Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam
Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160
juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai
telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor
untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu
bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan isterinya Rosmah Mansor.
Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa
pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu,
dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada
tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom
sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk
mencegah dari dikenalpasti?
Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah
strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari
Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga
melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.
“Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam
fikiran kami tetapi kami akan selidik,” kata Rafizi kepada wartawan.
Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?
Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal
Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah
daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat
dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009
selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara.
Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang
mengawal Najib dan isterinya Rosmah. Mereka telah mengemukakan rayuan
bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana
tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga
pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya
tahun ini.
Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah
membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang
kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan
berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.
Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada
di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam
perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.
Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab
kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan
mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada
Ropiaah? Dan mengapa?
Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih
banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang
sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak,
ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak
telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan
sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang
telah dipanggil ‘anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.
Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah
urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang
individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570
juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut
Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan
pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan
Malaysia.
Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah
Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat ‘mangsa’ pertamanya.
Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan
terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah
yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.
PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan
menegaskan bahawa dirinya ‘sihat’. Namun masih terdapat keraguan
terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.
"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami
untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya
perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. Jika dia
tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam
Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan
untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil
kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia
Chronicle di luar persidangan akhbar.
Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar
khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di
Singapura untuk ‘berehat’. IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors
he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi
Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya” kemudian
Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa
dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib
berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk
pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan
kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.
Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah
dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA?
Najib to be forced to step down on 'health reasons'?OPPORTUNITY KNOCKS
AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim
Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa
dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara
sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.
Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak
mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum
sudah tamat.
"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh
membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila
masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik
sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.
Malaysia Chronicle
Saturday, 19 January 2013
Pakar ekonomi Bank Islam pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan
KUALA LUMPUR 19 FEBRUARI: Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat.
Pada kenyataan media lewat petang ini, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil .
Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13, bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN.
“Keputusan analisis itu dibuat selepas mempertimbang pelbagai faktor relevan yang memperngaruhi situasi ekonomi pada 2013. Mustahil untuk menafikan keputusan PRU 13 tidak akan memberi kesan kritikal terhadap ekonomi negara.
“Tiada sebab saya perlu dikenakan tindakan disiplin kerana analisis itu dibuat secara jujur dan profesional,” katanya.
Azrul pada pembentangan bertajuk “Malaysia: Economic and Political Outlook 2013″ pada 10 Januari lalu menyatakan tiga kemungkinan senario yang berlaku pada PRU 13 berdasarkan analisis faktor terpilih.
Senario terbaik BN ialah mempertahan 112 hingga 122 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperoleh 100 hingga 110 kerusi manakala senario kedua yang ‘besar kemungkinan’ ialah BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi Parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi.
Senario ketiga yang ‘kurang kemungkinan’ ialah BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi Parlimen.
Beliau kemudian dikenakan penggantungan untuk tempoh yang tidak dinyatakan atas alasan ‘melanggar polisi bank.’
Pada kenyataan itu, Azrul juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, ahli politik atau mana-mana pihak yang merosakkan reputasi, integriti dan kewibawaan atau memfitnahnya.
“Ia menjadi tragedi kepada sistem demokrasi di Malaysia apabila pendapat yang tidak menyebelahi sesebuah parti menjadi alasan kepada sesetengah pihak untuk mengambil tindakan displin sekali gus memberi lesen untuk pemusnahan karektor.
“Bagaimanapun, saya yakin, kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya,” katanya./~KD
Tanpa umno hancur negara...CHEH!
Oleh: accudo
Tanpa Umno hancur negara... 'Melayu tak selamat'. Konon! Ater...selama ni Melayu selamat sangatlah?
Hanya orang 'gila' dan tak betul kepala sahaja yang percaya, apa yang digurindamkan!
Pembelit...
Perasuah...
Penipu ...
Bapak pengkhianat...
Syaitan yang dikenali! Haiy...lengkap!
Harakahdaily melaporkan:
Kewarganegaraan: RCI bukti Umno BN khianati negara
Harakahdaily, 19 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Pendedahan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah, satu lagi bukti pengkhianatan pemimpin Umno BN kepada negara kerana kewarganegaraan negara diberi begitu mudah demi mencapai cita-cita politik jangka pendek.
Pengakuan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani menjadi bukti, bagaimana kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Operasi itu dilakukan di rumah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.
“Walaupun beliau kata Aziz Shamsuddin tidak ada peranan, persoalannya kenapa perkara yang melibatkan maruah negara dibenarkan beroperasi di rumah beliau.
“Sudah tentu ia melibatkan konspirasi peringkat tertinggi negara. Tun Mahathir yang menjadi Perdana
Menteri waktu itu mesti bertanggungjawab, dan dibawa pengadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pengakuan yang sama juga dibuat oleh bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagian daripada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpangkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu.
“Kita tentu masih ingat tahun 2011 pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah,” katanya.
Pengakuan beliau dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
“Inilah watak pemimpin Umno BN yang mengendalikan negara tanpa memperduli keselamatan dan masa depan negara,” ujar Idris lagi.
Menurutnya, negara lain begitu ketat untuk memberi kewarganegaraan, sedangkan Malaysia memberi kerakyatan macam jual tapai ubi di pasar tani.
Justeru, tegas beliau perlu diingat RCI ditubuhkan apabila desakan Pakatan Rakyat dan banyak lagi penyelewengan dan pengkhianatan Umno BN akan terdedah apabila mereka kalah di peringkat Kerajaan Pusat.
Friday, 18 January 2013
Dengan Tunku Yang Sudah Meninggal Pun, Mahathir Mahu Bermusuh
Oleh: Shahbudin Husin
Ramai yang geleng kepala dengan respon Tun Mahathir yang pentadbiran dan dua orang kanannya tiba-tiba dikaitkan dalam pemberian ratusan ribu kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah pada tahun 1993/1994 sebagaimana yang didedahkan dalam inkuari Siasatan Diraja atau RCI berkenaan pendatang asing yang sedang berlangsung sekarang ini.
Sambil mengakui beliau ada memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah tetapi bekas Perdana Menteri itu mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia buat tidak salah dan apa yang saya buat ini salah, demikian Mahathir dipetik sebagai berkata sebagaimana yang tersiar dalam Malaysiakini.
Orang geleng kepala kerana demi menyelamatkan dirinya, Mahathir sanggup menuding jari ke sesiapa saja, termasuk kepada Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang sudah meninggal dunia.
Jika beliau menyandarkan kesalahan itu kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, ia memang boleh difahami dan ada logiknya tetapi turut menyalahkan Tunku yang disanjung tinggi dan sudah meninggal dunia pula, tidak lebih menunjukkan sikap enau yang ada dalam diri Mahathir itu.
Isu pendatang asing yang diberi kad pengenalan sudah lama menjadi isu di Sabah. Mereka bukan saja saja diberi kad pengenalan tetapi juga diberi hak mengundi dan menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan. Lebih menyakitkan hati penduduk tempatan, ramai juga pendatang asing ini memiliki keistimewaan seperti memiliki tanah, rumah, lesen perniagaan dan sebagainya.
Pendatang asing yang diberi kad pengenalan ini dijaga dan dipelihara sebaiknya kerana kuasa undi yang mereka miliki amat berguna setiap kali pilihanraya.
Akhirnya penduduk tempatan hanya dibiarkan miskin dan melarat. Hak mereka sebagai rakyat asal Sabah tidak lagi penting untuk diberi perhatian.
Tetapi oleh kerana tekanan yang berlarutan daripada pelbagai pihak untuk menyelesaikan itu itu, kerajaan akhirnya akur untuk menubuhkan RCI bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah itu.
Beberapa saksi yang memberi keterangan kepada RCI itu telah mendedahkan pelbagai perkara, antaranya bekas Timbalan Pengarah JPN Sabah, Mohd Nasir Sugip yang mendakwa SPR telah mengarahkan JPN menukar nama 16,000 pendatang untuk diberikan kad pengenalan dan seorang bekas pegawai JPN, Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil pula mendedahkan kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada 1993.
Nama bekas orang kanan Mahathir iaitu arwah Megat Junid Megat Ayob dan Aziz Shamsuddin turut disebut dalam inkuiri itu di mana kedua mereka didakwa bukan saja memberi arahan langsung mengenainya tetapi terdapat juga operasinya dilakukan di rumah Aziz Shamsuddin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Projek IC ini memang diketahui rancak dilaksanakan pada tahun 1993/1994 iaitu sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri Sabah pada 1994. UMNO yang baru bertapak di Sabah ketika itu begitu berdendam dengan PBS dan cuba sedaya upaya mahu menumbangkan kerajaan Pairin Kitingan ketika itu.
Melalui pemberian ratusan ribu kad pengenalan biru dan hak pengundi kepada pendatang asing itu keputusan pilihanraya Sabah 1994 menjadi amat sengit di mana PBS akhirnya hanya mampu memenangi 25 daripada 48 kerusi saja. Berikutan beberapa ADUN PBS melompat menyertai UMNO tidak lama kemudiannya, kerajaan PBS akhirnya tumbang dan UMNO dapat menguasai negeri itu.
Dalam hal ini, walaupun Mahathir cuba mempertahankan pemberian kad pengenalan itu mengikut undang-undang sambil membandingkan dengan Tunku Abdul Rahman yang disifatkannya lebih teruk daripadanya, apa yang jelas nawaitu pemberian kad pengenalan oleh Mahathir dan Tunku adalah berbeza sama-sekali.
Mahathir meluluskan ratusan ribu kad pengenalan kepada pendatang asing Sabah adalah untuk kepentingan politik UMNO dan menghakis kuasa politik Kadazan. Kadazan adalah rakyat Sabah sah dan dominasi politik mereka cuba dinafikan dengan menggunakan pendatang asing Filipina sebagai alatnya. Mereka diberi kad pengenalan, tanah dan pelbagai lesen perniagaan sebagai balasan kepada budi yang telah ditetapkan iaitu mengundi BN.
Tunku pula memberikan kad pengenalan kepada rakyat daripada China dan India yang memang telah berada di Malaya sebelum kemerdekaan lagi dan ia seebahagian daripada persetujuan dengan British yang memberi kemerdekaan.
Dalam hal ini matlamat Tunku adalah murni iaitu untuk memberi keselesaan hidup kepada mereka yang telah memilih untuk menjadikan Malaya tempat kediaman mereka. Tunku tidak memaksa mereka mesti mengundi Perikatan sebagai syarat diberikan kad pengenalan itu sebagaimana UMNO memaksa pendatang Filipina mesti mengundi BN sebagai syarat untuk memperolehi kad pengenalan.
Tetapi Projek IC adakah jelas matlamatnya iaitu untuk menumbangkan kerajaan PBS dan menghakis kuasa Kadazan. Sudah tentu pendatang asing itu turut juga diberikan taklimat dan ditunjuk ajar parti mana yang perlu dipangkah sebagai syarat kelulusan kad pengenalan tersebut.
Respon Mahathir yang cuba mengait dan menyalahkan Tunku dalam hal ini memang sesuatu yang tidak wajar, jika pun beliau mahu membersih najis yang terpalit di badannya. Pertamanya, kerana matlamat dan tujuan Tunku dengan beliau jelas berbeza dan ia memang diketahui oleh Mahathir sendiri dan keduanya, oleh kerana Tunku sudah meninggal dunia, maka beliau tidak dapat membalas balik dakwaan Mahathir itu.
Tindakan Mahathir menyalahlah pihak lain dalam pelbagai isu memang biasa didengar sebelum ini. Beliau memang diketahui cekap memutar lidahnya. Beliau tidak akan menyalahkan dirinya. Biasanya ada saja yang menjadi mangsanya.
Tetapi tindakan terbaru Mahathir yang turut sanggup menyalahkan Tunku membuktikan bahawa bukan saja dengan orang yang masih hidup beliau bermusuh, bahkan dengan Tunku yang banyak berjasa dan sudah meninggal dunia pun beliau sanggup berbuat demikian.
Bagi Mahathir, jika beliau salah, ada orang lain lagi salah. Jika beliau teruk, ada orang lain lagi teruk. Semua kesalahan cuba dilemparkan kepada orang lain untuk menunjukkan diri dan legasinya kelihatan suci bersih.
Menjelang pilihanraya akan datang, Sabah nampak bergoyang dan isu pendatang asing bakal menjadi isu utama. Nama Mahathir mungkin paling banyak disebut dalam isu pemberian kad pengenalan ini kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri dan mengaku pula meluluskannya.
Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat sedang hebat menggempur Sabah dan yakin isu pendatang asing itu bakal memberi kelebihan kepada mereka, ada baiknya jika Najib awal-awal lagi melantik Mahathir sebagai pengurus kempen BN untuk menjawab mengenai isu itu di Sabah ketika pilihanraya nanti.
Dan kita boleh lihat sama ada Mahathir boleh menjamin kerusi Sabah masih selamat atau sebaliknya. (SH 18/01/2013)

IC PROJEK : DR M KATA TUNKU LEBIH TERUK
Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara 'lebih teruk' dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Turut hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
-sabahkini.net
Thursday, 17 January 2013
HOT! : Bekas Pengarah JPN dedah Megat Junid arah beri IC pada pendatang
KUALA LUMPUR 16 Jan: Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,
Ramli Kamaruddin mendedahkan, beliau mula merekrut pengundi hantu
selepas secara peribadi menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam
Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa, beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.
Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.
Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan Persekutuan.
Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi membolehkan mereka mengundi.
Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau. – Malaysiakini

Wednesday, 16 January 2013
Mahu kaut untung, pelajar dipaksa beli buku mahal di sekolah
PETALING JAYA : Beberapa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak berpuas hati dengan arahan pihak sekolah yang mewajibkan pembelian buku tulis bersaiz A4 di sekolah, jauh lebih mahal berbanding kedai biasa.
Perkara itu diadu ramai ibu bapa kepada Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.
Menurut aduan yang diterima, kata Yahya, mereka dipaksa membeli empat set buku tulis yang berbeza daripada buku tulis biasa, berharga RM2.40 setiap satu menerusi kedai koperasi sekolah.
“Buku tersebut dibekalkan oleh Edaran Pro Dinasti yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM).
“Penjualannya mendapat keizinan daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),” jelas Yahya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Menurut Yahya, penjualan buku tersebut melibatkan semua sekolah menengah di seluruh negara dan sebahagian sekolah rendah.
“Mengikut anggaran, setiap tahun bilangan pelajar sekolah menengah lebih 2.3 juta. Bermakna anggaran jualan yang akan diterima berjumlah RM19,200,000, iaitu anggaran dua juta pelajar x RM9.60 (4 buku x RM2.40),” jelas Yahya menyatakan tindakan itu semata-mata bagi mengaut keuntungan kepada kroni.
Katanya, KPM, JPN dan MPSM patut menjadi badan yang membolehkan bekalan buku serta alat tulis di koperasi sekolah dijual dengan harga lebih murah.
“Kalau di kedai biasa, buku saiz tersebut boleh dibeli dengan harga RM1.70 sehingga RM1.80. Tapi di koperasi sekolah sampai RM2.40 hingga RM2.50,” katanya.
Beliau juga mendapat aduan PIBG dan ibu bapa berhubung pembelian buku lembaran kerja atau buku latihan.
“Ada ibu bapa menyatakan cikgu langsung tidak gunakan buku yang dibeli. Kalau ada pun hanya dua hingga tiga muka surat sahaja. Tidak cukupkah dengan hanya gunakan buku teks? Apakah buku teks yang dibekalkan KPM tak cukup baik?” soalnya.
Ibu bapa juga mengadu isu harga makanan dan minuman serta kualiti di kantin sekolah yang menurutnya sering menjadi pertikaian.
“Sebagai contoh, beberapa kantin sekolah menjual seketul nugget dengan harga 50 sen sedangkan di pasar malam boleh diperolehi empat atau tiga ketul dengan RM1.00. Begitu juga harga segelas air dijual RM1.00,” kata Yahya.
Beliau menyeru semua badan yang terlibat dengan institusi sekolah mengambil langkah terbaik bagi menangani isu-isu tersebut.
“Isu ini mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tapi semua orang merasai bebanan itu. Apa lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah mempunyai ramai anak yang bersekolah,” katanya.
GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah - INI KALILAH!!!!
ANGKA 13 BAKAL SELAMATKAN SABAH
Oleh : LO_PHUNK
Oleh : LO_PHUNK
BAHANG
pilihanraya kian terasa. Sama ada parti yang mewakili kerajaan atau
pembangkang; masing-masing mengatur strategi untuk meraih undi.
Pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan dilihat sudah terlewat
oleh pengundi-pengundi atas pagar.
BR1M, projek kecil
pada saat-saat akhir seperti pemberian tangki dan zink serta ceramah dan
ucapan yang menyuruh rakyat untuk terus menyokong kerajaan; dilihat
hanya 40% mampu meningkatkan sokongan rakyat Sabah.
Kebangkitan
rakyat kini sukar dibendung. Rakyat Sabah sudah sedar bahawa selama
mereka telah ditipu oleh UMNO yang dikatakan membelakangi perjanjian
penubuhan Malaysia dan perkara 20.
STAR
Sabah telah banyak membongkar rahsia ini agar rakyat seluruh pelusuk
negeri Sabah sedar akan hak-hak mereka yang telah lama dinodai.
Program
BTP yang dianjurkan dari kampung ke kampung kian mendapat sokongan
rakyat yang inginkan perubahan terutama golongan belia.
STAR
dilihat memperjuangkan Agenda Borneo yang selama ini diperjuangkan oleh
Parti Bersatu Sabah, namun bezanya adalah, PBS sudah tidak mampu
bersuara lagi untuk rakyat Sabah dan sukar untuk menuntut hak rakyat
Sabah.
Kebanjiran
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mampu dibendung lagi,
membuatkan rakyat muak dengan perjuangan PBS. Tidak terkecuali dengan
isu royalti minyak yang tidak diterima oleh pemimpin UMNO di Semenanjung
dengan menyatakan bahawa Petronas akan lingkup jika memberikan royalti
20% kepada negeri pengeluar.
Selain
dari itu, banyak kemudahan yang terlalu lama untuk diluluskan terutama
di kawasan PBS; namun apa yang berlaku, kawasan UMNO sangat mudah untuk
mendapat peruntukan.
Sebagai
contoh, penduduk setinggan di kawasan tawau yang mencuri elektrik dan
diserbu oleh SESB Tawau. Mereka telah diberikan bekalan elektrik tidak
sampai 2 bulan. Kawasan berkenaan adalah kawasan UMNO
Isu
kalimah 'ALLAH' yang mengguris hati penganut Kristian langsung tiada
komen daripada PBS yang seolah-olah mengiyakan perkara ini. Inilah dia
yang sering membelengu perasaan rakyat Sabah tulen. Mereka seolah-olah
dianak tirikan.
PKR,
PPS dan APS serta SAPP juga melancarkan serangan bagi menggamit
sokongan rakyat Sabah dengan siri jelajah mereka dan diikuti penyertaan
Ketua Pemuda PBS Sekong ke PKR.
Di
samping itu, rakyat kini keliru untuk mengundi siapa? Semua parti
terutama pembangkang menunjukkan manifesto masing-masing. Seandainya
penyokong pembangkang terbahagi kepada 3 bahagian, maka ini menjadikan
satu kelebihan bagi parti pemerintah.
Namun
seandainya rakyat bersatu hati untuk memilih parti yang benar-benar
memperjuangkan hak negeri Sabah, maka Semangat 1985 bakal berlaku
kembali di mana Parti Bersatu Sabah pada ketika itu, menang sungguhpun
mereka baru berusia 40 hari.
SAPP
dilihat telah melaksanakan banyak program kemasyarakatan tidak seperti
parti pembangkang lain. Namun apa yang harus dilakukan oleh para
pengundi kelak?
Siapakah
parti yang boleh dipercayai untuk membela mereka selama 5 tahun dari
sekarang dan mengembalikan autonomi Sabah? INI KALI LAH kita TUKARRRRR!.
LAWAN TETAP LAWAN!.
Menurut analisa secara rambang, adakah angka 13 ini adalah angka keramat kerana ; Parti
USNO ditumbangkan oleh Parti BERJAYA pada tahun 1976 di mana 7+6 = 13;
Parti Berjaya ditumbangkan oleh PBS pada tahun 1985 di mana 8+5 =13; PBS
ditumbangkan oleh UMNO pada tahun 1994 di mana 9+4 =13 dan kali tahun
2013 di mana hujungnya 13.
Maka pada tahun ini GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah
- sabahkini.net
Tuesday, 15 January 2013
PANAS BERAPI HKR #KL 112 : BAIK PUNYA LEBAI PAS MERABA BONTOT MUSLIMAH!
Blogger Umno dedah punggung muslimah diraba di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
SALAH seorang blogger obesiti United Malays No Otak, Umno mendedahkan bukti bergambar kononnya seorang muslimah telah diraba punggungnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tempoh hari.
Gambar tersebut turut disebar oleh blogger-blogger Umno yang lain. Di bawah ini printscreen daripada blog milik blogger obesiti tersebut atau nama sebenarnya Salim Iskandar.
Kita sedia maklum isu lucah memang menjadi senjata United Malays No
Otak, Umno untuk meraih sokongan rakyat. Maka ada sahaja isu lucah
dimainkan, namun seperti biasa mereka kantoi.
Gambar tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari. Sebaliknya gambar yang dicedok dari salah sebuah website luar negara.
Gua rasa dah berpuluh kali gua kantoikan isu lucah bodoh guna gambar macam ni dimainkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno tapi kalau dah namanya dajal mana pernah nak serik.
ReJaM© "Diorang ni kalau tak main isu lucah berkudis satu badan... "
Sumber: zainhd.com
Read more: http://milosuam.blogspot.com/

Monday, 14 January 2013
Altantuya dibunuh di tanah Bukit Raja Deepak-Ropiah? Ini sebabnya Boustead dilibatkan?
ROZALI, jangan susahkan rakyat: Kami akan potong gaji & dedahkan gaya hidup mewah anda!
Pemimpin PKR menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau kepada SYABAS syarikat air untuk "mensabotaj" bekalan air di Selangor dalam usaha terakhir untuk merampas kembali negeri ini oleh parti Umno.
Mereka memberi amaran bahawa jika Rozali Ismail, Selangor bekas bendahari Umno dan pengerusi eksekutif di SYABAS sekarang, terus menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan hati "tuan politiknya" dengan membiarkan rakyat menderita, mereka akan mendedahkan gaya hidup mewahnya dan memotongkan gaji lumayannya yang bernilai RM17.25 juta setahun supaya dipotong sebanyak RM10 juta dan jumlah ini diagihkan kepada rakyat yang terjejas oleh masalah air sebagai pampasan.
"Kami tidak pernah terfikir ia pergi ke tahap ini - satu bulan tanpa air (bagi penduduk Wangsa Maju) Ia jelas merupakan rancangan untuk mewujudkan satu situasi krisis dan membuat orang benci kepada Pakatan Rakyat bagi saya, Syabas bertanggungjawab kerana cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang diputar belit. Ini merupakan masalah politik dan jawapan politik wajib diberikan. SYABAS tidak patut menjadikan rakyat sebagai tebusan kepada kerajaan negeri seperti ini, "pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat.
"Kelangsungan politik Najib bergantung pada kepada Selangor (pada pilihan raya umum akan datang). Tanpa Selangor, ia adalah hampir pasti bahawa Umno akan menolak dia keluar. Tetapi, Rozali Ismail, ketua SYABAS sudah ada. Rozali tidak faham apa itu berunding. Dia hanya memahami cakap-cakap politik. Jadi kita perlu menjelaskan kepada orang ramai apa yang sedang berlaku. Apabila tuan politik SYABAS menyedari betapa kecewa dan bermasalahlah rakyat akibat mainan politik mereka, mereka akan berundur dan SYABAS juga akan berundur. Jika tidak, ia tidak akan berakhir. "
Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib telah secara terbuka berikrar untuk mengambil kembali negeri ini dengan “apa jua cara sekalipun".
Orang yang digunakan dalam mainan politik kotor Najib untuk mendapatkan S’gor kembali
Rafizi merujuk kepada laporan membimbangkan baru-baru ini di mana Rozali telah memberi amaran bahawa kekurangan air di beberapa bahagian di Selangor boleh berterusan sehingga Tahun Baru Cina bulan depan.
4 pam air yang rosak di kawasan Wangsa Maju yang padat, dengan SYABAS yang berdiam diri sama ada ia merancang untuk mengganti atau membaiki pam juga membimbangkan pemimpin-pemimpin PKR.
Wangsa Maju adalah sebahagian dari kawasan MP PKR Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin manakala rakan partinya Khalid Ibrahim merupakan ketua menteri Selangor.
"Kami telah melakukan dan membuat apa yang diperlukan. Kami juga akan mempertimbangkan untuk membeli pam sendiri. Tetapi kita tidak boleh menerima penjelasan karut dan ancaman Rozali itu lagi. Rakyat yang menderita setiap hari manakala SYABAS hanya melambatkan kerja dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan untuk membuang masa," Zuraida memberitahu Malaysia Chronicle pada persidangan itu.
"Kami memutuskan untuk mendedahkan perkara sebenarnya kepada rakyat. Biar rakyat tahu mereka sedang digunakan sebagai bidak dalam permainan politik UMNO. Biarkan mereka tahu siapa yang menggunakan taktik kotor untuk kepentingan politik."
Dedahkan gaya hidup mewah dan potong gaji Rozali
Sementara itu, Rafizi melancarkan kempen ‘Potong Gaji Rozali Ismail', yang katanya merupakan satu-satunya cara untuk mengajar Rozali kerana tidak melakukan tugasnya dan sengaja"bermain politik".
"PKR akan menuntut untuk memotong RM10 juta daripada gajinya dan memasukkannya ke dalam dana untuk memberi bantuan segera kepada penduduk yang terlibat. Mengapa Rozali layak mendapat M17.25 juta apabila dia tidak dapat menyelesaikan satupun masalah yang mudah (berkenaan 4 pam di Wangsa Maju), "kata Rozali.
Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011.
Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali.
Rafizi juga berjanji untuk mendedahkan gaya hidup Rozali yang mewah pada "perhatian umum".
"Biar rakyat tahu bagaimana orang besar Umno menikmati hidup manakala mereka bersusah payah untuk mengangkut air setiap hari. Lihatlah kereta-kereta sports, rumah-rumahnya dan majlis-majlis perkahwinan anak-anaknya. Ia akan membuka mata rakyat ," kata Rafizi.
Pemimpin PKR yang namanya melonjak naik dan memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal NFC yang melibatkan wang sejumlah RM250 juta dan sekarang kes penipuan tanah Deepak-Ropiaah-LTAT menambah bahawa tugasannya untuk mendedahkan Rozali merupakan keutamaan baginya sekarang.
Malaysia Chronicle
Subscribe to:
Posts (Atom)