Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di Felda Sahabat 43, di
sini, diarah berpindah selepas empat saki-baki pengganas dikesan
menceroboh sebuah rumah di Kembara Sakti, kelmarin sebelum mengikat
seorang suri rumah dan rumahnya kemudian terbakar.
Empat pengganas terbabit memecah masuk rumah Maimunah Itin, 26, jam 3
petang kelmarin dipercayai untuk mencari makanan ketika wanita itu
tinggal seorang diri kerana suaminya, Suhaimi Omar Basah, 30-an, keluar
bekerja.
Bagaimanapun, dia yang diikat kaki dan tangan
dengan tali berjaya melucutkan ikatan sebelum lari menyelamatkan diri
ketika pengganas terbabit leka menggeledah rumahnya.
Jiran Maimunah, Mohammad Ahmad, 44, berkata, selain rumah wanita
itu, sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan turut musnah dijilat
api.
“Sebaik mengetahui rumah Maimunah dimasuki pengganas,
penduduk kampung menghubungi pasukan keselamatan, namun apabila mereka
datang beberapa minit kemudian, pengganas sudah melarikan diri.
“Pasukan keselamatan mengepung kampung kami dan saya melihat
sekurang-kurangnya 12 tembakan gas pemedih mata dilepaskan untuk
mengusir kumpulan pengganas,” katanya ketika ditemui, semalam.
-sumber