PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 23 July 2012

GAGASAN TUKAR UNTUK TUMBANGKAN BN

Saudara Pengarang,

SEBAGAI rakyat Sabah, kita telah diperintah oleh kerajaan BN selama lebih 15 tahun, kita sudah rasa cukup untuk BN. Selama ini Sabah bagaikan lubuk emas bagi pemimpin Kuala Lumpur yang menganggap Sabah sebagai 'Tanah Jajahan' mereka.

Dengan memegang 'remote control' mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk menentukan siapakah Ketua Menteri dan Wakil Rakyat serta Pengundi. Oleh itu marilah kita bersatu hati memberi peluang kepada pemimpin kita yang berani melawan arus seperti Datuk Jeffery Kitingan atau Datuk Yong Teck Lee atau Haji Ansari Abdullah atau Haji Hamzah Adullah atau Jimmy Wong dan sebagainya berjuang untuk Sabah dan bukannya menjadi 'Pak Turut' seperti pemimpin BN Sabah selama ini.
Peluang kita untuk mengubah kerajaan adalah sangat cerah kerana 65 % rakyat Sabah mahukan perubahan. Namun jika pembangkang Sabah masih tidak dapat capai kata sepakat sebelum hari penamaan calon, alamatnya kita akan terlepas peluang emas untuk tumbangkan BN di bumi Sabah kali ini.

Oleh sebab itu, marilah kita berharap agar semua pemimpin pembangkang dapat duduk berbincang untuk mencapai satu gagasan bersama untuk menghadapi BN.

Kita mencadangkan, jika mahu tumbangkan BN, satu gagasan baru pembangkang mesti dibentuk atas nama Gagasan TUKAR, yang mana akan di anggotai PR, STAR, SAPP dan kumpulan Perikatan Perubahan NGO.

Oleh sebab itu semua pemimpin ini mesti wujudkan 'Win-Win' untuk semua, mungkin di 60 kawasan DUN Sabah ini nanti adalah ditandingi satu lawan satu menghadapi BN.

Kita berharap agar PKR dan PAS akan tandingi semua kawasan Umno; sementara itu Star hadapi PBS, PBRS, UPKO; manakala SAPP di semua kawasan Cina, mungkin juga sebahagian kawasan campuran kaum yang seimbang; sekurang-kurangnya SAPP ada kelebihan sebagai Parti Berbilang Kaum.

Soal siapa Ketua Gagasan Tukar ini, kita rasakan Datuk Dr Jeffery kitingan, wajar mengetuai Gagasan Tukar ini. Malah Gagasan ini juga mesti mengeluarkan satu buku Gagasan Tukar, seperti buku 'Jingga'.

Akhir sekali marilah kita semua rakyat Sabah yang telah lama menderita agar bangun dari mimpi panjang untuk menukar Kerajaan Boneka BN Sabah.

Yang Benar, Salam Hormat,

MOHD DANIAL ABDULLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers