Banjarmasin, Indonesia – Kubur seorang lelaki digali semula oleh pihak
keluarga kerana diyakini mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki
yang telah dikubur lapan jam itu dipercayai bernama Yadi, warga
Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.
Setelah dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan
dibawa ke hospital Banjar baru. Pasukan keselamatan setempat menyatakan
lelaki bernama Yadi berselimut kain kafan itu sudah meninggal. Oleh
kerana tidak yakin, pihak keluarga telah membawa mangsa pulang ke rumah.
Penduduk setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi pada
mangsa, walaupun tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat
bahkan mengeluarkan peluh. Beberapa pengamal agama dipercayai ‘ustaz’
yang datang menyatakan ada tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.
Walaupun Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah
sungai. Keluarganya menemui Yadi dalam keadaan ‘tidak bernyawa’ kerana
sudah 10 minit lemas. Ketika dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor
mengatakan Yadi sudah meninggal.
Selanjutnya keluarga telah menyemadikan Yadi.
Pada malam harinya, isteri Yadi berasa ‘tidak sedap’ dan meminta agar
kubur suaminya Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu
belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar keluhan isteri Yadi lalu
sepakat menggali semula kubur Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi
warga yang mendengar cerita ini.
Lihat video ketika kubur Yadi digali semula dibawah.
SUMBER/blogkangkung