PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 30 August 2012

Panas!: Suspek Kes Sumbang Mahram Kaji Failkan Saman Putar Belit Media Serta Blog Terhadapnya

KUANTAN, 29 Ogos - Suspek utama yang dikaitkan dengan isu "sumbang mahram" yang sedang hangat dipertakan sekarang ini iaitu Mohd Nor Jaafar (foto), akan menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog yang sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu. Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

 "Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya", kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.

 Tinjauan kami terhadap kebanyakkan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes ini dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR). Kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosal moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, laporan yang dibuat oleh Bernama, Utusan Malaysia, TV3 serta lain-lain media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat. Sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.

Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media serang pembangkang menjelang PRU ini sebenarnya.


Antara blog-blog yang memaparkan wajah beliau secara eksklusif berkaitan
dengan kes kontroversi ini ialah seperti blog Medan Info Kita (MIK)


Ini pula laporan panas yang telah pun dibuat oleh blog Apa Yang Tersirat Sementara itu pihak polis Pahang sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti. "Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya hari ini.

 Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon pembangkang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen Jerantut. Lelaki berusia 59 tahun itu ada dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31 tahun, katanya.


Ini pula tuduhan panas kaitkan PAS dari blog Pemikir Politik Jerantut
Mohd Nor Jaafar dalam satu program parti KITA di Jerantut tahun lalu

[Sebenarnya banyak lagi blog-blog berkenaan yang cuba menjatuhkan hukuman bersalah kepada Mohd Nor Jaafar, sedangkan beliau baru saja disiasat oleh pihak polis dan ujian DNA sedang dilakukan pihak yang berkenaan. Justeru, tidak perlulah mana-mana pihak cuba mendahului polis atau mahkamah dalam kes ini. Biarlah ia diadili secara adil dan saksama. Memang benar dulu beliau adalah pemimpin kanan PKR di Pahang. Namun kini dia adalah pemimpin parti KITA yang ditubuhkan oleh Datuk Zaid Ibrahim. 

Difahamkan, Zaid akan turun ke Jerantut selepas balik dari luar negara dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Mohd Nor tidak menolak kemungkinan akan tetap bertanding sebagai calon "3rd force" pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Malah beliau berharap isu panas ini tidak akan menghakis sokongan rakyat terhadap keupayaan beliau untuk menjadi calon itu nanti. Segalanya kini ditangan rakyat untuk memikirkan apakah isu kontroversi ini benar belaka atau pun sebaliknya!].

-pahang daily online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers