Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini akan mempuyai nilai jutaan ringgit sekiranya Lee Chong Wei berjaya merangkulnya esok
Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat
berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari
kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta
lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.
Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut
ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew
Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas
Olimpik negara sepanjang hayatnya.
Malah rakyat Malaysia ... ya kita semua akan menikmati
Ice Cream percuma dari Baskin Robbins pada 8 Ogos, disemua outlet
diantara 8-10 malam sekiranya kontigen Malaysia berjaya membawa balik
pingat emas
Sementara itu, pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan percuma kepada pelanggan sekiranya Lee memenangi pingat emas.
"Jika beliau menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas.
Namun, rakyat Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu.
"Jadi, saya akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk
meraikan kejayaan itu nanti," kata Pengurus Besar Original Kayu Nasi
Kandar, Pulau Pinang <- yang tak pasti sama ada di ke semua cawangan kayu nasik kandar atau sebahagian saja
-Lantak Hangpa La
Ini telah mengalihkan perhatian kepada Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak popular tetapi bercita-cita tinggi untuk mencabar Nurul untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai yang popular itu.
Dahagakan kuasa selepas menjadi menteri
Malah, spekulasi bertiup kencang bahawa Nong Chik telah menyalahgunakan kuasa menteri dan bermain kotor untuk memastikan Nurul kalah dalam pilihan raya umum ke-13. Dia dituduh memberi arahan kepada seorang pegawai SPR penyangak - untuk menyokong cita-cita politiknya, akan dilantik untuk mengetuai proses pilihan raya di Lembah Pantai pada pilihanraya yang akan datang, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
"RNC mungkin seorang yang kecil dari segi fizikal tetapi dia mempunyai ego yang besar dan penuh dengan tipu daya. Dia mahu memenangi kerusi itu tidak kira dengan apa jua cara sekalipun. Orang bawahannya berkata, dia telah banyak menaburkan wang di merata-rata tempat dengan berselindung di sebalik wang 'bantuan'," beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
"Mengapa dia harus berpuas hati dengan kuasa dengan tiket sebagai Senator yang mempunyai jangka tetap selama 2 tahun. Selepas itu, dia terpaksa bergantung kepada ketuanya untuk kerjaya politik. RNC telah merasa kuasa sebagai Menteri dan dia ingin memegang jawatan itu untuk jangka masa yang lebih panjang Untuk itu, dia tahu dia perlu mendapat mandat sendiri. Umum mengetahui bahawa Umno telah sibuk mencanangkan bahawa Lembah Pantai sudah berada dalam genggaman Umno. Dari situ, anda boleh membuat kesimpulan sendiri "
Seterusnya baca sini