PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 31 August 2012

Janji DEMOKRATIK (Video + gambar sambutan seluruh negara)


















Dataran Penuh dengan peserta himpunan Janji Merdeka,


Peserta Gabungan Janji mula membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka dengan diiringi tiupan “vuvuzela” dan juga memakai baju T kuning sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan gabungan tersebut.

Walaupun acara dijadualkan hanya akan bermula sekitar jam 11 malam, mereka sudah mula membanjiri kawasan dataran bersejarah tersebut bermula sekitar jam 9 malam.

Tepat jam 11.05 malam, peserta yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka dan beliau disambut dengan laungan takbir oleh peserta perhimpunan dan beliau juga sempat bertemu dengan beberapa peserta golongan kelainan upaya yang cacat penglihatan yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Dianggarkan lebih daripada puluhan ribu peserta menyertai perhimpunan yang menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih ini.

Kelihatan juga beberapa peserta memakai baju T kuning mengedarkan bunga kuning kepada pengguna jan raya dan pemandu kenderaan di sekitar kawasan Lebuh Pasar.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Ekoran daripada penutupan kawasan Dataran Merdeka oleh pihak berkuasa, pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, kemudiannya berkumpul di kawasan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penganjur juga turut mengedarkan chorus lirik “Janji Dicapati” kepada peserta-peserta sempena sambutan Kemerdekaan ke-55 kali ini.

“Lima puluh lima tahun merdeka, tapi rakyat masih sengsara, barang naik cukai segala, rakyat di gula-gula, kita kibar Jalutr Gemilang tapi kita kena temberang, Kemerdekaan tiada erti hanyalah ‘Janji Dicapati’ ...”

Perhimpunan gabungan 47 badan bukan kerajaan (NGO) ini kemudiannya bermula tepat jam 11.30 malam di kawasan bangunan DBKL tersebut apabila Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, membaca puisinya bertajuk “Janji Demokrasi” sempena sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.
Sasterawan negara itu juga dilihat menangis selepas membaca puisi tersebut.

Sejurus selesai membacakan puisi berkenaan, peserta yang majoritinya berbaju T kuning turut melaungkan janji demokrasi.

Sementara menanti detik 12 malam sambutan ambang Kemerderkaan, peserta turut melaungkan “Merdeka”, “Bersih” dan juga turut menyanyikan lagu “Tanggal 31”.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dengan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Situasi bertukar sedikit tegang apabila sekumpulan Mat Rempit mula membuat bising di lokasi peserta perhimpunan berkenaan berkumpul akibat laluan yang tertutup.

Keadaan bagaimanapun terkawal beberapa minit kemudian selepas ada di antara peserta yang membuka laluan dan menjaga lalulintas untuk membolehkan kumpulan penunggang motosikal tersebut melepasi lokasi perhimpunan Gabungan Janji.

Terdapat juga segelintir peserta yang dilihat membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja tepat jam 12 malam.

Perhimpunan tersebut juga tamat sejurus pemimpin-pemimpin mereka melaungkan “Merdeka”, dan mereka kemudiannya meninggalkan lokasi perhimpunan berkenaan.

Keadaan di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagaimanapun masih lagi dalam keadaan terkawal dengan pihak polis dan penguasa DBKL turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.TMI


Ipoh Perak.
 






Shah Alam.





 Dataran Merdeka

















Melaka




Johor Bahru



-tukang lawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers