PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Thursday, 26 July 2012

Bonus Raya : K’jaan tidak mampu beri lebih imbuhan?

Keengganan Perdana Menteri menambah jumlah imbuhan bonus Hari Raya menimbulkan rasa pelik jika diukur dengan keyakinan Najib terhadap ekonomi negara.


PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan RM500 kepada pesara kerajaan.
 “Ini bermakna Kerajaan Persekutuan membelanjakan hampir RM2.2 bilion bagi tujuan pemberian bonus Hari Raya, jumlah yang sama seperti tahun lepas,” kata Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan media hari ini.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam, mengumumkan perkara ini yang melibatkan seramai 1.27 juta penjawat awam dan 657,000 pesara kerajaan.

Tegas Raja Ahmad, “ini bermakna cadangan awal Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) agar kerajaan memberikan nilai tambahan kepada bonus Hari Raya ini tidak kesampaian juga akhirnya.

“Adakah Kerajaan Persekutuan tidak mampu memberikan imbuhan yang lebih baik pada tahun ini berbanding jumlah yang sama diberikan pada tahun lepas?,” soal beliau.

Menurutnya, berdasarkan temubual Najib dengan Forbes Asia Magazine September lalu, beliau mengatakan akan berlaku satu lagi pusingan liberalisasi ekonomi yang akan dibentangkan dalam Bajet 2012.

“Tetapi keengganan kerajaan memberi jumlah imbuhan bonus Hari Raya yang lebih berbanding tahun lalu agak pelik jika dinilai dengan keyakinan Najib terhadap ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, bagi menunjukkan tahap pelaburan luar yang masuk ke Malaysia pada tahun lepas juga, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa untuk separuh pertama 2011, Malaysia telah menarik RM21.3 bilion dalam Foreign Direct Investment (FDI).

“Kami ingin menyuarakan hasrat sebahagian kakitangan awam yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang terus meningkat yang sewajarnya diberikan perhatian oleh Najib,” terang Raja Ahmad.

1 comment:

  1. Bersyukurlah kerana rezeki itu pemberian Allah!

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers