PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 27 October 2012

Orang Melayu dikelirukan oleh UMNO

Oleh: Aspan Alias

Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah daripada mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.

Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus ke dalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.

Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara. Kaum Cina merupakan kaum yang paling banyak menyumbang kepada kerajaan dan negara melalui kutipan cukai perniagaan dan pendapatan mereka.

Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ketahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu ‘equitable’. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian ‘Perpaduan Nasional’ yang berkekalan.

Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang ‘commerce and industry’ ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’. 

Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat ‘commerce and industry’ ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan ‘equity’ Bumiputra telah melonjak ke tahap 18.2% pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7% semasa dasar itu mula dilaksanakan.

Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi ‘unit penyertaan bumiputra’ ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana ia menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronism.

Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6% sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan di atas nama Melayu dan kumpulan kronism ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalu DEB itu telah terbantut.

Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah di kalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’ sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep pengswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.

Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa ‘dijaga’ kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya di kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).

Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan karenah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salahguna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam di dalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu daripada memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.

Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.

UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihanraya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berluas-luasa dalam pilihanraya yang lalu.

Kita tahu apa ‘sequence of events’ dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihanraya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.

Perbalahan di antara sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang ‘winnable’ lagi.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu ke mana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti.

Friday, 26 October 2012

Skandal balak Negeri Sembilan mula terbongkar

Oleh: Aspan Alias

Isa Samad dan Mohamad Hasan bertanggungjawab terhadap Negeri Sembilan yang sudah telah kehilangan 53 kawasan hutan kekal mengikut laporan WWF (World Wildlife Fund). Perkara ini didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Stratejik PKR, dalam sidang akhbar beliau di Seremban semalam. Pendedahan Rafizi itu telah memberikan input yang berguna kepada ramai rakyat Negeri Sembilan. Rakyat NS sudah mengetahui fakta sebenar tentang isu ini.

Ramai di antara penggiat politik di Negeri Sembilan menggunakan hutan simpan sebagai sumber kekayaan dan inilah cara yang paling mudah untuk hidup dengan bergaya. Malahan Menteri Besar menggunakan balak sebagai senjata politik untuk menambat sokongan pemimpin-pemimpin di sekeliling beliau. Balak telah digunakan oleh MB untuk menaik dan menjatuhkan sesiapa di Negeri Sembilan sejak dari dulu terutamanya semasa pentadbiran MB yang terdahulu. 'Compartment' balak diberikan kepada pemimpin dan penggiat politik yang menyokong Menteri Besar untuk menjauhkan sesiapa yang tidak sebulu dan sehayun dengan kehendak Menteri Besar.

Saya tahu sikit-sikit kerana saya lama bercampur dan bergiat bersama UMNO di negeri adat itu. Dalam era lapan puluhan dan sembilan puluhan pejabat hutan negeri dan daerah-daerah di NS merupakan pejabat kerajaan yang paling sibuk kerana begitu ramai yang berlumba-lumba untuk membotakkan bukit dan bukau di negeri adat itu. Tetapi saya tidak berapa pasti sejauh mana isu ini menjadi isu kepada MB sekarang, kerana semasa beliau memanjat pejabat Setiausaha Kerajaan itu saya sudah tidak bergiat di dalam parti itu secara aktif lagi.

Pendedahan oleh Rafizi ini sepatutnya disambut oleh semua pihak kerana balak ini memang menjadi bahan untuk ahli politik di Negeri Sembilan, terutamanya semasa pentadbiran Isa Samad. Hutan balak ini merupakan bahan yang digunakan oleh Isa selama 21 tahun beliau menjadi MB dan balak ini jugalah yang menambat sokongan ramai pemimpin dan wakil-wakil rakyat di negeri itu sejak beberapa lama.

Malahan semasa Mohamad Hasan mengambil alih kepimpinan Negeri Sembilan beliau dikhabarkan telah membatalkan banyak ‘compartment’ hutan yang telah diluluskan oleh Isa sebelum beliau meninggalkan pejabat Menteri Besar itu. Tindakan Mohamad itu dengar khabarnya telah menjadi perkara yang panas kerana ramai di antara penerima konsessi balak ini telah menerima wang pendahuluan dari towkey-towkey balak dari serata negara. Ramai yang menerima konsessi ‘compartment’ balak itu telah kerugian kerana kroni-kroni yang mendapat konsessi itu telah membelanjakan semua wang yang didapati melalui pembayaran pendahuluan dari tawkey-tawkey balak yang berdiri di belakang pemohon-pemohon konsessi itu.

Pendedahan Rafizi tentang isu ini menunjukkan kerakusan dan sikap tidak bertanggungjawab MB yang terlibat kerana pembalakan itu berlaku ke kawasan tadahan air dan hutan simpanan kekal yang telah digezetkan sejak tahun 1918 dahulu. Sebenarnya balak inilah yang menjadikan Isa kuat tetapi hasilnya ia telah menjahanamkan Negeri Sembilan sampai ke tahap yang amat payah untuk dipulihkan.

Dari tahun 2005 sehingga tahun 2007 sahaja seluas 8616 hektar tanah hutan simpan telah dilibatkan dan ini merupakan keluasan yang amat besar dan ia amat memalukan serta tidak bermoral sekali. NS dianggap sebagai kejadian pencerobohan hutan simpan yang paling teruk sekali di dalam Semenanjung Malaysia ini.

Sekarang nyata yang Isa serta Mohamad tidak mengambil ‘accountability’ ke atas isu ini. Jangan tidak mengambil tanggungjawab dengan hanya berdiam diri sahaja. Rafizi telah berjanji akan mendedahkan banyak lagi tentang isu pembotakkan hutan yang dilakukan oleh Isa terutamanya dan Mohamad Hasan juga tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang isu ini.

Saya pula sentiasa tertunggu-tunggu pendedahan ini kerana ini merupakan sikap kepimpinan yang tidak bertanggungjawab dan wajar mendapat pembicaraan rakyat khususnya dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Yang sangat membimbangkan dan menyedihkan keluasan hutan yang dibotakkan dalam tempoh 2005 dan 2007 sahaja adalah seluas 8616 hektar. Bagaimana pula di tahun-tahun dan waktu yang selain dari tempoh 2005 dan 2007 itu? Apakah perasaan Menteri Besar yang telah membatalkan gezet tanah rezap hutan kekal seluas 487 hektar di Jeram Padang itu? Tidakkah Menteri Besar itu berasa bersalah melakukannya? Pentadbiran Inggeris pun tidak menjahanamkan kawasan tadahan air itu dan merekalah (Inggeris) yang menggezetkan kawasan itu sebagai kawasan rezap kekal, tetapi pemimpin Melayu pula yang menyanggahnya.

Rafizi telah memulakan pendedahan ini dan beliau tidak boleh berhenti setengah jalan kerana ramai rakyat di Negeri Sembilan ingin tahu keadaan yang sebenarnya. Bagi saya tindakan tidak bertanggungjawab pimpinan di Negeri Sembilan ini sangat wajar diketahui umum dan akhirnya rakyat mahukan MB-MB (Isa dan Mohammad) memberikan penjelasan kepada rakyat secara telus dan benar.

Kita tunggu pendedahan-pendedahan selanjutnya dari Rafizi dan kita akan fikirkan cara bagaimana hendak mendapatkan penyelesaiannya. Ada dua cara penyelesaiannya: pertamanya melalui undang-undang dan keduanya melalui tindakan politik

Jika hendak diambil tindakan undang-undang ia mungkin memakan masa yang panjang. Jika hendak mengambil tindakan melalui politik ia boleh diselesaikan semasa pilihanraya nanti melalui peti-peti undi. Pilihlah kaedah yang sesuai untuk memperbetulkan keadaan ini. Kalau ditanya pendapat saya cara yang paling cepat dan mudah ialah melalui peti-peti undi dalam pilihanraya yang akan datang ini kerana dengan cara ini tidak payah membazirkan masa mahkamah dan kosnya pun terlalu tinggi.

Kepada Rafizi, saya sudah bersedia untuk menyambut dan menulis tentang isu hangat di NS ini terus-terusan. Jika boleh, dedahkan berapakah perolehan Kerajaan Negeri, hasil dari balak yang ditebang secara meluas itu. Kita mesti sedar penebangan balak yang begitu meluas itu adalah tindakan mencuri dan mereka mesti dijauhkan dari mendekati khazanah negeri melalui pilihanraya yang akan datang ini.

Kalau kita mahukan harta benda dan khazanah kita diselongkar dan dicuri, menyambung kuasa kepada BN itu adalah jalan yang terbaik. Jika kita berazam untuk menjaga khazanah kita yang dianugerah Tuhan itu maka mengenepikan mereka adalah satu tindakan yang wajib terlaksana.

Usaha mengenepikan pimpinan dan kerajaan durjana seperti ini merupakan satu ubudiah yang sangat mulia. Pemimpin seperti ini jika pergi ke mana-mana pun akan melakukan segala noda politik dan ekonomi kepada negara yang kita cintai ini.

Mereka seperti ini merupakan makhluk perosak dan akan membawa bencana kepada negeri dan negara kita. Ini adalah kerana sifat suka mencuri itu sudah mengalir di dalam darah daging dan sanubari mereka. Ada satu perbilangan 'once a thief he remains a thief'. Fikir-fikirkanlah.

Thursday, 25 October 2012

Umno, kerajaan bergantung kepada Mahathir? - Subky Latif.

SATU laporan muka depan akhbar menyebut betapa UMNO dan pemimpin kerajaan bergantung kepada bimbingan Dr. Mahathir bagi menghadapi dan memenangi PRU13 yang terpaksa diadakan sebelum April akan datang.
Laporan itu lucu tetapi ia tidak boleh dikira karut. Sepatutnya ia karut tetapi suasana pimpinan Perdana Menteri Najib dilihat keliru dan was-was, maka yang dirasakan lucu itu nampaknya bukan perkara karut.

Hampir dua tahun pimpinan Najib dan Muhyiddin hendak mengadakan PRU supaya dapat keluar dari bagi mandat Abdullah Badawi yang mereka rasa amat malang, tetapi tempoh penggal ltu hampir luput, mereka belum jumpa tarikh keramat bagi mengadakannya. Semua tarikh sepanjang dua tahun itu seolah-olah tidak keramat belaka.


Telah banyak persepsi merasakan Najib dan Muhyiddin bukan sekadar tidak berdaya menjadi pimpinan kerajaan yang baik, malah mereka tidak ada wibawa untuk memimpin UMNO bagi menghadapi PRU13.

Laporan akhbar betapa UMNO bergantung pada bantuan Dr. Mahathir bagi menyelamatkan UMNO dan kerajaannya adalah satu pemberitahuan betapa Najib dan Muhyidin adalah pimpinan yang tidak berwibawa hingga tidak ada lagi orang-orang yang lebih muda Dr. Mahathir yang dapat memimpin UMNO.

Laporan adalah satu cara bagi menyatakan Najib tidak berguna dan Muhyidin sendiri dapat membantu Najib bagi menjadi pemimpin parti dan Perdana Menteri yang berguna. Kedua-duanya tidak berguna dan tidak orang lain yang layak memimpin UMNO melainkan Dr. Mahathir yang pimpinannya dulu penuh kontroversi.

Ia adalah satu gambaran betapa UMNO sudah bankrap pimpinan. Tiada lagi orang yang layak memimpinnya hingga terpaksa mengambil orang lama juga terus menerus dipertikai oleh orang ramai termasuk UMNO.

Gaya pimpinannya dulu lebih kurang saja dengan pemimpin-pemimpin yang sudah dibuang dan sedang hendak dibuang oleh gelombang Arab Spring. Demi mengekalkan kuasanya dia cantas semua pencabarnya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim. Sekalian yang dipancungnya itu adalah watak yang membina diri masing-masing untuk menjadi pemimpin.

Kemudian dia sendiri gagal menyediakan pimpinan UMNO. Disediakannya Abdullah Badawi, diratahnya. Disediakannya Najib, lalu Najib jadi macam yang semua lihat sekarang terus hidup di bawah bayangan Dr. Mahathir dan Rosmah Mansor. Muhyidin pula tidak mencapai wibawa yang ada pada Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Mungkin tidak mampu mencapai oleh pimpinan Abdullah Badawi dan Najib yang lemah itu.

Pentadbiran Mahathir sendiri meruntuhkan apa yang dirancang dan ditinggal oleh Tunku dan Tun Razak. MAS runtuh, Bank Bumputera hapus, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah hancur. Dasar dan projek yang ditinggalkan olehnya pula membebankan rakyat dan negara seperti penswastaan, lebuh raya bertol, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Dalam zamannya pun Maahthir bukanlah pimpinan yang baik, dan zaman ini pula bukanlah zaman yang sesuai bagi orang setuanya dan berulang alik ke hospital saja. Sekarang UMNO dan kerajaan memerlukan orang yang lebih muda bagi menghadapi masa depan yang mencabar, bukan lagi zaman orang bergantung pada kehebatan Hang Tuah dan Dr. Mahathir.

Menggunakan Dr. Mahahir seperti memakai barang terpakai. UMNO tidak memerlukan pimpinan recond. Apabila Najib. Muhyiddin sudah tidak berguna tidak banyak bijaknya menggunakan barang-barang lama.

Apabila UMNO sudah ada orang baru untuk memimpin, maka itu tandanya UMNO juga tidak layak lagi memimpin rakyat dan negara. Tali hayatnya tidak boleh disambung. Itulah ertinya berita UMNO dan Najib bergantung pada Dr. Mahathir
.-Harakahdaily.

Rosmah Mansor Miliki Permata Berharga 1 Billion

Permata Bernilai 1 Billion Milik Rosmah Mansor

Rosmah Mansor terkenal dengan sifat kegemaran beliau terhadap permata & berlian.Minat ini agaknya memberi idea kepada beliau untuk menubuhkan Program PERMATA yang dilaungkan kesana kemari setiap kali Rosmah Mansor berucap. Kononya permata itu adalah segalanya dan permata yang mana sebenarnya yang dirujuk oleh beliau? Permata ditangan atau Program Permata Negara?

Adakah akhirnya beratus juta peruntukan duit rakyat akhirnya ke tangan penjual & pengedar permata dan berlian atau anak yang dikatakan permata negara akhirnya dilayan seperti kaca.

Baca selanjutnya di sini

Wednesday, 24 October 2012

Hudud: Umno dalang di sebalik kenyataan MCA

Sejarah telah membuktikan bahawa Umno menolak usaha untuk pelaksanaan hudud sejak ia diperkenalkan pada tahun 1993 di Kelantan.
SHAH ALAM: PAS Selangor mendakwa Umno merupakan dalang di sebalik kenyataan dikeluarkan MCA kebelakangan ini yang menimbulkan provokasi terutama menyentuh tentang hukum hudud.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, sejarah telah membuktikan bahawa Umno menolak usaha untuk pelaksanaan hudud sejak ia diperkenalkan pada tahun 1993 di Kelantan.

Abd Rani berkata, tindakan tersebut hanya untuk meraih undi masyarakat Tiong Hua untuk memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

“Perjuangan mereka (Umno) memang untuk memisahkan Islam dengan politik. Cuma mereka cuba kononnya pertahan hudud. Saya percaya selepas pilihan raya isu hudud tidak akan dimainkan lagi.

“Maka PAS jangan layan mereka ini, kerana wujud agenda tersembunyi. Dengan kenyataan-kenyataan MCA ini diharapkan ketegangan akan terhasil melalui Umno-BN boleh mendakwa ianya kerana sikap dan pandangan PAS kononnya ekstrim,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Katanya, kenyataan provokasi khusus tentang pelaksanaan undang-undang hudud disifatkan hanya ditokok tambah dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan berkongsi isteri.

Ujar beliau, tindakan itu juga satu usaha terdesak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua, kononnya bertindak berani menegur PAS.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Isu air jangan dipolitikkan

Sementara itu, 80 badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.

NGO itu yang diwakili oleh Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Mohamad Omar mahu kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu

Beliau turut menggesa agar isu air tidak dipolitikkan kerana ia merupakan hak asasi manusia.

Satu memorandum turut disampaikan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut serta dalam perjumpaan selama seejam itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam ucapan ringkasnya berkata, kerajaan negeri tidak akan meminta sebarang bantuan dari kerajaan Persekutuan berhubung isu air ini.. (FMT)

PAS CABAR SAMSUDDIN ULANGI DAKWAAN DI LUAR DEWAN

Oleh : HAJI HAMZAH ABDULLAH

TERLEBIH dahulu, PAS Negeri Sabah ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya yang mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) agar menyiasat asal usul Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

Cadangan yang dibuat oleh beliau (Samsudin) di Dewan Undangan Negeri Sabah itu telah menarik minat seluruh rakyat Sabah, terutama wakil rakyat Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sabah khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Apa yang dicadangkan oleh ADUN berkenaan telahpun dibawa kepada satu laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu sendiri berkaitan isu berkenaan yang disifatkan sebagai cubaan mendedahkan aib dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang ahli politik.

Apatah lagi, Lahirul sendiri telah mengesahkan bahawa beliau bukan PATI kerana Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang menyebut bahawa bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

"(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;"

Kenyataan Samsuddin tersebut adalah memalukan dan menjatuhkan kredibiliti beliau (ADUN Sekong) sebagai seorang wakil rakyat apabila mengambil hujah dan bahan-bahan serangan itu di blog-blog dan ruang maya Facebook sebagai hujah sebenar tanpa mengesahkan terlebih dahulu mengikut lunas undang-undang negeri dan negara.

Justeru itu, PAS Negeri Sabah mencabar agar Samsudin Yahya untuk menyebutnya (mencadangkannya) sekali lagi di luar Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mengesahkan beliau yakin serta mempunyai bukti asas yang kukuh berhubung perkara tersebut.

Hal ini bagi membolehkan Lahirul Latigu, Dewan Pemuda PAS Sabah dan PAS Negeri Sabah menjawab segala andaian dan persoalan yang bermain di fikiran Samsuddin berkaitan isu PATI, dengan dakwaan bersekongkol dengan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Phin yang juga Pengerusi DAP Sabah.
-sabahkini.net

PARLIMEN 'MELETUP' GARA-GARA KES PEGAWAI KASTAM

Oleh : NIGEL AW

APA yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan jawapan dari Awang Adek apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.
Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.

Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.

Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.

Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?

Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?

Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.

Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.

Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".

Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.

Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.

Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.

Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.

Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.

"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.

'Saya kurang sihat'

Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.

Chong Eng: Aiya, apa ini!

Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.

Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran

Awang: Saya demam...

Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini. (MKINI)

Dr Asri : Umno Perlu Undur Sebab Gagal Sekat Politik Wang

SHAH ALAM, 23 OKT: Umno harus berundur dari persada politik negara ekoran pengakuan pemimipinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai parti itu.

Saranan itu dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana amalan itu menyebabkan negara diterajui pemimpin yang kaya tetapi tidak semestinya mampu mentadbir negara dengan bijak.

Selain itu, menurutnya budaya politik wang itu akhirnya akan melibatkan unsur-unsur rasuah yang akhirnya tidak dapat dikawal.

“Terima kasih kepada Ustaz Syahrin kerana menjawab dengan jujur, tetapi saya rasa kalau Umno begitu parah bererti Umno kena berundur.

“Kita tidak akan dapat keluar dari masalah ini jika Umno terus dengan cara itu sebab tak kira parti mana akan terpaksa ikut amalan itu.

“Kerana orang Melayu dah terbiasa memilih pemimpin bukan kerana ketajaman minda dia, ada idea dan sebagainya tetapi soal dia banyak duit.

“Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin disuburkan,” ujar Dr Mohd Asri dalam program Wacana Sinar bertajuk ‘Peranan Ulama Menasihati Pemimpin’ di sini hari ini.

Seorang ahli panelis program itu Syahrin Md Jamaluddin mengakui bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno.

Syahrin yang merupakan Exco Pemuda Umno berkata pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.

Syahrin memberi contoh di mana ahli Umno akan meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka.

Sementara itu, seorang lagi panelis Datuk Siddiq Fadzil pula berkata mekanisma pemilihan pemimpin berdasarkan wang itu merupakan mekanisma ‘enjit-enjit semut’.

“Ini yang dipanggil mekanisma ‘enjit-enjit semut’, siapa sakit naik atas,’ jadi mekanismanya begitu, pemimpin yang naik atas itu juga pemimpin sakit./(selangorku)

Tuesday, 23 October 2012

SKANDAL '3 KELING' PANDIKUTTY

Saudara Pengarang,

SAYA, Javier Benson bertekad menulis artikel ini untuk makluman semua pembaca setia Sabahkini.net. Saya merupakan seorang pegawai di sektor Komersil Astro ingin menarik perhatian pembaca Sabahkini.net merenungkan intipati tulisan saya berhubung kegiatan haram '3 Pandikutty Keling' dan mereka yang seangkatan dengannya.

Beberapa bulan lalu, kita mendengar berita yang mengejutkan negara melalui aktiviti penjualan kad pengenalan biru oleh satu kumpulan sindiket berbahaya yang diketuai oleh Nasir bin Yusof @ Latiff yang kita sudah sedia maklum. Bagi pembaca baru Sabahkini.net, ikuti link 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah?'


Perkara ini telah ditimbulkan oleh Chung Su Li, akan tetapi pada masa itu saya kurang sedar tentang hal ini. Namun, setelah saya mendengar ceramah Angkatan Perubahan Sabah (APS) oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pensiangan; telah membangkitkan kesedaran saya tentang Projek Jual beli IC di Sabah.

Malangnya saya telah dimaki hamun oleh salah seorang ‘Kelling’ suspek itu, termasuk mengeluarkan perkataan kesat (pu**mak) sehingga telah membangkit kesedaran saya untuk berjuang membela nasib bangsa Sabah yang terus ditindas.

Saya yang hanya menjalankan tanggungjawab saya memotong astro pemilik kedai yang memasang astro rumah di kedai dan meminta digantikan astro komersil. Akibatnya, saya telah dimaki hamun dan terpaksa menahan malu.

Selepas itu, saya berhasrat berjuang melalui Sabahkini.net. Saya akan meminta bantuan Datuk Seri Bumburing dan Datuk Seri Lajim untuk membawa isu ini kepada pengetahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan mengambil tindakan tegas termasuk membahaskan isu penting ini di Parlimen sehingga Kerajaan Baru Pakatan Rakyat mengambil tindakan selepas menang PRU13. Saya sudah muak dengan Barisan Nasional yang tidak peduli suara lantang Chung Su Li sebelum ini.

Latiff merupakan anak ‘Pandikutty’ (Anak Khinzir) yang berasal dari bangsa sialan RegunathaPatti di kampung iblis di Tamil Nadu, India yang banyak melahirkan toyol. Macha roti canai terbang ini merupakan syaitan yang menjahanamkan bumi bertuah ini.

Sudahlah duduk di negara orang, mendapat kerakyatan songsang, 'Anak Haram' tidak bermaruah ini merosakkan gadis-gadis tempatan, merosakan sistem ekonomi kita dan seterusnya merosakan moral dan perundangan negara.

Tidak salah jika saya memaki hamun 'Pandikutty Naii Kelling' ini kerana dia kuat memaki hamun bangsa Sabah. Mereka tidak ada maruah langsung. Kalau ada tentu dia patut duduk diam berniaga, beretika dan patuh serta akur kepada undang undang kita.

Mana mungkin ‘Thangahchi’ yang berpura-pura jadi ‘Tambi’ ini patuh pada undang undang kita. Mereka sudah memberi makan semua pegawai kita. Tidak apa, kerana bab itu biar Bumburing yang menguruskannya.

Kepada pegawai yang terlibat, saya bukan ugut tetapi jauhi bangsa perosak ini. Contohnya, dikhabarkan seorang gadis kampung telah dirogol bergilir-gilir oleh orang suruhan Latiff di sebuah hotel murah di Sinsuran. Ini bukan fitnah, hampir 50 peratus orang tahu hal ini masa itu, walaupun sudah lama kes ini berlaku.

Hei, Pandikutty Latiff, ini negara kau tidak boleh main-main. Kau ingat semua perempuan sini untuk kau main-mainkah? Kau mesti sedar macha, kau ingat ada misai boleh jadi lelaki sempurnakah?

Kau boleh berambus dari negara ini segera. Kalau tidak puas hati, kau ambil tindakan undang-undang terhadap saya. Saya bangga jika ada pegawai yang tangkap saya berpangkat besar dan disuapkan oleh Pandikutty ini.

Saya tidak gentar terutama kepada Keling yang suka melanggan pondan Kampung Air. Biasanya orang India pandai-pandai belaka, tetapi '3 Pandikutty' ini terlalu bodoh kerana tidak berani membuat laporan terhadap Chung Su Li, Kumpulan Pencari Kebenaran dan juga saya kelak. Mungkin kerana ketulahan membuat roti canai melimpah kuah peluh Keling yang tidak pandai mandi?

Suspek kedua yang sangat 'Hot' ialah Syaitan Peer Kader yang menjadi RELA dalam semua hal termasuk RELA menjual diri di kampung Iblis dan Syaitan di Kota Kinabalu. Sepatutnya Peer menguatkuasa undang-undang dan bukannya menjaga kebajikan ‘Perempuan Sundal' dan ‘Bapa Ayam’.

Tambi busuk macam Peer adalah perosok bangsa. Tolonglah!. Bertaubatlah demi kebaikan agama yang kamu anuti. Kenapa kamu tidak sedar bahaya aktiviti pelacuran? Bukankah Islam menentang pelacuran? Patut kamu sokong pelaksanaan hukum 'Hudud' di negara ini kerana saya bukan Islam pun menyokong Hudud agar tidak berlaku kezaliman kepada wanita dan mereka yang tertindas oleh manusia 'Iblis' seperti kamu.

Suspek ketiga, Nur Muhammad Bin Ibrahim. Namanya sangat Islamik, tetapi sayang seribu kali sayang kerana ‘Kaki Mabuk’. Berapa banyak kau minum sehari? Tak apalah, mungkin itu peribadi kamu. Tapi ingat, saya tinggal dekat kedai kamu tahu apa kamu buat di kedai kamu.

Berapa ribu kartun rokok haram kamu jual sehari saya tahu kerana kamu salah satu pengedar besar di Sabah. Kamu tunggu sahaja serbuan Jabatan Kastam kerana saya sudah jemput rakyat Sabah agar sentiasa membuat aduan sama ada online mahupun offline ke atas suspek Nur di alamat kedai runcit Syarikat Bismillah, Kampung Matambai, 88100 Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.

Setiap hari kita mesti buat aduan terhadap Nur kerana membekalkan sejenis rempah yang dilarang oleh Jabatan Kesihatan termasuk teh yang diharamkan. Teh Taj Mahal dan ‘Kas Kas’ amat bahaya kepada kesihatan. Kas Kas boleh menyebabkan ketagihan luar biasa terhadap kari. Kesihatan harus serbu kedai beliau agar produk berbahaya ini tidak lagi dijual di kedainya.

Saya harap agar Pengarah Jabatan Kastam Sabah, Dr Janathan Kandok (Presiden Persatuan Mualaf Sabah) masih menganut agam Islam dan tidak berada di dalam Payroll Nur seperti pegawai kanan kerajaan yang lain.

Nur juga salah seorang 'Bapa Ayam' di Kepayan. Beliau selalu menggaji gadis Filipina untuk menyamar bekerja di kedainya. Setelah tidak laku lagi, dibuang dan ambil pekerja baru. Semua ini ada bukti. Nanti saya akan terbitkan pengakuan seorang gadis Filipina yang kini bekerja di kedai mamak lain, walaupun suka sama suka. Gadis itu bekerja untuk duit dan dia sanggup memalukan dirinya sendiri demi menegakkan kebenaran. Semoga Pesuruhjaya Polis Sabah juga tidak tidur selepas ini.

Suspek seterunya, Alludin mempunyai kedai di Bukit Melinsung, Papar, Kinarut iaitu Ros Curry House. Macha Bangas ini saya tidak pernah jumpa lagi. Akan tetapi, dengan bantuan artikel Sabahkini.net, saya akan membongkar skandal ‘Iblis Bukit Melinsung’ ini.

Untuk makluman semua pembaca Sabahkini.net, saya ada bukti lengkap ditangan sekarang ini dan belum masanya untuk didedahkan. Ada beberapa bukti lain lagi sedang dikumpul termasuk Skandal Filipina di Sinsuran, Kampung air dan sebagainya.

Saya membuat pendedahan awal ini agar mereka segera membuat laporan polis. Saya mahu lihat apa tindakan yang boleh diambil terhadap saya. Hairannya kenapa semua Pandikutty ini tidak berani membuat laporan polis terhadap Chung Su Li dan Kumpulan Pencari Kebenaran dan juga terhadap saya?

Kini lebih memalukan kerana Latiff ini Ahli Tertinggi KIMMA (sesuai disebut Pu*IMMA) kerana baru-baru ini Datuk Seri Najib memuji KIMMA dalam persidangan agung mereka. Mungkin Perdana Menteri dan penasihatnya tidak sedar bahawa dengan memuji KIMMA, rakyat menganggap beliau menyokong 'kegiatan subversif Penjual Negara'.

Sebagai rakyat Sabah, saya dan rakan akan meminta kerjasama Bumburing mendesak Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abdidin Madingkir menutup Kedai JJ One Phone di Bandaran Berjaya dalam masa terdekat kerana menjalankan pelbagai operasi haram termasuk sebagai 'Markas JPN dan Imigresen Swasta.'

Semoga selepas penyiaran artikel ini, semua pegawai kerajaan yang bersubahat dengan Pandikutty ini sedar, insaf dan kembali ke pangkal jalan kerana saya akan mendedahkan nama mereka secara berperingkat; tanpa tunduk kepada ugutan.

Salam Hormat,


JAVIER BENSON
-sabahkini.net

GEMPAR SATU SELANGOR, KHIR TOYO MINTA MAAF

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu (kiri) dan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei 2008.
Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi, Khir meminta maaf terhadap Ronnie dalam satu kenyataan bertulis di hadapan hakim Nik Hasmat dan meminta terma penyelesaian di luar mahkamah dibuat.

Kedua-dua mereka dilihat bersalaman di luar mahkamah sambil disaksikan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

-JALAN PULANG

Jangan Bagi Undi Kepada Chua Soi Lek : ABIM

SHAH ALAM, 23 OKT : Umat Islam digesa tidak mengundi dan menolak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan datang walau di mana bertanding.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan yang dikeluarkan Soi Lek berhubung pelaksanaan hukum hudud itu suatu kenyataan yang tidak berasas dan amat liar.

Amidi berkata, Soi Lek tidak layak untuk menjadi wakil rakyat yang tidak menghormati ajaran agama lain dan tidak memerlukan pemimpin seperti beliau yang gagal menyatuni pemimpin yang gagal menyantuni keharmonian masyarakat.

“Ini seolah-olah untuk menzahirkan kepada umat Islam dan bukan Islam akan keburukan hukum hudud yang difahami dari perspektif beliau yang jumud.

“Walhal, umat Islam yang berpegang dengan keimanan dan aqidah yang murni yakin bahawa hukum hudud adalah salah satu daripada hukum yang mampu memartabatkan kemurniaan sosial, undang-undang bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada bukan Islam,” kata Amidi dalam kenyataan media.

Katanya, beliau amat memandang berat sikap pemimpin negara yang enggan memberikan teguran sedangkan keceluparan ini bukan kali pertama berlaku.

“Jangan beralasan dengan ‘maqasid syariah’ sedangkan suara ini semakin biadab.

“Sudah sampai masanya rakan sekutu pemimpin ini menyatakan sikap yang jelas kepada beliau kerana kedegilan dan kebiadabannya sudah melampaui batas,” katanya. (selangorku)

"INGAT BAPAK DIA PUNYA JET?"

KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.
"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan 'Buyjet (Beli jet)' – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan (Bajet) alternatif Pakatan.

"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.

Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.

Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.

Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam.(sabahkini)

Kalau Sampai Mempertikai Agama Saya, Saya Sanggup Membunuh!’ – Black Mentor

KUALA LUMPUR – Beberapa minggu yang lalu, nama penyanyi realiti televisyen, Black (Mentor) seakan-akan tercalar apabila dia dikatakan bersekedudukan dengan kekasih ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu, Januari tahun ini.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 25, sudah tampil membuat kenyataan dengan menafikan gosip bahawa dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tetapi masih ada lagi ‘cakap-cakap belakang’ kedengaran seperti mengatakan dia hanya mahu mengelak daripada mengaku tetang perkara itu.

Terbaru, dalam sebuah ruangan Pojok sebuah akhbar mingguan tempatan, semalam, Black sekali lagi meluahkan rasa dukacitanya terhadap dakwaan itu.

Memetik daripada artikel berkenaan, Black berkata, dia amat berang apabila dikaitkan dengan gosip tersebut.

Malah lebih teruk, apabila dia dikatakan seperti tidak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sekaligus membelakangkan ajaran agama Islam.

“Saya beritahu lagi, kalau sampai mempertikai agama, saya sanggup membunuh!

“Saya perlu mempertahankan agama saya. Kalau nak tulis gosip, jangan campur aduk dengan agama. Itu yang saya cakap saya nak saman,” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, tidak apa jika mahu menuduhnya perangai buruk sebab dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan tetapi jangan menuduh sehingga terlampau.

“Nak tuduh perangai saya buruk, tak apa, tapi jangan sekali-kali mempertikaikan agama saya. Bagi saya isu ini sudah diselesaikan dan saya harap tidak apa pihak yang mengungkit lagi.

“Selepas ini saya perlu menasihatkan diri saya sendiri supaya lebiih berhati-hati,” katanya.

Namun begitu, kata-kata penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini bukanlah nak mengugut mana-mana pihak.

Mungkin Black secara tegas ingin menyatakan yang dia sanggup lakukan apa saja jika ada orang yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN/mynewshub

Monday, 22 October 2012

Aksi adegan Seks Anak Menteri | Malaysia Boleh!!!

Wanita Bogel Bersama Nedim Nazri. Aksi adegan Seks Anak Menteri


Malaysia sebuah negara yang mampu melakukan segalanya dan memang kita sinonim dengan slogan "MALAYSIA BOLEH". Memang slogan ini memberikan gambaran realiti yang sebenar di Malaysia. Cakap sahaja apa yang diperlukan dan semuanya Malaysia Boleh!!


Semangat Malaysia Boleh!!!!!!!!...

Orang Asing Boleh Jadi Rakayat Malaysia 
Tiada Permit Boleh Buat Permit
Masuk Haram Nanti Boleh Diputihkan & Diampunkan
Rogol Boleh Nanti Tiada Pendakwaan
Bunuh Pun Boleh Nanti Orang Yang Lain Kena Tangkap
Pukul Pun Boleh Nanti Orang Lain Juga Kena Tuduh
Nak Aniaya Siapa Pun Boleh Cakap Sahaja
Nak Kontrak Boleh Diuruskaa
Nak Pilih Kubur kat Kiara Pun Boleh
Nak Padam Rekod Imigresen Pun Boleh
Nak Kena Bom C4 Simpanan Tentera Pun Boleh
Nak Tutup Kes Pun Boleh
Ada Video Seks Pun Boleh Didewakan 
Malaysia Flip Flop Pun Boleh

Mari-mari pilih apa yang anda mahu dan  segalanya Malaysia Boleh!! Nak Apa Sahaja Malaysia Serba Boleh.


Sedang berseronok beliau di kota London pada saat ini agaknya!!

Aku bunuh orang pun tak ada apa pun..
Aku pukul orang pun tak apa pun..
Aku rogol orang pun tak ada apa pun..
Aku kaut harta rakyat tak ada apa pun..
Aku kaut rasuah bagi bapa aku tak ada apa pun ..
Aku perangai serupa syaitan pun tak ada apa pun..
Sebut sahaja senarai ditas, terpanggil mengambil contoh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai contoh terbaik.Lantang bersuara dan petah berkata tetapi hakikatnya terlalu dinilai bodoh di mata rakyat. Pengakuan berani seorang ibu bapa yang dimalukan oleh aksi seks anaknya harus dihormati kerana berani mengaku salah dan menghukum anaknya kerana tidak mahu bersekongkol dengan sifat sedemikian.


Itu contoh seorang bukan Islam yang kita dalam Islam memanggil mereka sebagai Kafir.Tetapi malangnya dalam budaya "Malaysia Boleh" pihak yang berkuasa dan ahli politik terlepas dari segalanya samaada di mahkamah kehakiman ataupun bila dihakimi oleh rakyat melalui Peti Undi. Mereka serba boleh kerana kuasa atau kerana pandai memutar belit hakikat dan fakta dengan sandiwara yang terus mampu perbodohkan rakyat Malaysia.


Siapa tidak kenal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz? Manusia yang tidak sayang mulut bila berkata dan mudah berkata apa sahaja yang difikirkannya betul tetapi bila hal peribadi mereka segalanya orang lain yang salah..


Pelbagai kisah anaknya jelas menunjukkan bagaimana kuasa membolehkan mereka memperbodohkan rakyat. Anak beliau Nedim,ialah pengerusi syarikat Harrison (M) Berhad, selain seorang pengarah Charisma Positief, sebuah syarikat yang menjual kereta mewah terpakai.


Harrison yang dimaksudkan ialah yang beroperasi di Sabah yang fokus perniagaannya di Timur Malaysia membuat “pemasaran, jualan, pergudangan dan pengedaran barangan pengguna bergerak pantas, bahan binaan, produk kejuruteraan dan bahan kimia pertanian; penghantaran dan pelancongan.”


Salah satu pelanggan Harrisons di bawah kategori barangan pengguna bergerak pantas (fast-moving consumer goods) ialah Asia Pacific Brewery yang membekalkan jenama minuman seperti Tiger Beer, Heineken, Anchor,Guinness, Anglia and Malta.

Baca selanjutnya di sini

Sunday, 21 October 2012

VIDEO (18SX): "TUALA WANITA BERDARAH BUKTI SAYA BUKAN PONDAN"- VIVIAN LEE


Pelajar Malaysia, Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee, 23 tahun,  memaparkan gambar bogel mereka di Facebook dan blog. Vivian juga menyiarkan gambar tuala wanita berdarah miliknya sekaligus menyangkal  dakwaan mengatakan dia pondan.

Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.

Melalui pengamatan saya, majoriti masyarakat Cina di Malaysia tidak gemar mendedahkan kisah keluarga mereka. 

Semalam saya bersembang bersama rakan setugas berbangsa Cina.

"Ingat lagi segmen Jejak Kasih pernah disiarkan oleh program bual bicara, Malaysia Hari Ini?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

"Majoriti daripada mereka muncul di kaca televisyen, mencari saudara terdekat hilang, berbangsa Melayu. Tidak pernah saya menonton individu berbangsa Cina merayu dan menangis di televisyen sewaktu menceritakan kisah sedih kehilangan ayah, ibu, adik-beradik," kata saya.

Saya percaya, terdapat kes masyarakat Cina terpisah dengan ahli keluarga tetapi enggan mendedahkan hal itu kepada umum.

Alvin dan Vivian mengambil keputusan berbeza dan tanpa segan silu menampilkan gambar dan video berhubung kegiatan seks mereka di alam maya sebelum ini. Vivian mengaku menerima tekanan daripada keluarganya manakala Alvin pula mungkin ditolak menyambung pelajarannya di National University Of Singapore berikutan tindakan mereka.

Barangkali mereka berdua tidak berfikir secara matang sebelum membuat keputusan.

Setelah tertekan berikutan cercaan masyarakat, mereka menutup blog Sumptuos Erotica dan membuka blog baru tetapi bukan untuk tontonan umum.

Baca blog What's On Dalian, klik di sini untuk mendapatkan gambaran pandangan masyarakat. Nilai juga komen mereka berdua, klik di sini.
-http://www.mazidulakmal.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers