PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 19 January 2013

Tanpa umno hancur negara...CHEH!



Oleh: accudo

Tanpa Umno hancur negara... 'Melayu tak selamat'. Konon! Ater...selama ni Melayu selamat sangatlah?
Hanya orang 'gila' dan tak betul kepala sahaja yang percaya, apa yang digurindamkan!
Pembelit...
Perasuah...
Penipu ...
Bapak pengkhianat...
Syaitan yang dikenali! Haiy...lengkap!


Harakahdaily melaporkan:

Kewarganegaraan: RCI bukti Umno BN khianati negara
Harakahdaily, 19 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Pendedahan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah, satu lagi bukti pengkhianatan pemimpin Umno BN kepada negara kerana kewarganegaraan negara diberi begitu mudah demi mencapai cita-cita politik jangka pendek.


Pengakuan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani menjadi bukti, bagaimana kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Operasi itu dilakukan di rumah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.


“Walaupun beliau kata Aziz Shamsuddin tidak ada peranan, persoalannya kenapa perkara yang melibatkan maruah negara dibenarkan beroperasi di rumah beliau.


“Sudah tentu ia melibatkan konspirasi peringkat tertinggi negara. Tun Mahathir yang menjadi Perdana

Menteri waktu itu mesti bertanggungjawab, dan dibawa pengadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pengakuan yang sama juga dibuat oleh bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagian daripada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpangkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu.


“Kita tentu masih ingat tahun 2011 pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah,” katanya.


Pengakuan beliau dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.


“Inilah watak pemimpin Umno BN yang mengendalikan negara tanpa memperduli keselamatan dan masa depan negara,” ujar Idris lagi.


Menurutnya, negara lain begitu ketat untuk memberi kewarganegaraan, sedangkan Malaysia memberi kerakyatan macam jual tapai ubi di pasar tani.


Justeru, tegas beliau perlu diingat RCI ditubuhkan apabila desakan Pakatan Rakyat dan banyak lagi penyelewengan dan pengkhianatan Umno BN akan terdedah apabila mereka kalah di peringkat Kerajaan Pusat.

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Malaysia Baru's avatar

Malaysia Baru · 642 weeks ago

Minta campurtangan Sultan dalam isu ini kerana kesalahannya amat berat dikategorikan sebagai penghianat dan boleh menggugat keselamatan negara. Ini amat serius. Sekiranya Al Maunah suatu ketika dahulu yang jumlahnya kurang dari 20 orang dihukum bunuh kerana menggugat keselamatan negara inikan pula hampir beratus ribu warga asing yang telah diberi kerakyatan tanpa diselidiki latar belakang rekod pendidikan, rekod jenayah dan rekod kesihatan hanya kerana mahu kemenangan dalam berpolitik. Ini amat bahaya kepada sebuah negara yang Berdaulat dan membelakangkan institusi Kesultanan ! Bayangkan sekiranya warga asing ini berkomplot membentuk perkampungan sendiri , kemudian daerah sendiri , kemudian semakin besar. Kita dalam bahaya. Minta dihukum bunuh kepada mereka yang terlibat sama seperti hukuman yang dijatuhkan kepada Gerakan Al Maunah. Isu ini telah mengheret seluruh rakyat Malaysia dari peringkat bawahan hingga ke peringkat tertinggi ( Agong ) terdedah akan bahaya juga kepada generasi akan datang. Benteras sehingga tuntas , hukum mereka yang terlibat . Bantu kami rakyat bawahan.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers