PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Monday, 23 July 2012

keganasan MIC : Bila polis nak ambil tindakan ?



(Oleh Norutul Ilham)

BRICKFIELDS 23 Julai: Polis didesak supaya mengambil tindakan terhadap dua laporan berkenaan kes pukul Ketua Cabang Puchong, S Murali dan ugutan terhadap Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi yang kesal dengan sikap tidak peduli polis menyifatkan pihak berkuasa itu sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana melibatkan sekutu Umno Barisan Nasional (BN).

“Apa yang berlaku pada Murali di Putrajaya yang diserang, tapi tiada tindakan diambil. Sehingga kini tiada tangkapan. Dia dipukul dan dibelasah, dan apa yang berlaku pada Surendran, laporan polis juga dibuat tapi tiada tindakan.

“Saya minta polis siasat dan tangkap tidak kira parti. Jangan tuduh kami buat laporan polis sebab mahukan sokongan orang ramai. Kami sudah ada sokongan, tidak perlu lagi,” kata Manikavasagam pada sidang media di sini hari ini.

Pada 2 Mei lalu, rombongan KEADILAN ke Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan Mykad pelajar Reshina Bathumanan, 17, diserang samseng MIC yang diketuai Ketua Pemudanya, T  Mohan, menyebabkan Murali dan Gobi Krishnan luka parah.

Surendran pula pada 10 Julai lalu menerima ugutan kiriman pesanan ringkas (SMS) dihantar individu berkait rapat dengan MIC.

Sementara itu, Ravi yang menyifatkan kedua-dua kes berkenaan bukan perkara baru dan mendakwa parti itu dipenuhi samseng yang diupah bagi menjaga pemimpin mereka.

“Saya nampak isu gangster semakin meningkat walaupun polis cakap ia menurun. Polis langsung tak ambil tindakan, polis layan rakyat biasa dengan dwistandard.

“Polis tolong bertindak segera, jalankan tugas dengan adil. Contoh isu Murali yang kena pukul. Kalau ikut undang-undang, kalau kita tampar orang pun kita masuk tiga hari lokap, tapi ini masuk lima hari wad, tapi tetap tiada tindakan daripada polis,” tegasnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Penerangan Selangor, K Gunasekaran turut menempelak tindakan Timbalan Biro Masyarakat MIC, Datuk Ramanan yang membuat laporan polis menuduh Surendran membuat laporan palsu berhubung ugutan yang diterimanya.

“Bagaimana beliau boleh tuduh Surendran buat fitnah, sedangkan dalam SMS yang diterima beliau tertera perkataan MIC, lepas itu tuduh pula Surendran sengaja mencari publisiti dengan cara pintu belakang.

“Ini kenyataan yang tidak bermoral, mungkin kerana Ramanan baru dalam politik, jadi kita imbas kembali sejarah MIC membuktikan bahawa MIC dipenuhi gangster, ini dapat dibuktikan apabila Muralili dipukul oleh Pemuda MIC,” katanya./(SK)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers