TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar
petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau
semalam.
Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala
isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad
Shah di sini.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin
Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang
dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15
malam.
Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut
kira-kira 10 pagi tadi.Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli
Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk
Ismail Mohamad Said. –Bernama
Thursday, 12 September 2013
Salleh Yaakob Maut Di Sambar Petir, Isteri Cedera Parah
RTM gantung khidmat individu silap siar logo PDRM
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan
perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan
logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.
Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan jawatankuasa tatatertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.
Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuatnaik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.
- Bernama

Wednesday, 11 September 2013
Lelaki maut 'dirogol' lima isteri
ABUJA - NIGERIA. Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria
meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai
lalu.
Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.
Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.
Menurut DailyMail, susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis.

Remaja asyik dodoi awek kantoi
GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela
menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan
perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur
kelakuan rakannya.
Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.
Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.
Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.
Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.
Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.
Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.
“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.
Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.
“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.
“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.
Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.
Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.
Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.
“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.
Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.
“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.//(Sinarharian)

Monday, 9 September 2013
Serangan Di Zamboanga:Malaysia Keluar AMARAN KESELAMATAN!!
Filipino soldiers run to take positions during the clash in Zamboanga city, southern Philippines. |
Malaysia
mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari
itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di
Zamboanga City.
Amaran
keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan
insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular
ke negeri ini.
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai
ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang
Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.
Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka
telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan
Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom),
Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan
telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di
samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.
“Kami
telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom
juga akan bekerjasama berikutan insiden itu,” katanya.
Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan
kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu
dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.
MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian
damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan
tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan
Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.
-sumber
‘Bertudung tak boleh kerja sini’
Kuala Lumpur: Amat mengecewakan apabila
wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk
diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang
mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.
Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.
Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook pada 1.59 petang Isnin lalu yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.
“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.
WARTAWAN Harian Metro melakukan penyamaran di salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara. |
- harian metro
SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa
KUALA LUMPUR:
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI)
dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.
“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.
“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.
Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.
Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi.
Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.
“Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM,” ujarnya lagi.
Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.
“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan.
“Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM,” katanya//(harakahdaily)

Sunday, 8 September 2013
Dedah ahli politik terbabit kongsi gelap
Bagan Datoh: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyerahkan nama anggota kongsi gelap dan samseng termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kumpulan itu kepada polis untuk diumumkan, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita serahkan nama kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia). Saya tak campur tangan dalam tugas PDRM, jadi mereka akan ambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Tunggu Bukit Aman keluarkan nama mereka... bila akan dedahkan?, saya serah kepada polis,” katanya.
Sangkal tuduhan
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, meminta rakyat menanti pengumuman yang akan dibuat Bukit Aman kerana beliau tidak mahu mengulas sama ada ahli politik yang dikaitkan dengan kongsi gelap dan kumpulan samseng itu dari parti pembangkang atau kerajaan.
“Saya tak mahu ada unsur politik dalam membanteras jenayah. PDRM pasukan profesional, ada kepakaran tertentu bagaimana mahu tangani jenayah melampau,” katanya sambil turut menyangkal tuduhan kononnya beliau bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam menangani jenayah dan pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Pihak tertentu sebelum ini menuduh Naib Presiden UMNO itu hanya tegas dalam mengambil tindakan berkenaan sehingga 19 Oktober ini saja, iaitu tarikh pemilihan UMNO. //(beritaharian)
Disebalik skandal Adi Putra
Isteri Amiruddin. |
dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.
Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.
Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan
maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.
Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.
Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.
Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini.
'Saya mahu dia keluar Malaysia!'
Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram.
Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.
Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.
Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.
Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.
Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja....
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.
Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.
Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.
Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN: Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.
Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik mata'.
Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Saya ada semua bukti: Aida
Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.
Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.
"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.
"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.
Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.
"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.
"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.
Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.
"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.
"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.
"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.//(sinarharian)
Subscribe to:
Posts (Atom)