Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
PETALING
JAYA : PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center
menunjukkan populariti Perdana Menteri itu menurun dari kalangan
sokongan pengundi Melayu.
Rafizi menjelaskan,
berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and
butter” menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan
Najib.
“Hasik
kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor
penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.
“Saya
berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting.
Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP,
(Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah
semuanya baik ... tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu
tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika
sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Selain
itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada
Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal
dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan
perbincangan lanjut.
“Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.
“Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.
“Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Jelas
Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka
Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau
seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan berkempen secara individu.
“Kami
sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center ... kalau
saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.
“Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan
team effort, tapi personal strenght,” kata Rafizi lagi dan
menambah,”PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR).”
Kaji
selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan
terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus
pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam
peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak
datang dari pengundi Melayu.
Kaji
selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia
menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM)
menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus,
dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.
Penerimaan
terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik
lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan
raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN)
tamat pada April 2013.
Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.
Kaji
selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun,
hanya 42 peratus mendapati mereka “gembira” dengan kerajaan, penurunan
enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.
Kaji
selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi
Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada
Jun 2012.






Kajian Politik untuk Perubahan
Yang
pertama, dari PRU 1959 hingga 1969. Dalam tiga PRU yang diadakan ini,
dari hari pembubaran parlimen sehingga pencalonan, purata tempohnya
adalah 19 hari. Tempoh kempen adalah sama, iaitu 35 hari. Oleh itu,
jumlahnya adalah 54 hari. Yang kedua, dari PRU 1974 hingga 1995. Dalam
enam PRU yang diadakan, dari hari pembubaran parlimen sehingga hari
pencalonan, puratanya adalah 8 hari, dengan tempoh kempen secara
puratanya 13 hari. Oleh itu, jumlahnya adalah 21 hari. Ketiga, dari
PRU 1999 hingga 2008. Dalam tiga PRU yang diadakan, dari hari
pembubaran parlimen sehingga hari pencalonan, puratanya adalah 10 hari.
Tempoh kempen hampir sama, dengan purata 10 hari. Oleh itu, jumlahnya
adalah 20 hari.



Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.







Hishamuddin
Rais dikurung bersama Tian Chua (gambar kanan) dalam satu sel untuk
tempoh satu tahun. "Dia pandang saya, saya pandang dia." Kemudian,
kedua-duanya memelihara cicak kobeng, biawak, semut untuk menghilangkan
kebosanan. Menurutnya, dua bulan pertama penahanannya tidak dibekalkan
suratkhabar. "Kamu ada 24 jam tapi kamu tak ada apa-apa untuk dibuat.
Buku bacaan tidak ada," katanya, menyifatkan bahawa masa yang paling
panjang dalam hidupnya adalah masa ketika ditahan.