – boleh kesan musuh,” katanya.
Hashim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peralatan canggih dan mahal tetapi mempersoal sama ada ia dibeli dengan harga tinggi tetapi tidak berfungsi kerana kualitinya rendah.
“Mungkin juga rosak sebab kurang diselenggara. Mungkin, alat ganti tak ada, tak dibeli. Kontraktor tahu bekal sahaja. Rosak, selenggaraan, bukan dia kira,” katanya.
Beliau bertugas bersama ATM selama 38 tahun dan pernah bertugas di Sandakan, Sabah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan dan Pegawai Kanan di Wisma Putra serta pernah berkhidmat di Bosnia.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47598

Subscribe to:
Posts (Atom)