PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 1 September 2012

Angkara 'Syaitan Yang Dikenali' : Ramai Tidak Solat Jumaat Kerana Himpunan Bodek Najib!

Aktivis Terengganu

Himpunan Janji Ditepati 55 Merdeka : Ibu Telefon TV Al-Hijrah Luah Kekecewaan.

"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit ‘Assalamualaikum’ tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar."

MERDEKA! MERDEKA!

Sumber: sini dan sini

Nak Penuhkan Stadium, Duit dan Paksa Jadi Strategi

Umno nak tunjuk program najib dapat sokongan, jutaan manusia hadir  malam ni di stadium bukit jalil...

Terdesak sangat nak penuhkan stadium, "tukanglawan" tengok umno kene buat benda bawah nei, kalau tak nanti kene ejek sebab stadium kosong.

Umpan Hadiah....

 Umpan T-Shirt dan duit.




Paksa Staff DBKL datang...


Paksa Staff Kementerian Pengajian Tinggi datang...



Adoi, kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi, kalau takmo pegi macam mana... ohhhh ini rupanya stail merdeka umno.... tak datang kene hukum. kah..kah..kah..

Satu lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt rupanya.

Terdesak sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya.. umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan. kah..kah..kah.

Pelik -pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?..

Sebab diorang bijak... tak macam penyokong setia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah

Pandelela Rinong kurang ajar dengan DS Rosmah malam tadi...

Babak di sini sungguh menyedihkan... hu hu hu... 


Selanjutnya baca sini

Gambar Hjh.Rosmah Bersalaman Dengan Pelajar Tahfiz Tersebar

Gambar ini dikatakan dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam.

Kesian kepada budak-budak Tahfiz  yang terpaksa melayan kerenah isteri PM nih...

Ajaran Wasotiyyah Hj. Najib yang dipatuhi oleh isteri tercinta..

Friday, 31 August 2012

Janji DEMOKRATIK (Video + gambar sambutan seluruh negara)


















Dataran Penuh dengan peserta himpunan Janji Merdeka,


Peserta Gabungan Janji mula membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka dengan diiringi tiupan “vuvuzela” dan juga memakai baju T kuning sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan gabungan tersebut.

Walaupun acara dijadualkan hanya akan bermula sekitar jam 11 malam, mereka sudah mula membanjiri kawasan dataran bersejarah tersebut bermula sekitar jam 9 malam.

Tepat jam 11.05 malam, peserta yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka dan beliau disambut dengan laungan takbir oleh peserta perhimpunan dan beliau juga sempat bertemu dengan beberapa peserta golongan kelainan upaya yang cacat penglihatan yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Dianggarkan lebih daripada puluhan ribu peserta menyertai perhimpunan yang menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih ini.

Kelihatan juga beberapa peserta memakai baju T kuning mengedarkan bunga kuning kepada pengguna jan raya dan pemandu kenderaan di sekitar kawasan Lebuh Pasar.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Ekoran daripada penutupan kawasan Dataran Merdeka oleh pihak berkuasa, pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, kemudiannya berkumpul di kawasan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjur juga turut mengedarkan chorus lirik “Janji Dicapati” kepada peserta-peserta sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 kali ini.

“Lima puluh lima tahun merdeka, tapi rakyat masih sengsara, barang naik cukai segala, rakyat di gula-gula, kita kibar Jalutr Gemilang tapi kita kena temberang, Kemerdekaan tiada erti hanyalah ‘Janji Dicapati’ ...”

Perhimpunan gabungan 47 badan bukan kerajaan (NGO) ini kemudiannya bermula tepat jam 11.30 malam di kawasan bangunan DBKL tersebut apabila Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, membaca puisinya bertajuk “Janji Demokrasi” sempena sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.
Sasterawan negara itu juga dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut.

Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi.

Sementara menanti detik 12 malam sambutan ambang Kemerderkaan, peserta turut melaungkan “Merdeka”, “Bersih” dan juga turut menyanyikan lagu “Tanggal 31”.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dengan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Situasi bertukar sedikit tegang apabila sekumpulan Mat Rempit mula membuat bising di lokasi peserta perhimpunan berkenaan berkumpul akibat laluan yang tertutup.

Keadaan bagaimanapun terkawal beberapa minit kemudian selepas ada di antara peserta yang membuka laluan dan menjaga lalulintas untuk membolehkan kumpulan penunggang motosikal tersebut melepasi lokasi perhimpunan Gabungan Janji.

Terdapat juga segelintir peserta yang dilihat membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja tepat jam 12 malam.

Perhimpunan tersebut juga tamat sejurus pemimpin-pemimpin mereka melaungkan “Merdeka”, dan mereka kemudiannya meninggalkan lokasi perhimpunan berkenaan.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal dengan pihak polis dan penguasa DBKL turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.TMI


Ipoh Perak.
 






Shah Alam.





 Dataran Merdeka

















Melaka




Johor Bahru



-tukang lawan

Thursday, 30 August 2012

Suami Kantoi Dalam Wad Dengan Perempuan Lain (Video Inside)

Memang suspen dan lawak video ni. Seorang isteri mengamuk di wad apabila suaminya tidur dengan perempuan lain (Gambar hiasan)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers